SABAH INFO


Kami adalah
Social Media Influencer

Team Sabah Info

Sabah Info adalah sebuah pasukan kreatif yang berpangkalan di Kota Kinabalu. Memfokuskan konten digital versi Sabahan melalui platform media sosial yang paling kukuh di Negeri Sabah! Sabah Info juga menawarkan servis pengiklanan dengan pakej yang berpatutan dengan hasil yang sangat memberangsangkan! Kami sedia menjadi rakan strategik anda!

  • Kota Kinabalu, Sabah
  • sabahinfo.my@gmail.com
  • www.sabahinfo.com.my
Me

Kelebihan Kami

Platform kami adalah yang terbesar di negeri bawah bayu. Meliputi Facebook, Instagram, Tiktok dan Telegram


Facebook 621 Ribu Followers
Tiktok 487 Ribu Followers
Instagram 153 Ribu Followers
Telegram 45 Ribu Followers

Awesome features

Aliquam commodo arcu vel ante volutpat tempus. Praesent pulvinar velit at posuere mollis. Quisque libero sapien.

Animated elements

Lorem ipsum dolor sit amet, consectetur adipiscing elit. Sed tempus cursus lectus vel pellentesque. Etiam tincidunt.

Responsive Design

Pellentesque ultricies ligula a libero porta, ut venenatis orci molestie. Vivamus vitae aliquet tellus, sed mollis libero.

Modern design

Duis ut ultricies nisi. Nulla risus odio, dictum vitae purus malesuada, cursus convallis justo. Sed a mi massa dolor.

Retina ready

Vivamus quis tempor purus, a eleifend purus. Ut sodales vel tellus vel vulputate. Fusce rhoncus semper magna.

Fast support

Suspendisse convallis sem eu ligula porta gravida. Suspendisse potenti. Lorem ipsum dolor sit amet, duis omis unde elit.

0
completed project
0
design award
0
facebook like
0
current projects
  • JMKM Beri Manfaat Untuk Rakyat, Keperluan Asas Lebih Murah


    KOTA KINABALU
    : Masyarakat kini boleh menikmati barangan keperluan asas lebih murah sempena dengan kempen Jualan Murah Keluarga Malaysia (JMKM).

    Pemimpin Pembangunan Masyarakat Tanjung Aru Reduan Aklee berkata, dalam kempen berkenaan, kerajaan akan memberikan diskaun atau subsidi sebanyak 20 peratus terhadap barangan keperluan asas terpilih.

    "Antara barangan asas itu adalah seperti beras 10 kilogram, daging ayam, gula, tepung, sayur serta bahan makanan yang lain.

    "Untuk Dewan Undangan Negeri (DUN) Tanjung Aru, Bataras Superstore Sembulan telah dipilih untuk melaksanakan kempen ini," katanya ketika ditemui ketika membuat tinjauan kempen berkenaan di sini, hari ini.

    Beliau berkata, kempen berkenaan adalah hasil inisiatif Perdana Menteri berikutan ramai dalam kalangan rakyat masih terjejas akibat pandemik COVID-19.

    Katanya, kempen berkenaan mula diadakan hari ini sehingga Disember 2022.

    "Kempen ini akan diadakan sehari setiap minggu, pada hujung minggu Sabtu atau Ahad. Hari ini kita laksanakan pada hari Selasa.

    "Unit Pemimpin Pembangunan Masyarakat (UPPM) Tanjung Aru telah diamanahkan untuk melaksanakan kempen ini di sini dengan kadar segera demi membantu rakyat secara keseluruhan," katanya.

    Katanya, setiap DUN di Sabah akan melantik satu pengusaha bagi melaksanakan kempen berkenaan.

    "Untuk kita di Tanjung Aru, kita melantik Bataras Superstore Sembulan kerana keupayaan mereka mampu menyediakan barangan keperluan asas dengan kadar segera," katanya.


    Sumber: Utusan Borneo

  • PDRM DAN SPR SIAP SIAGA LANCARKAN PROSES PRU-15



    KOTA KINABALU
    : Bagi memastikan perjalanan pilihan raya umum ke-15 (PRU-15) berjalan lancar di negeri ini, Polis Diraja Malaysia (PDRM) perlu mengadakan perbincangan lebih awal dengan pihak Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).

    Pesuruhjaya Polis Sabah Datuk Idris Abdullah berkata, perbincangan berkenaan membabitkan perkongsian maklumat yang lebih terperinci khususnya melibatkan kawasan Pusat Daerah Mengundi (PDM) baharu.

