SABAH INFO


Kami adalah
Social Media Influencer

Team Sabah Info

Sabah Info adalah sebuah pasukan kreatif yang berpangkalan di Kota Kinabalu. Memfokuskan konten digital versi Sabahan melalui platform media sosial yang paling kukuh di Negeri Sabah! Sabah Info juga menawarkan servis pengiklanan dengan pakej yang berpatutan dengan hasil yang sangat memberangsangkan! Kami sedia menjadi rakan strategik anda!

  • Kota Kinabalu, Sabah
  • sabahinfo.my@gmail.com
  • www.sabahinfo.com.my
Me

Kelebihan Kami

Platform kami adalah yang terbesar di negeri bawah bayu. Meliputi Facebook, Instagram, Tiktok dan Telegram


Facebook 621 Ribu Followers
Tiktok 487 Ribu Followers
Instagram 153 Ribu Followers
Telegram 45 Ribu Followers

Awesome features

Aliquam commodo arcu vel ante volutpat tempus. Praesent pulvinar velit at posuere mollis. Quisque libero sapien.

Animated elements

Lorem ipsum dolor sit amet, consectetur adipiscing elit. Sed tempus cursus lectus vel pellentesque. Etiam tincidunt.

Responsive Design

Pellentesque ultricies ligula a libero porta, ut venenatis orci molestie. Vivamus vitae aliquet tellus, sed mollis libero.

Modern design

Duis ut ultricies nisi. Nulla risus odio, dictum vitae purus malesuada, cursus convallis justo. Sed a mi massa dolor.

Retina ready

Vivamus quis tempor purus, a eleifend purus. Ut sodales vel tellus vel vulputate. Fusce rhoncus semper magna.

Fast support

Suspendisse convallis sem eu ligula porta gravida. Suspendisse potenti. Lorem ipsum dolor sit amet, duis omis unde elit.

0
completed project
0
design award
0
facebook like
0
current projects
  • PBS Nafi Sertai WARISAN Plus

     

    JONISTON

    KOTA KINABALU: Parti Bersatu Sabah (PBS) menafikan sekeras-kerasnya dakwaan pihaknya akan bergabung dengan Parti Warisan Sabah (WARISAN) Plus untuk menubuhkan kerajaan baharu.

    Ketua Penerangan PBS Datuk Joniston Bangkuai berkata, dakwaan terbabit mula ditularkan di media sosial berikutan keputusan Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah yang diumumkan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) malam tadi.

    Beliau menegaskan, PBS sebagai rakan kongsi Gabungan Rakyat Sabah, (GRS) tetap kekal bersama rakan sekutunya iaitu Perikatan Nasional (PN) dan Barisan Nasional (BN).

    PBS berjaya memenangi tujuh kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) dalam PRN iaitu Matunggong, Tamparuli, Kiulu, Tandek, Lumadan, Kundasang, dan Telupid.

    Joniston mengekalkan kedudukannya sebagai Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kiulu dengan majoriti sebanyak 1,221 undi.-Siti Aisyah Narudin


  • 26 Septmeber Cuti Umum Khas Sabah

     


    KOTA KINABALU: Kerajaan negeri memutuskan 26 September 2020 sebagai Hari Kelepasan Am Khas bagi membolehkan rakyat Sabah menunaikan tanggungjawab mengundi sempena Pilihan Raya Negeri (PRN).

    Ketua Menteri Datuk Seri Panglima Mohd Shafie Apdal dalam kenyataannya berkata, perinsytiharan cuti umum itu dibuat berdasarkan Seksyen 9 Ordinan Hari Kelepasan Sabah (Sabah Bab 56).


    Katanya, orang ramai sekali lagi diingatkan agar mematuhi prosedur operasi standard (SOP) pelaksanaan pilihan raya oleh Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia (SPR) Negeri Sabah dan pihak berkuasa tempatan (PBT) serta pihak berwajib.

    "Nasihat kesihatan yang dikeluarkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) hendaklah dijadikan satu kebiasaan baharu dalam kehidupan harian.

    "Elakkan 3S dengan menjauhi kawasan sesak, sempit dan sembang atau bertutur dengan jarak yang dekat," katanya di sini semalam.

