SABAH INFO


Kami adalah
Social Media Influencer

Team Sabah Info

Sabah Info adalah sebuah pasukan kreatif yang berpangkalan di Kota Kinabalu. Memfokuskan konten digital versi Sabahan melalui platform media sosial yang paling kukuh di Negeri Sabah! Sabah Info juga menawarkan servis pengiklanan dengan pakej yang berpatutan dengan hasil yang sangat memberangsangkan! Kami sedia menjadi rakan strategik anda!

  • Kota Kinabalu, Sabah
  • sabahinfo.my@gmail.com
  • www.sabahinfo.com.my
Me

Kelebihan Kami

Platform kami adalah yang terbesar di negeri bawah bayu. Meliputi Facebook, Instagram, Tiktok dan Telegram


Facebook 621 Ribu Followers
Tiktok 487 Ribu Followers
Instagram 153 Ribu Followers
Telegram 45 Ribu Followers

Awesome features

Aliquam commodo arcu vel ante volutpat tempus. Praesent pulvinar velit at posuere mollis. Quisque libero sapien.

Animated elements

Lorem ipsum dolor sit amet, consectetur adipiscing elit. Sed tempus cursus lectus vel pellentesque. Etiam tincidunt.

Responsive Design

Pellentesque ultricies ligula a libero porta, ut venenatis orci molestie. Vivamus vitae aliquet tellus, sed mollis libero.

Modern design

Duis ut ultricies nisi. Nulla risus odio, dictum vitae purus malesuada, cursus convallis justo. Sed a mi massa dolor.

Retina ready

Vivamus quis tempor purus, a eleifend purus. Ut sodales vel tellus vel vulputate. Fusce rhoncus semper magna.

Fast support

Suspendisse convallis sem eu ligula porta gravida. Suspendisse potenti. Lorem ipsum dolor sit amet, duis omis unde elit.

0
completed project
0
design award
0
facebook like
0
current projects
  • Krisis Politik Sabah Tonjol Persaingan Kuasa


     Pembubaran Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah kali ini menjadi satu lagi krisis politik Negeri Di Bawah Bayu ini yang menonjolkan persaingan kuasa antara Ketua Menteri yang juga Presiden Parti Warisan Sabah (WARISAN), Datuk Seri Mohd Shafie Apdal dengan bekas Ketua Menteri, Tan Sri Musa Aman.

    Pilihan raya negeri (PRN) yang akan datang dijangka bukan sahaja akan menjadi sangat getir, bahkan situasi dan suhu politiknya pasti berbeza dengan pilihan raya umum (PRU) lalu.

    Fenomena lompat parti sudah pasti menghantui pengundi. Dalam hal ini, terdapat tanggapan bahawa undi rakyat dijadikan bahan komoditi oleh politikus. Justeru, sudah ada seruan supaya pengundin memboikot pilihan raya kali ini. Ini adalah tamparan hebat kepada calon dan parti yang bertanding.

    Kepimpinan Warisan-Pakatan Harapan (PH)-Parti Pertubuhan Kinabalu Progresif Bersatu (UPKO) mendakwa tindakan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) yang melompat didalangi oleh Musa untuk membentuk kerajaan pintu belakang. Hal ini dianggap sebagai rampasan kuasa yang membelakangkan mandat rakyat.

    Bagaimanapun, bagi Barisan Nasional (BN) dan UMNO, pengkhianatan oleh UPKO adalah punca kepada krisis politik di Sabah pasca-Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14). Isu 'katak' sudah terpalit dalam kalangan politikus negeri ini.

    Kedua-dua Shafie dan Musa berhadapan dengan defisit kepercayaan daripada rakyat. Sedemikian juga kepada kebanyakan ahli politik negeri ini yang dianggap sangat mudah melompat ke sana ke sini.

