SABAH INFO


Kami adalah
Social Media Influencer

Team Sabah Info

Sabah Info adalah sebuah pasukan kreatif yang berpangkalan di Kota Kinabalu. Memfokuskan konten digital versi Sabahan melalui platform media sosial yang paling kukuh di Negeri Sabah! Sabah Info juga menawarkan servis pengiklanan dengan pakej yang berpatutan dengan hasil yang sangat memberangsangkan! Kami sedia menjadi rakan strategik anda!

  • Kota Kinabalu, Sabah
  • sabahinfo.my@gmail.com
  • www.sabahinfo.com.my
Me

Kelebihan Kami

Platform kami adalah yang terbesar di negeri bawah bayu. Meliputi Facebook, Instagram, Tiktok dan Telegram


Facebook 641 Ribu Followers
Tiktok 527 Ribu Followers
Instagram 155 Ribu Followers
Treads 25 Ribu Followers

Awesome features

Aliquam commodo arcu vel ante volutpat tempus. Praesent pulvinar velit at posuere mollis. Quisque libero sapien.

Animated elements

Lorem ipsum dolor sit amet, consectetur adipiscing elit. Sed tempus cursus lectus vel pellentesque. Etiam tincidunt.

Responsive Design

Pellentesque ultricies ligula a libero porta, ut venenatis orci molestie. Vivamus vitae aliquet tellus, sed mollis libero.

Modern design

Duis ut ultricies nisi. Nulla risus odio, dictum vitae purus malesuada, cursus convallis justo. Sed a mi massa dolor.

Retina ready

Vivamus quis tempor purus, a eleifend purus. Ut sodales vel tellus vel vulputate. Fusce rhoncus semper magna.

Fast support

Suspendisse convallis sem eu ligula porta gravida. Suspendisse potenti. Lorem ipsum dolor sit amet, duis omis unde elit.

0
completed project
0
design award
0
facebook like
0
current projects
  • Kecuaian Penjaga Lintasan Rata Punca Kemalangan Kereta Api

     

    Kredit Foto : FB Kelab Info Malaysia

    KOTA KINABALU: Insiden kemalangan kereta api di lintasan rata persimpangan bertingkat Jalan Lintas - kepayan, dekat Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu (KKIA), di sini, semalam dikenal pasti berpunca daripada kecuaian penjaga lintasan rata.

    Timbalan Ketua Menteri, Datuk Seri Bung Moktar  Radin, berkata berdasarkan laporan Jabatan Negeri Sabah  (JKNS), tiada penjaga bertugas di pondok lintasan rata di persimpangan terbabit ketika kejadian pada jam 2.40 petang tadi.

    Bliau berkata, ketiadaan penjaga yang sepatutnya bertugas di pondok lintasan rata terbabit menyebabkan siren amaran dan palang landasan kereta api tidak dapat diaktifkan ketika kereta api terbabit tiba di lintasan rata berkenaan.

    "Apabila kereta api sampai di lintasan rata Jalan Lintas - Kepayan (Flyover KKIA, penjaga lintasan tidak berada di pondok beliau dan mengakibatkan semua palang keselamatan serta siren gagal diaktifkan.

    "Akibatnya kereta api bertembung dengan sebuah lori dn kereta pacuan empat roda milik Jabatan Perkhidmatan Veterinar Sabah (JPVS). Kedua-dua kenderaan ini bergerak dari Jalan Lintas - Kepayan menuju ke  KKIA.

    "Lori terbabit mengalami kerosakan minimum tetapi kenderaan pacuan empat roda JPVS mengalami kerosakan yang agak teruk di bahagian badan, manakala kereta api mengalami kerosakan sedikit di bahagian penutup enjin.

    "Palang keselamatan lintasan rata juga mengalami kerosakan akibat daripada pelanggaran itu," katanya ketika mengulas punca kemalangan berkenaan, di sini, semalam.

    Bung Moktar yang juga Menteri Kerja Raya negeri, berkata ketika kejadian, kereta api yang dalam perjalanan dari Beufort ke Kota Kinabalu itu membawa lebih 70 penumpang, namun tiada sebarang kecederaan dilaporkan.

