SABAH INFO


Kami adalah
Social Media Influencer

Team Sabah Info

Sabah Info adalah sebuah pasukan kreatif yang berpangkalan di Kota Kinabalu. Memfokuskan konten digital versi Sabahan melalui platform media sosial yang paling kukuh di Negeri Sabah! Sabah Info juga menawarkan servis pengiklanan dengan pakej yang berpatutan dengan hasil yang sangat memberangsangkan! Kami sedia menjadi rakan strategik anda!

  • Kota Kinabalu, Sabah
  • sabahinfo.my@gmail.com
  • www.sabahinfo.com.my
Me

Kelebihan Kami

Platform kami adalah yang terbesar di negeri bawah bayu. Meliputi Facebook, Instagram, Tiktok dan Telegram


Facebook 621 Ribu Followers
Tiktok 487 Ribu Followers
Instagram 153 Ribu Followers
Telegram 45 Ribu Followers

Awesome features

Aliquam commodo arcu vel ante volutpat tempus. Praesent pulvinar velit at posuere mollis. Quisque libero sapien.

Animated elements

Lorem ipsum dolor sit amet, consectetur adipiscing elit. Sed tempus cursus lectus vel pellentesque. Etiam tincidunt.

Responsive Design

Pellentesque ultricies ligula a libero porta, ut venenatis orci molestie. Vivamus vitae aliquet tellus, sed mollis libero.

Modern design

Duis ut ultricies nisi. Nulla risus odio, dictum vitae purus malesuada, cursus convallis justo. Sed a mi massa dolor.

Retina ready

Vivamus quis tempor purus, a eleifend purus. Ut sodales vel tellus vel vulputate. Fusce rhoncus semper magna.

Fast support

Suspendisse convallis sem eu ligula porta gravida. Suspendisse potenti. Lorem ipsum dolor sit amet, duis omis unde elit.

0
completed project
0
design award
0
facebook like
0
current projects
  • Dua Aset Petronas Dirampas Waris Kesultanan Sulu



    KUALA LUMPUR: Aset dua anak syarikat PETRONAS di Azerbaijan dirampas oleh waris kesultanan Sulu, yang dikatakan menuntut AS$14.92 bilion (RM62.59 bilion) daripada Malaysia, demikian menurut laporan Financial Times.

    Peguam pihak yang menuntut, dilaporkan merampas aset PETRONAS yang didaftarkan di Luxembourg, Petronas Azerbaijan (Shah Deniz) dan Petronas South Caucasus, dengan nilai dilaporkan mencecah lebih AS$2 bilion.

    Peguam berkenaan berkata, bailif di Luxembourg merampas syarikat induk bagi pihak pelanggan mereka.

    Langkah itu yang pertama kali dilaporkan, adalah sebahagian daripada tindakan undang-undang yang dikemukakan pada 2017 oleh waris Sulu untuk mendapatkan pampasan terhadap tanah di Sabah yang didakwa telah dipajak oleh nenek moyang mereka kepada sebuah syarikat perdagangan British pada 1878.

    Pada Mac lalu, penimbang tara di Perancis memutuskan bahawa Malaysia, yang mewarisi obligasi perjanjian pajakan apabila memperoleh kemerdekaan daripada Britain, mesti membayar waris berkenaan sebanyak AS$14.92 bilion.

    Keturunan Sultan Sulu terakhir, Sultan Jamalul Kiram II, menuntut jumlah amat besar sebagai pampasan daripada Malaysia berikutan proses timbang tara.

    Pada Mac lalu, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-Undang), Datuk Seri Wan Junaidi Tuanku Jaafar dilaporkan berkata, keputusan Mahkamah Arbitrasi Paris untuk Malaysia membayar pampasan AS$14.92 bilion kepada pihak mendakwa sebagai waris Sultan Sulu, adalah tidak sah kerana tidak berlandaskan undang-undang.

    Beliau berkata, keputusan yang ditetapkan penimbang tara, Dr Gondoza Stampa itu sudah dibatalkan dan tidak lagi sah dari segi undang-undang.

