Kunak : Seorang wanita maut manakala suami dan anak cedera selepas motosikal yang mereka naiki dirempuh sebuah kenderaan utiliti sukan (SUV) di kilometer 10,Jalan Kunak- Tawau ,disini Semalam.
Kunak : Seorang wanita maut manakala suami dan anak cedera selepas motosikal yang mereka naiki dirempuh sebuah kenderaan utiliti sukan (SUV) di kilometer 10,Jalan Kunak- Tawau ,disini Semalam.
TAWAU: Pegawai polis berpangkat Inspektor mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Khas Rasuah di sini, hari ini, atas tiga pertuduhan menerima rasuah berjumlah RM41,000, lima tahun lalu.
Tertuduh, Saharulzaman Alizaman, 38, yang bertugas sebagai Inspektor di Bahagian Siasatan Jenayah Komersil Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Lahad Datu membuat pengakuan itu selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Abu Bakar Manat.
Berdasarkan pertuduhan pertama, Saharulzaman didakwa secara rasuah meminta suapan untuk dirinya berjumlah RM20,000 daripada seorang individu berusia 26 tahun di pejabat Bahagian Siasatan Jenayah Komersil IPD Lahad Datu, antara jam 1.15 tengah hari hingga 4 petang pada 16 Ogos 2017.
Ia sebagai dorongan untuk tidak mengambil tindakan terhadap individu berkenaan yang menjalankan perniagaan pinjaman wang tanpa lesen, iaitu kesalahan di bawah Seksyen 5 (2) Akta Pemberi Pinjam Wang 1951.
Atas kesalahan itu, tertuduh didakwa mengikut Seksyen 16(a)(B) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (ASPRM) 2009, yang boleh dihukum di bawah Seksyen 24 (1) Akta yang sama dan jika sabit kesalahan boleh dihukum penjara tidak lebih 20 tahun dan denda tidak kurang lima kali ganda nilai suapan atau RM10,000, yang mana lebih tinggi.
Bagi pertuduhan kedua, tertuduh pada tarikh, masa dan lokasi sama didakwa telah secara rasuah meminta suatu suapan untuk dirinya berjumlah RM4,000 daripada individu sama iaitu sebagai wang perlindungan bagi melindungi perniagaan pinjaman wang tanpa lesen milik individu terbabit.
Atas perbuatan itu, tertuduh didakwa mengikut Seksyen 16(a)(B) ASPRM 2009.
Bagi pertuduhan ketiga pula, tertuduh didakwa mengikut Seksyen 17 (a) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009 atas kesalahan rasuah iaitu memperoleh suatu suapan berjumlah RM17,000 daripada individu sama, di dalam sebuah Perodua Alza, di kawasan Double Bay, bandar Lahad Datu, antara jam 3.09 petang hingga 4 petang, pada 16 Ogos 2017.
Timbalan Pendakwa Raya SPRM Sabah, Nurul Izzati Sapifie menawarkan wang jaminan sebanyak RM20,000 untuk ketiga-tiga pertuduhan dengan seorang penjamin tempatan serta beberapa syarat tambahan iaitu pasport tertuduh diserah kepada mahkamah, tertuduh dikehendaki lapor sebulan sekali di pejabat SPRM terdekat selain dilarang mengganggu saksi.
Bagaimanapun, peguam Mohamed Zairi Zainal Abidin yang mewakili tertuduh (secara zoom) memohon wang jaminan yang wajar mengambil kira faktor pendapatan anak guamnya sebanyak RM3,500 sebulan selain perlu menjaga ibu dan bapa yang uzur.
Menurut Mohamed Zairi, anak guamnya kini bertugas di Pasukan Gerakan Am (PGA) Beluran dipertanggungjawabkan untuk mengurus bapa yang mempunyai penyakit buang pinggang kronik serta memerlukan rawatan dialisis sebanyak tiga kali seminggu.
Mahkamah kemudiannya membenarkan tertuduh diikat jamin sebanyak RM20,000 dengan seorang penjamin kepada mahkamah selain syarat tambahan seperti dipohon pihak pendakwaan dan menetapkan 9 September depan sebagai sebutan semula kes. – HMetro
SEMPORNA; Pasukan Polis Marin (PPM) Semporna berjaya merampas 561-paket minyak masak pelbagai jenama dan dua gelen minyak petrol dipercayai cuba diseludup keluar ke negara jiran ketika mengadakan rondaan di perairan laut Pulau Sibangkat, rabu lepas.
