SABAH INFO


Kami adalah
Social Media Influencer

Team Sabah Info

Sabah Info adalah sebuah pasukan kreatif yang berpangkalan di Kota Kinabalu. Memfokuskan konten digital versi Sabahan melalui platform media sosial yang paling kukuh di Negeri Sabah! Sabah Info juga menawarkan servis pengiklanan dengan pakej yang berpatutan dengan hasil yang sangat memberangsangkan! Kami sedia menjadi rakan strategik anda!

  • Kota Kinabalu, Sabah
  • sabahinfo.my@gmail.com
  • www.sabahinfo.com.my
Me

Kelebihan Kami

Platform kami adalah yang terbesar di negeri bawah bayu. Meliputi Facebook, Instagram, Tiktok dan Telegram


Facebook 621 Ribu Followers
Tiktok 487 Ribu Followers
Instagram 153 Ribu Followers
Telegram 45 Ribu Followers

Awesome features

Aliquam commodo arcu vel ante volutpat tempus. Praesent pulvinar velit at posuere mollis. Quisque libero sapien.

Animated elements

Lorem ipsum dolor sit amet, consectetur adipiscing elit. Sed tempus cursus lectus vel pellentesque. Etiam tincidunt.

Responsive Design

Pellentesque ultricies ligula a libero porta, ut venenatis orci molestie. Vivamus vitae aliquet tellus, sed mollis libero.

Modern design

Duis ut ultricies nisi. Nulla risus odio, dictum vitae purus malesuada, cursus convallis justo. Sed a mi massa dolor.

Retina ready

Vivamus quis tempor purus, a eleifend purus. Ut sodales vel tellus vel vulputate. Fusce rhoncus semper magna.

Fast support

Suspendisse convallis sem eu ligula porta gravida. Suspendisse potenti. Lorem ipsum dolor sit amet, duis omis unde elit.

0
completed project
0
design award
0
facebook like
0
current projects
  • 30 Sekolah di daerah Tawau sertai Pertandingan Roket Air Merdeka 2022

    30 Sekolah di daerah Tawau sertai Pertandingan Roket Air Merdeka 2022

    TAWAU - Sebanyak 30 buah sekolah rendah di bawah seliaan Pejabat Pendidikan Daerah Tawau menyertai Pertandingan Roket Air sempena Sambutan Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia 2022 yang berlangsung di SK Kuala Merotai, pada rabu baru-baru ini.

    Pertandingan yang dianjurkan oleh SK Kuala Merotai dengan kerjasama PIBG sekolah tersebut menyaksikan SK Blok 31 berjaya menjadi juara sementara di tempat kedua disandang oleh SK Kuala Apas dan ketiga dimenangi oleh SK Bukit Quoin. Kesemua pemenang menerima hadiah wang tunai dan tropi.

    Pertandingan tersebut dirasmikan oleh Pembantu Menteri Sukan Sabah, YB Andi Suryady bin Bandy. Dalam ucapan beliau, YB Andi Suryady menekankan kepentingan murid-murid sekolah untuk mengambil peluang dan bahagian dalam pertandingan seperti ini yang akan mengukuhkan pendidikan STEM (Science, Technology, Engineering And Mathematics).

    "Pertandingan seperti ini adalah selari dengan apa yang sedang diterapkan dalam sistem pendidikan, di mana revolusi STEM merupakan langkah terkehadapan untuk mendepani cabaran Revolusi Industri 4.0 atau 5.0 yang sedang berlaku sekarang." Katanya yang juga merupakan ADUN N.71 Tanjung Batu.

    Tambah beliau lagi, melalui Pendidikan STEM ini diharapkan dapat melahirkan murid yang boleh berfikir secara logik, mereka cipta, menggunakan teknologi dan menyelesaikan masalah secara kreatif dan inovatif. Dengan itu, akan lahirlah lebih ramai bakat berliterasi STEM dengan konsep by design, not by chance yang akan memacu pembangunan ekonomi negara.

    Kehadiran YB Andi Suryady telah diraikan oleh Encik Muhammad Solehuddin Abdullah, Guru Besar SK Kuala Merotai bersama barisan pentadbir sekolah. Turut hadir adalah Tuan Mohd. Jalani Hj. Chachu, Pemimpin Pembangunan Masyarakat (PPM) kawasan DUN N72 Merotai, Encik Muhimian Hj. Moksin, Penolong Pengarah Unit Pengurusan Murid, Jabatan Pendidikan Negeri Sabah dan Encik Azriansyah Ahmad, Penolong Pegawai Pendidikan Daerah, Sektor Pembangunan Murid Pejabat PPD Tawau.

  • Tanah Runtuh Di Jalan Kota Kinabalu - Sandakan

    Tanah Runtuh Di Jalan Kota Kinabalu - Sandakan

     


    RANAU: Tanah runtuh di Jalan Kota Kinabalu- Sandakan berhampiran sebuah restoran menyebabkan laluan utama terbabit tidak dapat dilalui semua jenis kenderaan pada jam 7.10 malam kelmarin.

    Jurucakap Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) cawangan Ranau yang juga Sekretariat Pengurusan Bencana Negeri Sabah dalam satu kenyataan berkata sepasukan anggota digerakkan ke lokasi bagi menjalankan pemantauan serta tindakan selanjutnya berhubung kejadian.

    “Hasil pemantauan mendapati keadaan cuaca hujan sejak tengah hari menyebabkan kejadian tanah runtuh.

    “Kejadian menyebabkan gangguan lalu lintas untuk semua jenis kenderaan selain menjejaskan sebuah restoran yang terletak di Kilometer 87.4 Bundu Tuhan di sini,” katanya.

    Beliau berkata kerja pembersihan segera dijalankan pihak konsesi sehingga jam 9 malam.

    “Selepas usaha pembersihan terbabit, satu lorong sudah boleh dilalui oleh pelbagai jenis kenderaan pada jam 9.45 malam kemudian,” katanya.

    Sementara itu dalam kejadian berasingan satu lagi kejadian tanah runtuh diterima dari pihak Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung (JPKK) Kampung Sokid Bundu Tuhan.

    “Hasil pemantauan kejadian menjejaskan beberapa kawasan termasuk Kampung Pinolobuh, Bundu Tuhan serta Jalan Kinasaraban- Bundu Tuhan.

    “Pemantauan juga mendapati aliran air terlalu deras sehingga melimpah ke jalan raya menyebabkan batu-batu kecil terkumpul di jalan raya utama selain berlakunya tanah runtuh di laluan utama Kampung Pinolobuh,” katanya.

    Beliau berkata setakat jam 10.15 malam, kerja pembersihan belum dapat dijalankan dan laluan tidak dapat dilalui oleh kenderaan kecil.

    Tambahnya setakat ini kejadian bagaimanapun tidak memerlukan sebarang pemindahan penduduk dan pemantauan berterusan akan dijalankan dari semasa ke semasa di lokasi terlibat.

    Sumber : Utusan Borneo


  • Sabah Terus Pertingkat Hubungan Dua Hala Antara Brunei

    Sabah Terus Pertingkat Hubungan Dua Hala Antara Brunei



    CENDERAMATA: Hajiji menyampaikan cenderamata kepada SultanHassanal Bolkiah
    selepas pertemuan di Istana Nurul Iman di sini.

    BANDAR SERI BEGAWAN: Sabah mengharapkan hubungan dua hala dengan Brunei terus dipertingkat selepas sempadan kedua-dua negara dibuka semula.

    Ketua Menteri Datuk Seri Panglima Hajiji Noor berkata beliau optimis kerjasama dalam pelbagai bidang terutamanya perdagangan akan berkembang dengan melihat perdagangan Sabah dan Brunei meningkat lebih empat kali ganda daripada RM311.7 juta pada 2017 kepada RM1.48 bilion pada Ogos 2022.

    “Sabah sentiasa mementingkan hubungan dengan Brunei,” katanya semasa menghadap Pemerintah Brunei, Sultan Hassanal Bolkiah di Istana Nurul Iman di sini.

    Ini adalah lawatan pertama Hajiji ke Brunei sejak dilantik sebagai Ketua Menteri.

    Beliau diiringi Speaker Dewan Undangan Sabah (DUN) Sabah Datuk Kadzim M Yahya, Menteri Tugas- Tugas Khas Datuk Arifin Arif dan Setiausaha Kerajaan Negeri Datuk Seri Panglima Sr Safar Untong.

    Hajiji turut berkongsi dengan Sultan Hassanal Bolkiah berkenaan pencapaian pelan pembangunan Hala Tuju Sabah Maju Jaya (SMJ) yang dilaksanakan Kerajaan Negeri Gabungan Rakyat Sabah - Barisan Nasional (GRS-BN).

    Sejak Kerajaan Negeri GRS-BN mengambil alih tampuk pentadbiran dua tahun lalu, Sabah berjaya mencatatkan RM5.449 bilion kutipan hasil negeri pada 2021, mencapai RM389 juta dalam pelaburan domestik dari Januari hingga Jun 2022 dan RM9.9 bilion dalam Pelaburan Langsung Asing ( FDI) dari Januari hingga September tahun ini.