    Pada 28 Februari lalu, agensi berita Sepanyol melaporkan, Dr Stampa yang juga penimbang tara Sepanyol mengarahkan Malaysia membayar pampasan kepada pihak mendakwa sebagai waris Sultan Sulu.

    Malah, Malaysia didakwa tidak membayar wang pemisah sejak 2013 dan dikatakan melanggar Perjanjian 1987 yang ditandatangani Sultan Jamal Al-Alam, Baron De Overbeck dan Alfred Dent mewakili syarikat British Utara Borneo. – BH Online

  • Lelaki Hilang Disungai Padas Dikhuatiri Lemas

     

    TENOM : Seorang lelaki yang dilaporkan hilang sejak Sabtu lalu ketika menjala ikan di Sungai Padas, Panawan Kuala Tomani, Tenom, masih belum ditemui.

    Menurut Jurucakap Pusat Gerakan Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sabah, mangsa Alphonius @Ebon Ambabai, 25, dipercayai lemas ketika cuba menyeberangi sungai itu.

    Katanya, operasi pencarian dijalankan semalam terbahagi kepada empat kumpulan selain menggunakan kaedah ‘surface rescue’ di tebing sungai sepanjang empat kilometer itu.

    “Mangsa masih belum ditemui dan operasi terpaksa ditangguhkan pada 5.10 petang,” katanya semalam.

    Katanya, operasi akan disambung semula hari ini.

    Sumber :SabahPost

  • Wanita Maut Motosikal Dirempuh Di Kunak


    Kunak : Seorang wanita maut manakala suami dan anak cedera selepas motosikal yang mereka naiki dirempuh sebuah kenderaan utiliti sukan (SUV) di kilometer 10,Jalan Kunak- Tawau ,disini Semalam.

    Dalam kejadian .45 petang itu mangsa,Rina Samo, 38,yang juga warganegara Indonesia itu disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian.

    Manakala suami berusia 39 tahun dan anak lelakinya berusia tujuh tahun mengalami cedera di bahagian kepala,muka dan kaki.

    Ketua Polis Daerah Kunak, Superitendan Sabarudin Rahmat berkata ,siasatan awal mendapati kereta SUV jenis Proton X70 dipandu seorang lelaki berusia 54 tahun bergerk dari Tawau menuju Kunak,manakala motosikal yang dinaiki mangsa berada dia hadpan lorong sama.

    Katanya,setibanya di lokasi kejadian,kereta Proton X70 cuba memotong sebuah lagi kereta dihadapannya,namun pada masa sama motosikal dinaiki mangsa cuba masuk ke simpang sebelah kanan.

    "Jarak yang terlalu dekat menyebabkan kereta X70 tidak dapat mengelak dan terus merempuh motosikal mangsa.

    "Akibatnya,penunggang dan anaknya terpelanting ke bahu jalan,manakala mangsa iaitu istrerinya diseret oleh kereta berkenaan,"katanya dalam kenyataan media,disini hari ini.

    Sabarudin berkata,mangsa iaitu pemboceng disahkan meninggal dunia dia lokasi kejadian,manakala anaknya berumur tujuh tahun dan suaminya,39,memgalamikecederaan.

    "Mayat mangsa dibawa ke Hospital Kunak proses bedah siasat.

    "Siasatan masih dijalankan memgikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987,"katanya.

    Sumber _DEASOKA
  • Pegawai Polis Mengaku Tidak Bersalah Atas Tuduhan Terima rasuah RM41,000


    TAWAU
    : Pegawai polis berpangkat Inspektor mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Khas Rasuah di sini, hari ini, atas tiga pertuduhan menerima rasuah berjumlah RM41,000, lima tahun lalu.

    Tertuduh, Saharulzaman Alizaman, 38, yang bertugas sebagai Inspektor di Bahagian Siasatan Jenayah Komersil Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Lahad Datu membuat pengakuan itu selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Abu Bakar Manat.

    Berdasarkan pertuduhan pertama, Saharulzaman didakwa secara rasuah meminta suapan untuk dirinya berjumlah RM20,000 daripada seorang individu berusia 26 tahun di pejabat Bahagian Siasatan Jenayah Komersil IPD Lahad Datu, antara jam 1.15 tengah hari hingga 4 petang pada 16 Ogos 2017.

