SABAH INFO


Kami adalah
Social Media Influencer

Team Sabah Info

Sabah Info adalah sebuah pasukan kreatif yang berpangkalan di Kota Kinabalu. Memfokuskan konten digital versi Sabahan melalui platform media sosial yang paling kukuh di Negeri Sabah! Sabah Info juga menawarkan servis pengiklanan dengan pakej yang berpatutan dengan hasil yang sangat memberangsangkan! Kami sedia menjadi rakan strategik anda!

  • Kota Kinabalu, Sabah
  • sabahinfo.my@gmail.com
  • www.sabahinfo.com.my
Me

Kelebihan Kami

Platform kami adalah yang terbesar di negeri bawah bayu. Meliputi Facebook, Instagram, Tiktok dan Telegram


Facebook 621 Ribu Followers
Tiktok 487 Ribu Followers
Instagram 153 Ribu Followers
Telegram 45 Ribu Followers

Awesome features

Aliquam commodo arcu vel ante volutpat tempus. Praesent pulvinar velit at posuere mollis. Quisque libero sapien.

Animated elements

Lorem ipsum dolor sit amet, consectetur adipiscing elit. Sed tempus cursus lectus vel pellentesque. Etiam tincidunt.

Responsive Design

Pellentesque ultricies ligula a libero porta, ut venenatis orci molestie. Vivamus vitae aliquet tellus, sed mollis libero.

Modern design

Duis ut ultricies nisi. Nulla risus odio, dictum vitae purus malesuada, cursus convallis justo. Sed a mi massa dolor.

Retina ready

Vivamus quis tempor purus, a eleifend purus. Ut sodales vel tellus vel vulputate. Fusce rhoncus semper magna.

Fast support

Suspendisse convallis sem eu ligula porta gravida. Suspendisse potenti. Lorem ipsum dolor sit amet, duis omis unde elit.

0
completed project
0
design award
0
facebook like
0
current projects
  • Jalur lebar: TM Sabah perlu 3 tahun



    KOTA KINABALU:
     Pengarah Wilayah Telekom Malaysia Bhd (TM), Sabah Datuk Mohd Sanal Mohd Amin berkata pihaknya memerlukan masa sekurang-kurangnya tiga tahun lagi untuk memastikan semua kawasan luar bandar di negeri ini menikmati perkhidmatan jalur lebar. 

    Beliau berkata pihaknya sedang melaksanakan kerja-kerja menukar talian tembaga kepada gentian optik untuk mempertingkatkan lagi capaian internet negeri. 

    “Masalah capaian internet masih menjadi satu cabaran bagi TM Sabah kerana kita perlukan masa bagi mengantikan talian ‘copper’ kepada ‘fiber optik’ dan ia dilaksanakan secara berperingkat,” katanya dalam satu kenyataan yang dikeluarkan selepas pelancaran perkhidmatan jalur lebar Unifi TM berkelajuan tinggi di Pusat Internet Malaysia, Kampung Pinggan-Pinggan, Pitas, Jumaat.

    Beliau berkata orang ramai boleh boleh terus menggunakan perkhidmatan pusat Internet desa sebagai wadah kearah hidup kebiasaan baharu di samping pembelajaran atas talian. 

    “Sebagai tulang belakang telekomunikasi negara, TM dalam memberikan khidmat agar masyarakat yang berada di luar bandar turut menikmati kemudahan internet kerkelajuan tinggi,” katanya.-Harian Ekspres
  • Sabah terima pelaburan projek RM7b di Meruntum

    SHAFIE (tengah), Jamalul (kedua dari kiri) dan Dr Ishak daripada YS, bersama Jerrand (kedua dari kanan) dan Wee (kanan) daripada Tegas Bangsa Sdn Bhd selepas penandatanganan perjanjian kerjasama itu pada Jumaat.


    KOTA KINABALU: Sabah bakal menerima manfaat besar daripada sebuah projek pembangunan bercampur mega bernilai RM7 bilion di Meruntum, Lok Kawi, untuk dibina dalam masa 12 hingga 15 tahun di tanah milik Yayasan Sabah.