    Hajiji berkata Sabah juga mengalu-alukan pelawat dari Brunei, yang berkembang selepas pembukaan semula sempadan dengan penerbangan pertama Syarikat Penerbangan Diraja Brunei ke Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu pada 6 Mei tahun ini.

    “Susulan pembukaan semula sempadan, rakyat Brunei turut melalui jalan darat untuk melawat Sabah mulai 1 Ogos tahun ini.

    “Seramai 78,605 rakyat Brunei melawat Sabah pada 2019 tetapi jumlah itu menjunam kepada 5,494 pada 2020 berikutan penutupan sempadan,” katanya.

    Hajiji turut menyampaikan jemputan kepada Sultan untuk lawatan timbal balas ke Sabah.

    Sumber : Utusan Borneo
  • PJMKM Langkah Kerajaan Bantu Rakyat Terbeban Kenaikan Harga Barang

    PJMKM Langkah Kerajaan Bantu Rakyat Terbeban Kenaikan Harga Barang


    RANAU:
    Kenaikan harga barang secara global antara kebimbangan semua pihak dan kerajaan terus mengambil langkah bagi membantu rakyat yang terbeban dengan perkara itu.

    Pembantu Menteri kepada Ketua Menteri, Datuk Abidin Madingkir berkata, Program Jualan Murah Keluarga Malaysia (PJMKM) adalah langkah yang diambil kerajaan bagi mengatasi masalah tersebut.

    “Melalui program itu, harga barangan keperluan akan diturunkan sehingga 20 peratus dan ia disasarkan kepada kategori B40 dan berpendapatan rendah.

    “Kita berharap melalui PJMKM yang diadakan di seluruh negara dapat membantu mengurangkan kos perbelanjaan golongan sasar,” katanya.

    Beliau berkata demikian ketika merasmikan PJMKM Dewan Undangan Negeri (DUN) Paginatan yang diadakan di daerah ini, pada Sabtu.

    Menurutnya, sebanyak lapan jenis bahan makanan asas tersenarai termasuklah beras, gula, minyak masak, tepung, telur, ayam, ikan dan buah-buahan.

    “Selain itu, terdapat juga peniaga menjual sayur-sayuran segar serta produk perusahaan kecil dan sederhana (SME) tempatan dalam program tersebut,” katanya.

    Beliau berkata, pihaknya percaya program ini akan dilanjutkan pada tahun hadapan demi kebaikan semua rakyat.

    “Inisiatif ini sangat penting bagi membuktikan kerajaan prihatin nasib rakyat yang terbeban dengan kenaikan global kos sara hidup.

    “Saya berharap semua peniaga dapat menjual barangan mereka pada harga yang berpatutan dan tidak mengambil kesempatan terutamanya barang terhad seperti telur, ayam, daging dan minyak masak,” katanya.

    Abidin menzahirkan ucapan terima kasih kepada Pengurus Besar Persatuan Peladang Kawasan (PPK) Kinabalu, Muhammad Irwan Maruji, kerana menyahut seruan kerajaan menjayakan program ini.

    Sementara itu, Irwan berkata, PJMKM di DUN Paginatan mendapat sambutan yang agak menggalakkan dan dapat dilihat orang ramai beratur seawal jam 6 pagi untuk membeli produk mereka.

    Di Sabah, program itu dilaksanakan di 73 DUN yang dilaksanakan serentak mengikut daerah, manakala bagi Ranau ketiga-tiga DUN iaitu Karanaan, Kundasang dan Paginatan telah mengadakan program itu.

    Turut hadir, Ketua Daerah, Muhasip Ruman; Pegawai FAMA Ranau, Sahirin Bin Omar; Pegawai Kemajuan Masyarakat (CDO), Japili Sigal; Pemaju Mukim dan pemimpin tempatan yang lain.

    Sumber : Utusan Borneo










    .

  • Kebajikan Rakyat Adalah Keutamaan Kerajaan Sabah - Ketua Menteri

    Kebajikan Rakyat Adalah Keutamaan Kerajaan Sabah - Ketua Menteri



    KUALA PENYU
    : Kebajikan rakyat termasuk pemilikan rumah menjadi keutamaan kerajaan Sabah, kata Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Noor.

    Hajiji berkata perkara itu dapat dilihat menerusi inisiatif Rumah Mesra SMJ untuk mengeluarkan penduduk luar bandar daripada kepompong kemiskinan dan memastikan penyediaan rumah mampu milik untuk mereka

    Beliau juga memberi jaminan, kerajaan Sabah akan terus menggandakan usaha untuk melindungi kebajikan rakyat dan kepentingan negeri.

    “Selain memberi perhatian kepada sektor pertumbuhan utama dan pemulihan ekonomi dalam program Hala Tuju Sabah Maju Jaya (SMJ), kerajaan Sabah juga memberi tumpuan kepada teras kedua pelan pembangunan iaitu modal insan dan kemakmuran rakyat.

    “Ini termasuk memastikan rakyat mempunyai rumah untuk berlindung,” katanya ketika melancarkan Rumah Mesra SMJ, di sini semalam.

    Pelancaran itu amat bermakna kepada kerajaan negeri di bawah pentadbiran Gabungan Rakyat Sabah (GRS)-Barisan Nasional (BN) kerana ia juga bertepatan dengan ulang tahun kedua pimpinan pentadbiran negeri sejak 29 Sept 2020, katanya.

    Ketua Menteri mengulangi bahawa Rumah Mesra SMJ, yang mengguna pakai konsep Projek Perumahan Rakyat Termiskin (PPRT) adalah untuk membantu golongan di bawah garis kemiskinan untuk memiliki rumah.

    “Saya sering menekankan semua dasar dan program kerajaan yang dirancang mesti berorientasikan kemakmuran rakyat. Orang miskin tidak boleh dipinggirkan.

    “Kediaman ini akan dibina di semua 73 kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN), menggunakan geran khas Persekutuan RM125.6 juta yang disalurkan kepada Kementerian Pembangunan Luar Bandar (KPLB) pada tahun ini,” katanya.

    Setiap rumah berharga RM70,000 yang Ketua Menteri berharap dapat disiapkan mengikut jadual dan pada masa yang sama, beliau menggesa KPLB memastikan hanya penerima yang layak mendapat rumah tersebut.

    “Kita mesti memastikan keutamaan diberi kepada mereka yang tidak memiliki rumah. Antara kriteria bagi pemilikan Rumah Mesra SMJ adalah mereka tersenarai dalam e-Kasih, rumah rosak akibat bencana alam atau orang kurang upaya (OKU). Kerajaan akan sentiasa memantau untuk memastikan rumah berkenaan tidak disewakan,” katanya.

    Sementara itu, Hajiji percaya rakyat cukup bijak untuk menilai prestasi dan pencapaian kerajaan negeri pimpinan GRS-BN sejak dua tahun lepas yang membawa kemajuan dan kemakmuran yang lebih bermakna kepada negeri dan rakyat.

    Terdahulu, Hajiji melawat dua Rumah Mesra SMJ yang telah siap di Skim Kampung Kepayan, Menumbok dan Kampung Bundu, Kuala Penyu apabila beliau menyerahkan kunci rumah kepada pemilik baharu. – BERNAMA

  • Pelancaran Portal Skim Jaya Usahawan Belia SYABAS, Inisiatif Baharu Kerajaan Negeri

    Pelancaran Portal Skim Jaya Usahawan Belia SYABAS, Inisiatif Baharu Kerajaan Negeri




    KOTA KINABALU
    : Ketua Menteri Datuk Seri Panglima Hajiji Haji Noor melancarkan Portal Skim Jaya Usahawan Belia (SYABAS) iaitu inisiatif baharu kerajaan negeri yang diperkenalkan dalam Belanjawan 2022.

    Majlis pelancaran portal SYABAS yang diadakan di Menara Kinabalu di sini hari ini sebagai inisiatif dalam memacu gerakan pembangunan ekonomi serta pengukuhan potensi para belia Sabah.

    Program berkenaan adalah inisiatif yang dirintis oleh Hajiji melalui aspirasi yang disuarakan generasi muda bagi membantu belia Sabah mengembangkan perniagaan sedia ada mahupun memulakan perniagaan baharu.

    Kerajaan negeri memperuntukkan sebanyak RM10 juta untuk program SYABAS bagi menyediakan bantuan kewangan kepada para usahawan belia negeri ini.

    Antara objektif program SYABAS ialah membantu para belia memulakan perniagaan setelah kehilangan pekerjaan selepas pandemik COVID-19.

    Ia juga membantu para usahawan belia yang mempunyai produk untuk dikembangkan operasi perniagaan dan membantu para usahawan belia membina rangkaian antarabangsa melalui aktiviti perniagaan eksport dan import bagi melestarikan perniagaan para belia.

    Sasaran program SYABAS adalah belia bumiputera Sabah yang berumur dari 18 hingga 40 tahun. Dana bagi belia yang ingin memulakan perniagaan dan mengembangkan perniagaan dalam bentuk bantuan kewangan kecil.

