SABAH INFO


Kami adalah
Social Media Influencer

Team Sabah Info

Sabah Info adalah sebuah pasukan kreatif yang berpangkalan di Kota Kinabalu. Memfokuskan konten digital versi Sabahan melalui platform media sosial yang paling kukuh di Negeri Sabah! Sabah Info juga menawarkan servis pengiklanan dengan pakej yang berpatutan dengan hasil yang sangat memberangsangkan! Kami sedia menjadi rakan strategik anda!

  • Kota Kinabalu, Sabah
  • sabahinfo.my@gmail.com
  • www.sabahinfo.com.my
Me

Kelebihan Kami

Platform kami adalah yang terbesar di negeri bawah bayu. Meliputi Facebook, Instagram, Tiktok dan Telegram


Facebook 641 Ribu Followers
Tiktok 527 Ribu Followers
Instagram 155 Ribu Followers
Treads 25 Ribu Followers

Awesome features

Aliquam commodo arcu vel ante volutpat tempus. Praesent pulvinar velit at posuere mollis. Quisque libero sapien.

Animated elements

Lorem ipsum dolor sit amet, consectetur adipiscing elit. Sed tempus cursus lectus vel pellentesque. Etiam tincidunt.

Responsive Design

Pellentesque ultricies ligula a libero porta, ut venenatis orci molestie. Vivamus vitae aliquet tellus, sed mollis libero.

Modern design

Duis ut ultricies nisi. Nulla risus odio, dictum vitae purus malesuada, cursus convallis justo. Sed a mi massa dolor.

Retina ready

Vivamus quis tempor purus, a eleifend purus. Ut sodales vel tellus vel vulputate. Fusce rhoncus semper magna.

Fast support

Suspendisse convallis sem eu ligula porta gravida. Suspendisse potenti. Lorem ipsum dolor sit amet, duis omis unde elit.

0
completed project
0
design award
0
facebook like
0
current projects
  • Kukuhkan Pertahanan Ketenteraan Malaysia, Elak Skandal LCS Berulang

     


    PAPAR: Kerajaan Malaysia perlu mengukuhkan aspek keselamatan di perairan sempadan Sabah dan Sarawak melibatkan pertahanan ketenteraan strategik bagi memastikan negara ini mampu bertahan jika berlaku sebarang konflik di Laut China Selatan.

    Ahli Parlimen Papar, Ahmad Hassan berkata, siri pencerobohan di perairan Sabah dan Sarawak oleh pihak berkuasa dan ketenteraan China kebelakangan ini membuktikan kedaulatan Malaysia tidak dihormati.

    Menurutnya, situasi sama turut dialami negara Asean lainnya yang menunjukkan China tidak teragak-agak mengerahkan tentera mereka bertindak terhadap negara lain sekiranya mereka merasakan hak wilayah mereka terancam.

    “Keselamatan kita di Laut China Selatan melibatkan perairan Sabah dan Sarawak kerap dicerobohi sesuka hati oleh China walaupun pelbagai usaha telah diambil Malaysia sama ada melalui rundingan mahu pun diplomatik.

    “Namun, saya lihat usaha ini tidak cukup kerana masih tidak diendahkan China.Kita harus lebih tegas dalam isu kerana ia melibatkan kedaulatan serta keselamatan rakyat khususnya di kedua-dua wilayah ini (Sabah dan Sarawak).

    “Sudah tiba masanya Malaysia mengambil tindakan segera dengan mengukuhkan aspek ketenteraan di sempadan perairan kita sebelum Laut China Selatan menjadi medan perang dunia ketiga,” katanya dalam satu kenyataan, di sini.

    Ahmad yang juga Ahli Majlis Tertinggi (AMT) Parti Warisan Sabah berkata, China tanpa segan silu mengukuhkan kehadiran di Laut China Selatan dengan mendirikan kemudahan ketenteraan di atas pulau-pulau yang masih dalam pertikaian.

    Malah katanya, China juga baru-baru ini meningkatkan belanjawan ketenteraan mereka untuk kawasan itu yang sekaligus menimbulkan ketegangan di rantau Asean.