    Lalu timbul persoalan, adakah mungkin senario ini akan memberi ruang kepada blok politik ketiga yang menawarkan pilihan yang baharu kepada rakyat khususnya kemunculan pemimpin muda dengan platfrom yang berbeza?

    Krisis politik yang melanda negeri ini memberi kesan kepada pembangunan dan kebajikan rakyat. Soal legitimasi kerajaan WARISAN-PH-UPKO dipertikai dari awal lagi.

    Rakyat menilai pencapaian mereka selama hampir 28 bulan menjadi kerajaan. Insiden lompat yang berlaku sehingga membawa kepada pembubaran DUN seumpama menabur gula kepada parti WARISAN dan sekutunya. Rakyat mungkin berasa simpati kepada Shafie dan marah terhadap Musa serta sekutunya.

    Namun bagi BN, UMNO dan sekutunya, mereka melihat bahawa kerajaan WARISAN-PH-UPKO lemah serta gagal menjalankan fungsi kerajaan. Malah mereka tidak mengotakan janji-janji mereka seperti yang dilaungkan dalam manifesto semasa PRU-14. Mereka mendakwa mandat rakyat telah dikhianati pada PRU-14. Justeru WARISAN-PH-UPKO tidak layak bercakap soal mandat rakyat.

    Apa jua alasan dan justifikasi, apa yang pasti ialah kempen pilihan raya nanti akan mempersembahkan pelbagai isu, hujah, kritikan malah pembunuhan karakter daripada calon dan parti politik yang bertanding.

    Mungkin ia juga bakal menjadi pilihan raya paling berserabut dalam sejarah Sabah.

    Penulis ialah Pensyarah Kanan Universiti Teknologi MARA, Kampus Sabah, Cawangan Kota Kinabalu.

    -Oleh Tony Paridi Bagang

  • Pesara Kerajaan Ditahan Menipu Kutip Derma

    Suspek memakai baju tertera logo KKM menunjukkan buku catatan derma yang dilakukannya.

     TAWAU : Seorang pesara kerajaan ditahan selepas didapati menipu kononnya membuat kutipan derma untuk sambutan Hari Warga Emas di Taman Apas Permai, di sini.

    Dalam kejadian jam 11.38 malam itu, polis turut merampas sehelai kemeja koporat tertera tulisan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) yang didakwa digunakan suspek,51, ketika mengutip derma berkenaan.

    Ketua Polis Daerah Tawau Asisten Komisioner Peter Umbuas berkata pihaknya menerima aduan daripada mangsa yang mendakwa telah menyerahkan wang kepada suspek bagi tujuan derma berkenaan.

    "Suspek disyaki menipu dengan menjalankan program kutipan derma sempena sambutan Hari Warga Emas Peringkat Negeri Sabah anjuran Pejabat Kesihatan Tawau (PKT) yang akan diadakan di Kolej Jururawat Tawau.

    "Suspek juga dikatakan lengkap berpakaian korporat KKM berwarna merun dipercayai bagi menyakinkan mangsanya untuk menderma,"katanya dalam kenyataan media, di sini semalam.

    Beliau berkata, mangsa yang juga pemilik premis makanan curiga mengenai perkara itu, kemudian bertindak menghubungi PKT sekali gus membongkar perbuatan suspek.

    Menurutnya, selain baju korporat, polis turut merampas satu buku mengandungi catatan senarai penyumbang tahun 2020 bersama-sama dengan suspek.

    "Kes disiasat mengikut Seksyen 419 Kanun Keseksaan kerana kesalahan menipu dengan jalan samaran, memperuntukkan hukuman penjara sehingga tujuh tahun, atau denda atau kedua-duanya sekali.

    "Suspek juga direman selama empat hari bermula hari ini, bagi membantu siasatan,"katanya.

    Difahamkan, suspek dipercayai pernah melakukan kegiatan sama tahun lalu sehingga menyebabkan Pejabat Kesihatan Tawau (PKT) membuat laporan polis.