    Ia sebagai dorongan untuk tidak mengambil tindakan terhadap individu berkenaan yang menjalankan perniagaan pinjaman wang tanpa lesen, iaitu kesalahan di bawah Seksyen 5 (2) Akta Pemberi Pinjam Wang 1951.

    Atas kesalahan itu, tertuduh didakwa mengikut Seksyen 16(a)(B) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (ASPRM) 2009, yang boleh dihukum di bawah Seksyen 24 (1) Akta yang sama dan jika sabit kesalahan boleh dihukum penjara tidak lebih 20 tahun dan denda tidak kurang lima kali ganda nilai suapan atau RM10,000, yang mana lebih tinggi.

    Bagi pertuduhan kedua, tertuduh pada tarikh, masa dan lokasi sama didakwa telah secara rasuah meminta suatu suapan untuk dirinya berjumlah RM4,000 daripada individu sama iaitu sebagai wang perlindungan bagi melindungi perniagaan pinjaman wang tanpa lesen milik individu terbabit.

    Atas perbuatan itu, tertuduh didakwa mengikut Seksyen 16(a)(B) ASPRM 2009.

    Bagi pertuduhan ketiga pula, tertuduh didakwa mengikut Seksyen 17 (a) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009 atas kesalahan rasuah iaitu memperoleh suatu suapan berjumlah RM17,000 daripada individu sama, di dalam sebuah Perodua Alza, di kawasan Double Bay, bandar Lahad Datu, antara jam 3.09 petang hingga 4 petang, pada 16 Ogos 2017.

    Timbalan Pendakwa Raya SPRM Sabah, Nurul Izzati Sapifie menawarkan wang jaminan sebanyak RM20,000 untuk ketiga-tiga pertuduhan dengan seorang penjamin tempatan serta beberapa syarat tambahan iaitu pasport tertuduh diserah kepada mahkamah, tertuduh dikehendaki lapor sebulan sekali di pejabat SPRM terdekat selain dilarang mengganggu saksi.

    Bagaimanapun, peguam Mohamed Zairi Zainal Abidin yang mewakili tertuduh (secara zoom) memohon wang jaminan yang wajar mengambil kira faktor pendapatan anak guamnya sebanyak RM3,500 sebulan selain perlu menjaga ibu dan bapa yang uzur.

    Menurut Mohamed Zairi, anak guamnya kini bertugas di Pasukan Gerakan Am (PGA) Beluran dipertanggungjawabkan untuk mengurus bapa yang mempunyai penyakit buang pinggang kronik serta memerlukan rawatan dialisis sebanyak tiga kali seminggu.

    Mahkamah kemudiannya membenarkan tertuduh diikat jamin sebanyak RM20,000 dengan seorang penjamin kepada mahkamah selain syarat tambahan seperti dipohon pihak pendakwaan dan menetapkan 9 September depan sebagai sebutan semula kes. – HMetro



  • Cubaan Seludup 561 Paket Minyak Masak



    SEMPORNA; Pasukan Polis Marin (PPM) Semporna berjaya merampas 561-paket minyak masak pelbagai jenama dan dua gelen minyak petrol dipercayai cuba diseludup keluar ke negara jiran ketika mengadakan rondaan di perairan laut Pulau Sibangkat, rabu lepas.


    Ketua Polis Daerah Semporna, Supt Mohd Farhan Lee Abdullah berkata, rampasan dilakukan selepas sepasukan anggota PPM mengesan sebuah bot pam dalam keadaan mencurigakan di kawasan berkenaan.

    Bagaimanapun sebaik dihampiri untuk pemeriksaan, bot berkenaan telah bertindak memecut laju ke kawasan cetek dan suspek terjun melarikan diri ke kawasan hutan.

    Katanya, jumlah keseluruhan rampasan termasuk bot dianggarkan bernilai 10-ribu ringgit dan semua rampasan diserahkan kepada pihak Kementerian Perdagangan Dalam Negeri Dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) Semporna untuk tindakan lanjut.