    Menurutnya, Filipina baru-baru ini buat pertama kalinya telah diberikan amaran langsung oleh kerajaan China apabila mereka menjalankan aktiviti yang disifatkan sebagai provokasi ketenteraan walaupun di dalam kawasan perairan mereka sendiri.

    “Lihat apa berlaku di Taiwan ketika ini apabila tentera China melakukan latihan secara besar-besaran di sekitar perairan Taiwan sebagai bantahan susulan lawatan Speaker Dewan Perwakilan Amerika Syarikat, Nancy Pelosi ke pulau itu, baru-baru ini.

    “Jika berlaku konflik di Laut China Selatan, Sabah dan Sarawak akan menjadi barisan hadapan sekiranya Malaysia terus lemah dan tidak bertegas dalam menjaga kedaulatan serta keselamatan perairan kita,” tegasnya.

    Ahmad yang juga Anggota Jawatankuasa Kira-Kira Parlimen Negara (PAC) sebahagian negara-negara lain sudah mula mengukuhkan aspek ketenteraan termasuk keselamatan di perairan sempadan masing-masing.

    Beliau berkata, sewajarnya Malaysia juga melakukan tindakan sama dengan mempertingkatkan dan menaiktaraf aset ketenteraan khususnya aset Tentera Laut Di Raja Malaysia (TLDM).

    Bagaimanapun katanya, perkara sebaliknya berlaku apabila rakyat, baru-baru ini dikejutkan dengan skandal projek kapal tempur pesisir (LCS) sebanyak enam buah bernilai RM9 billion namun tiada kapal tempur diterima setakat ini.

    “Ini menunjukkan negara kita lemah akibat pelbagai kontroversi dan paling menyedihkan skandal melibatkan aset ketenteraan kita (LCS) yang amat penting dan diperlukan bagi menjaga keselamatan perairan kita.

    “Jika Malaysia terus kelihatan lemah dalam menjaga kedaulatan di sempadan perairan kita, kita bakal berhadapan banyak kerugian khususnya urus niaga serta kepentingan dalam Zon Ekonomi Eksklusif (EZZ) antaranya sektor perikanan.

    “Sabah dan Sarawak dilihat sebagai pihak paling rugi dalam masalah ini seterusnya berterusan menjadi wilayah yang ketinggalan khususnya Sabah dalam serba serbi pembangunan ekonomi,” katanya.

    Dalam perkembangan sama, Ahmad mempersoalkan tindakan Kementerian Pertahanan yang hanya fokus meningkatkan keberadaan ketiga-tiga aset tentera bagi mengukuh sempadan perairan Sarawak, tetapi tidak di Sabah.

    Sambil menyambut baik usaha itu, beliau berkata sepatutnya tindakan sama harus dilaksanakan di Sabah yang turut berhadapan ancaman sama malah lebih meluas kerana berdekatan dengan negara jiran Filipina.

    “Kenapa Sabah dianak tirikan? dan kenapa Menteri Pertahanan hanya berjanji kepada Premier Sarawak untuk tingkat keberadaan tentera tetapi tidak kepada Ketua Menteri Sabah? atau kerana Sabah tidak sepenting Sarawak?.

    “Adakah keselamatan rakyat di Sabah tidak penting hingga tidak perlu tingkatkan keberadaan tentera di negeri ini sedangkan semua maklum sempadan perairan Sabah bukan saja berhadapan ancaman China tetapi juga isu tuntutan Sulu.

    “Kementerian Pertahanan dan kerajaan persekutuan harus bertindak adil tanpa terus bersikap berat sebelah terhadap kepentingan rakyat Sabah kerana kami juga sebahagian daripada Malaysia,” tegasnya.

    Dalam pada itu, Ahmad turut meminta Malaysia supaya mengambil peluang kesediaan China yang baru-baru ini, mahu bekerjasama dengan negara-negara Asean bagi menyelesaikan pertikaian kawasan di Laut China Selatan.