    Suspek dikatakan bergiat aktif semula apabila dipercayai datang ke sebuah gerai makanan di Balung untuk mengutip derma, Isnin lalu.

    Sementara itu, Pegawai Kesihatan Kawasan Tawau Dr G Navindran menegaskan pihaknya tidak pernah mengeluarkan sebarang arahan atau kebenaran membuat kutipan derma kepada pihak luar atau orang awam.

    "Antara mangsa yang ditemui mengaku menderma antara puluhan hingga ratusan ringgit dan individu itu juga pernah dikesan menjalankan penipuan yang sama, tahun lalu.

    "Saya berharap orang ramai berhati-hati atas sebarang aktiviti penipuan sebegini," katanya.

    -Hamzah Sanudin
  • Monyet Bangkatan Dilangggar Kenderaan

     


    SANDAKAN: Seekor monyet Proboscis atau dikenali monyet bangkatan oleh penduduk tempatan yang cedera dipercayai dilanggar kenderaan, diselamatkan di tepi Jalan Bambangan Seguntur Batu 11, pagi kelmarin.

    Bagaimanapun, akibat kecederaan serius yang dialami, keputusan dibuat untuk eutanasia terhadap haiwan berkenaan bagi menghentikan kesengsaraan dialami.

    Pegawai Jabatan Hidupan Liar (JHL) Sandakan Hussien Muin berkata pihaknya menerima aduan melalui telefon dari seorang Pegawai Kanan Kerajaan yang kebetulan melalui kawasan kejadian kira-kira jam 8 pagi hari Rabu.

    “Kakitangan Penyelamat Hidupan Liar (WRU) telah diarahkan ke lokasi pada hari yang sama,” katanya.

    Beliau berkata monyet bangkatan jantan dewasa itu diterima oleh pihak Klinik Sepilok selepas diselamatkan oleh renjer WRU.

    “Hasil pemeriksaan mendapati mendapati monyet bangkatan tersebut dalam keadaan lemah dan mengalami pendarahan banyak, mempunyai luka pada kaki dan tangan patah pada bahagian tempurung lutut kiri dan ibu jari kiri.

    “Rawatan segera telah diberikan ke atas monyet tersebut, namun kecederaan dan pendarahan yang dialami sangat serius dan peluang untuk ia hidup sangat tipis, lalu keputusan untuk eutanasia telah dibuat,” katanya.

     Hussien berkata ianya dilakukan bagi menghentikan kesengsaraan yang dialami oleh bangkatan tersebut.

    Sehubungan itu, beliau memohon kepada pengguna jalan raya di kawasan berkenaan supaya berhati-hati dan prihatin untuk mengelak kejadian seumpama berulang.

    “Pihak JHL akan mengambil tindakan segera bagi memasang papan tanda amaran haiwan melintas jalan bagi memastikan pengguna jalan raya sentiasa berwaspada dengan sebarang kemungkinan di mana haiwan tersebut akan melintas tanpa sebarang amaran,” katanya.- Yusop Teppo

  • HENTIKAN KHABAR ANGIN MENGENAI PENGAIT

     

    NASRI


    LAHAD DATU: Ketua Polis Daerah Lahad Datu Asisten Komisioner Nasri Mansor menggesa orang ramai untuk menghentikan sebaran khabar angin mengenai pengait.

    Menurutnya, khabar angin pemburu kepala atau pengait yang tersebar luas di aplikasi media sosial boleh menimbulkan kemudaratan serius.

    "Isu mengenai pemburu kepala ini tidak benar dan orang ramai perlu menghentikannya.

    "Daerah ini selamat. Penyebaran maklumat dan khabar angin berkenaan adalah penyebab panik dan kekacauan yang tidak perlu di kalangan masyarakat," katanya.