    Katanya, pemandu lori dan kereta pacuan empat roda yang dirempuh kereta api juga dilaporkan tidak mengalami kecederaan.

    Mengulas lanjut, Bung Moktar berkata, ketika kejadian kereta api terbabit terlewat sejam daripada jadual asal perjalanan disebabkan kerosakan lokomatif kereta api yang bertolakn dari Kota Kinabalu ke Beufort pada jam 7.45 pagi tadi.

    Kerosakan itu katanya, menyebabkan kereta api yang sepatutnya bertolak dari Beufort ke Kota Kinabalu pada jam 11 pagi tadi hanya dapat bertolak pada jam 12 tengahari dan tiba di lokasi kemalangan pada jam 2.40 petang.

    "Perkhidmatan PU502 itu yang terlewat daripada jadual asal mendapat kebenaran  untuk berlepas untuk meneruskan perjalanan ke sektor Kinarut ke Kota Kinabalu apabila sampai di Stesen  Kinarut.

    "Kebenaran iu diberikan kepada pemandu kereta api oleh Ketua Stesen Kinarut setelah endapat kepastian bahawa semua penjaga linta san berada di pondok lintasan rata masing-masing, namun apabila sampai di lintasan rata Jalan Lintas - Kepayan, penjaga tida di pondoknya," katanya.

    Berikutan itu, Bung Moktar berkata, siasatan awal mendapati kecuaian manusia di pihak pengawal lintasan rata mengakibatkan kemalangan kereta api terbabit, namun siasatan rapi unuk memastikan punca kecuaian itu akan di buat segera.

    Sementara itu, Katanya JKNS akan memastikan setiap maklumat seperti kebenaran untuk berlepas disampaikan dengan tepat dan jelas kepada penjaga lintasan rata serta memastiakn setiap pengawal lintasan rata berada di pondok lintasan rata ketika menjalankantugas.

    "Selain itu, pemasangan kamera litar tertutup (CCTV) di bahagian hadapan keapala kereta api akan dilakukan serta merta untuk memastikan rakamankemalangan dapat diambil untuk merakam kehadiran setiap kakitangan yang bertugas ketika operasi perkhidmatan.

    "Proses penubuhan Bahagian Pemantauan dan Koordinasi JKNS juga akan dipercepatkan untuk memastikan setiap prosedur operasi standard (SOP) dapat dikawal selia dengan lebih baik pada masa akan datang," katanya.


    Sumber : DEASOKA

  • Kemalangan Keretapi Di Kota Kinabalu

     

    Kredit Foto: Nur Syadirah

    KOTA KINABALU
    : Sebuah kereta api milik jabatan Kereta Api Negeri Sabah (JKNS) terlanggar dua kenderaan dalam kejadian di jalan berhampiran Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu (KKIA), di sini, hari ini.

    Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu, Asisten Komisioner Mohd Zaidi Abdullah berkata, kemalangan berlaku kira-kira jam 3 petang tadi.

    Katanya, kemalangan membabitkan sebuah lori enam tan, pacuan empat roda jenis Toyota Hilux Vigo serta keretapi penumpang yang bergerak dari arah Papar ke Kota Kinabalu.

    "Kedua-dua kenderaan ergerak dari arah Luyang menuju ke KKIA.

    "Kemalangan ini tidaj membabitkan sebarang kecederaan atau kemalangan jiwa," katanya ketika ditemui di lokasi kejadian, hari ini.

    Mohd Zaidi berkata, pihaknya akan menjalankan siasatan bagi mengenalpasti punca bagaimana kemalangan itu boleh berlaku.

    "Kita sedang menyiasat bagaimana kemalangan ini berlaku dan siapa punca kecuaian sehingga menyebabkan kemalangan.

    "Kes disiasat mengikut Seksyen 337 Kanun Keseksaan," katanya.