    Beliau berkata, Malaysia harus lantang bersuara tegas bagi memastikan rundingan itu tidak berat sebelah atau memihak China dan pada masa sama menunjukkan Malaysia adalah negara Asean yang kuat.

    “China mesti melihat Malaysia sebagai sebuah negara Asean yang kuat serta tidak akan mengambil mudah terhadap tuntutan mereka di Laut China Selatan dan kekal tegas bahawa wilayah kita mesti kekal berdaulat

    “Sebarang tindakan mengganggu-gugat keselamatan perairan negara tidak akan diterima begitu sahaja. Jika China mahu kekal mesra dengan negara-negara Asean yang lain, mereka harus setuju dengan syarat-syarat yang kita ada.

    “China mesti hormat kedaulatan kita sebagaimana kita hormati kedaulatan wilayah mereka. Sebarang senario yang boleh mengakibatkan perang di rantau ini tidak akan beri manfaat kepada kita atau mana-mana negara Asean lain,” tegasnya.

    Ahmad berkata, Malaysia mesti berdiri teguh bersama negara Asean lainnya untuk mempertahankan kedaulatan negara agar tidak mengalami nasib sama dengan negara Ukraine yang diceroboh Rusia sebagai sekutu kuat China.

    Tegasnya, tindakan Rusia yang mendapat sokongan langsung China memberi bayangan bahawa mereka cenderung mengambil tindakan sama sekiranya menghadapi senario serupa di rantau Asean ini.

    “Justeru, aspek keselamatan perairan kita harus diperkukuhkan termasuk meningkatkan aset ketenteraan bagi memastikan Malaysia tidak kelihatan lemah pada persepsi negara lain,” katanya.

    Sumber: --Borneo Today

  • Prasarana Sabah Ditahap Tidak Memuaskan, Kerajaan Negeri Sukar Tarik Pelabur

    (Gambar Projek Lebuhraya Pan Borneo(Foto:Bernama)

    Sandakan: Prasarana yang masih pada tahap tidak memuaskan menyukarkan kerajaan negeri menarik pelabur besar adalah antara sebab utama pengganguran dan kemiskinan masih tinggi di Sabah.

    Timbalan Ketua Menteri Datuk Seri Moktar Radin berkata kerajaan negeri peka dengan situasi berkenaan, justeru, menyiapkan projek prasarana terutama pembinaan Lebuhraya Pan Borneo menjadi usaha penting bagi menarik pelabur seterusnya merangsang pembangunan ekonomi negeri.

    "Banyak pelabur jumpa kita (kerajaan negeri) untuk melabur berbilion ringgit di Sabah, tetapi tidak dapat kita merealisasikan sebab elektrik tidak baik, air kurang, jalan raya tidak baik.

    "Tetapi kita tidak akan biarkan (masalah) ini berterusan. Kita akan melihat bagaimana Sabah dapat kita pacu dari segi lain, dari segi ekonomi supaya kemunduran ini dapat kita kurrangkan," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Program Aspirasi Kepulihan Negara peringkat negeri di sini.

    Bung Moktar, yang juga Menteri Kerja Raya Negeri berkata demikian ketika mengulas mengenai keluaran dalam negara kasar (KDNK) terbaharu yang menyatakan Sabah antara negeri dengan kadar pengangguran dan kemiskinan tertinggi.

    Beliau yang juga Ahli Parlimen Kinabatangan turut memberitahu pihaknya telah meminta Kerajaan Prsekutuan untuk menambah jumlah pakej kerja projek pembinaan lebuh raya itu untuk dilaksanakan tahun depan bagi mempercepatkan penyiapan Lebuhraya Pan Borneo.

    "Sekiranya dapat dilaksanakan tahun depan, bermakna dalam tiga tahun, jalan ini akan terus baik dan sudah tentu kita dapat memikirkan pula untuk pembangunan sumber air dan tenaga elektrik.

