KOTA KINABALU : Dua kanak-kanak maut manakala dua lagi cedera akibat tertimbus dalam kejadian tanah runtuh di Jalan Bukit Nenas, di sini, malam tadi.
Mangsa Isa Sabri, 2 dan Norain Jaziz, 11, disahkan meninggal dunia di Hospital Queen Elizabeth (HQE).
Jurucakap Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sabah berkata, mangsa yang cedera ialah Siti Nur, 28, patah tangan dan suaminya Sabri Botong, 28, cedera ringan di kaki dan turut menerima rawatan di HQE.
Beliau berkata, pihaknya menerima panggilan mengenai kejadian itu jam 8.26 malam tadi.
Katanya, seramai 24 pegawai dan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Lintas dan Kota Kinabalu bersama jentera serta Unit Bantuan Perkhidmatan Kecemasan (EMRS) dikerah ke lokasi kejadian.
“Setibanya di lokasi kejadian didapati tanah runtuh menghempap sebuah rumah yang didiami sembilan sekeluarga.
“Terdapat empat mangsa terbabit iaitu satu cedera di bahagian kaki manakala tiga lagi tertimbus,” katanya dalam kenyataan media, hari ini.
Menurutnya, seorang mangsa kanak-kanak lelaki berusia dua tahun dihantar ke hospital sebelum pasukan bomba tiba di lokasi.
“Dua lagi mangsa perempuan termasuk seorang kanak-kanak yang tertimbus berjaya dikeluarkan oleh pasukan bomba dan orang awam.
“Mangsa kemudian diberi rawatan awal oleh pasukan EMRS dan seterusnya dihantar ke hospital menggunakan EMRS dan ambulans.
“Dua kanak-kanak disahkan meninggal dunia di hospital manakala dua lagi mangsa yang cedera kini menerima rawatan,” katanya.
Katanya lagi, selepas memastikan tiada lagi bahaya lain terbabit operasi ditamatkan kira-kira jam 10 malam tadi. – BH Online
Kota Kinabalu: Pertubuhan Kemanusiaaan Masyarakat Antarabangsa Malaysia (MHO) mendakwa terdapat kegiatan aktif yang dilakukan oleh pihak-pihak tertentu untuk merekrut warga tempatan Lahad Datu dengan memberikan dokumen pengenalan diri dikaitkan dengan Kesultanan Sulu.
Datuk Hishamuddin Hashim selaku setiausaha MHO berkata, sukarelawan MHO di Sabah pada isnin lalu dimaklumkan melalui WhatsApp berhubung kegiatan itu.
"Dimaklumkan bahawa terdapat kegiatan aktif yang dilakukan oleh pihak-pihak tertentu dalam merekrut warga tempatan di Sabah khususnya di Lahad Datu dengan memberikan dokumen-dokumen pengenalan diri yang dipercayai ada kaitan dengan Kesultanan Sulu dan juga perakuan taat setia individu-individu penduduk Sabah kepada Kesultanan Sulu.
"Hantaran WhatsApp itu turut mengandungi gambar-gambar yang berbentuk seakan dokumen diri bagi Kesultanan Sulu dan juga perakuan taat setia individu-individu penduduk Sabah kepada Kesultanan Sulu," katanya dalam satu kenyataan.
Beliau berkata, umum mengetahui bahawa Kesultanan Sulu adalah pihak yang berkaitan dan bertangungjawab terhadap serangan pengganas Sulu di Lahad Datu yang mana ia jelas adalah suatu tindakan berbentuk kesalahan keganasan dan melancarkan perang terhadap Yang di-Pertuan Agong.
"Serangan berdarah pengganas Sulu di Lahad Datu itu terjadi pada 2013 dan telah mengorbankan 12 wira negara yang merupakan anggota keselamatan negara.
"Kegiatan mana-mana pihak atau individu yang merekrut rakyat tempatan di negeri ini untuk mengiktirafkan taat setia kepada Kesultanan Sulu dan juga memberikan dokumen pengenalan diri yang dikaitkan dengan Kesultanan Sulu kepada rakyat tempatan di Sabah adalah jelas suatu kesalahan menderhaka di bawah Kanun Keseksaan kepada Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong dan juga Yang di-Pertua Negeri Sabah," katanya.
Hishamuddin berkata, MHO mengecam segala usaha dan kegiatan yang dilakukan oleh mana-mana pihak dalam merekrut kumpulan untuk memberikan taat setia kepada anasir asing khususnya Kesultanan Sulu.