    Nasri menegaskan tindakan undang-undang akan diambil terhadap individu yang didapati menyebarkan maklumat palsu.-oleh 


  • Pelajar Maut, Kereta Dirempuh Semasa Memotong

    OPERASI: Pasukan bomba menjalankan operasi menyelamatkan mangsa kemalangan.



     RANAU: Seorang pemandu maut selepas kenderaan dinaiki dirempuh dari arah bertentangan semasa memotong kenderaan di hadapan di Kampung Nunuk Ragang Kilometer 40 Jalan Ranau-Telupid di sini.

    Mangsa warga tempatan berumur 18 tahun adalah seorang pelajar lelaki di sebuah kolej dan disahkan meninggal dunia serta merta di lokasi. 

    Ketua Polis Daerah Ranau Deputi Superintendan Sammy Newton berkata kejadian jam 1.50 petang itu berlaku apabila mangsa memandu kereta jenis kompak dari arah Telupid menuju ke Kota Kinabalu.

    “Mangsa kemudiannya memotong kenderaan di hadapannya sebelum hilang kawalan dan memasuki laluan bertentangan.

    “Pada masa sama sebuah kereta pacuan empat roda yang ada di laluan bertentangan terbabit tidak sempat mengelak sebelum merempuh kereta mangsa,” katanya.

    Menurutnya impak pelanggaran menyebabkan mangsa mengalami kecederaan parah sebelum disahkan meninggal dunia serta merta di lokasi kejadian.

    Tambahnya pemandu dan penumpang kereta pacuan empat roda hanya mengalami kecederaan ringan.

    “Kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987,” katanya.-oleh 

  • "Biarlah saya dicaci-maki asal rakyat Kemabong dapat manfaat" - Jamawi




    KOTA KINABALU: “Biarlah saya terkorban, saya terima caci-maki dan pelbagai kata nista tetapi akhirnya rakyat (di Kemabong) dapat manfaat,”.

    Demikian penjelasan penyandang Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kemabong, Jamawi Jaafar ketika ditanya mengenai tindakannya menyokong gabungan Tan Sri Musa Aman, baru-baru ini.

    Kepada Astro AWANI, Jamawi menjelaskan mengenai tindakannya itu dilakukan demi pembangunan rakyat dan kawasan Kemabong.

    “Di peringkat awal kenapa saya (menyertai) Parti Warisan Sabah adalah untuk bersama-sama kerajaan memerintah yang juga selari dengan Kerajaan Persekutuan ketika itu (Pakatan Harapan).

    “Pada kali ini orang mempersoalkan kenapa saya kembali ke rumah lama (menyokong gabungan Musa) tetapi mereka tidak memikirkan rumah lama ini telah pun membentuk Kerajaan Persekutuan.

    “Jadi, saya memikirkan keperluan rakyat itu lebih penting daripada kepentingan sendiri. Biarlah saya terkorban, saya terima caci-maki tetapi akhirnya rakyat menerima manfaat,” katanya ketika ditemui Astro AWANI baru-baru ini.

    Pada 29 Julai lalu, Jamawi antara 13 ADUN yang menyokong Musa hingga mereka mendakwa mempunyai majoriti penuh untuk menubuhkan kerajaan negeri yang baharu.

    Bagaimanapun, keesokan harinya, Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal membubarkan Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah selepas mendapat perkenan Yang Dipertua Negeri, Tun Juhar Mahiruddin.

    Selain itu, Jamawi menegaskan, dia tidak ‘dibeli’ oleh pihak tertentu untuk menyokong gabungan Musa sebaliknya sokongan itu adalah mahu menjalin kerjasama baik dengan pemimpin Kerajaan Pusat.

    Ditanya bagaimana hubungannya dengan Mohd Shafie memandangkan dia merupakan anak didik kepada Ahli Parlimen Semporna itu ketika di dalam UMNO, Jamawi berkata hubungan mereka masih lagi baik.