    Mengenai Program Aspirasi Kepulihan Negara itu, Bung Moktar berkata kecekapan pasukan keselamatan dan Kawasan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah (ESSCom) mengawal ketat sempadan negara berjaya membanteras masalah pengedaran dadah, khususnya di timur Sabah.

    Semenetara itu, ditnya mengenai langkah diambil bagi menangani isu serangan buaya di Sabah, Bung Moktar berkata beliau sedar serangan reptilia berkenaan terhadap manusia semakin berleluasa menyebabkan kepercayaan bahawa bilangan mereka (buaya) mungkin melebihi jangkaan.

    "Atau mereka mengalami kekurangan makanan dan kini keluar serta mula menyerang manusia,kita tidak tahu. Walaupun tiada bilangan rasmi, tapi setiap malam di sepanjang Sungai Kinabatangan kita boleh lihat beberapa pasang mata jika kita suluh ke arah kawasan itu," katanya.

    Beliau telah dimaklumkan bahawa Kementerian Pelanconga, Budaya dan Alam Sekitar Sabah telah menawarkan perkhidmatan untuk menangkap reptilia itu dan permohonan boleh dibuat kepada kementerian bagi membolehkan pemburu buaya tampil membantu menangkap reptilia sungai itu.

    "Jadi, saya sentiasa mencari jalan mejemput atau memanggil pemburu profesional seperti di Sarawak untuk memastikan bilngan populasi buaya di Kinabatangan dapat dikurangkan," katanya.

    Sumber: --BERNAMA



  • Kundasang Dilanda Gempa Bumi Lemah

     

    FB Malaysian Meteorlogical Department

    Ranau
    : Gempa bumi lemah dilaporkan berlaku di daerah Kundasang pada jam 7.27 pagi tadi.

    Gempa bumi lemah itu dikesan di koordinat 6.1 darjah utara dan 116.6 darjah timur dengan magnitud 3.1.

    Dalam kenyataan yang di keluarkan Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengesahkan, gempa bumi itu dikesan pada jarak 13 kilometer barat laut dari Ranau.

    Katanya, gegaran pada kedalaman 10 kilometer itu turut dapat dirasai di sekitar Kundasang dan Ranau.

    "MetMalaysia akan terus memantau keadaan ini," katanya dalam kenyataan.

    Sementara itu, Ketua  Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Ranau, Ridwan Mohd Talib ketika dihubungi berkata, setakat ini bomba tidak menerima sebarang aduan susulan gempa bumi itu.

    Bagaimanapun katanya, BBP Ranau akan terus melakukan pemantauan di sekitar kawasan Pekan Kundasang dan Ranau.

    "Setakat ini keadaan terkawal dan hasil laporan pasukan bomba yang memantau, tiada kerosakan bangunan dilaporkan," katanya.


    Sumber:--DEASOKA

  • Polis Tahan Remaja Miliki Motosikal Curi


    TAWAU: Seorang remaja lelaki ditahan selepas didapati memiliki motosikal curi, berhampiran sebuah pasaraya, di Merotai, di sini semalam.

    Ketua Polis Daerah Tawau, Asisten Komisoner Jasmin Hussin berkata, suspek,14, dilihat dalam keadaan mencurigakan di lokasi kejadian.

    Katanya, suspek menunggang motosikal berlegar-legar di hadapan pasaraya tersebut dan telah menimbulkan kecurigaan pasukan polis.

    “Polis kemudiannya bertindak menahan dan menjalankan pemeriksaan dokumentasi terhadap suspek terbabit.

    “Hasil pemeriksaan, suspek tidak memiliki sebarang dokumen pengenalan diri yang sah, manakala semakan motosikal tersebut mendapati ia telah dilaporkan hilang disyaki dicuri,” katanya dalam kenyataan media, di sini hari ini.

    Jasmin berkata, suspek dan motosikal berkenaan dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Tawau untuk siasatan lanjut.

    “Kes ini disiasat mengikut Seksyen 379A Kanun Keseksaan dan Seksyen 6(1)(c) Akta Imigresen,” katanya.


