SABAH INFO


Kami adalah
Social Media Influencer

Team Sabah Info

Sabah Info adalah sebuah pasukan kreatif yang berpangkalan di Kota Kinabalu. Memfokuskan konten digital versi Sabahan melalui platform media sosial yang paling kukuh di Negeri Sabah! Sabah Info juga menawarkan servis pengiklanan dengan pakej yang berpatutan dengan hasil yang sangat memberangsangkan! Kami sedia menjadi rakan strategik anda!

  • Kota Kinabalu, Sabah
  • sabahinfo.my@gmail.com
  • www.sabahinfo.com.my
Me

Kelebihan Kami

Platform kami adalah yang terbesar di negeri bawah bayu. Meliputi Facebook, Instagram, Tiktok dan Telegram


Facebook 621 Ribu Followers
Tiktok 487 Ribu Followers
Instagram 153 Ribu Followers
Telegram 45 Ribu Followers

Awesome features

Aliquam commodo arcu vel ante volutpat tempus. Praesent pulvinar velit at posuere mollis. Quisque libero sapien.

Animated elements

Lorem ipsum dolor sit amet, consectetur adipiscing elit. Sed tempus cursus lectus vel pellentesque. Etiam tincidunt.

Responsive Design

Pellentesque ultricies ligula a libero porta, ut venenatis orci molestie. Vivamus vitae aliquet tellus, sed mollis libero.

Modern design

Duis ut ultricies nisi. Nulla risus odio, dictum vitae purus malesuada, cursus convallis justo. Sed a mi massa dolor.

Retina ready

Vivamus quis tempor purus, a eleifend purus. Ut sodales vel tellus vel vulputate. Fusce rhoncus semper magna.

Fast support

Suspendisse convallis sem eu ligula porta gravida. Suspendisse potenti. Lorem ipsum dolor sit amet, duis omis unde elit.

0
completed project
0
design award
0
facebook like
0
current projects
  • Kadar Upah 'Porter' Gunung Kinabalu Akan Diselaraskan-Menteri Sabah


     KOTA KINABALU : Kadar upah poter atau pembawa barang, di Gunung Kinabalu perlu diselaraskan mengikut kadar yang ditetapkan Taman-Taman Sabah (TTS), kata Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar Sabah Datuk Jafry Ariffin.

    Beliau berkata TTS menetapkan kadar upah untuk poter yang memberi khidmat membawa barangan untuk pendaki Gunung Kinabalu sebanyak RM13 sekilogram dengan minimum jumlah berat 10 kilogram, manakala poter mengangkat barang keperluan penginapan RM5.50 sekilogram.

    Katanya kadar upah poter mengangkat barang keperluan perkhidmatan untuk penginapan dan restoran di gunung itu adalah RM5 sekilogram yang perkhidmatan itu dikendalikan Mountain Torq dan Sutera Sanctuary Lodge.

    “Saya mencadangkan agar Sutera Sanctuary Lodge dan Mountain Torq juga dapat mempertimbangkan untuk selaraskan kadar upah yang sama dengan TTS.

    “Namun kadar upah poter dan malim gunung akan dibincangkan daripada semasa ke semasa agar mereka juga mampu meningkatkan keseimbangan kerja dan mempunyai standard kehidupan yang lebih baik,” katanya menerusi kenyataan hari ini.

    Jafry berkata dengan kiraan kasar upah RM5 sekilogram, secara purata berat barang diangkat poter sehari adalah 35 kilogram sekali mendaki dan sekiranya Poter mendaki sebanyak 15 kali sebulan purata pendapatan RM2,625, bagaimanapun kekerapan mendaki bergantung kepada kerajinan seorang poter.

    Bagaimanapun, katanya laporan daripada TTS memberitahu secara purata seorang poter pendaki Gunung Kinabalu dengan pendakian sebanyak 12 kali sebulan mampu memperoleh pendapatan sebanyak RM3,540 sebulan.

    Sementara itu, beliau berkata untuk kadar upah bagi malim gunung ketika ini adalah RM230 untuk dua hari satu malam dan purata seorang malim gunung mengiring pendaki dalam sebulan adalah sebanyak 13 kali dengan anggaran pendapatan RM2,990.