    Sumber : --DEASOKA

  • Pusat penyembelihan Ayam Kotor, Diarah Tutup Selama 14 Hari

    Kredit Foto: TVS

    SANDAKAN
    : Sebuah pusat penyembelihan ayam, di daerah ini diarah tutup selepas Jabatan Kesihatan Sandakan menemukan najis tikus di kawasan tersebut menerusi satu operasi, di sini semalam.

    Pegawai Kesihatan Sandakan, Dr Johari Awang Besar berkata, seramai 15 petugas terlibat dan sebanyak dua buah tempat penyembelihan ayam telah diperiksa dalam operasi ini.

    Katanya, hasil pemeriksaan, salah satu tempat itu diarah tutup selama 14 hari kerana kotor dan sebuah lagi dikompaun sebanyak RM2,500 kerana tidak mematuhi Program Jaminan Keselamatan Makanan atau PJKM.

    “Dua pusat penyembelihan yang kami pergi, satu diberi kompaun kerana mereka gagal memenuhi PJKM, dan sebuah lagi saya nampak agak ketara kekotorannya.

    “Selain diarah tutup kerana didapati ada kehadiran tikus dan tahi tikus yang berdekatan tempat pemprosesan ayam, markah yang diberikan juga agak rendah,” katanya.

    Johari berkata demikian semasa selesai mengadakan Operasi Rumah Sembelih untuk daerah Sandakan, di sini, hari ini.

    Menurutnya, pusat penyembelihan itu ditutup selama 14 hari mengikut Akta Makanan 1983, Peratauran-Peratauran Makanan 1985, serta Peraturan Kebersihan Makanan Tahun 2009.

    “Perkara ini sangat serius kerana mereka membekalkan ayam yang diproses kepada pengguna dan kita mahu pastikan tempat proses semuanya bersih,” Katanya.

    Katanya lagi, sebelum ini kedua-dua pusat penyembelihan itu juga sudah pernah diarah tutup pada Mei lalu.

    “Daerah Sandakan mempunyai enam buah pusat penyembelihan ayam dan empat lagi didapati mematuhi PJKM.

    “Justeru, saya berharap pusat penyembelihan di daerah ini dapat mematuhi peraturan yang ditetapkan kerana ia penting dalam menjaga kesihatan masyarakat,” katanya.

    Sumber : Utusan Borneo


  • Entri Pas Ke Sabah - Masidi Minta Semua Pihak Hormati MA63


    KOTA KINABALU :
    Kerajaan Sabah meminta agar semua pihak menghormati dan menerima segala perkara yang termaktub di dalam Perjanjian Malaysia 1963 (MA63) khususnya yang melibatkan undang-undang negeri ini dan juga Sarawak.

    Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Sabah Datuk Seri Masidi Manjun berkata, pada ketika ini Sabah belum bersedia untuk mengubah sebarang syarat dan terma yang terkandung dalam MA63.

    “Ini adalah sebahagian terma yang terdapat dalam perjanjian Malaysia, Kita tidak bersedia untuk menggugurkan syarat-syarat tersebut sebab kita mempunyai sebab-sebab tersendiri.

    “Sudah tentu kita mahu menjaga kebajikan orang kita. Kalau ada peluang pekerjaan atau perniagaan, orang pertama yang mendapat peluang adalah orang kita sendiri dan kemudian baru kita ambil orang lain,” katanya.

    Katanya ketika ditemui selepas menghadiri Forum AntiRasuah dan Tatacara Mencukupi bagi Badan Korporat dan PKS (SME) Seksyen 17A Akta SPRM 2009 di Pusat Konvensyen Antarabangsa Sabah (SICC) di sini hari ini.

    Beliau mengulas mengenai persoalan yang dibangkitkan oleh Senator Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) Datuk Razali Idris dalam sidang dewan negara semalam mengenai entri pas ke Sabah dan Sarawak.

    Masidi berkata, ketika ini tiada sebarang masalah yang dihadapi oleh individu dari Semenanjung yang berkunjung ke negeri ini.

    Katanya, mereka hanya perlu melalui pemeriksaan keselamatan dan mengemukakan MyKad selain perkara sama turut dilakukan oleh rakyat negeri ini yang berkunjung ke Semenanjung.