Ketua Polis Daerah Semporna, Supt Mohd Farhan Lee Abdullah berkata, rampasan dilakukan selepas sepasukan anggota PPM mengesan sebuah bot pam dalam keadaan mencurigakan di kawasan berkenaan.
Katanya, jumlah keseluruhan rampasan termasuk bot dianggarkan bernilai 10-ribu ringgit dan semua rampasan diserahkan kepada pihak Kementerian Perdagangan Dalam Negeri Dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) Semporna untuk tindakan lanjut.
Kes disiasat dibawah Akta Kawalan Bekalan 1961. Menurut beliau lagi, orang ramai yang menpunyai sebarang maklumat berhubung kegiatan penyeludupan minyak masak bersubsidi diminta tampil menyalurkan maklumat di balai polis berhampiran.
KOTA KINABALU: Seramai lebih 325 mahasiswa dan warga kerja UiTM Sabah memenuhi pawagam GSC Cinema, 1Borneo Hypermall petang tadi bagi menonton tayangan filem Mat Kilau: Kebangkitan Pahlawan.
Program tayangan tersebut dihadiri oleh YB Andi Muhammad Suryady Bandi, Pembantu Menteri Belia dan Sukan Sabah.
Suryady yang turut berkesempatan meluangkan masa bersama-sama menonton tayangan tersebut mengatakan program seumpama itu sangat baik bagi menyuntik semangat di kalangan belia menghayati sejarah negara dan perjuangan Mat Kilau dalam mempertahankan tanah air selain mengangkat karya seni tempatan.
Tambahnya, filem seperti ini amat baik untuk memberikan pendedahan terutamanya kepada belia tentang sejarah pahlawan terdahulu dalam memperjuangkan kemerdekaan kepada negara. - Sabah Info
Kota Kinabalu: Orang ramai disarankan membeli tiket awal dan digalakkan datang ke Stadium Likas seawal 5 petang untuk mengelakkan kesesakan.
Ia bagi menggalakkan lebih ramai penonton membanjiri Stadium Likas,di sini ,untuk memberi sokongan padu kepada pasukan Sabah FC yang menerima kunuungan Johor Darul Ta'zim (JDT) ,15 Julai ini.
Ketua Penyelaras Venue Sabah FC,Shamsuddin Mohd Shah berkata,penjualan tiket secara atas talian akan dibuka bermula hari ini.
Manakala katanyabagi penjualan tiket fizikal pula akan mula dijual pada 14 Julai depan di stadium Likas namun terhad kepada 3,000 tiket saja.
"Penjualan tiket fizikal yang bermula jam10 pagi itu juga hanya terhad kepada dua tiket bagi setiap pembelian.
"Penonton juga digalakkan hadir ke stadium jam 5 petang pada hari perlawanan bagi mengelakkan kesesakan,"katanya ketika dihubungi,hari ini.
Shamsuddin berkata,selepas perlawanan menentang JDT ,Sabah FC akan turut menerima kunjungan Terengganu FC pada 18 Julai dan seterusnya sebuah lagi pasukan lawan untuk pertandingan Piala FA,23 Julai depan.
Sementara itu,Shamsudin berkata ,pihak SAFA akan tetap memandang serius terhadap pematuhan keselamatan termasuk pencegahan penularan Covid-19.
"Penonton juga tidak dibenarkan membawa botol minuman,payung dan helmet masuk ke dalam stadium,"katanya.
Menurutnya,pihaknya juga mensasarkan sekurang-kurangnya lebih 20,000 penyokong dan peminat bola sepak akan hadir pada perlawanan kali ini.
Sumber: Deasoka
Kota Kinabalu: Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) bakal memiliki sebuah balai bomba tertinggi di Malaysia terletak di Gunung Kinabalu apabila kerja-kerja pembinaanya dijangka siap pada penghujung tahun ini.
