SABAH INFO


Kami adalah
Social Media Influencer

Team Sabah Info

Sabah Info adalah sebuah pasukan kreatif yang berpangkalan di Kota Kinabalu. Memfokuskan konten digital versi Sabahan melalui platform media sosial yang paling kukuh di Negeri Sabah! Sabah Info juga menawarkan servis pengiklanan dengan pakej yang berpatutan dengan hasil yang sangat memberangsangkan! Kami sedia menjadi rakan strategik anda!

  • Kota Kinabalu, Sabah
  • sabahinfo.my@gmail.com
  • www.sabahinfo.com.my
Me

Kelebihan Kami

Platform kami adalah yang terbesar di negeri bawah bayu. Meliputi Facebook, Instagram, Tiktok dan Telegram


Facebook 621 Ribu Followers
Tiktok 487 Ribu Followers
Instagram 153 Ribu Followers
Telegram 45 Ribu Followers

Awesome features

Aliquam commodo arcu vel ante volutpat tempus. Praesent pulvinar velit at posuere mollis. Quisque libero sapien.

Animated elements

Lorem ipsum dolor sit amet, consectetur adipiscing elit. Sed tempus cursus lectus vel pellentesque. Etiam tincidunt.

Responsive Design

Pellentesque ultricies ligula a libero porta, ut venenatis orci molestie. Vivamus vitae aliquet tellus, sed mollis libero.

Modern design

Duis ut ultricies nisi. Nulla risus odio, dictum vitae purus malesuada, cursus convallis justo. Sed a mi massa dolor.

Retina ready

Vivamus quis tempor purus, a eleifend purus. Ut sodales vel tellus vel vulputate. Fusce rhoncus semper magna.

Fast support

Suspendisse convallis sem eu ligula porta gravida. Suspendisse potenti. Lorem ipsum dolor sit amet, duis omis unde elit.

0
completed project
0
design award
0
facebook like
0
current projects
  • Ahli UMNO erat perpaduan, berhenti berbalah sesama sendiri

     SANDAKAN: Ketua Bahagian UMNO Bahagian Libaran Suhaimi Haji Nasir menggesa pemimpin serta ahli-ahli UMNO di bahagian itu supaya berhenti berbalah sesama sendiri yang mengundang perpecahan.

    Beliau berkata ahli-ahli perlu mengelak sebarang perpecahan dalam bagi memastikan perpaduan terus kukuh.

    Suhaimi yang juga Bendahari UMNO Negeri Sabah mahu ahli-ahli UMNO kekalkan perpaduan dan kesetiaan pada parti serta memberi fokus kepada kemenangan pada Pilihan Raya Negeri (PRN) ini.

    “Mengekalkan semangat kesetiaan kepada parti adalah amat penting bagi memastikan kesinambungan perjuangan UMNO menjadi tunjang untuk berkhidmat kepada rakyat di negeri ini,” katanya ketika berucap di Mesyuarat Secara Berkelompok 4 Peringkat di Pusat Daerah Mengundi Sungai Batang di Kampung Sungai Batang Batu 10, malam semalam.

    Mesyuarat berkenaan telah dirasmikan oleh Pengerusi UMNO Sabah merangkap Ahli Majlis Tertinggi UMNO Dato’ Sri Bung Moktar Radin.

    Dalam pada itu, Suhaimi memberitahu bukan mudah UMNO Sabah di bawah kepimpinan Bung Moktar untuk bangkit semula di mana terpaksa melalui pelbagai cabaran.

    “Ketika kita sedang bangkit selepas tewas pada Pilihan Raya Umum ke14 (PRU14) lepas, kita terpaksa berhadapan dengan Pilihan Raya Negeri (PRN).

    “Kita sebagai ahli UMNO yang setia, perlu memastikan calon UMNO bertanding pada PRN memperolehi kemenangan dan membentuk kerajaan,” katanya.

    Beliau turut menggesa semua jentera UMNO agar bekerja dengan lebih keras melaksanakan tanggungjawab masing-masing dengan penuh amanah dan kesetiaan pada parti agar UMNO menang.

    Suhaimi turut memuji kepimpinan Bung Moktar yang begitu cekal, setia pada parti dan terus berkhidmat kepada rakyat walaupun pelbagai cabaran dilalui untuk menjadikan parti UMNO Sabah itu tidak terkubur dan bangkit semula dengan satu kekuatan serta memiliki ahli-ahli yang setia dalam perjuangan.