    Ketua Menteri Datuk Seri Mohd Shafie Apdal berkata ia adalah satu daripada pembangunan hartanah positif terbesar di Sabah di bawah kerajaan negeri yang diterajui Warisan dan akan termasuk hotal-hotel dan taman tema.

    Pembangunan usaha sama itu adalah antara YS dan Tegas Bangsa Sdn Bhd, sebuah anak syarikat untuk tujuan khas Pavilion Real Estate Investment Trust (Pavilion REIT) bagi membangunkan tanah berasaskan pembangunan campuran komersial dan pelancongan.

                Ilustrasi Artistik projek pembangunan bercampur mega bernilai RM7 bilion di Meruntum, Lok Kawi



    “Sebaik projek ini dibangunkan, ia akan menjadi satu lagi tarikan untuk Sabah kerana lokasinya sangat strategik kerana ia terletak dekat dengan laut selain daripada beberapa pulau sedia ada yang saya pasti bukan sahaja menarik pelabur dan pembeli hartanah tetapi juga pelancong datang ke Sabah pada tahun-tahun akan datang.

    “Sebenarnya lokasi itu adalah satu daripada kawasan yang telah menjadi tarikan kepada pelabur hartanah tetapi disebabkan penularan Covid-19, hasrat mereka terbantut.

    “Tetapi kini YS telah mengambil inisiatif menerusi projek pembangunan ini yang kami alu-aluan dan akan membawa banyak peluang pekerjaan serta manfaat kepada kontraktor tempatan,” kata Shafie.

    Beliau berkata demikian semasa satu sidang media selepas menyaksikan pemeteraian perjanjian pembangunan bersama di antara Yayasan Sabah diwakili Pengarahnya Datuk Jamalul Kiram Datuk Mohd Zakaria dan Setiausaha Korporat Dr Ishak Johari, sementara Tegas Bangsa Sdn Bhd diwakili oleh penandatangan diberi kuasa, Jerrand Lim Jen Jiang dan pengarah pembangunan perniagaannya, Wee Seng Fatt, di Pusat Pentadbiran Sabah, pada Jumaat.

    Sebagai ganjaran untuk tanah itu, YS akan layak menerima bayaran minimum RM840 juta atau 12 peratus daripada Nilai Pembangunan Kasar (GDV), yang mana lebih tinggi. 

    Kaedah bayaran untuk YS adalah dalam tunai (RM500 juta) dan bukan dalam bentuk wang (RM340). Berdasarkan kelayakan YS dan mengambil kira anggaran nilai tanah itu, YS dijangka akan mendapat pendapatan tambahan sekurang-kurangnya RM568 juta daripada pembangunan yang dicadangkan itu.

    Selepas pelaksanaan perjanjian itu, Tegas Bangsa Sdn Bhd akan membayar YS sejumlah RM8.4 juta.

    Shafie yang juga Pengerusi Lembaga Pemegang Amanah Yayasan Sabah berkata beliau yakin sepenuhnya projek usaha sama ini dan syarikat itu mempunyai pengalaman yang luas dan boleh dipercayai dalam pembinaan dan kedudukan kewangan yang kukuh untuk menyiapkan projek itu.

    “Saya percaya ia inisiatif baik, kali pertama YS menandatangani pembangunan bersama dengan sektor swasta membabitkan pelaburan RM7 bilion untuk membangunkan projek.

    “Saya percaya dalam keadaan sekarang, rakyat akan mendapat peluang pekerjaan yang banyak dan ia juga memberi peluang untuk kontraktor kecilan.

    “Saya berharap pembinaan dapat bermula secepat mungkin. Pelan pembangunan sedang dirancang. Jadi lebih cepat, lebih baik untuk semua.

    “Jika ada sebarang kesulitan, jangan teragak-agak. Saya ada untuk memudahkannya dan saya sendiri akan memantau perkembangan projek di tapak lokasi yang juga berdekatan dengan projek KK Resort City,” katanya.