    Beliau turut menyarankan supaya mengamalkan 3W iaitu kerap mencuci tangan dengan air dan sabun, memakai pelitup muka di tempat awam atau jika bergejala, dan mematuhi amaran dari KKM.-Siti Aisyah Narudin
  • Dakwaan Insiden Lahad Datu Sebagai Sandiwara Kenyataan Biadap: PPNS

     


    KOTA KINABALU: Kepimpinan Persatuan Perwira Negeri Sabah (PPNS) kesal dengan kenyataan dikeluarkan bekas Menteri Pelancongan, Datuk Mohamaddin Ketapi yang mendakwa bahawa insiden Lahad Datu hanya sebagai sandiwara.

    Presiden PPNS Lt Muda Maritim (B) Awil Kamsari berkata semua ahli persatuan dan seluruh warga perwira pejuang negara memandang kenyataan dilemparkan kepada pasukan keselamatan itu sangat biadap. 

    Katanya seluruh pasukan keselamatan khususnya Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dan Polis Diraja Malaysia (PDRM) mengetahui situasi sebenar peristiwa yang berlaku pada tahun 2013 tersebut.

    “Tuduhan beliau bahawa peristiwa tersebut sebagai sandiwara adalah satu kenyataan biadab serta penghinaan kepada seluruh pasukan keselamatan negara khususnya kepada 12 keluarga anggota yang terkorban. 

    “Jelas mencerminkan bahawa pemimpin politik terbabit tidak memahami serta memandang rendah pengorbanan anggota keselamatan kepada negara,” katanya.

    Menurutnya ahli politik terbabit juga sama sekali tidak sedar bahawa setiap anggota keselamatan bertarung nyawa untuk mempertahankan kedaulatan tanah Sabah dan bumi Malaysia ini daripada serangan pengganas.

    Katanya PPNS mendesak tindakan tegas dan sekerasnya diambil terhadap individu terbabit bagi memastikan kejadian yang sama tidak berulang di masa akan datang.

  • Penambahan Aset, Anggota Dan Bina kem Tingkat Kawalan Keselamatan Sabah

     

    IKMAL HISHAM

    SANDAKAN: Keselamatan Pantai Timur Sabah akan diperkasakan dan diperkukuhkan dengan penambahan aset, anggota dan membina kem tentera demi keselamatan negeri ini.

    Timbalan Menteri Pertahanan, Dato’ Sri Ikmal Hisham Abdul Aziz berkata kerajaan Persekutuan akan menambah aset bagi ditempatkan di Pantai Timur Sabah.

    “Dalam Rancangan Malaysia Ke-12  (RMKe-12) ini, akan memperuntukan sejumlah RM14 bilion bagi memperkukuhkan keselamatan di Sabah,” katanya ketika ditemui pemberita.

    Beliau berkata ini komitmen Kerajaan Persekutuan bagi memastikan keselamatan rakyat di Sabah lebih terjamin.

    Katanya, kerajaan akan terus memberi keutamaan tinggi terhadap isu keselamatan di Sabah, khasnya di pantai timur negeri ini.

    Ditanya mengenai keadaan keselamatan, Ikmal menegaskan kawalan keselamatan di negeri ini khususnya di pantai timur Sabah kini terkawal.

    Beliau meminta rakyat agar tidak ragu-ragu aspek keselamatan di kawasan itu yang kini dalam keadaan yang baik.

    Sebelum ini, Menteri Kanan Keselamatan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob memberitahu penambahan dari segi keanggotaan dan aset ketenteraan termasuk beberapa kem baharu yang melibatkan artileri dan sebagainya.

    Antara yang akan dibina adalah sembilan batalion dan empat regimen artileri yang membabitkan secara keseluruhan sebuah briged infantry, tiga buah batalion infantry, sebuah rejimen armor, tiga buah rejimen artileri dan satu skuadron pasukan udara akan ditubuhkan.-Yusop Teppo


  • Bantuan PENJANA Wajar Diteruskan Kerajaan

    CETAK: Peralatan pencetakan iklan yang terdapat di kedai FF Shop.

    KOTA KINABALU: Usahawan di negeri ini amat berharap kerajaan Persekutuan dapat meneruskan pelaksanaan Pelan Jana Semula Ekonomi Negara (PENJANA).

    Langkah itu bukan sahaja membantu para penerima terutama usahawan tempatan untuk meneruskan perniagaan sedia ada malah ia memberi manfaat kepada golongan pekerja.

    ISMA

    Bagi Isma Mathius Matius yang juga pekerja di FF Shop, bantuan kerajaan melalui Program PENJANA Kerjaya PERKESO membantu meringankan bebanan majikan untuk membayar gaji pekerja.