    Kes disiasat dibawah Akta Kawalan Bekalan 1961. Menurut beliau lagi, orang ramai yang menpunyai sebarang maklumat berhubung kegiatan penyeludupan minyak masak bersubsidi diminta tampil menyalurkan maklumat di balai polis berhampiran.

    Sumber : Sabahpost
  • 325 Mahasiswa dan warga kerja UiTM Sabah tonton tayangan Mat Kilau

     

    Suryady (Kiri) bersama mahasiswa dan warga kerja UiTM Sabah sebelum masuk ke pawagam

    KOTA KINABALU: Seramai lebih 325 mahasiswa dan warga kerja UiTM Sabah memenuhi pawagam GSC Cinema, 1Borneo Hypermall petang tadi bagi menonton tayangan filem Mat Kilau: Kebangkitan Pahlawan.

    Program tayangan tersebut dihadiri oleh YB Andi Muhammad Suryady Bandi, Pembantu Menteri Belia dan Sukan Sabah.

    Suryady yang turut berkesempatan meluangkan masa bersama-sama menonton tayangan tersebut mengatakan program seumpama itu sangat baik bagi menyuntik semangat di kalangan belia menghayati sejarah negara dan perjuangan Mat Kilau dalam mempertahankan tanah air selain mengangkat karya seni tempatan.


    “Sambutan mahasiswa dan warga kerja UiTM sangat membanggakan dan rata-rata mereka melahirkan rasa semangat dan teruja apabila selesai menonton filem Mat Kilau." katanya.

    Tambahnya, filem seperti ini amat baik untuk memberikan pendedahan terutamanya kepada belia tentang sejarah pahlawan terdahulu dalam memperjuangkan kemerdekaan kepada negara. - Sabah Info


  • Sabah FC vs JDT : Dijangka Lebih 20,000 Penonton Hadir


     Kota Kinabalu: Orang ramai disarankan membeli tiket awal dan digalakkan datang ke Stadium Likas seawal 5 petang untuk mengelakkan kesesakan.

    Ia bagi menggalakkan lebih ramai penonton membanjiri Stadium Likas,di sini ,untuk memberi sokongan padu kepada pasukan Sabah FC yang menerima kunuungan Johor Darul Ta'zim (JDT) ,15 Julai ini.

    Ketua Penyelaras Venue Sabah FC,Shamsuddin Mohd Shah berkata,penjualan tiket secara atas talian akan dibuka bermula hari ini.

    Manakala katanyabagi penjualan tiket fizikal pula akan mula dijual pada 14 Julai depan di stadium Likas namun terhad kepada 3,000 tiket saja.

    "Penjualan tiket fizikal yang bermula jam10 pagi itu juga hanya terhad kepada dua tiket bagi setiap pembelian.

    "Penonton juga digalakkan hadir ke stadium jam 5 petang pada hari perlawanan bagi mengelakkan kesesakan,"katanya ketika dihubungi,hari ini.

    Shamsuddin berkata,selepas perlawanan menentang JDT ,Sabah FC akan turut menerima kunjungan Terengganu FC pada 18 Julai dan seterusnya sebuah lagi pasukan lawan untuk pertandingan Piala FA,23 Julai depan.

    Sementara itu,Shamsudin berkata ,pihak SAFA akan tetap memandang serius terhadap pematuhan keselamatan termasuk pencegahan penularan Covid-19.

    "Penonton juga tidak dibenarkan membawa botol minuman,payung dan helmet masuk ke dalam stadium,"katanya.

    Menurutnya,pihaknya juga mensasarkan sekurang-kurangnya lebih 20,000 penyokong dan peminat bola sepak akan hadir pada perlawanan kali ini.


    Sumber: Deasoka

  • GET A FREE QUOTE NOW

    Lorem ipsum dolor sit amet, consectetuer adipiscing elit, sed diam nonummy nibh euismod tincidunt ut laoreet dolore magna aliquam erat volutpat.

    Search This Blog

    Powered by Blogger.

    Contributors

    ADDRESS

    4759, NY 10011 Abia Martin Drive, Huston

    EMAIL

    contact-support@mail.com
    another@mail.com

    TELEPHONE

    +201 478 9800
    +501 478 9800

    MOBILE

    0177 7536213 44,
    017 775362 13