    Dalam majlis sama, beliau  bersama beberapa orang pemimpin UMNO Bahagian Libaran turut menyuarakan nada sama kepada pucuk parti agar memberi peluang pada UMNO Bahagian Libaran meletakkan calonnya bertanding di tiga kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) dalam Parlimen Libaran.-Yusop Teppo

  • Tahan suami isteri di Putatan, rampas syabu 2 kilogram

     

    MAZLI (tengah) menunjukkan dadah syabu seberat 2,020 gram yang dirampas susulan penahanan suami isteri di Putatan. FOTO Juwan Riduan

    PENAHANAN suami isteri di Jalan Lok Kawi-Putatan di Kota Kinabalu, jam 4.45 petang kelmarin, membawa kepada penemuan dadah jenis syabu seberat 2.02 kilogram bernilai RM80,000.


    Timbalan Pesuruhjaya Polis Sabah Datuk Mazli Mazlan berkata, hasil risikan, anggota Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN), Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Sabah membuat pemerhatian terhadap sebuah Toyota Vios yang berhenti di tepi jalan berkenaan.

    "Suspek lelaki yang berusia 43 tahun kemudiannya membuka bonet kereta manakala isterinya yang berumur 34 tahun duduk dibahagian penumpang hadapan.

    "Anggota kami menghampiri kedua-dua suspek, pemeriksaan terhadap kereta itu menemui satu plastik berisi dua bungkus syabu seberat 2,020 kilogram.

    "Kami turut menyita wang RM1,100," katanya pada sidang media di IPK Sabah hari ini.

    Turut hadir Ketua JSJN IPK Sabah Superintendan Ahmad Jawila dan Ketua Polis Daerah Penampang Deputi Superintendan Mohd Haris Ibrahim.

    Mazli berkata, hasil siasatan mendapati, suspek memperoleh bekalan dadah daripada seorang lelaki warga tempatan berusia 30-an dan menetap di Labuan.

    Katanya, suspek juga aktif mengedar dadah sejak awal tahun lalu.

    "Siasatan dan risikan lanjut masih giat dijalankan untuk mengesan pembekal dalam berkenaan.

    "Kedua-dua suspek direman tujuh hari sehingga 12 Ogos ini. Kes disiasat mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya (ADB) 1952," katanya.-Buletin Sabah
  • Yang di-Pertua Sabah kawan baik saya, tak akan salah guna kedudukan kata Menteri KDN


    KOTA KINABALU: Menteri Dalam Negeri Hamzah Zainudin berkata, Yang di-Pertua Negeri Sabah Juhar Mahiruddin merupakan kawan baiknya dan percaya beliau tidak akan menyalahgunakan kedudukan dalam perkembangan terbaru politik di negeri itu.

    Hamzah berkata, beliau berjumpa Juhar sebelum ini dan antara perkara yang dibincangkan ialah masa depan Sabah.

    “Biar saya berterus terang dengan anda, Tun Juhar adalah kawan baik saya sejak 1990-an,” katanya di sini, hari ini.

    “Tidak ada salahnya saya berjumpa beliau dan semasa pertemuan kami, antara perkara yang dibincangkan tentulah tentang masa depan Sabah.

    “Bagaimanapun perinciannya ialah antara saya dengan beliau. Saya tahu perkara yang kami bincangkan dan beliau tahu perkara yang saya maklumkan kepadanya.

    “Saya yakin beliau tidak akan menyalahgunakan kedudukannya dan sebagai ketua negeri, biarlah beliau mengambil tanggungjawab ke atas tindak-tanduknya.

    “Paling penting, sekiranya benar kita perlu menghadapi pilihan raya negeri, maka kita akan hadapinya.

    “Lebih penting bagi saya ialah Allah tahu siapakah yang melakukan perkara yang betul dan siapakah yang menyalahgunakan kedudukan.”

    Hamzah berkata demikian apabila ditanya mengenai kenyataan bekas ketua menteri Musa Aman bahawa beliau dan setiausaha politik perdana menteri bertemu Juhar sebelum ini.