    Menurutnya, usaha kerajaan itu perlu dipuji memandangkan dalam situasi sukar berikutan pandemik COVID-19, ramai peniaga khususnya dalam kalangan usahawan kecil dan sederhana terjejas.

    “Sebagai syarikat membuat iklan, pelaksanaan Perintah Kawalan Perniagaan (PKP) sememangnya memberi kesan kepada perniagaan yang dijalankan.

    “Justeru, bantuan yang disediakan ini bertepatan pada waktunya dan majikan dapat meneruskan pembayaran gaji pekerja tanpa ada halangan,” katanya ketika dihubungi di sini.

    Syarikat FF Shop yang beroperasi di Tawau me-ngendalikan perkhidmatan pengiklanan dan antara penerima bantuan PENJANA menerusi Pakej Rangsangan Ekonomi Prihatin Rakyat (PRIHATIN).

    PREMIS: Keadaan premis FF Shop yang mengendalikan perniagaan pengiklanan.


    IKLAN: FF Shop menawarkan perkhidmatan pengiklanan di Tawau.

    Sementara itu, Pengurus One Stop Duty Free Sdn Bhd Kong Ken Fong berkata, bantuan PENJANA disediakan untuk operasi kedainya di Labuan.

    Katanya, seramai 30 pekerja syarikat menerima manfaat hasil daripada bantuan PENJANA di bawah Program PENJANA Kerjaya PERKESO.

    Beliau berkata, usaha itu membuktikan keprihatinan kerajaan Persekutuan untuk membantu golongan peniaga Perindustrian Kecil dan Se-derhana (PKS) yang terjejas akibat COVID-19.

    Pihaknya juga berharap program PENJANA ini dapat diteruskan pada masa akan datang agar membawa lebih banyak manfaat kepada usahawan tempatan.

    Syarikat One Stop Duty Free beroperasi sejak 10 tahun lepas dengan mengendalikan perniagaan barangan bebas cukai.

    PENJANA perlu diteruskan sehingga keadaan pulih

    ANWAR

    PELAN Jana Semula Ekonomi Negara (PENJANA) yang diperkenalkan kerajaan sebagai langkah menangani cabaran COVID-19 perlu diteruskan sehingga keadaan pulih, kata pengarah sebuah syarikat.


    Anwar Yeo Abdullah berkata, inisiatif bersasar itu bukan sahaja berupaya membantu rakyat malahan meningkatkan perniagaan terjejas dan merangsang ekonomi sekali gus memacu pertumbuhan negara.

    Beliau berkata jika Kerajaan Persekutuan tidak memperkenalkan PENJANA, sudah tentu banyak syarikat terpaksa mengurangkan tenaga pekerja, termasuk syarikat di Tawau dan apabila perkara itu berlaku akan ramai yang hilang sumber pendapatan.

    “Namun selepas PENJANA dilaksanakan, syarikat saya memanfaatkan inisiatif yang diperkenalkan dalam PENJANA, termasuk program insentif pengambilan pekerja dengan syarikat mampu mengambil 10 pekerja baharu iaitu penganggur dan siswazah,” katanya kepada Bernama.

    Anwar berkata syarikatnya yang mengusahakan pelbagai perniagaan termasuk dalam sektor perumahan itu memanfaatkan program subsidi upah dengan pekerja di bawah 75 orang mendapat bayaran RM1,200 setiap seorang.

    “Saya memang harap kerajaan dapat meneruskan inisiatif PENJANA ini kerana kalau tidak syarikat berdepan masalah kewangan kerana apabila COVID-19 melanda, perniagaan merekodkan penurunan pendapatan 10 hingga 20 peratus dan ekoran itu syarikat mengalami kesukaran untuk membayar gaji pekerja,” katanya.

    Mengenai sektor perumahan, Anwar berkata kempen pemilikan rumah dengan pengecualian duti setem di bawah PENJANA  itu berupaya membantu syarikatnya menjual 30 unit rumah di sekitar Tawau.

    “Pengecualian duti setem itu dapat menjimatkan pembeli rumah sekurang-kurang RM20,000, ini bermakna banyak bakal pembeli mungkin lebih suka memiliki rumah dan penjualan rumah secara langsung dapat membantu mengekalkan aliran tunai syarikat.

    “Sebagai pemaju perumahan, kami terlibat dengan 72 industri pembekalan termasuk batu, besi, kayu dan pelbagai lagi, semua ini dapat dijana sekiranya sektor hartanah dan perumahan berjalan lancar,” katanya.