    Sementara itu, ditanya juga sama ada beliau akan bertanding di kerusi Kemabong pada Pilihan Raya Negeri (PRN) ke-16 nanti, Jamawi menyerahkan semuanya kepada pucuk pimpinan Perikatan Nasional (PN).

    “Saya menyerahkan hal pencalonan ini kepada pucuk pimpinan, bagi saya menjadi calon atau tidak itu adalah perkara kedua saya akan teruskan khidmat bakti kepada kawasan Kemabong,” katanya yang enggan mendedahkan menyertai mana-mana parti.  - Astro Awani
  • Polis Cedera Ditikam Senjata Tajam Oleh Penagih

     

    CEDERA: Anggota polis mengalami kecederaan di bahagian tangan
    selepas ditikam menggunakan senjata tajam oleh penagih.
     Gambar kecil senjata tajam yang digunakan semasa kejadian dan
     pisau yang dirampas semasa penahanan suspek.



    KOTA KINABALU: Demi mempertahankan keselamatan negara seorang anggota polis mengalami kecederaan selepas ditikam senjata tajam semasa menyerbu sarang penagih di sebuah taman perumahan di Inanam.

    Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu Asisten Komisioner Habibi Majinji berkata anggota polis dari Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik (BSJN) IPD Kota Kinabalu terbabit mengalami kecederaan di bahagian tangan dalam kejadian kira-kira jam 12 tengah hari semalam.

    “Hasil siasatan mendapati sepasukan polis menjalankan serbuan di blok G taman perumahan terbabit sebelum mendapati dua lelaki leka menghisap dadah di kawasan bawah tangga bangunan berkenaan.

    “Sebaik menyedari kehadiran polis, suspek bertindak membuang dua paket syabu seberat 0.20 gram bernilai RM20 di laluan pejalan kaki sebelum melarikan diri,” katanya.

    Beliau berkata pasukan polis yang membuat serbuan segera mengejar suspek menyebabkan suspek bertindak agresif dan berlaku pergelutan antara polis.

    “Salah seorang suspek kemudiannya mengeluarkan senjata dipercayai bilah gunting besi yang sudah diubahsuai menjadi senjata tajam berukuran 13 sentimeter.

    “Suspek bertindak menikam salah seorang anggota polis di bahagian tangan dan rusuk sebelah kiri menyebabkan polis terbabit mengalami kecederaan.

    “Seorang lagi suspek juga bertindak merempuh dan menumbuk dada salah seorang anggota polis yang menahannya dari melarikan diri,” katanya.

    Beliau bagaimanapun berkata kedua-dua suspek berumur 33 dan 39 tahun berjaya ditahan dan polis turut menemukan sebilah pisau lengkap bersarung berukuran 32 sentimeter yang disorokkan di bahagian belakang salah seorang suspek.

    “Kedua-dua suspek warga tempatan itu positif dadah jenis syabu dan kini ditahan reman untuk disiasat mengikut Seksyen 12(2) dan Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952.

    “Kes juga disiasat mengikut Seksyen 324 Kanun Keseksaan dan Seksyen 6(1) Akta Bahan Kakisan Letupan dan Senjata Bahaya 1958,” katanya sambil menambah anggota polis yang dihantar ke Hospital Queen Elizabeth (HQE) sudah dibenarkan keluar berikutan tidak mengalami sebarang kecederaan serius.

  •  oleh -Vivi Olviana Najurus
  • GET A FREE QUOTE NOW

    Lorem ipsum dolor sit amet, consectetuer adipiscing elit, sed diam nonummy nibh euismod tincidunt ut laoreet dolore magna aliquam erat volutpat.

    Search This Blog

    Powered by Blogger.

    Contributors

    ADDRESS

    4759, NY 10011 Abia Martin Drive, Huston

    EMAIL

    contact-support@mail.com
    another@mail.com

    TELEPHONE

    +201 478 9800
    +501 478 9800

    MOBILE

    0177 7536213 44,
    017 775362 13