    Menurutnya, menerusi perbincangan dengan pihak SPR, pihaknya dapat mengemukakan permasalahan dari segi sistem komunikasi yang boleh mengatasi isu penyaluran maklumat semasa PRU-15 nanti.

    "Setakat ini kita masih belum menerima maklumat mengenai kawasan atau PDM baharu untuk PRU-15.

    "Kita perlu membuat perancangan awal untuk elak sebarang masalah penyaluran maklumat terutama bagi kawasan yang ada kekangan komunikasi seperti liputan internet," katanya.

    Beliau berkata demikian kepada media selepas majlis Serah Terima Tugas Jawatan Ketua Jabatan Pencegahan Jenayah dan Keselamatan Komuniti (KJPJKK) Sabah dan Ketua Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard (KJIPS) Sabah di sini hari ini.

    dris berkata, pihaknya akan mengadakan satu bengkel pada 1 September ini di Lahad Datu dan ia turut melibatkan perbincangan dengan pihak SPR.

    Katanya, perbincangan berkenaan akan diadakan dengan lebih terperinci terutama dalam mengenal pasti masalah di kawasan PDM baharu.

    Dalam pada itu, beliau turut mengingatkan masyarakat supaya terus mengamalkan prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) memandangkan jumlah kes harian COVID-19 di Sabah masih tinggi.

    "Dengan kemasukan pelancong sekarang, masyarakat perlu terus mengamalkan SOP bagi mengelakkan peningkatan kes yang sukar dikawal," katanya.

    Pada majlis itu, Idris menyaksikan serah terima tugas di antara mantan Pemangku KJPJKK Sabah Asisten Komisioner Abdul Rahman Kassim kepada KJPJKK Sabah baharu Senior Asisten Komisioner Suparamaniam Ramasamy dan di antara mantan Pemangku KJIPS Sabah Deputi Superintendan Rahmalah Salleh kepada KJIPS Sabah baharu Asisten Komisioner George Abd Rakman.


    SUMBER: UTUSAN BORNEO

  • Mahasiswa Berilmu Asas Kemajuan Sesebuah Negara



    MAHASISWA: Majlis Konvensyen Kepimpinan Mahasiswa Islam Sabah di Pusat Konvensyen Antarabangsa Sabah (SICC)

    KOTA KINABALU: Mahasiswa perlu membuktikan bahawa mereka boleh menjadi generasi yang mampu memainkan peranan dalam pembangunan negara pada masa akan datang.

    Menteri Tugas-Tugas Khas Sabah, Datuk Mohd Ariffin Mohd Arif berkata asas kemajuan sesebuah negara adalah memiliki belia yang mempunyai ilmu pengetahuan, pendidikan dan tarbiyah.

    Katanya, kerajaan telah memainkan peranan dalam membantu memudahkan mahasiswa menuntut ilmu, antaranya bantuan wang tunai di peringkat diploma dan ijazah sarjana muda.

    “Mahasiswa hanya perlu melangkah ke hadapan tanpa rasa takut agar sentiasa meletakkan diri mereka dalam pembangunan negara.

    “Mereka harus peka dengan isu semasa supaya boleh menjadi generasi yang mampu membantu negara dan memimpin pada masa akan datang,” katanya.

    Beliau berkata demikian ketika merasmikan Konvensyen Kepimpinan Mahasiswa Islam Sabah di Pusat Konvensyen Antarabangsa Sabah (SICC), di sini baru-baru ini.

    Menurutnya, pendekatan untuk mendekati belia khususnya mahasiswa adalah dengan cara mengikut keadaan semasa seperti menggunakan aplikasi TikTok dan Instagram.

    “Antara resolusi yang telah dibincangkan juga adalah meletakkan anak muda dalam majlis belia di setiap platform negeri Sabah,” katanya.

    Sementara itu, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Idris Ahmad berkata peranan mahasiswa sangat diperlukan bagi membantu menjayakan setiap agenda negara.

    “Mahasiswa disaran untuk mencari ilmu sebanyak mungkin supaya mereka boleh berdikari dan berdiri di kaki sendiri, seperti pepatah ‘dicampak di laut menjadi pulau, dicampakkan di darat akan jadi bukit’.

    “Menerusi pengetahuan yang dimiliki oleh setiap mahasiswa membolehkan mereka terus menjadi aset yang boleh membangunkan negara kelak,” katanya.