"Semua pihak juga diseru menyalurkan maklumat kepada pihak berkuasa berkenaan kegiatan mana-mana individu, gerakan atau kumpulan yang cuba merekrut atau pihak yang cuba menceroboh dan mencemarkan kedaulatan negara," katanya.
Sehubungan dengan itu, katanya pihak MHO akan mengerahkan sukarelawannya khususnya yang berada di Sabah untuk membuat laporan polis berkenaan hantaran WhatsApp tersebut dan menyeru pihak polis untuk menyiasat gambar-gambar yang berbentuk seakan dokumen identiti diri yang dikaitkan dengan Kesultanan Sulu dan juga perakuan taat setia individu penduduk Sabah kepada Kesultanan Sulu itu.
Sumber :--DEASOKA
PETALING JAYA: Sabah terus mengukuhkan kedudukan ditangga kedua Liga Super apabila bangkit melakar kemenangan 2-1 ke atas Petaling Jaya City (PJ City) di Stadium Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ), sebentar tadi.
Penyerang negara, Darren Lock membuka tirai jaringan pada minit ke-34 apabila bijak menanduk bola sepakan sudut yang diambil V.Ruventhiran.
Tersentak dengan jaringan itu, Sabah cuba mencari gol penyamaan namun gagal menembusi benteng pertahanan tuan rumah menyaksikan kedudukan 1-0 kekal sehingga berakhir babak pertama.
Memasuki babak kedua, Sabah hanya memerlukan tiga minit untuk menyamakan kedudukan menerusi rembatan penyerang import dari Jepun, Taiki Kagayama.
Jaringan itu nyata menyuntik semangat skuad The Rhinos untuk terus menekan pertahanan tuan rumah ketika PJ City dilihat masih tercari-cari rentak permainan ‘garang’ yang ditunjukkan mereka pada babak pertama.
Amri Yahyah berpeluang meletakkan Sabah mendahului pada minit ke-56 namun rembatan volinya berjaya dinafikan penjaga gol PJ City, Kalamullah Al-Hafiz Mat Rowi.
Skuad kendalian P.Maniam tidak hanya mendiamkan diri apabila turut melancar dua percubaan berbahaya menerusi percubaan S.Kumaahran dan R.Kogileswaran tetapi gagal menewaskan penjaga gol Sabah, Khairul Fahmi Che Mat.
Percaturan Datuk Ong Kim Swee memasukan Irfan Fazail nyata membuahkan hasil apabila pemain tengah itu berjaya mencetak gol pada minit ke-75 selepas bijak menyambar bola hantaran lintang rakan sepasukannya, Maxsius Musa.
Lima minit terakhir perlawanan, tuan rumah melancarkan serangan bertali arus ke gawang pelawat yang dilihat lebih banyak bertahan namun Khairul Fahmi atau lebih mesra dengan panggilan Apek memperagakan aksi cemerlang untuk memastikan Sabah membawa pulang tiga mata berharga. – Utusan
Pembantu Menteri Belia dan Sukan Sabah, YB Andi Muhammad Suryady Bandi berkata sedemikian ketika merasmikan Hari Potensi KEMAS peringkat Parlimen Kalabakan, di sini, hari ini.
“Hari Potensi ini bukan sekadar satu temasya bagi mengukur kemampuan anak-anak kita bertanding dalam acara-acara sukan tetapi sebenarnya membina keyakinan diri serta suntikan kreativiti dan inovasi dalam kalangan kanak-kanak.” katanya.
“Elemen ini sangat penting bagi mengiktiraf kebolehan, mampuan berfikir dalam menjana kemenjadian kanak-kanak yang cemerlang dan bersahsiah mulia” tambahnya lagi.
![]() |
| Suryady bertegur sapa dengan si cilik dari Tabika KEMAS Felda Umas 4, Kalabakan |
Suryady turut berharap agar lebih ramai kanak-kanak di parlimen tersebut berjaya ke peringkat seterusnya.
“Pencapaian anak-anak TABIKA KEMAS kita di Parlimen Kalabakan ini amat memberansangkan, contohnya sebelum ini kita Berjaya mewakili dan Negeri Sabah serta meraih pingat-pingat di Hari Potensi Kanak-Kanak TABIKA KEMAS di Peringkat Kebangsaan.”
“Justeru, marilah kita sama-sama berusaha pada tahun ini anak-anak kita dapat mewakili dan berjaya ke peringkat seterusnya.” katanya lagi.