    Pada sidang media 29 Julai, Musa berkata, Hamzah dan setiausaha politik perdana menteri membuat kunjungan hormat kepada Juhar untuk memaklumkan bahawa gabungan baru yang ditubuhkannya, yang menyokong kerajaan Perikatan Nasional (PN), mendapat majoriti mudah untuk membentuk kerajaan.

    Bekas pengerusi Umno Sabah itu mendakwa beliau mendapat sokongan 33 Adun Sabah pada masa itu.

    Bagaimanapun Ketua Menteri Mohd Shafie Apdal membubarkan Dewan Undangan Negeri (DUN) keesokan harinya selepas mendapat persetujuan Juhar bagi membuka jalan kepada pilihan raya negeri (PRN).

    33 Adun terbabit kemudiannya memfailkan permohonan semakan kehakiman yang mempersoalkan pembubaran DUN yang dibuat oleh Juhar pada 30 Julai.

    Hamzah berkata, sekiranya benar Juhar mempersetujui pembubaran DUN, maka parti politik di Sabah harus menerima hakikat itu dan bersedia untuk menghadapi pilihan raya.

    “Bagi saya mudah. Biarkan perkara yang harus berlaku, berlaku. Perlu ada penyelesaian segera.

    “Jika Yang di-Pertua Negeri bersetuju menerima permintaan ketua menteri untuk membubarkan DUN, jika keputusan itu tulen, maka kita hadapi (pilihan raya).

    “Kita perlu buat keputusan untuk kepimpinan masa depan negeri ini…kita lakukan bersama-sama. Terserah kepada parti di Sabah untuk bersaing dan memastikan mereka diterima oleh rakyat. Rakyat yang buat keputusan berhubung negeri mereka,” katanya.

    Dalam perkembangan lain Hamzah mengumumkan bahawa elaun anggota Rela telah dinaikkan.

    Katanya elaun untuk anggota biasa ditambah kepada RM8 daripada RM6 sejam, sementara bagi pegawai RM9.80 sejam.

    “Ini menunjukkan kerajaan peka berhubung keperluan mereka supaya anggota terbabit dapat memberi perkhidmatan lebih baik.

    Katanya, Sabah mempunyai anggota Rela paling ramai di negara ini, iaitu mewakili 10% atau 298,000 daripada 3.1 anggota di seluruh negara. - FMT

     

  • WARISAN alu-alukan penubuhan parti baharu Tun M


    TAWAU: Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal bersedia menjalinkan kerjasama dengan semua pihak termasuk parti baharu yang ditubuhkan oleh bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad, semalam.


    Beliau yang juga Presiden Parti Warisan Sabah (WARISAN) turut mengalu-alukan penubuhan parti baharu berkenaan selain menyatakan kesediaannya untuk menjalinkan perikatan bersama bekas pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) itu.

    "Kita (WARISAN) tiada masalah dengan kewujudan parti baharu Tun Mahathir kerana sebelum ini pun memang sudah wujud kerjasama.

    "Takkanlah semasa Tun menjadi perdana menteri kita boleh menjalinkan kerjasama tetapi semasa dia tiada sebarang jawatan kita pula tidak mahu bekerjasama. Saya fikir sikap sedemikian bukanlah suatu nilai yang baik.

    "Asalkan landasan perjuangan sesebuah parti politik itu selaras dengan aspirasi rakyat dan dasar perjuangan WARISAN, kita tiada masalah," katanya selepas menyempurnakan Majlis Penyerahan Lot Penempatan Mangsa Kebakaran Kampung Tanjung Batu Otentik dan Penyerahan Geran Tanah di daerah Tawau dan Kalabakan di Dewan Masyarakat Tawau, di sini hari ini.

    Yang turut hadir, Timbalan Ketua Menteri merangkap Ahli Parlimen Tawau, Datuk Christina Liew, Ahli Parlimen Kalabakan, Ma'amun Sulaiman dan Presiden Majlis Perbandaran Tawau, Datuk Ir Amrullah Kamal.

    Mengulas lanjut beliau berkata, kerajaan negeri pimpinannya sebelum ini sudah membuktikan kemampuan menjalinkan kerjasama dengan parti komponen lain dalam Pakatan Harapan (PH) termasuk DAP dan PKR.

    Semalam BH melaporkan, Tun Dr Mahathir mengumumkan penubuhan parti baharu yang berasaskan perjuangan membela Melayu selain optimis boleh menjadi blok penentu kepada kemenangan PN dan PH dalam Pilihan Raya Umum.