    Turut hadir, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Dilantik merangkap penyelaras program, Dr Aliakbar Gulasan.

    Terdahulu, majlis ini dianjurkan oleh Persatuan Pengkaji Budaya Intelek Sabah (IKSAS) di Sabah dengan kerjasama Institut kerjasama Kerajaan dan Rakyat (IKRAR), Gabungan Mahasiswa Islam Sabah (GAMIS SABAH), Markas Siswa Siswi Islam Sabah (MARSIS), Sinergi Siswa Pendidik Islam (SSPI), Persatuan Siswazah Sabah (PSS), Sabah Relief, Pertubuhan Kebajikan Prihatin Kanak-kanak Sepanggar (PERKEPS) dan Yayasan Permata Ummah.

    Sumber: Utusan Borneo

  • Sabah Akan Bentang RUU Lompat Parti Dalam Persidangan Khas DUN

    JELAJAH GRS: Majlis pelancaran Program Jelajah GRS Parlimen Keningau.

    KENINGAU: Kerajaan negeri akan membentangkan Rang Undang-Undang (RUU) pindaan perlembagaan berkaitan anti lompat parti pada persidangan khas Dewan Undangan Negeri (DUN) dalam masa terdekat.

    Ketua Menteri Datuk Seri Panglima Hajiji Haji Noor berkata, Kabinet negeri bersetuju untuk membawa perkara itu ke persidangan DUN selepas Dewan Rakyat meluluskan pindaan perlembagaan yang menghalang wakil rakyat bertukar parti baru-baru ini.

    Katanya, langkah itu sejajar komitmen kerajaan negeri untuk mewujudkan kestabilan politik di Sabah setelah sekian lama berdepan keadaan politik yang tidak menentu.

    "Kita menyokong anti lompat parti dan kita akan bentangkan di DUN tidak lama lagi. Apa yang berlaku dulu itu...dululah, sekarang kita mahukan kestabilan politik di Sabah.

    "Kabinet sudah bersetuju untuk membawa pindaan perlembagaan itu pada persidangan khas DUN untuk mewujudkan anti lompat parti supaya kita boleh tidur lena.

    "Tidak lagi kena jaga sana sini, lompat sana sini. Apa yang lepas cukuplah, kita mahu kestabilan politik," katanya ketika melancarkan Program Jelajah Gabungan Rakyat Sabah (GRS) Parlimen Keningau di sini hari ini.

    Hajiji yang juga Pengerusi GRS berkata, Sabah tidak mahu ketinggalan untuk mewujudkan undang-undang anti lompat partinya sendiri selepas RUU mengenai perkara itu diluluskan Parlimen.

    "Tidak payahlah kita lompat-lompat (parti) lagi," katanya.

    Beliau berkata, satu lagi pencapaian kerajaan negeri ialah penyerahan kuasa kawal selia tenaga elektrik dan bekalan gas daripada kerajaan Persekutuan kepada negeri selewatlewatnya tahun hadapan.

    Menurutnya, agensi-agensi berkaitan dalam kerajaan Persekutuan dan kerajaan negeri sedang membuat tindakan susulan untuk persiapan dari aspek teknikal dan perundangan kerana hala tuju ini akan melibatkan proses perundangan di kedua-dua peringkat iaitu Parlimen dan DUN Sabah.

    Katanya, sebagai persiapan kerajaan negeri akan menubuhkan Suruhanjaya Tenaga Negeri Sabah.

    Jelajah pertama GRS selepas dilancarkan pada Mei lalu itu turut dihadiri pemimpin tertinggi parti komponen GRS daripada Parti Bersatu Sabah (PBS), Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU), Parti Solidariti Tanah Airku (STAR), Parti Maju Sabah (SAPP) dan Pertubuhan Kebangsaan Sabah Bersatu (USNO).

  • Syarikat Peneraju Tekonologi Peranti Akuakultur Quadlink Lebarkan Sayap Di Sabah


    KOTA KINABALU — Quadlink Technology Inc adalah sebuah syarikat peneraju di dalam teknologi peranti akuakultur pintar di Taiwan,kini melebarkan sayapnya dan telah memilih Sabah sebagai Negeri yang berpotensi di dalam bidang akuakultur.

    Dikenali sebagai sebuah syarikat peneraju peranti akuakultur pintar di Taiwan sejak tahun 2010, Quadlink Technology Inc. telah membangunkan sistem “Internet of Thing (IoT)” dengan menggunakan sensor (penderia), komputer dan telefon pintar, pengkomputeran awan dan teknologi “ big data” untuk mengoptimumkan pengeluaran akuakultur dan pengedaran.