    Sumber: Utusan Borneo



  • Selesaikan Projek Mitigasi Banjir Tawau Dalam RMK12

    DATUK CHRISTINA LIEW

    TAWAU: Masalah banjir yang membelenggu penduduk daerah ini berdekad lamanya bakal diselesaikan secara tuntas.

    Ahli Parlimen Tawau Datuk Christina Liew optimistik ianya hanya dapat dicapai sekiranya projek mitigasi banjir Tawau dapat diselesaikan dibawah Rancangan Malaysia ke-12 (RMK12).

    Menurutnya, kerja-kerja pakej ketiga untuk melebarkan muara sungai Tawau di Kampung Titingan Apas sedang dilakukan.

    "Menurut Jabatan Perparitan dan Saliran (JPS), muara sungai sedia ada sangat kecil, hanya seluas 20 meter sahaja dan kini usaha diambil untuk melebarkan sehingga 80 meter.

    "Usaha seumpamanya, saya difahamkan akan melancarkan pengaliran air sungai ke laut seterusnya mampu mengatasi masalah banjir," katanya selepas mengadakan tinjauan di lokasi kerja-kerja pakej ketiga di muara sungai berkenaan, baru-baru ini.

    Turut serta ialah Ketua Pegawai Perhubungan Parlimen Tawau Fung Thin Yein.

    Beliau berkata, projek berkenaan juga termasuk membina benteng di lereng sungai bagi memastikan tidak berlaku hakisan.

    Selain itu katanya, pakej keempat projek berkenaan pula melibatkan naik taraf Jambatan Apas di Kilometer 2 Jalan Apas.

    "Saya faham bahawa saiz jambatan sedia ada terlalu pendek untuk disesuaikan dengan rekaan baharu kemudahan itu yang mana akan memberikan aliran baharu Sungai Tawau.

    "Oleh sebab itu, jambatan ini perlu dinaik taraf. Saya juga difahamkan pakej ketiga dan keempat projek ini adalah termasuk dalam satu kontrak dan dijadualkan siap pada Januari 2024," katanya.

    Bagaimanapun, Christina bimbang bahawa pakej satu dan dua (juga dalam satu kontrak) melibatkan pendalaman serta pelebaran sungai Tawau masih belum melantik kontraktor berkaitan.

    "Oleh itu, kita tidak tahu bila kedua-dua pakej ini akan dimulakan, saya ingin sekali lagi menyeru kerajaan persekutuan agar mempercepatkan pelaksanaan perkara ini menerusi Kementerian Alam Sekitar dan Air untuk menyelesaikan masalah banjir di Tawau," katanya.

  • Isu Keselamatan Siber Dalam Negara Perlu Perhatian

    Datuk Abdul Halim Abdul Rahman

    KOTA KINABALU: Peningkatan mendadak kes berkaitan isu keselamatan siber di negara ini perlu diberi perhatian.

    Timbalan Ketua Setiausaha Keselamatan Kementerian Dalam Negeri Datuk Abdul Halim Abdul Rahman berkata, setiap tahun jumlah kes yang direkodkan berkaitan buli siber, pemalsuan, pencerobohan, memancing data dan penipuan e-mel meningkat hampir sekali ganda.

    Katanya, tahun lepas bilangan kes jenayah siber meningkat kepada lebih 20,000 kes dengan jumlah kerugian sebanyak RM560 juta berbanding 13,000 kes dan kerugian berjumlah RM539 juta yang direkodkan pada 2019.

    Menurutnya, keselamatan siber yang kukuh amat penting pada waktu negara menuju ke arah Revolusi Industri 4.0 (IR4.0) kerana ia bergantung sepenuhnya kepada teknologi digital.

    "Sebarang isu melibatkan keselamatan siber akan memberi kesan terhadap kerajaan, ekonomi, sosial dan masyarakat.

    "Di kala kita bergerak ke hadapan dan hidup dengan teknologi di mana bandar pintar sedang dibina dan misi data kritikal dihantar ke pangkalan data menggunakan internet, isu keselamatan siber perlu diletakkan di barisan hadapan di keseluruhan ekosistem digital.