    Shafie percaya projek itu akan menarik pelabur kerana reka bentuknya mencerminkan gaya hidup berbeza di Kota Kinabalu, yang beliau samakan dengan i-London City, dan projek itu akan mendirikan banyak pembangunan fizikal untuk memanfaatkan banyak sektor.-Harian Ekspres


  • Denda RM200,000 berserta penjara Setahun kerana miliki 20 telur penyu tanpa permit


    KOTA KINABALU: Seorang lelaki dipenjara setahun dan didenda RM200,000 atau dua tahun penjara kerana memiliki 20 biji telur penyu tanpa permit.

    Hakim Mahkamah Sesyen Elsie Primus menjatuhkan hukuman itu kepada Alsirad Samad, 21, selepas dia mengaku bersalah pada Jumaat.

    Alsirad didapati memiliki telur Penyu Hijau (Chelonia Mydas) yang dilindungi dan disenaraikan di bawah Bahagian 1 Jadual 1 Enakmen Pemeliharan Hidupan Liar 1997, tanpa permit. 

    Dia melakukan kesalahan itu pada jam 11.15 pagi pada 26 Jun tahun ini, di dalam keretanya yang diletak di belakang Pasaraya Survey di Putatan.

    Kesalahan di bawah Seksyen 41(1) Enakmen Pemuliharaan Hidupan Liar 1997 itu memperuntukkan denda di antara RM50,000 dan RM250,000 atau penjara di antara setahun dan lima tahun, atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.

    Semasa mitigasi, Alsirad yang tidak diwakili, meminta hukuman ringan.

    Bagaimanapun, Pegawai Pendakwa Abdul Karim Dakog dari Jabatan Hidupan Liar menggesa mahkamah menjatuhkan hukuman berat atas sebab penalti untuk kesalahan seperti itu telah ditingkatkan yang menunjukkan bahawa ia adalah satu kesalahan serius. 

    Tambahnya satu hukuman berat bukan sahaja akan memberi pengajaran kepada Alsirad tetapi juga menghalang orang ramai daripada melakukan kesalahan sama.

    Mahkamah memerintahkan Alsirad menjalani hukuman itu dari tarikh tangkapannya pada 26 Jun.

    Mahkamah mendengar bahawa satu pasukan penguatkuasaan dari Jabatan Hidupan Liar memeriksa kereta Alsirad susulan maklumat mengenai telur penyu itu.

    Semasa pemeriksaan, pasukan itu menemui 20 telur penyu di dalam kereta Alsirad.

    Alsirad ditangkap kerana dia tidak mempunyai lesen sah untuk memiliki telur penyu itu.

    Dia dibawa ke pejabat Hidupan Liar untuk siasatan lanjut.-Harian Ekspres
  • Lelaki cabul cucu, 3, dijel 13 tahun, sebatan



    KOTA KINABALU:
     Seorang lelaki berumur 43 tahun yang melakukan penganiayaan seksual ke atas cucunya yang berumur tiga tahun dijatuhi hukuman penjara 13 tahun dan dikenakan sekali sebatan rotan.

    Lelaki itu mengaku bersalah di hadapan Hakim Mahkamah Sesyen Noor Hafizah Mohd Salim, pada Jumaat.

    Dia melakukan kesalahan itu ke atas kanak-kanak perempuan itu dengan menyentuh kemaluannya pada jam 11 pagi pada 22 Jun, tahun ini, di dalam sebuah bilik mandi di sebuah kondominium di Telipok.

    Perbuatan di bawah Seksyen 14(a) Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017 itu memperuntukkan hukuman penjara sehingga 20 tahun, dan sebatan, jika sabit kesalahan.

    Ketika merayu hukuman ringan, lelaki itu yang tidak diwakili, menangis dan memberitahu mahkamah bahawa dia tahu ia adalah satu kesalahan dan dia sudah menyesal.

    Dia berjanji tidak akan mengulangi kesalahan itu dan memohon untuk bertemu keluarganya tetapi mahkamah berkata ia bukan faktor mitigasi.

    Bagaimanapun, Timbalan Pendakwa Raya Nur Faezah Jafry menggesa mahkamah menjatuhkan hukuman berat atas dasar lelaki terbabit melakukan kesalahan serius ke atas cucunya yang sepatutnya dilindungi dan memberikan contoh yang baik kepadanya.