    Pada masa sama, beliau berkata kementeriannya juga telah meluluskan bantuan kewangan secara sekali bayar sebanyak RM10,000 kepada Persatuan Malim Gunung dan Persatuan Poter Gunung Kinabalu. – BERNAMA

  • Najib Nafi BN Terlibat Isu Beri Kad Pengenalan Kepada PATI

    DS Najib Razak Berucap Di Konvensyen BN Sabah 

    PENAMPANG
    : Bekas perdana menteri, Najib Razak menafikan Barisan Nasional (BN) terlibat dalam pemberian kad pengenalan kepada pendatang asing tanpa izin (PATI) seperti didakwa Presiden Parti Bersatu Sabah (PBS), Maximus Ongkili, baru-baru ini.

    Sebaliknya, beliau berkata, kerajaan BN terdahulu pimpinan beliau melantik pemimpin PBS untuk menyelesaikan masalah Pati di negeri itu.

    “Kita tidak terlibat dengan pemberian IC (kad pengenalan kepada PATI), apa yang berlaku pada masa lalu, kita mahu ia diperbetulkan.

    “Sebab itu kita letakkan pemimpin PBS untuk menyelesaikannya (masalah Pati di Sabah).

    “Bagaimanapun, keutamaan kita sekarang adalah mengukuhkan sempadan negeri ini, mengukuhkan keselamatannya dan meneruskan usaha pembangunan, itu agenda BN,” katanya selepas menghadiri program bicara negarawan sempena Konvensyen BN Sabah.

    Suruhanjaya siasatan diraja (RCI) ditubuhkan pentadbiran Najib pada 2013 bagi menyiasat kebanjiran Pati di Sabah.

    Pada 2015, Joseph Pairin Kitingan yang juga presiden PBS ketika itu dilantik sebagai pengerusi Jawatankuasa Teknikal Pengurusan Warga Asing di Sabah.

    Jawatankuasa berkenaan berperanan meneliti laporan dan dapatan RCI dengan tumpuan mengemukakan cadangan penambahbaikan serta mengkaji pelaksanaan sedia ada pengurusan warga asing di Sabah.

    Kelmarin, Ongkili dalam Kongres Perwakilan Tahunan PBS mendakwa sebuah parti komponen BN mempergunakan PATI di Sabah demi kepentingan politik mereka.

    Tanpa menyebut parti mana dan ketika diterajui siapa, beliau berkata, penglibatan parti terbabit meraih undi daripada PATI terbukti dalam RCI mengenai Pati di Sabah.

    Ongkili yang juga menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Sabah dan Sarawak) turut mendakwa BN selama ini gagal menangani masalah PATI di Sabah. – FMT

  • Tawau destinasi pertama Himpunan Gelombang Biru teruskan momentum PRU15


    TAWAU: Daerah Tawau bakal menjadi destinasi pertama Himpunan Gelombang Biru bagi meneruskan momentum Konvensyen Barisan Nasional Sabah yang berlangsung di ITCC, kelmarin.

    Perkara itu dimaklumkan oleh Adun Tanjung Batu, YB Andi Muhammad Suryady bin Bandy dalam satu kenyataan yang dikeluarkan semalam.

    "Tawau akan menjadi destinasi pertama Himpunan Gelombang Biru sebagai satu isyarat kepada rakyat, bahawa BN bersedia menggalas tanggungjawab mentadbir negara secara mutlak setelah lebih 4 tahun masa disia-siakan melayani fitnah dan janji kosong" katanya.
     
    Membawa tema Kemakmuran dan Kestabilan, Konvensyen BN Sabah dilihat sebagai satu platform yang berjaya meniup semangat ahli UMNO semalam yang turut menyaksikan lebih 5,000 ahli dan pemimpin menghadiri perhimpunan tersebut.

    "Tawaran BN ini sudah semestinya demi kestabilan dan kemakmuran Malaysia" Tambahnya.
     