    Sementara itu, ketika ditanya mengenai penggunaan logo semasa Pilihan Raya Negeri akan datang, beliau berkata perkara itu bukan satu isu kerana yakin dengan penilaian rakyat Sabah yang memilih wakil mereka bukan berdasarkan logo yang digunakan.

    "Rakyat Sabah bukan memandang logo parti semata-mata, sebaliknya memilih wakil rakyat daripada parti yang dekat dengan hati mereka," katanya.-Buletin Sabah

  • Peningkatan Mendadak Kes Covid-19 "Pulang Dari Filipina" Membimbangkan


    Buat dua hari berturut-turut, Sandakan mencatatkan peningkatan mendadak Kes Import pulang dari Negara Filipina iaitu seramai Lapan Kes Positif Covid-19.

    Kelmarin, Daerah Sandakan, Mukim Sentosa mencatatkan 4 Kes Positif melibatkan 3 Warganegara dan 1 Bukan Warganegara manakala hari ini, 4 lagi Kes Positif melibatkan 4 Warganegara  yang pulang dari negara jiran tersebut.

    Walaupun kesemua pesakit dikategorikan sebagai Kes Import, rata-rata rakyat di Negeri Sabah menyatakan kebimbangan akan peningkatan tersebut. 

    "Filipina kan kes tertinggi Covid-19 di rantau asia, serius ni kalau banyak dan tak dikawal kemasukkan dari Filipina." tulis Kemayo ZN.

    "Ini yang positif ikut jalan betul kena saring dan kuarantin dulu, macammana lah kalau ada yang masuk dengan cara yang salah, tinggal lagi di setinggan, ini paling merisaukan" tulis Hana.

    Negara Filipina kini merekodkan jumlah Kes Positif Covid-19 tertinggi di Asia Tenggara mengatasi Indonesia yang mempunyai lebih ramai penduduk. Setakat hari ini, negara tersebut mencatatkan 122,754 kes.

    Dengan Pilihan Raya Negeri Sabah yang tidak lama lagi diadakan, ramai yang mahu kawalan sempadan dipertingkatkan bagi mengelakkan warga negara asing yang tidak mempunyai dokumen masuk ke negara ini melalui jalan-jalan tikus.

  • Haramkan Hamzah masuk Sabah kata Azis Jamman

    Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hamzah Zainudin

     KOTA KINABALU: Datuk Seri Mohd. Shafie Apdal diminta mengharamkan Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hamzah Zainudin daripada memasuki Sabah kerana pembohongan dan fitnah yang dibuat ketika sidang Dewan Rakyat kelmarin apabila mengaitkan Parti Warisan Sabah (Warisan) dengan pengeluaran dokumen kepada warga asing.


    Ahli Parlimen Sepanggar, Datuk Mohd. Azis Jamman berkata, Hamzah juga adalah dalang di sebalik kumpulan yang memberikan tekanan kepada Yang Dipertua Sabah, Tun Juhar Mahiruddin bagi membolehan perancangan Tan Sri Musa Aman menggulingkan Kerajaan Sabah berjaya.

    “Selaku pemerintah halang dia masuk ke Sabah kerana selain fitnah dan pembohongan, beliau cuba mencetuskan ketegangan kaum di Sabah. Tidak cukup dengan itu, dia di antara orang yang cuba memberi tekanan kepada TYT, dia juga perancang yang cuba mewujudkan kerajaan tebuk atap di Sabah.

    “Saya mohon Ketua Menteri halang dia daripada memasuki Sabah sebagai pengajaran kepada pemimpin dari Malaya yang cuba membawa politik perkauman di Sabah, selain itu beliau bersifat munafik kerana waktu lawatan pertamanya dia sebut IMM13, dalam Parlimen dia buat pusingan U,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

    Kelmarin, Hamzah ketika penggulungan Kementerian Dalam Negeri (KDN) di Dewan Rakyat menuduh Warisan mempunyai peranan dalam mengeluarkan dokumen terutama IMM13.

    Berikutan tuduhan itu, hari ini, Ahli Parlimen Batu Sapi, Datuk Liew Vui Keong telah diarahkan oleh Yang Dipertua Dewan Rakyat menulis usul secara rasmi terhadap tuduhan Hamzah yang mengelirukan dewan dan boleh dihadapkan kepada Jawatankuasa Parlimen.