Ketua Pengarahnya Datuk Seri Mohammad Hamdan Wahid berkata balai bomba yang turut beroeranan sebagai pusat operasi Pasukan Mencari dan Menyelamat Gunung Kinabalu (MOSAR) itu akan dibina di tapak yang dikenal pasti iaitu di Gunting Lagadan,Gunung Kinabalu ,dekat Ranau.
Belaiu berkata kira-kira RM400,000 diperuntukkan bagi membina balai bomba itu bagi memastikan 35 anggota MOSAR yang terdiri daripada malim gunung dapat melaksanakan tugasan dengan cekap dan berkesan.
"Ia merupakan sebahagian daripada sembilan balai bomba yang sedang dalam pembinaan di Sabah.Kami (JBPM) telah mendapat persetujuan bersama pihak Taman-Taman Sabah (untuk membna balai bomba MOSAR di Gunung Kinabalu).Apabila proses dari segi perundangan dan proses untuk kelulusan diperolehi,kami akan meneruskan pembinaan ini secara berperingkat.
"Tapak fasiliti asas sudah ada,tetapi kami mahu ia dijadikan sebagai pusat operasi kebombaan.Balai boma ini merangkumi kawasan untuk beroperasi ,ruang untuk anggota MOSAR menjalankan latihan,tempat penyimpanan peralatan operasi dan membuat laporan,"katanya kepada pemberita disini hari ini.
Belaiu berkata demikian selepas menyempurnakan majlis penganugerahan pangkat kehormat iaitu Ketua Pesuruhjaya Bomba (kehormat) kepada Yang Dipertua Negeri Sabah Tun Juhar Mahiruddin di Istana Seri Kinabalu disini.
Mohammad Hamdan berkata JBPM akan terus meningkatkan tahap kesiapsiagaan pegawai dan anggotanya dalam menghadapi kesan perubahan ekstrim iklim di negara ini bagi memastikan operasi kebombaan yang lebih efisien.
Selain membuat pemantauan udara menggunakan dron dan helikopter,katanya JBPM turut menjalin kerjasam dengan Meteorologi Malaysia bagi mendapatkan maklumat mengenai keadaan cuaca;Jabatan Pengairan dan Saliran;serta agensi-agensi berkaitan alam sekitar.
Mengenai ajlis hari ini Mohammad Hamdan berkata, penganugerahan pangkat kehormat itu adalah sebagi tanda penghormatan serta pengiktirafan JBPM atas sumbangan Tun Juhar dalam bidang kebombaan,keselamatan kebakaran dan kesejahteraan rakyat Sabah.
Sumber : BERNAMA
KENINGAU: Seorang lelaki tempatan berusia 34 tahun dan disyaki kurang siuman ditangkap oleh Polis Keningau kerana menceroboh dan merosakkan dua patung dan salib di Gereja Katedral St. Francis Xavier pada pagi tadi.
Menurut Ketua Polis Daerah Keningau, DSP Nor Rafidah Binti Kassim, pihak polis menerima laporan pada 10.01 pagi mengenai kejadian yang berlaku di gereja tersebut.
Melalui sidang media yang dikeluarkan sebentar tadi, Gereja Katedral St. Francis Xavier dimasuki oleh seorang individu yang tidak dikenali dan individu tersebut merosakkan sebanyak dua patung kiri dan kanan serta salib besar turut dijatuhkan dalam kejadian sekitar 7.30 pagi, hari yang sama.
"Siasatan awal mendapati gereja tersebut berada dalam kawasan berpagar tetapi pintu gereja dan pintu pagar tidak berkunci. Pemeriksaan terhadap sistem CCTV gereja tersebut juga didapati tidak berfungsi" katanya.
"Siasatan lanjut telah membawa kepada penangkapan lelaki tempatan berusia 34 tahun dan disyaki kurang siuman. Hasil ujian air kencing yang dijalankan, saspek didapati negatif dadah" tambahnya.
Tangkapan dan rampasan telah dibawa ke IPD Keningau untuk siasatan lanjut dan kes tersebut disiasat di bawah Seksyen 295 Kanun Keseksaan.
Pihak Polis Keningau juga menasihati orang ramai agar tidak membuat sebarang spekulasi terhadap gambar dan video yang tular di media sosial bagi mengelakkan gangguan terhadap siasatan pihak polis. - Sabah Info