    Himpunan Gelombang Biru yang akan diadakan di setiap zon seluruh Sabah menggambarkan BN Sabah sedang menyiapkan jentera parti menjelang Pilihan Raya Umum ke 15 yang dijangka diadakan pada penghujung tahun ini.
  • Elak ditipu, BN Sabah akan tentukan kerjasama dengan GRS sebelum PRU15 - Bung


    KOTA KINABALU: Halatuju Barisan Nasional Sabah akan ditentukan sebelum Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15), menurut Datuk Seri Bung Moktar Radin dalam ucapan penutupan Konvensyen BN Sabah di ITCC Penampang, petang tadi.

    Tegas Pengerusi BN Sabah itu, hala tuju tersebut akan mengambil kira serta memastikan BN Sabah tidak dipermainkan atau ditipu.
    .
    "Kita tidak mahu dalam posisi yang mana BN adalah 'rakan' dalam gabungan tetapi dilayan tidak adil atau adil," katanya lagi.

    Menurutnya lagi, BN Sabah akan menyediakan pelan dan manifesto baharu kepada negeri itu menjelang PRU15.

    "Jangan risau tentang siapa yang akan menjadi calon. Mengenai hal itu, kita serahkan kepada Presiden," katanya.

    Tambahnya, jentera BN perlu bekerja keras untuk memperkukuhkan sokongan akar umbi termasuk dalam kalangan belia.




  • Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob Memohon Maaf Kerana Tidak Dapat Hadir Konvensyen BN Di Sabah Yang Berlansung Hari Ini

    Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob
    Kota Kinabalu: Ketidakhadiran Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob ke Konvensyen Barisan Nasional (BN) Sabah yang diadakan hari ini disebakan tugasan beliau yang lain.

    Menjelaskan perkara itu,Datuk Seri Ismail Sabri berkata, beliau tidak dapat berucap pada konvensyen terbabit kerana perlu menghadiri Mesyuarat Agung Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC) yang turut diadakan pada hari yang sama.

    Datuk Seri Ismail Sabri memohon maaf tidak dapat hadir kerana merasmikan Mesyuarat Agung MTUC kerana MTUC sebelum ini tidak begitu rapat denga BN.

    "Jadi sebab itulah saya diberi jemputan,saya terima jemputan tersebut dan apabila dijemput untuk menghadiri konvensyen ini saya memang tak dapat,"katanya  ketika berucap dalam majlis Makan Malam sempena Konvensyen BN Sabah di bangunan UMNO disini,semalam.

    Hadir sama pada majlis itu Pengerusi BN,Datu Seri Dr Ahmad Zahid hamidi ; Timbalan Pengerusi Barisan Nasional (BN),Datu Seri Mohamad Hasan; Pengerusi Lembaga Penasihat BN Datu Seri Najib Razak dan Pengerusi BN Sabah,Datuk Seri Bung Moktar Radin.

    Ismail Sabri berkata,beliau terpaksa menerangkan perkara itu bagi mengelak daripada spekulasi pihak luar.

    "Apabila saya tidak dapat hadir Mesyuarat Tertinggi,saya dikatakan memboikot mesyuarat sendiri.Sedangkan saya sudah berhubung dangan Presiden UMNO.Maklumkan kepada Presiden bahawa saya tidak dapat datang kerana ada mesyuarat antarabangsa yang dipengerusikan Presiden Republik china bersama 17 ketua negara dan ketua kerajaan.

    "Jadi saya terpaksa hadir tetapi macam-macam cerita kononnya saya tak datang saya boikot,ada pelbagai unsurlah," katanya.

    Tambahnya lagi,keadaan itu menunjukkan bahawa pihak luar sedang cuba memecah belahkan perpaduan sesama didalam parti.

    "Semakin kita bercakap soal pilihan raya,semakin rancak kumpulan dari luar ingin memecahbelahkan,"katanya.

    Terdahulu,Ismail Sabri berkata,konvensyen yang diadakan itu bertujuan untuk merapatkan barisan kepimpinan BN di negeri itu.

    "Selain daripada  merapatkan saf kepimpinan BN Sabah,tujuan konvensyen ini juga kearah persediaan untuk menghadapi Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15," Katanya.


    Sumber : Deasoka

  • Rokok Pelbagai Jenis Dianggarkan Dalam 3,700 Bungkus Telah Dirampas

    LAHAD DATU: Pasukan Polis Marin (PPM) Lahad Datu berjaya menahan seorang lelaki bersama 3,700 bungkus rokok pelbagai jenis dalam operasi di Jalan Kunak-Lahad Datu,disini semalam.
    Dalam kejadian jam 4.30 petang itu,semua rokok berkenaan yang dipercayai diseludup masuk dari negara jiran.