    Dana berkenaan akan diselia oleh Kementerian Belia Sukan Sabah dengan kerjasama Institut Kerjasama Kerajaan dan Rakyat (IKRAR).

    Para belia yang ingin mendapatkan maklumat lanjut mengenai SYABAS termasuk cara memohon skim itu boleh melayari laman web https://syabas.gov.my.

    Hadir sama, Setiausaha Kerajaan Negeri Datuk Seri Panglima Safar Untong; Menteri Belia dan Sukan Datuk Ellron Angin; Pembantu Menteri Belia dan Sukan Andi Muhammad Suryady Bandy; Setiausaha Tetap Kementerian Belia dan Sukan Mansur Asun; dan Presiden Majlis Belia Sabah (MBS) Abqaree Fawwaz Abekan.

    Sumber : Utusan Borneo

  • Wanita Cedera Parah Dihempap Beranda Rumah Kedai Roboh

    Wanita Cedera Parah Dihempap Beranda Rumah Kedai Roboh




    KOTA KINABALU
    : Seorang wanita mengalami kecederaan parah selepas dihempap beranda rumah kedai yang roboh di Jalan Sembulan,

    Jurucakap Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sabah berkata kejadian jam 10 pagi itu membabitkan mangsa warganegara Indonesia yang berumur 55 tahun.

    Katanya pihak Bomba menerima panggilan kecemasan pada jam 10.02 pagi sebelum menggegaskan sepasukan anggota serta pegawai dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kota Kinabalu ke lokasi.

    “Kejadian membabitkan beranda rumah kedai di tingkat satu roboh dan menghempap mangsa yang berada di lokasi.

    “Pasukan Bomba yang tiba di lokasi segera menyelamatkan mangsa sebelum menyerahkan mangsa kepada pihak ambulans dan dibawa ke Hospital Queen Elizabeth (HQE) untuk mendapatkan rawatan selanjutnya,” katanya..

    Beliau berkata memasang sawar-sawar di lokasi bagi mengelakkan orang ramai melalui kawasan runtuhan.

    Tambahnya operasi ditamatkan jam 10.40 pagi selepas memastikan tiada unsur bahaya lain di lokasi.

    Sumber: Utusan Borneo
  • Sabah Catat Tiga Kematian Akibat Denggi Sejak Januari

    Sabah Catat Tiga Kematian Akibat Denggi Sejak Januari



    Rose Nani

    KOTA KINABALU
    : Jabatan Kesihatan Negeri Sabah (JKNS) mencatatkan tiga kematian akibat denggi daripada 4,055 kes di seluruh Sabah sejak Januari hingga 24 September lalu

    Pengarah JKNS Datuk Dr Rose Nani Mudin berkata melalui perbandingan statistik, jumlah itu dilihat meningkat sebanyak 241 peratus berbanding hanya 1,190 kes yang dilaporkan dalam tempoh yang sama tahun lalu.

    “Bilangan kes bagi tempoh ini juga lebih tinggi iaitu peningkatan 16 peratus berbanding 3,495 kes yang dilapor sebelum pandemik COVID-19 iaitu 3,495 kes pada 2020 dan peningkatan 4.3 peratus berbanding 3,887 kes pada 2019.

    “Lima daerah menyumbang kepada bilangan kes denggi tertinggi di Sabah iaitu Sandakan paling tinggi mencecah 1,052 kes bersamaan 25.9 peratus, diikuti Kota Kinabalu sebanyak 1,024 kes iaitu 25.3 peratus, Tawau 342 kes bersamaan 8.4 peratus diikuti Lahad Datu 299 kes dengan 7.4 peratus dan Putatan 296 kes sebanyak 7.3 peratus,” katanya dalam satu kenyataan di sini semalam.

    Beliau berkata bagi tempoh sama juga Sabah mencatatkan 387 kejadian wabak denggi berbanding 83 wabak dalam tempoh yang sama tahun lalu.

    “Daripada 387 wabak denggi yang dilaporkan itu, sebanyak 69 wabak dikenal pasti masih aktif, manakala 318 wabak sudah tamat.

    “Aktiviti kawalan dan pencegahan dijalankan di semua kawasan wabak dan kes jangkitan yang dilaporkan dalam usaha membendung dan memutuskan rantaian jangkitan penyakit itu.

    “Antara yang dilaksanakan termasuklah aktiviti kawalan vektor yang membabitkan pemeriksaan premis, semburan kabus, penghapusan tempat pembiakan dan pendidikan kesihatan dijalankan untuk setiap kejadian kes tunggal (single case) atau wabak,” katanya.

    Pada masa sama katanya aktiviti pencegahan juga dipertingkatkan di lokaliti keutamaan dan berisiko di seluruh negeri.

    Beliau berkata sehingga 24 September lalu, katanya sebanyak 340,130 premis di seluruh negeri ini diperiksa dengan sebanyak 451 kompaun bernilai RM232,000 dikeluarkan terhadap pemilik premis yang dikesan ada pembiakan nyamuk Aedes mengikut Akta Pemusnahan Serangga Pembawa Penyakit (APSPP) 1975

    “Saya juga mengingatkan orang ramai di negeri ini agar bersama-sama mengambil tindakan membendung penyakit demam denggi daripada terus merebak dan mengancam kesihatan penduduk.

    “Empat langkah perlu dilaksanakan adalah dengan membersihkan kawasan persekitaran dan mencari serta memusnahkan tempat pembiakan nyamuk Aedes di kediaman dan premis masing-masing setiap minggu.

    “Penduduk juga disaran menggunakan semburan aerosol bagi membunuh nyamuk dewasa di dalam rumah selain mengelakkan gigitan nyamuk dengan menggunakan bahan repelan dan memakai pakaian berlengan panjang serta seluar panjang berwarna cerah terutama apabila berada di luar rumah,” katanya.

    Tambahnya orang ramai juga diingatkan supaya mendapatkan rawatan segera di fasiliti kesihatan sekiranya mengalami tanda-tanda seperti demam, sakit sendi, sakit kepala, ruam dan sebagainya, khususnya bagi penduduk yang tinggal di kawasan berisiko wabak denggi.

    Sumber : Utusan Borneo
  • Kadar Kunjungan Pelancong Di Sabah Semakin Meningkat Tahun Ini

    Kadar Kunjungan Pelancong Di Sabah Semakin Meningkat Tahun Ini


    RASMI: Hajiji (empat kanan) memotong riben sebagai simbolik perasmian pembukaan
    Hotel Holiday Inn Express bersama tetamu jemputan lain.

    KOTA KINABALU: Sabah optimis untuk menerima kunjungan lebih sejuta pelancong tahun ini berdasarkan rekod peningkatan jumlah pelancong ke negeri ini.

    Ketua Menteri Datuk Seri Panglima Hajiji Haji Noor berkata, kedatangan kira-kira 857,675 pelancong ke negeri ini setakat Julai lepas menunjukkan peningkatan yang signifikan membabitkan sebanyak 632 peratus berbanding tempoh yang sama tahun lepas.

    Katanya, jumlah berkenaan melibatkan anggaran sebanyak RM1.4 bilion dalam penerimaan jumlah pelancong.

    Menurutnya setakat ini, peningkatan berkenaan didorong oleh sektor pelancongan domestik yang merekodkan seramai 785,123 pengunjung dengan peningkatan sebanyak 582 peratus bagi tempoh yang sama.

    "Dengan pembukaan semula sempadan antarabangsa, jumlah ketibaan pelancong antarabangsa merekodkan perkembangan yang ketara membabitkan seramai 77,552 kehadiran pelancong iaitu peningkatan 3,680 peratus dalam tempoh tujuh bulan pertama tahun ini.

    "Ini juga menjadi petunjuk yang baik secara perlahan-lahan namun pasti dalam melihat ketibaan pelancong semakin meningkat dan saya turut gembira para pemain industri pelancongan berganding bahu dengan kerajaan untuk meningkatkan momentum ini," katanya.

    Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan pembukaan Hotel Holiday Inn Express today di sini hari ini.

    Dalam pada itu, Hajiji turut berbesar hati dengan perkembangan perhubungan udara bagi perjalanan domestik dan antarabangsa berada dalam aliran menaik.

    Pada masa ini katanya, terdapat sebanyak 367 penerbangan domestik dengan kapasiti 60,162 tempat duduk setiap minggu ke Kuala Lumpur, Johor Bahru, Pulau Pinang, Kota Bharu, Terengganu, Labuan, Kuching, Miri, Sibu, Bintulu, dan Mulu.

    Menurutnya, bagi sektor penerbangan antarabangsa, Sabah kini dihubungkan dengan lima destinasi antarabangsa termasuk Singapura, Bandar Seri Begawan Brunei, Incheon Korea Selatan, Manila Filipina, dan Bangkok Thailand dengan jumlah 39 penerbangan seminggu dan kapasiti tempat duduk sebanyak 7,016.