    Ketika membangkitkan perkara itu, Vui Keong berkata, Kerajaan Sabah pimpinan Warisan tidak pernah sama sekali mengeluarkan apa-apa jenis dokumen sama ada Kad Burung-Burung, Sijil Banci atau IMM13, sebaliknya kesemua dokumen itu dikeluarkan ozaman kerajaan PBS, Berjaya, USNO dan Barisan Nasional (BN).

    Sementara itu, Mohd. Azis berkata, sebagai bekas Timbalan Menteri Dalam Negeri, satu-satunya dokumen yang dirancang untuk dikeluarkan bagi menggantikan Kad Burung-burung, Sijil Banci dan IMM13 ialah Pas Sementara Sabah (PSS).

    Katanya, cadangan itu diumumkan sendiri oleh Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin ketika masih menjawat Menteri Dalam Negeri, tetapi telah dibatalkan atas arahan daripada Ketua Menteri Sabah.

    “Hanya PSS yang dicadangkan itupun tidak diteruskan oleh kerajaan terdahulu dan Tan Sri Muhyiddin Yassin telah jawab di Parlimen dan Kerajaan Sabah putuskan untuk tidak teruskan.

    “Maka saya cabar Hamzah nyatakan apa dokumen yang dia sebut kononnya Warisan ingin bagi, kuasa memberi dokumen terletak pada KDN melalui Jabatan Imegresen dan Jabatan Pendaftaran Negara (JPN).

    “Dokumen Burung-burung wujud sejak zaman PBS dan UMNO memerintah Sabah,” tegas Mohd. Azis. - Borneo Today
  • Covid-19: Empat kes baharu di Sabah pulang dari Filipina

     

    KOTA KINABALU: Empat kes baharu dilaporkan di Sabah hari ini membabitkan kes import bagi warganegara dan warga asing yang pulang dari Filipina.


    Tiga daripada kes baharu yang dilaporkan di Sandakan itu adalah warga tempatan dan satu kes lagi melibatkan warga asing.

    Menteri Kesihatan dan Kesejahteraan Rakyat, Datuk Frankie Poon berkata, dengan pertambahan empat kes itu menjadikan jumlah keseluruhan kes Covid-19 di Sabah sebanyak 406 kes.

    Bilangan kes aktif yang masih dirawat di hospital berpakar seluruh Sabah adalah sebanyak 19 kes, iaitu enam kes di Penampang dan Sandakan; serta dua kes di Kota Kinabalu. Manakala, masing-masing satu kes di Tawau, Tuaran, Kota Belud, Papar dan Beluran.

    Beliau berkata, hanya satu kes pulih dilaporkan hari ini dan bilangan kumulatif kes pulih setakat ini kekal seramai 379 kes.

    Kes kematian di Sabah kekal dengan lapan kes, masing-masing empat kematian di Kota Kinabalu dan satu kematian di Tawau, Penampang, Keningau dan Tambunan.

    Di seluruh Malaysia, sebanyak 15 kes baharu positif Covid-19 dilaporkan dan jumlah keseluruhan kes setakat ini sebanyak 9,038 kes. Kes baharu itu terdiri daripada 10 kes tempatan dan lima kes import.

    Bilangan kes aktif di Malaysia sehingga kini adalah sebanyak 200 kes, termasuk dua kes di Unit Rawatan Rapi (ICU) dan satu kes memerlukan bantuan alat pernafasan.

    Manakala, terdapat 11 kes pulih hari ini dan bilangan kumulatif kes pulih sehingga kini adalah sebanyak 8,713 kes. Kes kematian di Malaysia sehingga kini kekal 125 kes.-Buletin Sabah
  • GET A FREE QUOTE NOW

    Lorem ipsum dolor sit amet, consectetuer adipiscing elit, sed diam nonummy nibh euismod tincidunt ut laoreet dolore magna aliquam erat volutpat.

    Search This Blog

    Powered by Blogger.

    Contributors

    ADDRESS

    4759, NY 10011 Abia Martin Drive, Huston

    EMAIL

    contact-support@mail.com
    another@mail.com

    TELEPHONE

    +201 478 9800
    +501 478 9800

    MOBILE

    0177 7536213 44,
    017 775362 13