    Kami menamakan teknologi R&D tersebut yang juga produk utama kami sebagai “Aquadlink”, yang merangkumi tiga bahagian; sistem pemantauan kualiti air, sistem kawalan peralatan dan monitor, dan awan & aplikasi kata quadlink di dalam satu kenyataan kepada Sabahmedia hari ini.

    Katanya penyediaan peranti pintar Aquadlink di kolam-kolam pertanian di Taiwan pada ketika ini adalah kira-kira 6-700 set, sekaligus dapat membantu ramai petani menguruskan kolam akuakultur secara lebih mudah dan bijak, selain dapat menjimatkan kos dan tenaga kerja.

    Melihat kepada perkembangan ini, kami berpandangan sudah tiba masanya untuk membangunkan dan mempromosikan Aquadlink secara meluas ke luar negara.

    Sebagai rakan kongsi kepada Quadlink, Encik Randall dari Nexus mengambil peluang untuk memperkenalkan Quadlink kepada KSTI pada hari ini.

    Malah beliau juga bertemu dengan Encik P.Tech Marshal Anthony, yang turut berminat dengan teknologi Quadlink, dalam usahanya membantu para petani di Sabah untuk menggunakan peranti pintar bertujuan meningkatkan industri akuakultur tempatan.

    Kami percaya, kemahiran tradisional untuk bidang akuakultur perlu diubah dan dinaik taraf.

    Kemampuan dan teknologi dimiliki Aquadlink amat meyakinkan, dan ini juga dapat menarik minat generasi muda untuk menyertai bidang akuakultur.

    Untuk mencapai tujuan itu, Quadlink merancang untuk menyediakan peranti itu di salah satu lokasi di Sabah sebagai tapak demonstrasi, supaya para petani dapat mendalami bagaimana ia beroperasi dan pulangannya terhadap mereka.

    Kami amat berharap ini dapat menjadi permulaan bagi para petani akuakultur Sabah mengaplikasikan teknologi baharu, dengan memperolehi faedah dan manfaat yang sama seperti yang dilakukan oleh Quadlink di Taiwan katanya.

    Sumber: Sabah Media.com

  • Kerajaan Terus Usaha Bantu Usahawan Sabah Melalui TEKUN Nasional

     


    Kota Kinabalu: Inisiatif berterusan kerajaan melalui Tabung Ekonomi Kumpulan Usaha Niaga (TEKUN) Nasional membantu  usahawan mikro di negeri ini harus mencapai mekanisme ekonomi semasa.

    Timbalan Pengerusi TEKUN Nasional: Datuk Siti Hajar Mubin berkata, dengan adanya langkah menyeluruh daripada kerajaan, usahawan bumipetera dilihat dapat sama memacu ekonomi yang diusahakan dalam usaha membangunkan tahap ekonomi masing-masing.

    Jelas beliau, Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi; Tan Sri Noh Omar melalui kementeriannya sentiasa menyediakan alternatif kepada masyarakat setempat, baik bumiputera Muslim atau bumiputera bukan Muslim bagi penyediaan platform perniagaan bersesuaian dengan kriteria TEKUN Nasional.

    "Usaha berterusan kerajaan melalui Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi yang seterusnya menerusi TEKUN Nasional perlu disokong masyarakat yang mahu bergelar usahawan, usahawan yang sudah berniaga dan golongan sasaran di mana terdapat platform seperti ini mampu membantu mereka.

    "Dalam masa yang sama juga, kita juga dapat menyampaikan hasrat kerajaan bahawa TEKUN Nasional sentiasa bersedia mencapai sasaran kita untuk terus memacu ekonomi di Sabah secara khasnya dengan membantu usahawan-usahawan ini dalam bidang perniagaan diceburi," katanya.

    Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas sesi pertemuan dengan usahawan bumiputera tempatan di T1 Bundusan, Penampang semalam.

    Sementara itu, ketika mengulas aktiviti terbabit, Siti Hajar berkata, ianya merupakan usaha berterusan TEKUN Nasional mendekati usahawan Sabah untuk lebih komprehensif dalam bidang niaga yang bakal diceburi.

    "Sesi pertemuan pada hari ini agak menarik kerana kita menemui beberapa individu daripada masyarakat Cina tempatan, bumiputera dan ahli perniagaan yang berminat dengan pakej kita tawarkan.