    "Selaras dengan usaha pemulihan pelancongan, pemberian insentif kepada syarikat penerbangan antarabangsa dilaksanakan sebagai sebahagian daripada strategi pemulihan pelancongan selepas pandemik COVID-19.

    "Insentif itu bertujuan menyokong dan menggalakkan syarikat penerbangan memulihkan perhubungan udara, memulakan laluan antarabangsa baharu, atau mengadakan penerbangan sewa khas ke Sabah. Ini penting memandangkan 96 peratus ketibaan pelancong ke Sabah adalah melalui udara," katanya.

    Hajiji berkata, di peringkat domestik, usaha tertumpu kepada kerjasama pintar dengan rakan industri seperti syarikat penerbangan, persatuan pelancongan, dan Lembaga Penggalakan Pelancongan Malaysia (Tourism Malaysia).

    Beliau berkata, inisiatif kerjasama itu termasuk kempen serta lawatan suai kenal untuk media dan pengaruh media sosial selain peningkatan dalam penyertaan untuk pameran pelancongan seperti Pameran Persatuan Ejen Pelancongan dan Pengembaraan Malaysia (MATTA Fair) serta Karnival Pelancongan Antarabangsa Malaysia (MITM).

    Katanya, semasa kemuncak pandemik COVID-19, kerajaan negeri merangka pelan pembangunan dan melancarkan Pelan Hala Tuju Sabah Maju Jaya (SMJ), menggariskan visi, strategi dan keutamaannya untuk lima tahun akan datang mulai 2021.

    "Ia adalah rangka tindakan penting untuk membawa Sabah ke dekad yang akan datang dan untuk memberikan kejelasan mengenai bidang tumpuan utama Sabah, terutamanya untuk perniagaan dan pelabur yang menghasilkan pelaburan berimpak tinggi bernilai berbilion ringgit.

    "Berita baik, Sabah juga memperoleh pelaburan asing bernilai RM9.9 bilion dari Januari hingga September tahun ini dan semuanya berjaya dicapai semasa negeri mengalami wabak berkenaan," jelasnya.

    Menurutnya, perkara yang paling penting adalah pelaburan itu juga menghasilkan kesan berganda untuk meningkatkan ekonomi.

    Selain itu jelasnya, dengan pembukaan hotel baharu seperti Holiday Inn Express, kerajaan mahu melihat impaknya diukur bukan sahaja oleh aliran pengunjung dan sumber mereka tetapi juga oleh peluang dalam mengupah penduduk tempatan untuk bekerja di hotel berkenaan.

    Katanya, memandangkan lebih ramai pelancong dijangka datang ke Sabah, kerajaan negeri yakin mampu menyediakan bilik yang mencukupi dengan sekurang-kurangnya 11 hotel baharu sedang dirancang atau dibina dan akan siap dalam beberapa tahun akan datang dengan tambahan sebanyak 3,500 bilik.

    Beliau berkata, selain Hotel Holiday Inn Express, hotel lain yang turut dijangka siap tahun ini termasuk Hyatt Centric dan Alila Resort.

    Pada majlis itu, Hajiji menyaksikan penyerahan sumbangan RM50,000 daripada Kumpulan Syarikat Chee Swee Cheng kepada Rumah Anak Yatim Home Tuaran.

    Hadir sama, Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar Datuk Jafry Arrifin; Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi Datuk Yakub Khan; Penolong Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar merangkap Pengerusi STB Datuk Joniston Bangkuai, Pengarah Eksekutif Kumpulan Syarikat Chee Swee Cheng Chee Eng Hoon; dan Pengarah Operasi InterContinental Hotels (IHG) dan Resorts bagi Asia Tenggara dan Korea Sophie Mougel.

    Sumber : Utusan Borneo
  • Kerajaan Komited Memastikan Keluarga Malaysia Pedalaman Sabah Terima Pembangunan

    Kerajaan Komited Memastikan Keluarga Malaysia Pedalaman Sabah Terima Pembangunan


    KOTA KINABALU
    : Ahli Parlimen Pensiangan Datuk Arthur Joseph Kurup (gambar) merakamkan penghargaan kepada kerajaan Persekutuan pimpinan Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob kerana telah menyalurkan peruntukan pembangunan yang besar kepada kawasan Pensiangan.

    Jelas Arthur, sebahagian peruntukan yang disalurkan itu menfokuskan terhadap projek-projek infra-rakyat seperti jalan raya, bekalan elektrik, bekalan air dan sebagainya.

    "Projek-projek infra-rakyat ini merupakan keutamaan penduduk yang terletak di kawasan luar bandar terutamanya di Parlimen Pensiangan yang terletak di pedalaman Sabah.

    "Penyaluran peruntukan pembangunan ini merupakan hasil perhubungan yang baik antara kepimpinan Kerajaan Negeri Sabah dengan kerajaan Persekutuan yang secara tidak langsung memudahkan projek-projek pembangunan dibawa untuk kesejahteraan rakyat di sini.

    "Kerajaan pimpinan Ismail sentiasa bekerja bagi memastikan Keluarga Malaysia di seluruh negara termasuk di Pedalaman Sabah tidak tercicir daripada menikmati infrastruktur asas yang selesa dan selamat, " kata Arthur yang juga Timbalan Menteri Kerja Raya dalam satu kenyataan, hari ini.

    Dalam perkembangan berkaitan, Arthur memberitahu, Menteri Pembangunan Luar Bandar Datuk Seri Mahdzir Khalid telah mengumumkan pembinaan Jalan Rancangan Belia Tiulon (RBT) Sook - Kampung Simbuan sepanjang 20 kilometer (km) dengan kos sebanyak RM152 juta.

    "Jajaran jalan ini akan menghubungkan penduduk kampung ke Pekan Sook dan Pekan Keningau serta menghubungkan 13 buah kampung, tiga buah sekolah, klinik, rumah-rumah ibadat dengan anggaran jumlah penerima manfaat adalah seramai 3,000 orang.

    "Projek menaiktaraf tersebut dijangka akan ditender pada hujung September ini dan kerja pembinaan dijangka dapat dimulakan pada suku pertama tahun hadapan.

    "Saya percaya apabila siap kelak, ianya akan dapat memberi manfaat kepada penduduk kampung sekitar untuk mengangkut hasil-hasil tanaman serta memberi kemudahan perjalanan kepada penduduk kampung, " katanya.

    Tambah Arthur, projek menaiktaraf Jalan RBT- Kampung Simbuan merupakan salah satu daripada lima projek mega yang sedang dan akan berjalan di kawasan pedalaman Sabah selaras dengan usaha yang dilaksanakan KPLB untuk memperbaiki, memperluas dan mempertingkatkan rangkaian sistem jalan raya di kawasan luar bandar.

    "Kerajaan sentiasa komited bagi memastikan Keluarga Malaysia di pedalaman Sabah walaupun berada di kawasan yang terpencil di luar bandar, tidak ketinggalan daripada menerima pembangunan seperti di tempat-tempat yang lain supaya dapat maju bersama tidak kira di bandar mahupun di luar bandar, " katanya lagi.

    Sumber: Utuisan Borneo


  • KBSS teroka peluang kerjasama bersama Prasarana Rapid Bus

    KBSS teroka peluang kerjasama bersama Prasarana Rapid Bus

    KUALA LUMPUR: Kunjungan Korporat Kementerian Belia dan Sukan Sabah (KBSS) ke syarikat pengendali pengangkutan awam terkemuka negara, Rapid Bus Sdn. Bhd. di Kompleks Rapid Bus Cheras Selatan pada jumaat lepas membuka ruang jalinan kerjasama antara KBSS dan syarikat Prasarana Malaysia Berhad dalam menerokai peluang pembangunan kerjaya kepada belia Sabah khususnya dalam bidang pengangkutan awam.

    Pembantu Menteri Belia dan Sukan Sabah, YB Andi Suryady bin Bandy bersama pegawai KBBS disambut oleh Tuan Muhammad Yazurin Muhammad Yasin, CEO Rapid Bus dan seterusnya dibawa melawat sekitar Kompleks Rapid Bus seperti di pusat simulasi pemanduan dan bilik pameran komponen kenderaan. 

    YB Andi turut berpeluang mencuba simulasi pemanduan bas yang mampu memberi pengalaman seperti pemanduan Rapid Bus yang sebenar. 

    "Saya amat berpuas hati dengan sistem dan kemudahan yang dimiliki oleh Rapid Bus dan yakin usahasama akan memberi manfaat menang-menang kepada kedua belah pihak." Katanya.

    Berdasarkan reputasi korporat yang dimiliki oleh Prasarana selaku pengendali pengangkutan awam negara, sudah pasti banyak yang boleh dimanfaatkan oleh KBSS. Rapid Bus menyediakan program latihan yang berstruktur, penajaan penuh pengambilan lesen dan latihan serta pelbagai caudatan dan faedah perkhidmatan termasuk liputan kesihatan, hostel, kenaikan gaji tahunan, insentif dan lain-lain.