    Nur Faezah berkata mangsa, yang hanya berusia tiga tahun, merasa sakit dari koyakan yang disebabkan oleh insiden itu tetapi dia tidak dapat menjelaskannya.

    Tambahnya, hukuman berat perlu diberikan kepada lelaki itu dan juga orang awam.

    Mahkamah diberitahu bahawa lelaki itu datang ke rumah mangsa pada 21 Jun dan bermalam di sana.

    Keesokkannya pada jam 11 pagi, ketika ibu mangsa sedang mencuci pinggan di dapur, dia terdengar bunyi bising datang dari bilik mandi.

    Ibu mangsa kemudian memeriksa bilik mandi itu tetapi ia berkunci.

    Wanita itu terdengar mangsa menangis. Dia kemudian mengetuk pintu dan lelaki berkenaan yang mendakwa dia mahu mandi bersama mangsa keluar dari bilik mandi sambil membawa mangsa yang tidak berpakaian.

    Lelaki itu kemudian menyerahkan mangsa kepada ibunya tetapi mangsa masih menangis sambil menunjuk ke arah lelaki terbabit.

    Ibu mangsa kemudian membawa mangsa ke bilik tidur dan mangsa menuding ke arah kemaluannya yang kemerahan.

    Siasatan lanjut di Hospital Likas mendedahkan terdapat koyakan baharu dan kemerahan sederhana di bahagian kemaluan mangsa.

    Susulan laporan polis, lelaki berkenaan ditahan.-Harian Ekspres
  • Dua ibu tunggal antara 20 didakwa ambil dadah


    TAWAU: Seramai 20 orang, termasuk dua ibu tunggal, berumur antara 20 hingga 37 tahun, yang terlibat dalam satu parti liar di sebuah inap desa mewah, didakwa mengambil dadah.

    Semua mereka dibawa di hadapan Majistret Dzul Elmy Yunus, pada Jumaat.

    Bagaimanapun, tiada pengakuan direkodkan sementara menunggu laporan kimia ke atas dadah itu dan mahkamah menetapkan 4 Ogos untuk sebutan.

    Mahkamah menawarkan ikat jamin sebanyak RM1,800 beserta dua orang penjamin untuk setiap seorang, kecuali tiga daripada mereka, yang tidak mempunyai dokumen.

    Ketika memohon kadar ikat jamin lebih rendah, kesemuanya memaklumkan mahkamah bahawa mereka tiada pekerjaan, tiada pendapatan dan tidak mampu membayar ikat jamin tinggi.

    Sementara itu, dua lelaki dan seorang wanita didenda RM1,000 atau 30 hari penjara jika gagal membayarnya kerana melanggar Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP).

    Mohd Iqbal Japar, 22, Abdul Sidi Mulpy, 29, dan Kimberly Henrikus, 24, mengaku melakukan perbuatan itu di sebuah rumah di Taman Nordin pada jam 8.30 pagi pada 30 Jun.

    Mahkamah diberitahu bahawa trio itu melanggar PKPP dengan terlibat dalam aktiviti yang membabitkan ramai orang di sebuah tempatan tanpa penjarakan sosial.

    ASP Dayang Nor Azarinawaty Ag Kachee tampil untuk pendakwaan.-Harian ekspres
  • COVID-19: Pasar Umum Sandakan dibuka semula

    Wong Foo Tin


    SANDAKAN: Pengerusi Operasi Bencana Daerah Sandakan Wong Foo Tin berkata, Pasar Umum Sandakan akan dibuka semula bermula jam 10 malam (Khamis) berpandukan Tatacara Pengendalian Piawai (SOP) yang dikeluarkan oleh Pejabat Kesihatan Kawasan Sandakan.

    “Penutupan sementara jam 5 petang pada 30 Jun 2020 sehingga 2 Julai 2020 adalah bertujuan disinfeksi menyeluruh di sekitar kawasan dalam dan luar pasar berkenaan,” katanya.

    Beliau yang juga Presiden Majlis Perbandaran Sandakan (MPS) berkata, disinfeksi menyeluruh telah dilaksanakan bersama oleh pihak Pejabat Kesihatan Kawasan Sandakan dan MPS.