    Anwar menzahirkan rasa terima kasih kepada Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin serta Menteri Kewangan Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz kerana prihatin terhadap keperluan rakyat.
  • Dua Anggota Keselamatan Ditahan SPRM, Bantu Siasatan Terima, Agih Wang Beli Undi

     

    HAZANI

    KOTA KINABALU: Polis mengesahkan dua anggota keselamatan ditahan selepas menerima dan mengagihkan sejumlah wang dipercayai untuk 'membeli undi' salah seorang calon parti politik yang bertanding.

    Pesuruhjaya Polis Sabah Datuk Hazani Ghazali semasa dihubungi mengesahkan perkara terbabit dan pihaknya sudah menyerahkan kes kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) untuk tindakan dan siasatan lanjut.

    Sumber berkata kedua-dua anggota terbabit ditahan di Lahad Datu selepas menjadi pengantara yang juga wakil kepada sebuah parti politik tempatan dan dipercayai akan mengagihkan wang kepada pengundi awal semalam.

    Kes ini dirujuk oleh PDRM kepada SPRM selepas aduan diterima berhubung perkara ini.

    Sementara itu Pengarah SPRM Sabah S. Karunanithy mengesahkan perkara ini bagaimanapun enggan mengulas lanjut berikutan kes masih dalam siasatan.-Vivi Olviana Najurus

  • Shafie Mohon Maaf Bagi Pihak WARISAN

     

    KOTA KINABALU: Presiden Parti Warisan Sabah (WARISAN), Datuk Seri Mohd Shafie Apdal memohon maaf kepada seluruh anggota keselamatan berhubung kenyataan calon parti itu, Datuk Mohamaddin Ketapi, mengenai insiden pencerobohan di Tanduo, Lahad Datu pada 2013.

    Mohd Shafie berkata, calon Dewan Undangan Negeri (DUN) Segama itu tidak berniat menghina pasukan keselamatan negara.

    "Kenyataan yang dikeluarkan secara spontan itu disalah erti dan tidak berniat menghina perjuangan perajurit dan anggota keselamatan kita yang berkorban nyawa mempertahankan rakyat serta negara ini.

    "Sebagai bekas Timbalan Menteri Pertahanan, saya amat memahami keperitan terpaksa ditempuh anggota keselamatan dalam menjaga sempadan negara, terutama di pos kawalan Sabah yang terpencil dan serba kekurangan.

    "Setiap anggota yang berada di perbatasan bukan sahaja bersedia mengorbankan nyawa demi keselamatan rakyat Malaysia, malah terpaksa berjauhan dengan ahli keluarga sepanjang tempoh bertugas.

    "Oleh itu, saya selaku Presiden WARISAN dan Ketua Menteri Sabah ingin memohon maaf kepada setiap anggota keselamatan, ahli keluarga mereka dan seluruh rakyat Malaysia atas kenyataan beliau (Mohamaddin)," katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

    Mohd Shafie berkata, pihaknya memahami cabaran dihadapi pasukan keselamatan ketika bertugas sewaktu tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) bermula Mac lalu.

    Dalam berdepan pandemik COVID-19, katanya, peranan anggota keselamatan sebagai barisan hadapan menentang musuh yang tidak kelihatan tetapi berbahaya amat dihargai.

    "Atas rasa tanggungjawab itu, saya memperuntukkan RM10 juta dana kerajaan negeri untuk diagihkan kepada semua barisan hadapan RM1 juta kepada Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan RM1 juta kepada Kem Lok Kawi," katanya.

    Semalam, satu klip video tular di laman media sosial memaparkan Mohamaddin yang juga bekas Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya, mempersendakan pasukan keselamatan ketika berkempen sehingga mencetuskan kemarahan semua pihak.

    Beliau bagaimanapun tampil dengan permohonan maaf dan menjelaskan kenyataannya berhubung pasukan keselamatan seperti diucapkan beliau dalam klip video itu sudah disalah erti. -Bharian
  • GET A FREE QUOTE NOW

    Lorem ipsum dolor sit amet, consectetuer adipiscing elit, sed diam nonummy nibh euismod tincidunt ut laoreet dolore magna aliquam erat volutpat.

    Search This Blog

    Powered by Blogger.

    Contributors

    ADDRESS

    4759, NY 10011 Abia Martin Drive, Huston

    EMAIL

    contact-support@mail.com
    another@mail.com

    TELEPHONE

    +201 478 9800
    +501 478 9800

    MOBILE

    0177 7536213 44,
    017 775362 13