    “Bagi mereka yang berasal dari Semenanjung yang ingin menetap di Sabah lebih dari tiga bulan disebabkan bekerja di negeri ini, mereka hanya perlu memohon pas kerja di Jabatan Imigresen Malaysia (JIM),” katanya.

  • Sabah FC, Kedah Darul Aman FC Berkongsi Satu Mata


    ALOR SETAR
    : Sabah FC yang berkunjung ke Stadium Darul Aman dalam aksi Liga Super menentang Kedah Darul Aman FC (KDA FC), malam ini terpaksa berpuas hati berkongsi satu mata apabila sekadar seri 1-1.

    Dalam perlawanan itu,
    Kedah membuka tirai jaringan menerusi tandukan penyerang import Ronald Ngah seawal minit keenam, menewaskan penjaga gol Sabah, Khairul Fahmi Che Mat.

    Sabah cuba bangkit menerusi percubaan Gary Steven Robat pada minit ke-21, namun percubaannya melepasi palang gol.

    Pemain Sabah, Taiki Kagayama hampir menyamakan kedudukan lima minit kemudian, namun percubaannya berjaya ditepis penjaga gol Kedah, Ifwat Akmal.

    Tuan rumah hampir menambah gol apabila
    Mahmoud Al-Mardi memperoleh peluang pada minit ke-34 dalam kotak penalti selepas mendapat hantaran daripada ketua pasukan Kedah, Syazwan Zainon, namun percubaannya tersasar.

    Bermula babak kedua, Sabah terus menekan tuan rumah menerusi ketua pasukan dan bekas pemain Kedah Baddrol Bakhtiar pada minit ke-64, namun percubaannya diselamatkan Ifwat.

    Gol penyamaan yang dicari cari skuad The Rhinos akhirnya menjelma pada minit ke-83, menerusi jaringan Farhan Roslan yang mendapat hantaran Saddil Ramdani untuk Sabah membawa pulang 1 mata ke Kota Kinabalu.

    Dengan keputusan ini, Sabah FC kekal di tangga kedua Liga Super dengan 35 mata selepas mengharungi 16 perlawanan, 3 mata di belakang pendahulu, Johor Darul Ta’zim.

    Manakala Kedah di tangga keenam dengan 18 mata.

    Sumber : Sabah Post

  • KRI Tawau Harap Fasiliti Depot Tahanan Ditambah Baik

     



    TAWAU
    : Konsulat Republik Indonesia (KRI) Tawau berharap Jabatan Imegresen Malaysia (JIM) dapat menambah baik kemudahan dan fasiliti di Depot Imegresen Tawau (DIT), di sini.

    Ketua Perwakilan Konsulat Republik Indonesia (KRI) Tawau, Heni Hamidah, berkata pihaknya menerima maklumat mengenai tahanan di DIT tidak menerima kemudahan yang baik selain padat.

    Katanya, isu kepadatan tahanan itu sudah dipanjangkan kepada pihak JIM baru-baru ini kerana ia dilihat boleh mengundang pelbagai masalah kesihatan  sehingga berlakunya kematian.

    "Berdasarkan bedah siasat yang diterima, punca kematian tahanan terbabit disebabkan pelbagai penyakit termasuk pneumonia, jantung dan penyakit bawaan haiwan (leptospirosis)," katanya ketika ditemui pada majlis Ulang Tahun (HUT) Kemerdekaan Indonesia ke-77 di pejabat KRI Tawau, di sini, hari ini.

    Katanya, KRI Tawau mengharapkan pihak JIM dapat menangani dan memberi rawatan segera, sekiranya tahanan didapati sakit.

    Heni berkata, pihaknya juga sedang giat mempercepatkan proses penghantaran pulang warganya melalui kerjasama kedua-dua negara.

    "Pada Julai lalu katanya seramai 239 orang sudah dihantar pulang dan setakat ini hanya kira-kira 164 tahanan yang masih beradaa DIT," katanya.