    Selaras dengan pembukaan laluan MRT Putrajaya yang dijangka akan dilancarkan dalam jangka masa terdekat, Rapid Bus memerlukan tidak kurang dari 1,000 Kapten Bas sehingga tahun 2023 untuk memenuhi keperluan operasi servis bas henti-henti di Lembah Klang. Rapid Bus turut merancang program pengambilan Kapten Bas bagi anak jati Negeri Sabah dalam masa terdekat.

    Kunjungan tersebut turut diwakili pegawai KBSS iaitu Encik Mohd. Zikri Zainudin, SUK Majlis Pembangunan Belia Negeri Sabah dan Puan Rumaizah Ajmain, Penolong Setiausaha (Khidmat Pengurusan).



  • Pengusaha Pelancongan Harap Kerajaan Sediakan Dana Bantu Majukan Industri Pelancongan Sabah

    Pengusaha Pelancongan Harap Kerajaan Sediakan Dana Bantu Majukan Industri Pelancongan Sabah



    Credit Photo: Louispungphotography (Salah Satu Kawasan Peranginan Di Kota Belud Sabah)

    KOTA KINABALU
    : Pengusaha pelancongan berharap Belanjawan 2023 mendatangkan ‘wang besar’ untuk industri itu, yang ingin berkembang dengan ekonomi yang memulih pasca pandemik Covid-19.

    Pengerusi Persatuan Pelancongan Sabah, Tonny Chew, berkata sekarang masanya untuk mengembangkan industri pelancongan ketika serata dunia kembali mengembara, dan Negeri Dibawah Bayu itu ingin kembali menjadi antara penyumbang terbesar ekonomi.

    Untuk mencapai hasrat itu, pemain industri memerlukan bantuan kewangan dalam bentuk “pakej mesra”, dengan skim pembayaran balik untuk aliran tunai yang konsisten.

    “Apa gunanya membuka semula sempadan dan pelancong masuk tetapi pemain industri tidak dapat menyediakan perkhidmatan mereka kerana mereka tidak mempunyai dana, contohnya membayar pekerja mereka atau memperbaharui permit serta insuran?” katanya kepada FMT, sambil mengingatkan pemain industri sudah menderita dalam dua tahun kebelakangan ini.

    Chew berkata kerajaan akan perlu menyediakan sejumlah wang yang besar untuk membantu industri pelancongan, namun ia bukanlah langkah yang akan merugikan.

    “Seluruh dunia akan mengembara semula, jadi wang yang dibelanjakan kerajaan pasti akan diperolehi semula. Ia situasi menang-menang bagi kerajaan dan sektor pelancongan,” katanya.

    “Kami tidak mengharapkan kerajaan hanya memberi ‘sudu’…tetapi memerlukan bantuan lebih besar untuk kembali ke tahap seperti sebelum ini.”

    Sementara itu, Presiden Persatuan Agensi Pelancongan dan Pengembaraan Sabah, Winston Liaw, percaya pemberian insentif dan subsidi kepada pemain industri akan lebih banyak membantu berbanding peruntukan besar untuk promosi pelancongan.

    “Kita harus menumpukan juga pelancong ‘kelas atasan’ untuk datang ke Sabah, khususnya untuk pelancongan kesihatan, kesejahteraan, dan pendidikan,” katanya kepada FMT.

    Dalam pada itu, Liaw juga menyeru kerajaan melanjutkan moratorium bayaran balik pinjaman selama enam bulan lagi untuk pemain, mendakwa sehingga kini hanya 30% dalam kalangan mereka di Sabah telah pulih.

    Jelasnya, ramai pemain masih berdepan kesukaran walaupun kegiatan pelancongan semakin rancak.

    “Ini kerana bank menekan pemain industri untuk membayar balik pinjaman dan mereka tidak dapat menampung kerana banyak komitmen lain. Tahun ini sebenarnya jauh lebih sukar daripada 2020 dan 2021,” katanya.

  • Guru Disaran Perkenal Pendidikan Berasaskan STEM, Tingkatkan Pengetahuan Pelajar

    Guru Disaran Perkenal Pendidikan Berasaskan STEM, Tingkatkan Pengetahuan Pelajar


    STEM: Jonathan berucap dalam Pelancaran Program Karnival STEM
      Sepadu 2022 Peringkat Seokolah Kebangsaan Sk Pekan Dua Ranau.

    RANAU: Pendidik disaran untuk memperkenalkan pendidikan berasaskan Sains, Teknologi Kejuruteraan dan Matematik (STEM) dalam menyokong hasrat kerajaan menerusi Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) meningkatkan pengetahuan pelajar terhadap konsep sistem yang berasaskan STEM dengan mentegrasikannya dan mengaplikasinya di dunia luar.

    Timbalan Menteri Dalam Negeri II Datuk Jonathan Yasin berkata guru adalah tunggak utama mendidik, membentuk dan memberi ilmu pengetahuan secukupnya kepada anak-anak didik agar menjadi anggota masyarakat yang berguna pada masa hadapan.

    "Kita memahami tugas guru bukanlah suatu yang mudah, sebaliknya memerlukan komitmen serta kesabaran yang tinggi bagi melahirkan generasi berkualiti tinggi,” katanya.

    Beliau berkata demikian semasa berucap melancarkan Program Karnival STEM Sepadu 2022 peringkat Sekolah Kebangsaan (SK) Pekan Dua Ranau di sini.

    Jonathan yang juga Ahli Parlimen Ranau berkata beliau memuji dan menghargai kesungguhan, keikhlasan serta komitmen guru-guru dalam usaha memertabatkan institusi pendidikan di negara ini meskipun berhadapan dengan pelbagai cabaran.

    "Saya mengharapkan agar program STEM di sekolah ini dapat dilaksanakan dan dicontohi oleh sekolah lain.

    "Murid-murid juga diharap memperoleh pengalaman dan ilmu pengetahuan baharu menerusi program STEM ini untuk diaplikasi hingga ke institusi pendidikan tinggi (Universiti),” katanya sambil mengumumkan

    peruntukan berjumlah RM10 ribu untuk membina Pondok STEM SK Pekan Dua.

    Turut hadir Guru Besar SK.Pekan Dua Ridiah Sailun, Ketua Polis Daerah Ranau Deputi Superintendan Simiun Lomudin, Pegawai Jabatan Kebajikan Ranau Abd.Himad Abduk Hamid, dan Setiausaha Sulit Kanan Datuk Jonathan Hussen Jirat.

    Sumber : Utusan Borneo
  • Kerajaan Perlu Ambil Berat Terhadap Penyusutan Harga Getah

    Kerajaan Perlu Ambil Berat Terhadap Penyusutan Harga Getah

    Masiung Banah

    TONGOD: Kejatuhan nilai komoditi harga getah sekerap sehingga RM2.50 sekilogram merupakan penyusutan terendah dalam sejarah negara dalam tempoh 20 tahun ini.

    Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kuamut Datuk Masiung Banah berkata, kerajaan tidak boleh melihat sebelah mata perkara ini kerana merujuk harga lantai sekarang, RM2.50 sekilogram ditetapkan Kementerian Perusahan Perladangan dan Komuditi (KPPK) tidak pernah disemak sejak tujuh tahun lalu.

    "Ia dilihat sebagai diskriminasi kepada pekebun kecil getah, sedangkan harga bahan kimia melibatkan komuditi itu seperti racun rumpai, baja dan cuka getah telah melambung naik hampir 100 peratus.

    "Lebih parah lagi pendapatan kecil penoreh getah turut diselubungi dengan kos sara hidup semakin tinggi pada masa ini," katanya dalam kenyataan di sini, semalam.

    Beliau menggesa kerajaan negeri dan persekutuan meningkatkan harga lantai baharu getah sekerap sehingga RM3.50.

    Katanya, kerajaan juga perlu melanjutkan Bantuan Musim Tangkujuh (BMT) dalam penyediaan Bajet 2023 yang akan dibentangkan pada Oktober depan.

    Menurutnya, kerajaan perlu mengambil berat terhadap penyusutan harga komuditi ini kerana getah merupakan penyumbang eksport keenam terbesar negara.

    Masiung memberi amaran, jika kerajaan tidak melihat isu ini dalam penyediaan Bajet 2023 sudah pasti warga pekebun getah rasa terabai, sekali gus mempengaruhi politik menjelang Pilihan Raya Umum Ke-15.

    Beliau yang juga Pengerusi Lembaga Pembangunan Perumahan dan Bandar berkata, ekoran kejatuhan harga getah sekerap, kini ramai pekebun kecil getah telah beralih kepada komuditi lain.

    "Jika isu ini berterusan pengeluaran eksport getah negara akan terus merundum sebagai pengeluar utama getah asli dunia.

    "Bagi mengelakkan lebih ramai pekebun getah beralih ke bidang lain, kerajaan perlu mengilhamkan formula baharu untuk menaikan harga lantai komuditi itu," katanya.

    Dalam pada itu, Masiung mahukan agensi berkaitan seperti Pihak Berkuasa Kemajuan Pekebun Kecil Perusahan Getah (RISDA) dan Lembaga Industri Getah Sabah (LIGS) mengambil tanggungjawab terhadap kejatuhan harga komuditi berkenaan.