Terdahulu, seramai 1,050 murid daripada 54 buah Tabika KEMAS di parlimen Kalabakan menyertai Hari Potensi KEMAS membabitkan enam acara sukan di Kompleks Sukan Tawau.
Acara sukan dijadikan tema Hari Potensi KEMAS pada tahun ini. Turut hadir, Timbalan Pengarah (Pendidikan Awal Kanak-Kanak) KEMAS Sabah, Ruran Banlang dan Pegawai KEMAS Tawau, Mohamad Yusli Nassir.
-Sabah Info

Ranau: Seorang pendaki ang terseliuh ketika menuruni Gunung Kinabalu di kilometer 5.8, di sini, diselamatkan Pasukan Mencari dan Menyelamat Gunung Kinabalu, semalam.
Dalam kejadian kira-kira jam 9 pagi itu, lelaki warga tempatan berusia 27 tahun terbabit dilaporkan terseliuh buku lali kaki kirinya ketika turun dari Panalaban ke Timpohon.
Jurucakap Pusat Gerakan Operasi (PGO) jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sabah berkata,pihknya menerima panggilan kecamasan pada jam 9.47 pagi.
Katanya, susulan laporan itu, sepasukan 18 anggota dan pegawai termasuk MOSAR serta malim gunung dan anggota Taman-Taman Sabah (TTS) dikerah ke lokasi kejadian.
"Sebaik tiba dia lokasi mangsa, pasukan MOSAR terus memberikan rawatan awal bagi memastikan mangsa dalam keadaan stabil dan selamat.
"Mangsa kemudiannya dibawa turun ke 'Timpohon Gate' menggunakan Robinson Strecher oleh pasukan penyelamat" katanya dalam kenyataan media yang dikeluarkan,hari ini.
Menurutnya, mangsa kemudiannya diberikan rawatan awal oleh pasukan EMRS sebelum dihantar ke Hospital Ranau untuk mendapatkan rawatan lanjut.
katanya, pasukan operasi kemudiannya menjalankan pemeriksaan lanjut bagi memastikan tiada bagi memastikan tiada lagi bahaya lain sebelum operasi ditamatkan pada jam 3.10 petang.
Sumber: --DEASOKA
![]() |
Semporna: Sebanyak 1,125 liter petrol berjaya di rampas pihak Polis yang dipercayai cuba diseludup ke negara jiran dalam serbuan rumah atas air di Kampung Batu, di sini , semalam.
Sepasukan anggota polis dari Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Semporna melakukan rampasan bersama pasukan Polis Marin (PPM) pada kira-kira jam 9.30 malam.
Ketua Polis Daerah Semporna, Superitendan Mohd Farhan Lee Abdullah berkata sebelum itu, pihaknya menerima maklumat awam berhubung aktiviti penyeludupan di kawasan itu.
Berikutan itu,katanya sepasukan anggota polis digerakkan ke lokasi bagi menjalankan intipan dan pemeriksaan ke atas bot kayu yang dalam keadaan mencurigakan di bawah rumah atas air terbabit.
"Hasil pemeriksaan lanjut turut ditemui sebanyak 30 gelen berisi penuh minyak petrol di dalam bot terbabit.
"Pemeriksaan lanjut turut menemukan 15 gelen lagi minyak petrol yang diikat pada tiang rumah dalam keadaan terapung,'' katanya dalam kenyataan.
Katanya,semua minyak petrol itu dipercayai diletakkan di kawasan rumah berkenaan sebelum cuba diseludup ke negara jiran.
Beliau berkata,ketika pemeriksaan menyeluruh di kawasan itu,pihaknya mendapati beberapa buah bot bertindak memecut laju dipercayai cuba melarikan diri setelah menyedari kehadiran polis.
"Pasukan serbuan turut erampas dua buah bot jenis kayu bersama sebuah enjin dipercayai milik penyeludup terbabit.
Keseluruhan barang rampasan dianggarkan bernilai RM15,276 itu diserahkan kepada pihak Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) untuk tindakan lanjut," katanya.
Orang Ramai dinasihatkan agar melaporkan sebarang aktiviti penyeludupan kepada pihak polis atau KPDNHEP sekiranya mempunyai maklumat.
IPD Semporna mengucapkan terima kasih atas maklumat yang disalurkan oleh orang awam sehingga berjaya menggagalkan aktiviti penyeludupan minyak petrol terbabit.
Sumber : --DEASOKA
.png)