    Sumber: Utusan Borneo


  • 40 Tahun Penantian Berakhir, 190 Penduduk Di Kampung Tongod Peroleh Geran Tanah

     

    Sebahagian daripada penduduk menerima geran tanah mengabadikan kena ngam bersama Masiung.

    TONGOD: Kami terpaksa bertindak sebagai hero kampung menghalang sebarang jentera atau kenderaan berat mencerobohi penempatan kami," kata Erick Ukil, 54, Pengerusi Pengukuran Pantas di lima kampung di daerah Tongod.

    Beliau menceritakan detik-detik sukar bersama penghuni lain ketika berjuang mendapatkan hak milik tanah di Kampung Kirunggu, Kotodon dan Simpang Entilibon, Sogo-Sogo dan Lingkabong 40 tahun yang lalu.

    Mereka terpaksa mengambil jalan berani berdepan pemilik syarikat-syarikat luar yang kononnya telah mendapat kelulusan dari pihak berkuasa menerokai tapak perkampungan tradisi itu untuk dijadikan kawasan estet kelapa sawit.

    Walaupun ramai penduduk asal di penempatan itu, termasuk kedua ibu bapa mereka telah meninggal dunia, namun sebagai generasi pelapis, mereka meneruskan usaha menuntut hak ke atas tanah tersebut sehingga wujud lima perkampungan.

    "Kami cuma berbakalkan semangat untuk mempertahankan ugutan dan psikologi beberapa syarikat besar yang mahu mengambil tanah tumpah darah kami sebagai warga Bumiputera yang sudah berakar-umbi menatap di sini.

    "Sejak dulu, kami berpakat dan berusaha dengan pelbagai cara untuk mendapatkan geran. Tanpa disedari usaha kami telah melalui lima kerajaan negeri terdahulu," tegas beliau.

    Menurut Erick, mujur pada tahun 2018 beliau bersama penduduk menemui Wakil Rakyat Kuamut, Datuk Masiung Banah, bagi mengemukakan rayuan permohonan tanah di penempatan tersebut.

    Tanpa disangka dua tahun kemudian, katanya, penduduk lima kampung tersebut menerima khabar gembira apabila Jabatan Tanah dan Ukur (JTU) Sandakan bersetuju mengukur penempatan tersebut menerusi Program Perkhidmatan Tanah Adat Negeri Sabah (PANTAS).


    Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung (JPKK), Kampung Kironguh, Daminus Suiking, 62, berasa syukur kerana hasil campurtangan Wakil Rakyat Kuamut yang senonim dengan slogan `Tatap Kalaga' itu (Tatap Sampai) tiga tahun lalu semua pemohon telah berjaya memperolehi kelulusan untuk menyukat lot masing-masing.

    "Sebelum mendapat kelulusan dari dari JTU, kami sanggup bergadai nyawa mempertahankan kawasan penempatan ini. Setiap jalan masuk ke kampung ini, kami bina gate (pintu pagar) secara bergotong-royong menggunakan kayu bersaiz besar," katanya.

    Hujung minggu lalu, seramai 190 penduduk dari lima kampung, iaitu Kampung Kironguh, Simpang Entilibon, Lingkabong, Sogo-Sogo dan Kotodon berjaya memperolehi hak milik geran tanah yang disampaikan sendiri oleh Masiung selepas penantian lebih 40 tahun.

    Rasa syukur jelas terpacar di wajah penduduk yang telah berjaya memperolehi geran tanah masing-masing di lima kampung tersebut.

    Menurut Daminus, walaupun mengetahui usaha mereka agak terbatas untuk mengekang kuasa syarikat-syarikat luar menerokai penempatan tersebut, namun semangat mereka sebagai warga Bumiputera tetap kuat demi mempertahankan tanah tradisi yang menjadi sebahagian darah daging mereka.

    "Kami sanggup berkawal di setiap pintu masuk jalan kampung ini utk menghalang sebarang pencerobohan luar.

    "Kami pernah menerima ugutan oleh syarikat luar yang mendakwa mendapat kelulusan dari pihak berkuasa, tapi kami berkeras demi mempertahankan hak kami sebagai penghuni asal di penempatan ini.