    Sumber: Utusan Borneo
  • KKM Rancang Tempatkan Dua Pakar Perubatan Keluarga Di Setiap Klinik Kesihatan

    KKM Rancang Tempatkan Dua Pakar Perubatan Keluarga Di Setiap Klinik Kesihatan





    peserta dan hadirin Persidangan Saintifik Pakar Perubatan Keluarga ke-24 peringkat kebangsaan.

    KOTA KINABALU
    : Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) merancang untuk menempatkan sekurang-kurangnya dua pakar perubatan keluarga (FMS) di Klinik Kesihatan.

    Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata tindakan itu adalah bagi mempertingkat perkhidmatan kesihatan terutama di kawasan bandar dan luar bandar.

    “KKM dalam Kertas Putih Kesihatan akan memfokuskan terutama kepada barisan hadapan atau kesihatan keluarga dengan memperkasa pakar perubatan keluarga di Klinik Kesihatan.

    “Penempatan bidang perubatan keluarga memastikan pasukan perubatan berada dekat dengan komuniti dalam melaksanakan pencegahan dan rawatan awal kepada komuniti.

    “Jika dilihat dalam keadaan geografi Sabah dan Sarawak, semua maklum jarak untuk memberikan rawatan adalah sukar iaitu purata setiap lima kilometer ada satu klinik kesihatan kepada penduduk,” katanya.

    Beliau berkata demikian semasa sidang media selepas merasmikan Persidangan Saintifik Pakar Perubatan Keluarga ke-24 peringkat kebangsaan di Pusat Konvensyen Antarabangsa Sabah (SICC) di sini semalam.

    Beliau berkata sekiranya dahulu, klinik kesihatan dipimpin oleh pegawai perubatan dan KKM merancang menempatkan kepakaran perubatan keluarga terbabit sekurang-kurangnya dua pakar di setiap klinik terbabit.

    “Dengan adanya kepakaran perubatan keluarga di klinik kesihatan itu mampu memimpin pegawai perubatan dan meningkatkan kualiti perkhidmatan keselamatan dan kesihatan.

    “Kita juga mengadakan program outreach untuk sampai ke pedalaman dan pelaburan KKM untun melihat perkembangan yang matang dalam perubatan keluarga selain meningkatkan lebih banyak proses perubatan keluarga di kawasan luar bandar,” katanya.

    Beliau berkata untuk meningkatkan proses terbabit KKM melaksanakan dua kaedah iaitu latihan kepakaran perubatan keluarga yang ditawarkan di universiti tempatan bagi Sarjana Perubatan Keluarga serta melalui laluan paralel bawah program ditawarkan AFPM di luar negara.

    “Kita akan tingkatkan kepada 100 kapasiti berbanding sebelum ini yang hanya mempunyai 42 fasiliti pakar perubatan keluarga.

    “Spektrum perubatan negara memiliki kira-kira 1,100 dengan 700 bagi KKM dan program ini dijangka akan menambah lebih 100 hingga 120 kapasiti setiap tahun bagi laluan paralel bawah program ditawarkan AFPM dan mengeluarkan 100 pakar untuk latihan kepakaran perubatan awam,” katanya.

    Menurutnya konsep ini akan memudahkan konsep sama rata antara hospital dan klinik kesihatan selain memudahkan komuniti mendapatkan rawatan kesihatan dengan lebih dekat.

    “Ini juga boleh mengurangkan kesesakan di hospital dan memperkasa perubatan keluarga dalam komuniti.

    “Kita juga mengharapkan agar peruntukkan kertas putih KKM ditambah kepada lima peratus berbanding tambahan dua peratus sebelum ini bagi membolehkan klinik usang di pedalaman dapat ditambahbaik seterusnya menempatkan pakar perubatan keluarga di klinik terbabit.

    “Ubat-ubatan yang digunapakai di hospital juga boleh didapati di klinik kesihatan terbabit dan hanya kes tertentu sahaja memerlukan kehadiran pesakit ditempatkan di hospital,” katanya.

    Dalam pada itu beliau berkata negara masih kekurangan kira-kira 8,000 pakar perubatan keluarga yang perlu ditempatkan di klinik kesihatan seluruh negara.




    Sumber : Utusan Borneo
  • JKDM Berjaya Rampas Minuman Keras Seludup Bernilai RM8.88 Juta

    JKDM Berjaya Rampas Minuman Keras Seludup Bernilai RM8.88 Juta






    kota Kinabalu
    : Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) Sabah berjaya merampas tiga kontena berisi rokok serta minuman keras bernilai RM8.88 juta termasuk duti dan cukai di Pelabuhan Sepanggar, di sini, baru-baru ini.

    Ketiga-tiga kontena yang dibawa masuk dari luar negara itu diisytiharkan sebagai barangan lain sebelum berjaya dikesan hasil penilaian risiko dan imej pengimbas.

    Penolong Ketua Pengarah Kastam Zon Sabah, cheong Yu Min berkata, rampasan pertama berjaya dilakukan pada 10 September lalu membabitkan sebuah kontena yang dikesan membawa 10.2 juta batang rokok.

    Manakala katanya, rampasan kedua pula berjaya dilakukan pada 18 September lalu apabila dua kontena berisi keseluruhan 52.272 liter minuman keras dikesan.

    "Modus operasi yang digunakan adalah dengan mengikrarkan dagangan import sebagai barang lain untuk tujuan menyeludup bagi mengaburi mata pihak berkuasa.

    "bagaimanapun, usaha JKDM yang sentiasa komited dalam menangani sebarang aktiviti melibatkan penyeludupan barang larangan berjaya mematahkan kegiatan ini daripada terus berleluasa," katanya.

    Beliau berkata demikian pada sidang media di Pelabuhan Sabah, di sini , hari ini.

    Yu Min berkata, siasatan lanjut masih dijalankan mengikut Seksyen 135 (a) Akta kastam 1967 dan akan disusuli dengan tangkapan individu yang terlibat.

    Sementara itu, Yu Min berkata, masyarakat digesa supaya membantu pihak JKDM dalam usaha memerangi jenayah penyeludupan khususnya membabitkan rokok, minuman keras, mercun, dadah, kenderaan dan lain-lain.

    katanya, orang ramai juga dinasihatkan supaya tidak membabitkan diri dengan aktiviti penyeludupan yang bukan saja merugikan hasil negara tetapi juga mendatangkan ancaman keselamatan negara dan kesejahteraan rakyat.

    "JKDM menyeru kepada orang awam untuk memberi kerjasama dengan menyalurkan maklumat berkaitan sebarang aktiviti penyeludupan dengan menghubungi Talian Bebas Tol Kastam 1-800-88-8855 atau hadir ke mana-mana pejabat JKDM yang terdekat.

    "Pihak JKDM juga meberi jaminan, identiti pemberi maklumat adalah dirahsiakan," katanya.


    Sumber : Deasoka
  • Pasar Tamu Beluran Beri Manfaat Kepada Pengusaha Serta Pengguna

    Pasar Tamu Beluran Beri Manfaat Kepada Pengusaha Serta Pengguna




    Ronald (dua kiri) menyaksikan Arsit (kiri) menerima replika cek ESHN daripada LKIM.

    BELURAN
    : Pelancaran Pasar Tamu Beluran sempena Program Semarak Tani Keluarga Malaysia@Beluran bukan sahaja membantu mengukuhkan rangkaian peruncitan pasar tamu di Sabah dan Sarawak.

    Malah usaha yang dilaksanakan Kementerian Pertanian dan Industri Makanan (MAFI) itu akan memperkasakan lagi pemasaran hasil pertanian melalui pembangunan outlet pemasaran kekal.

    Menteri Pertanian dan Industri Makanan Datuk Seri Dr Ronald Kiandee berkata, Projek Naik Taraf Pasar Tamu Beluran siap pada pertengahan Mei tahun ini di bawah peruntukan Rancangan Malaysia Ke-12 (RMK12) berjumlah RM746,000.

    Katanya, penaiktarafan pasar tamu itu memberi manfaat kepada 120 peserta sedia ada dalam memasarkan produk-produk mereka sekali gus memudahkan urusan antara usahawan dan pengunjung serta pihak berkuasa tempatan (PBT).


    Majlis penyerahan Pasar Tamu Beluran kepada Majlis Daerah Beluran diadakan sempena Program Semarak Tani Keluarga Malaysia@Beluran pada 18 September lepas.

    Pasar Tamu Beluran yang dibangunkan oleh MAFI melalui Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) adalah pasar tamu keempat yang dinaik taraf di Sabah selepas Pasar Tamu Sook, Kudat dan Kunak.

    Katanya, dengan adanya pasar tamu berkenaan, ia membantu pengguna untuk mendapatkan produk-produk pertanian dan industri makanan pada harga yang berpatutan di daerah ini.

    Sempena dengan majlis itu, Ronald turut menyaksikan penyampaian beberapa insentif kepada komuniti agromakanan khususnya di Beluran.