    "Pertemuan dua hala ini juga amat penting kepada TEKUN kerana kita dapat lebih memahami apa yang dikehendaki oleh usahawan kita," katanya.


    Sumber : DEASOKA

  • Bekas LombongTembaga Mamut, Berpotensi Menjadi Kawasan Geo-Pelancongan



    Datuk Jafry Ariffin (Foto: FB)

    RANAU
    : Taman-Taman Sabah (TTS) akan bekerjasama dengan beberapa pihak berkepentingan termasuk komuniti sekitar khususnya dalam aspek pembangunan industri pelancongan agar manfaatnya dapat dikecapi bersama.

    Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar Sabah Datuk Jafry Arifin berkata, kawasan bekas lombong Tembaga Mamut dijangka akan dibangunkan bagi tujuan pembangunan eko-pelancongan mampan, disamping memulih dan mengekalkan keaslian alam semulajadinya.

    Katanya, Kabinet Kerajaan Negeri telah bersetuju untuk mewartakan kawasan bekas lombong tembaga Mamut yang berkeluasan 2,112 hektar sebagai kawasan Simpanan Alam Semulajadi dibawah Enakmen Taman-Taman 1984 pada 13 Julai yang lalu.

    “Impak pelancongan di sekitarnya akan memberi kesan kepada industri ekonomi yang lain yang mana akhirnya akan memberi manfaat kepada masyarakat sekitar di daerah ini dan termasuklah kepada Negeri Sabah amnya.

    “Kawasan ini sebenarnya adalah sangat strategik dimana ianya bersempadan dengan Taman Kinabalu sebagai Tapak Warisan Dunia dan bekas Lombong Tembaga Mamut pula adalah sebahagian di dalam Tapak Geopark Kebangsaan.

    “Ini juga adalah selari dengan halatuju Kerajaan Negeri diperingkat akhir ke arah pengiktirafan Aspiring Kinabalu UNESCO Global Geopark di mana kawasan ini sangat berpotensi untuk pembangunan kawasan Geo-Pelancongan,” katanya.

    Beliau berkata demikian ketika berucap pada pelancaran Ekspedisi Saintifik Mamut 2022 Taman Kinabalu di Tapak Bekas Lombong Mamut Ranau di sini hari ini.

    Jafry berkata, antara lain potensi pembangunan pelancongan yang dirancang boleh dilaksanakan adalah seperti pembinaan muzium lombong tembaga.

    Katanya ianya adalah sebagai sebahagian program pendidikan dan memperingati warisan geo yang terdapat di kawasan berkenaan dan juga pembinaan denai untuk tujuan rekreasi dan program penyelidikan.

    “Kita juga sedang mengenal pasti adanya potensi laluan baharu untuk dibangunkan ke puncak Gunung Kinabalu daripada kawasan ini melalui Eastern Ridge sebagai produk pelancongan baharu,” katanya.

    Sementara itu, Jafry berkata, kawasan itu juga berpotensi untuk dibangunkan satu pusat penyelidikan dan pendidikan Taman yang baharu dan moden.

    “Antara program yang boleh dilaksanakan menjurus kepada penyelidikan jangka panjang rehabilitasi kawasan bekas lombong dan pemuliharaan secara ex-situ bagi spesies-spesies endemik.

    “Ini akan membuka peluang kepada Sabah untuk bekerjasama dengan pakar-pakar daripada institusi penyelidikan tempatan mahu pun dari luar negeri,” katanya.

    Dalam pada itu, Jafry berkata, ekspedisi itu akan diterajui oleh TTS dan beberapa agensi berkaitan akan turut dijemput menyertai ekspedisi ini yang menjurus kepada bidang kajian yang diperlukan.

    Katanya, skop kajian ini akan merangkumi bidang biologi, hidrologi, geologi, sosiologi, toksikologi, biodiversiti, geofizik, kualiti air, kualiti udara dan fitoremediasi.

    Sumber : SABAH MEDIA
  • GET A FREE QUOTE NOW

    Lorem ipsum dolor sit amet, consectetuer adipiscing elit, sed diam nonummy nibh euismod tincidunt ut laoreet dolore magna aliquam erat volutpat.

    Search This Blog

    Powered by Blogger.

    Contributors

    ADDRESS

    4759, NY 10011 Abia Martin Drive, Huston

    EMAIL

    contact-support@mail.com
    another@mail.com

    TELEPHONE

    +201 478 9800
    +501 478 9800

    MOBILE

    0177 7536213 44,
    017 775362 13