    "Namun kami berasa syukur kerana usaha kami berakhir dengan kejayaan apabila hari ini kami dapat menerima geran sebagai hadiah paling berharga hasil perjuangan kami," ujarnya.

    Seorang penerima geran tanah, Charles Eraliales, 46, menzahirkan rasa terhutang budi kepada Masiung sebagai pemimpin memahami masalah penduduk di perkampungan itu.

    Katanya, walaupun sebelum ini ramai pemimpin politik yang menawarkan diri untuk membantu namun tidak berhasil.

    Katanya, mereka sekampung telah berpakat untuk mempertahankan penempatan tersebut agar tidak jatuh ke tangan syarikat luar.

    Jelasnya, ada juga pemimpin di kawasan itu sebelum ini cuma menawarkan khidmat mambantu kami semasa kempen pilihan raya, tetapi mereka tidak ikhlas dan menghilangkan diri selepas pilihan raya.

    Seorang ibu, Ivana Sherribe Anas, 52, dari Kampung Simpang Entilibon yang turut menerima geran tanah, melahirkan rasa lega kerana kerajaan akhirnya berpihak kepada penduduk memilik kawasan panas itu.

    Drama perebutan antara penduduk asal dan syarikat luar selama lebih 40 tahun akhirnya selesai apabila geran menjadi milik pemohon yang mendiami kawasan berkenaan.

    Menurutnya, tempoh begitu lama menanti hak milik tanah adalah sesuatu yang amat sukar untuk dilalui dan terpaksa menempuhi pelbagai cabaran.

    Sementara itu, semasa berucap di majlis penyampaian geran tanah di Kampung Kirunggu, Masiung yang juga Pengerusi Lembaga Pembangunan Perumahan dan Bandar (LPPB) mahukan penduduk yang telah memiliki geran supaya mengusahakan tanah tersebut sebagai asid ekonomi.

    Katanya, sejak lima tahun lalu hampir 10,000 ekar tanah telah diagihkan kepada penduduk di daerah Tongod kebanyakanya menerusi program PANTAS.

    “Usaha membantu penduduk mendapatkan geran tanah memang agenda utama menjadi ikrar saya ketika menerajui kepimpinan di Kuamut.

    “Kerana itu saya bekerja keras menunaikan janji itu kepada rakyat yang mengharapkan khidmat saya,“ jelasnya, sambil mendapat tepukan gemuruh daripada orang ramai yang hadir.

    Beliau menggesa penduduk supaya tidak menjual tanah-tanah mereka kepada orang luar sebaliknya membuka tanah tersebut untuk rutin ekonomi.

    Masiung berkata sejak dipilih sebagai Wakil Rakyat pada 2008, beliau telah berjanji membantu warga Kuamut yang telah sekian lama gagal mendapatkan geran tanah yang mereka duduki.

    Jelasnya, keutamaan beliau adalah untuk membantu sedaya-upaya agar penduduk di kawasan Kuamut mendapat hak milik tanah yang mereka pohon.

    Katanya, beliau akan membantah setiap usaha syarikat luar yang mengemukakan permohonan di kawasan itu untuk dijadikan ladang sawit kerana ia cuma menguntungkan syatikat terbabit.

    Daerah Tongod, katanya, yang tersenarai antara lapan daerah termiskin di negara ini tidak sewajarnya dijadikan wilayah bagi syarikat luar meraih keuntungan sekaligus merugikan penduduk setempat.

    Sumber: Utusan Borneo










  • GET A FREE QUOTE NOW

    Lorem ipsum dolor sit amet, consectetuer adipiscing elit, sed diam nonummy nibh euismod tincidunt ut laoreet dolore magna aliquam erat volutpat.

    Search This Blog

    Powered by Blogger.

    Contributors

    ADDRESS

    4759, NY 10011 Abia Martin Drive, Huston

    EMAIL

    contact-support@mail.com
    another@mail.com

    TELEPHONE

    +201 478 9800
    +501 478 9800

    MOBILE

    0177 7536213 44,
    017 775362 13