    TAMU: Pengunjung lebih mudah mendapatkan produk pertanian pada harga yang berpatutan di Pasar Tamu Beluran.

    Bagi penyerahan Elaun Sara Hidup Nelayan (ESHN) Laut, seramai 650 nelayan menerima manfaat secara tunai membabitkan jumlah keseluruhan sebanyak RM193,275.80.

    Kadar bayaran ESHN bagi nelayan laut adalah RM300 sebulan, namun terdapat nelayan yang akan menerima RM253.40 kerana mempunyai caruman perlindungan di bawah Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO) berjumlah RM46.60 setahun.

    Pada majlis itu, Pengerusi Persatuan Nelayan Negeri Sabah (PENGASAH) Datuk Arsit Sedi turut menerima bayaran ESHN bagi seluruh nelayan di Sabah tahun ini yang berjumlah RM22,013,900 membabitkan seramai 7,671 penerima.

    Menurutnya, perkara berkaitan ESHN sering dibangkitkan dalam mesyuarat perhubungan agar pihak MAFI terus memberi perhatian terhadap isu-isu berkaitan kebajikan golongan nelayan di negeri ini.

    "Kita amat bersyukur kerana MAFI menerusi Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM) sentiasa mengambil berat dan prihatin dengan keperluan para nelayan di Sabah.

    "Isu-isu seperti kemudahan, elaun, naik taraf jeti, malah bantuan pembaikan rumah kita kemukakan kepada LKIM agar perkara berkaitan dapat disediakan," katanya kepada media.

    USAHAWAN: Pasar Tamu Beluran memberi manfaat kepada lebih ramai usahawan tempatan.

    Beliau turut berharap pelaksanaan program Semarak Tani Keluarga Malaysia supaya diperluaskan ke daerah-daerah lain di Sabah agar lebih ramai komuniti agromakanan menerima manfaat.

    Menurutnya, program yang diadakan di Beluran ini sudah jelas impaknya dengan sambutan yang luar biasa daripada masyarakat setempat.

    Selain itu turut disampaikan, ESHN Darat di bawah Jabatan Perikanan Malaysia (DOF) bagi 2022 yang bernilai RM534,000 untuk manfaat seramai 178 orang nelayan darat.

    Pihak MAFI turut menyampaikan projek naik taraf dan bina baharu sebanyak 14 jeti di kawasan Parlimen Beluran melibatkan kos keseluruhan RM1.2 juta bagi kemudahan pendaratan ikan yang lebih baik kepada nelayan-nelayan setempat.

    MAFI melalui LKIM merangka pelan strategik secara holistik merangkumi pembangunan sektor perikanan dan sosio ekonomi nelayan sekali gus menunjukkan betapa besarnya sumbangan sektor perikanan dalam pembangunan ekonomi negara.

    Golongan asnaf di bawah Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sabah (JHEAINS) Daerah Beluran turut diberi bantuan serta sumbangan perlindungan takaful kemalangan diri oleh pihak Agrobank.

    Penyampaian lain termasuklah penyerahan peralatan pertanian oleh Lembaga Kemajuan Pertanian Kemubu (KADA), penyerahan Projek Naik Taraf Jeti Nelayan oleh LKIM dan penyerahan kit serta pelepasan lori MAFI Prihatin.

    Usaha berterusan yang dilaksanakan ini membuktikan MAFI sentiasa prihatin dan komited dalam menaik taraf kehidupan usahawan agromakanan.

    Pada masa sama, kebajikan para peladang, penternak, petani, dan nelayan turut diberi perhatian agar bekalan makanan negara terus kekal terjamin demi kelangsungan hidup Keluarga Malaysia.

    Majlis penutupan Program Semarak Tani Keluarga Malaysia@Beluran dimeriahkan dengan acara penyampaian hadiah cabutan bertuah yang dinantikan ribuan pengunjung.

    Pelbagai hadiah menarik disediakan untuk para penerima bertuah membabitkan masyarakat setempat yang menjayakan penganjuran Program Semarak Tani Keluarga Malaysia@Beluran.

    Sumber : Utusan Borneo
  • Peruntukan Projek Lampu Jalan RM8.26 Juta Di Sabah

    Peruntukan Projek Lampu Jalan RM8.26 Juta Di Sabah


    KOTA KINABALU
    : Lebih 1.2 juta penduduk di negeri ini menerima manfaat hasil pelaksanaan dua projek membabitkan Lampu Jalan Kampung (LJK) dan Bekalan Elektrik Luar Bandar (BELB) yang diperuntukkan oleh Kementerian Pembangunan Luar Bandar (KPLB).

    "Secara keseluruhannya sebanyak 49,856 LJK dipasang di kawasan luar bandar seluruh Sabah yang memberi manfaat kepada kira-kira 1.2 juta penduduk negeri ini," katanya.

    Beliau berkata demikian pada majlis Penyerahan Program Pemasangan LJK 2019/2022 Fasa 10 dan Projek BELB Janakuasa Diesel Secara Berpusat PSK Kampung Litang dan Kampung Balat di sini hari ini.

    Ramlan berkata, Sabah Electricity Sdn. Bhd (SESB) dilantik sebagai kontraktor projek berkenaan membabitkan projek LJK bermula 7 Januari 2020 dan siap sepenuhnya pada 8 Disember 2021 manakala, projek stesen janakuasa dimulakan pada 9 Mac 2022 dan berjaya disiapkan lebih awal iaitu 28 Julai 2022 berbanding tarikh siap asal iaitu pada 8 September 2022.

    "Bagi Projek BELB Janakuasa Diesel, selepas enam tahun projek siap, terdapat beberapa kerosakan yang berlaku berikutan dengan 'wear and tear' dan kerosakan akibat gangguan hidupan liar. Justeru, pihak SESB melaksanakan pembaikan dengan kos kontrak sebanyak RM2.3 juta.

    "Program Pemasangan LJK Fasa 10 di Sabah ini secara keseluruhannya melibatkan pemasangan sebanyak 5,000 unit lampu dengan pecahan 4,000 unit lampu jenis HPSV dan 1,000 unit lampu jenis LED," jelasnya.

    Dalam pada itu, pihaknya turut merancang untuk meneruskan pelaksanaan projek-projek prasarana yang lain di Sabah menerusi projek-projek sambungan di bawah Rancangan Malaysia Ke-12 (RMK-12) dan projek baharu menerusi Bajet 2023 yang dijangka dibentangkan pada Oktober depan.

    Sehubungan itu, beliau amat berharap permohonan peruntukan tambahan RM50 juta untuk meneruskan pelaksanaan projek LJK di negeri ini akan diluluskan Kementerian Kewangan dalam Bajet 2023 nanti.

    Katanya, peruntukan tambahan RM50 juta itu membabitkan pemasangan 19,000 unit lampu LED. Bagaimanapun, agihan mengikut keperluan negeri belum dibuat.

    Beliau berkata, pelaksanaan program berkenaan dibuat secara berperingkat berdasarkan keperluan, keutamaan dan kos operasi serta penyenggaraan yang akan ditanggung oleh kerajaan secara berterusan.

    "Kita tahu terdapat cabaran dan halangan dalam menyiapkan projek ini terutamanya dari segi geografi dan keluasan memandangkan Sabah adalah sebuah negeri yang luas dan mempunyai 24 Parlimen serta kawasan luar bandar yang banyak.

    "Kerajaan amat prihatin terhadap kelangsungan kehidupan masyarakat luar bandar. Justeru, menerusi penyempurnaan kedua-dua projek ini, ia sekali gus mampu meningkatkan keselesaan dan keselamatan penduduk selain perniagaan setempat bagi meningkatkan pendapatan penduduk pada waktu malam dapat dilaksanakan.

    Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif SESB Mohd Yaakob Jaafar berkata, sebagai pengendali utama pembekalan elektrik di negeri ini, SESB akan terus berusaha untuk memperbaiki serta memantapkan lagi keadaan bekalan elektrik di Sabah.

    Katanya, tumpuan untuk memberikan perkhidmatan kepada masyarakat di luar bandar menjadi antara objektif SESB dengan menggiatkan pelbagai usaha bagi memberikan cahaya kepada penduduk di dua kampung iaitu Kampung Balat dan Kampung Litang Kinabatangan.

    "Pembaikan stesen berkenaan dilaksanakan secara berperingkat dan siap sepenuhnya pada 28 Ogos 2022. Usaha ini menamatkan penantian penduduk di dua kampung berkenaan yang terpaksa bergantung kepada penggunaan enjin jana kuasa elektrik atau pelita sebelum ini.

    "Selain itu, SESB selaku kontraktor penyelamat turut berjaya menyiapkan kerja-kerja pembaikan projek BELB Pinangah Tongod bermula 26 Ogos 2021. Projek berkenaan dimulakan pada 3 Februari 2020 dan sepatutnya disiapkan pada April 2021.

    "Namun, pelaksanaannya mengalami kelewatan disebabkan oleh beberapa kekangan teknikal dan impak pandemik COVID-19. Projek ini memberikan manfaat kepada penduduk di sembilan kampung di kawasan itu," jelasnya.