    Difahamkan,suspek ditahan selepas dikesan memandu sebuah kereta Proton Preve dalam keadaan mencurigakan.

    Hasil pemeriksaan lanjut membawa kepada penemuan pelbagai jenis rokok yang disimpan di dalam kenderaan berkenaan.

    Suspek terus ditahan dibawa balik ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kunak untuk pemeriksaan lanjut.

    Semua rokok berkenaan dianggarkan bernilai RM91,000 berdasarkan harga pasaran semasa.

    Kes disiasat mengikut Akta Kastam 1967.

    Sumber: Deasoka
  • Isu PTI Di Sabah Akan Dibawa Ke Kabinet Negeri Oleh Jawatankuasa Pilihan Khas

    Photo By :BERNAMA
    KOTA KINABALU : Cadangan penubuhan Jawatankuasa Dwi-Partisan Pilihan Khas di Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah bagi menangani Pendatang Tanpa Izin (PTI) akan dibawa untuk pertimbangan dan tindakan Kabinet negeri, kata Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Noor.

    Beliau mengalu-alukan cadangan yang disuarakan Parti Bersatu Sabah (PBS) itu sebagai susulan gerak kerja Timbalan Ketua Menteri Datuk Seri Dr Jeffrey Kitingan yang juga  Pengerusi Jawatankuasa Khas Kabinet negeri Mengenai Pekerja dan Warga Asing Tanpa Dokumen.

    Beliau berkata PTI adalah isu diwarisi sekian lama di negeri itu, justeru satu penyelesaian tuntas perlu dilaksanakan demi kepentingan jangka panjang negeri terutama rakyat di negeri ini.

    “Saya akan bawa perkara ini untuk pertimbangan Kabinet negeri. Namun prasyaratnya semua pihak perlu jujur dan ikhlas untuk mencari solusi segera kepada isu legasi ini dan bertindak demi kepentingan jangka panjang.

    “Pada masa sama, kita perlu bekerjasama rapat dengan kerajaan Persekutuan untuk menangani isu-isu mendesak semasa yang melibatkan bebanan sara hidup rakyat,” katanya ketika berucap merasmikan Persidangan Perwakilan Tahunan PBS ke-36 dan 37 di sini hari ini.

    Terdahulu, Presiden PBS Datuk Seri Dr Maximus Ongkili dalam ucapannya menyuarakan cadangan kepada kerajaan Sabah untuk menubuhkan jawatankuasa itu bagi menyelesaikan masalah PTI yang sentiasa muncul sejak sekian lama di negeri itu. 

    Sementara itu, Hajiji berkata Gabungan Rakyat Sabah (GRS) adalah penting sebagai sebuah jajaran politik yang menjadi formula tempatan dalam mewujudkan permuafakatan rakyat Sabah bagi mendepani landskap baharu politik negara.

    “Akar umbi mahukan kita bersatu dalam sebuah wadah tempatan untuk memperkukuh perjuangan membela hak-hak dan kepentingan anak watan di persada politik lokal dan nasional,” katanya.

    GRS dianggotai Bersatu Sabah, PBS, Parti Solidariti Tanah Airku (STAR), Parti Progresif Sabah (SAPP) dan Pertubuhan Kebangsaan Sabah Bersatu (USNO) yang menjalin kerjasama bersama Barisan Nasional (BN) bagi mentadbir negeri itu. – BERNAMA

  • GET A FREE QUOTE NOW

    Lorem ipsum dolor sit amet, consectetuer adipiscing elit, sed diam nonummy nibh euismod tincidunt ut laoreet dolore magna aliquam erat volutpat.

    Search This Blog

    Powered by Blogger.

    Contributors

    ADDRESS

    4759, NY 10011 Abia Martin Drive, Huston

    EMAIL

    contact-support@mail.com
    another@mail.com

    TELEPHONE

    +201 478 9800
    +501 478 9800

    MOBILE

    0177 7536213 44,
    017 775362 13