    “Taklimat berkaitan pematuhan SOP dan langkah pencegahan telah dijalankan tiga sesi untuk para peniaga di pasar itu oleh pihak berkuasa bagi mencegah penularan COVID-19,” katanya.

    Wong berkata, tiga sesi taklimat itu bermula jam 9 pagi hingga 9.30 pagi kepada pemborong ikan dan peniaga gerai lot ikan, 9.40 pagi hingga 10.10 pagi untuk pemborong sayur, ayam dan daging serta peniaga lot sayur, ayam, daging dan peniaga runcit di pasar itu.

    “Manakala sesi taklimat ketiga bermula jam 10.20 pagi hingga 10.50 pagi kepada peniaga pasar,” katanya dalam kenyataan semalam.

    Beliau berkata, pemantauan pematuhan SOP yang berteruskan akan terus dijalankan oleh pihak berkuasa bagi mencegah penularan COVID-19 di pasar ini.

    “Sekiranya terdapat pelanggaran SOP, penutupan selama tujuh hari dan pengeluaran kompaun akan dilaksanakan oleh pihak berkuasa terhadap mereka yang gagal mematuhi SOP ditetapkan,” katanya.

  • 19 individu ditahan sertai parti liar di kediaman mewah


    TAWAU: Seramai 19 individu termasuk lapan wanita ditahan selepas disyaki terlibat dengan parti liar dan melanggar Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) di sebuah kediaman mewah di Taman Nordin, di sini kelmarin.

    Ketua Polis Daerah Tawau Asisten Komisioner Peter Umbuas berkata, sebaik menerima maklumat dan aduan orang awam, sepasukan pegawai dan anggota Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Tawau membuat serbuan keatas kediaman terbabit pada jam 8.30 pagi.

    "Dalam serbuan itu, pihak polis berjaya menahan kesemua suspek yang terdiri daripada 17 warga tempatan dan dua warga asing berusia antara 21 hingga 34 tahun.

    "Hasil pemeriksaan ujian air kencing, kesemua mereka juga didapati positif dadah jenis ketamin, amphetamine dan methamphetamine, namun pihak polis tidak menemui sebarang dadah di kediaman terbabit," katanya dalam kenyataan media di sini semalam.

    Beliau berkata, siasatan awal mendapati premis kediaman itu disewa oleh salah seorang suspek terbabit dengan bayaran RM1,200 sehari.

    Menurutnya, semasa serbuan itu juga mereka didapati berkumpul di premis berkenaan untuk berhibur, namun gagal mematuhi prosedur operasi standard (SOP) PKPP selain gagal mengamalkan penjarakan sosial.


    "Tindakan mereka berkumpul untuk berhibur itu bagaimanapun melanggar peraturan mengikut Seksyen 11 (1) Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988," katanya.

    Peter berkata, semua suspek turut dikenakan kompaun RM1,000 mengikut Peraturan 3 Akta Pencegahan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1998 atas kesalahan ingkar PKPP.

    "Kes itu juga disiasat mengikut Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya (ADB) 1952, manakala suspek bukan warganegara ditahan di bawah Seksyen 6(1)(c) Akta Imigresen 1959/63 kerana tidak memiliki dokumen pengenalan diri yang sah.

    "Kesemua mereka yang ditahan dibawa ke mahkamah untuk permohonan reman, bagi suspek lelaki direman empat hari manakala suspek wanita tiga hari bermula kelmarin," katanya.-Utusan Borneo

  • GET A FREE QUOTE NOW

    Lorem ipsum dolor sit amet, consectetuer adipiscing elit, sed diam nonummy nibh euismod tincidunt ut laoreet dolore magna aliquam erat volutpat.

    Search This Blog

    Powered by Blogger.

    Contributors

    ADDRESS

    4759, NY 10011 Abia Martin Drive, Huston

    EMAIL

    contact-support@mail.com
    another@mail.com

    TELEPHONE

    +201 478 9800
    +501 478 9800

    MOBILE

    0177 7536213 44,
    017 775362 13