    "Banyak ancaman semasa dan baharu muncul membabitkan teknologi baharu yang tidak pernah didengar dalam tempoh sedekad yang lalu," katanya.

    Beliau berkata demikian ketika berucap sempena Seminar Sasaran Penting Peringkat Kebangsaan 2022 di sini hari ini.

    Abdul Halim berkata, landskap keselamatan negara ketika ini berubah dengan lebih pantas berbanding sebelum ini. Justeru, perubahan yang berlaku kini antara cabaran terbesar dalam memastikan pertahanan dan keselamatan negara dan sasaran penting terjamin.

    Selain itu jelasnya, menjelang 2025, ekonomi digital dijangka menyumbang kira-kira 22.6 peratus kepada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK).

    Sehubungan itu katanya, negara perlu mengenal pasti ancaman yang berpotensi mendatangkan gangguan kepada sasaran penting dan sektor ekonomi secara amnya.

    "Keperluan untuk memperoleh ruang siber yang selamat dan terjamin pada hari ini adalah amat penting untuk meningkatkan agenda keselamatan siber bagi kepentingan sasaran penting di negara ini.

    "Penting untuk pemilik atau penghuni sasaran penting sentiasa memberi tumpuan dan perhatian agar keselamatan maklumat sentiasa terjaga dan diberi kawalan keselamatan yang sewajarnya agar tidak berlaku sebarang kebocoran maklumat lebih-lebih dari dalam instalasi itu sendiri," jelasnya.

    Dalam pada itu katanya, Malaysia adalah sebuah negara yang sedang membangun dan aspek keselamatan adalah obligasi utama bagi mengekalkan kedaulatan negara.

  • Dua Kilang Ais Kiub Diarah Tutup Di Sandakan

     

    Kredit:Hazsyah Abdul Rahman

    SANDAKAN: Dua kilang ais kiub di daerah ini diarah tutup selepas didapati beroperasi tanpa lesen daripada Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

    Pegawai Kesihatan Sandakan, Dr. Johari Awang berkata daerah ini mempunyai empat kilang ais kiub yang aktif beroperasi.

    “Bagaimanapun, dua daripada jumlah itu tidak pernah memohon lesen daripada KKM walaupun sudah beroperasi lebih empat tahun.

    “Kilang itu juga setiap tahun diberikan kompaun, namun sehingga kini tidak serius mendapatkan lesen daripada KKM,” katanya ketika sidang media, di sini hari ini.

    Katanya, KKM sudah berikan tempoh agak lama untuk mereka memohon lesen dan mematuhi program jaminan keselamatan makanan yang telah digariskan.

    “Kita juga sudah berikan bimbingan yang sepetutnya, namun pemilik berkenaan tetap enggan untuk memastikan kilang mereka memiliki lesen.

    “Justeru, kita terpaksa menyita kilang tersebut kerana kompaun yang diberikan setiap tahun tidak memberikan kesan kepada mereka,” katanya.

    Menurutnya, operasi ini kerap dilakukan bagi memastikan keselamatan pengguna ais kiub di Sandakan sentiasa terjamin.

    Johari berkata arahan menutup operasi kilang itu berkuatkuasa serta merta sehingga kilang-kilang tersebut memperoleh lesen KKM.

    “Saya berharap kilang-kilang yang menghasilkan ais kiub di daerah ini supaya dapat memohon lesen kesihatan seperti yang ditetapkan,” katanya.


    Sumber: Utusan Borneo


  • GET A FREE QUOTE NOW

    Lorem ipsum dolor sit amet, consectetuer adipiscing elit, sed diam nonummy nibh euismod tincidunt ut laoreet dolore magna aliquam erat volutpat.

    Search This Blog

    Powered by Blogger.

    Contributors

    ADDRESS

    4759, NY 10011 Abia Martin Drive, Huston

    EMAIL

    contact-support@mail.com
    another@mail.com

    TELEPHONE

    +201 478 9800
    +501 478 9800

    MOBILE

    0177 7536213 44,
    017 775362 13