    Sumber: Utusab Borneo


  • 106 Pelajar Terima Bantuan Persekolahan Yayasan Bank Rakyat

    106 Pelajar Terima Bantuan Persekolahan Yayasan Bank Rakyat




    KOTA KINABALU:
    Seramai 106 murid serta pelajar dari sekitar Tanjung Aru dan Sembulan menerima bantuan persekolahan.

    Ahli Lembaga Pemegang Amanah Yayasan Bank Rakyat Jeffery Nor Mohamed berkata, sumbangan berkenaan disalurkan menerusi Program Bantuan Persekolahan Yayasan Bank Rakyat.

    "Program ini akan dikembangkan ke daerah lain dalam masa terdekat, kini ianya dimulakan di Parlimen Putatan dan Dewan Undangan Negeri (DUN) Tanjung Aru.

    "Pada hari ini, seramai 106 murid dan pelajar dari DUN Tanjung Aru akan menerima bantuan ini.

    "Program ini akan diteruskan ke DUN Petagas pada hujung minggu ini dan kemudian ke DUN Tanjung Keramat," katanya ketika ditemui selepas merasmikan Program Bantuan Persekolahan Yayasan Bank Rakyat Mukim Tanjung Aru, hari ini.

    Sebelum itu, dalam ucapannya, beliau menjelaskan program seumpamanya sudah dilaksanakan di Sekolah Menengah Kebangsaan Pulau Gaya dengan memberikan bayaran yuran kepada cikgu untuk melaksanakan kelas tuisyen serta bantuan makanan kepada pelajar.

    Beliau yang juga Ketua Bahagian UMNO Putatan berkata, pihaknya mahu semua pelajar dan murid di kawasan Parlimen Putatan cemerlang pada masa hadapan, seterusnya mampu menyara keluarga masing-masing.

    Sementara itu, Pemimpin Pembangunan Masyarakat Tanjung Aru Reduan Aklee berkata, pihaknya berterima kasih kepada Bank Rakyat yang sentiasa prihatin kepada masyarakat memerlukan.

    "Di sini, tanpa mengira latar belakang, semua yang layak mendapat bantuan akan menerima sumbangan sewajarnya, tiada ditinggalkan.

    "Oleh itu, program seumpama ini wajar diteruskan di masa hadapan agar lebih ramai penerima yang layak boleh menikmati bantuan berkenaan," katanya.

    Reduan yang juga Ketua Pemuda UMNO Bahagian Putatan memberikan jaminan bahawa pihaknya akan sentiasa menganjurkan program bermanfaat kepada rakyat.

    "Sebelum ini kita juga telah menjayakan Program Keusahawanan dan Koperasi, usaha seumpamanya tidak akan terhenti malah akan diteruskan pada masa hadapan," katanya.

    Sumber : Utusan Borneo
  • Terima Mesej Rakan Serumah Mahu Membunuh Diri

    Terima Mesej Rakan Serumah Mahu Membunuh Diri

     



    KOTA KINABALU: Seorang lelaki terkejut sebaik mendapat mesej melalui aplikasi Whatapps yang mengatakan rakan serumahnya ingin membunuh diri.

    Tanpa membuang masa lelaki itu kemudiannya menghubungi pihak bomba untuk mendapatkan bantuan lanjut.

    Jurucakap Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sabah berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan berkenaan kejadian pada jam 8.43 pagi.

    “Bertindak dengan maklumat, sepasukan pegawai serta anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Lintas digerakkan ke lokasi bagi melaksanakan operasi penyelamatan.

    “Maklumat awal memaklumkan pemanggil yang juga rakan serumah mangsa menerima gambar melalui aplikasi Whatapps berkenaan cubaan membunuh diri dari rakannya yang berumur 27 tahun itu,” katanya.

    Beliau bagaimanapun berkata sebaik ketibaan pasukan bomba di lokasi, tiada mangsa ditemukan di dalam rumah berkenaan.

    “Pihak bomba hanya menemukan sehelai nota dan kain yang diikat pada kipas serta jeriji besi.

    “Pasukan bomba kemudiannya menyerahkan kes kepada pihak polis untuk tindakan lanjut,” katanya sambil menambah operasi keseluruhan ditamatkan jam 9.38 pagi.

    Sumber: Utusan Borneo

  • Pindah Operasi Kereta Sewa Atap Kuning, DBKK Akan Buat Keputusan Selasa Ini

    Pindah Operasi Kereta Sewa Atap Kuning, DBKK Akan Buat Keputusan Selasa Ini








    Mayor DBKK Datuk Noorliza Awang Alip

    KOTA KINABALU
    : Dewan Bandaraya Kota Kinabalu (DBKK) akan memutuskan sama ada wajar memindahkan operasi kereta sewa di Atap Kuning ke bangunan KK Sentral pada Selasa ini.

    Mayor DBKK Datuk Noorliza Awang Alip berkata, berdasarkan tinjauannya, beliau mendapati pengusaha kereta sewa enggan berpindah ke bangunan KK Sentral.

    "Antara alasan yang diberikan adalah persaingan dengan bas beroperasi di kawasan terbabit, tambang, kurangnya penumpang, kepayahan pengurusan dan lokasi tidak bersesuaian.

    "DBKK akan mengadakan lawatan ke bangunan KK Sentral pada selasa untuk melihat sendiri terminal berkenaan.

    "Saya melihat masalah ini bukan disebabkan mahu pindah atau tidak, sesuai atau tidak sesuai, tetapi wujudnya isu lain yang bukan sahaja membabitkan pengurusan terminal tetapi juga pengurusan pengangkutan awam secara keseluruhannya," katanya ketika ditemui selepas mengadakan sesi pertemuan bersama para pengusaha kereta sewa Atap Kuning di sini, hari ini.

    Noorliza berkata, pihaknya akan membuat keputusan tuntas selepas tinjauan ke KK Sentral.

    Beliau juga menjelaskan DBKK akan melihat mekanisme lain akan sesuai untuk pelaksanaan itu.

    Sumber : Utusan Borneo
  • Program SMM2H Bakal Tarik Lebih Ramai Pelabur Asing

    Program SMM2H Bakal Tarik Lebih Ramai Pelabur Asing






    KOTA KINABALU: Kerajaan negeri akan melancarkan Program Sabah Malaysia Rumah Keduaku (SMM2H) dalam usaha menarik lebih ramai pelabur asing.

    Ketua Menteri Datuk Seri Panglima Haji Haiji Haji Noor berkata, usaha itu sudah pasti mampu menarik penduduk asing yang berhasrat untuk berhijrah dan menetap di Sabah.

    Katanya, Kabinet Negeri telah meluluskan Program SMM2H dan akan dilancarkan selepas segala perincian akhir serta penyelerasannya dimuktamadkan.

    "Program berkenaan tidak akan mengikuti piawaian baharu yang dikeluarkan MM2H persekutuan, sebaliknya kita akan jadikan SMM2H lebih menarik kepada warga asing yang berhasrat berhijrah dan menetap di Sabah.

    "Oleh itu, kita berharap mampu menarik pelabur asing bernilai tinggi untuk berhijrah ke Sabah, seterusnya mewujudkan limpahan ekonomi sampingan," katanya ketika pada Majlis Malam Persatuan Pemaju Perumahan dan Hartanah Sabah (SHAREDA) 2022, di sini semalam.

    Hajiji berkata, sehingga kini Sabah kekal secara konsisten sebagai lokasi menarik kepada para pelabur asing.

    "Ini disebabkan pelbagai peluang mampu diterokai di Sabah khususnya dalam sektor-sektor sedia ada.

    "Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia (MIDA) juga menyenaraikan Sabah menerima pelaburan bernilai RM9.9 bilion dari Januari sehingga September 2022, sekali gus menjadikan Sabah sebagai negeri ketiga terbesar menerima pelaburan di Malaysia.

    "Sabah akan terus bergerak berdasarkan momentum ini dan yakin seterusnya menjadi lokasi pelaburan yang lebih menarik.

    "Kita mahu menjadi mesra pelabur dan kerajaan negeri memberikan jamiman bahawa pelaburan akan sentiasa lancar tanpa halangan," katanya.

    Dalam pada itu, Hajiji juga memuji SHAREDA yang berjaya mengumpulkan pemaju untuk mendapatkan kepakaran serta sumber bagi membentuk serta memajukan industri terbabit dan ekonomi.

    "Terima kasih SHAREDA dan para ahlinya atas peranan yang dimainkan anda sebagai rakan pembangunan, berkongsikan pendapat, input untuk membentuk dasar kerajaan, hartanah serta pembangunan perumahan.

    "Anda semua adalah aset penting kepada negara dan saya mahu melihat SHAREDA untuk melakukan yang lebih cemerlang," katanya.

    Hadir sama ialah Presiden SHAREDA Datuk Sr Chua Soon Ping dan Naib Presiden merangkap Pengerusi Penganjur Wesley Chai Meng Kong.

    Sumber : Utusan Borneo

  • Kemajuan di Tongod dalam proses pelaksanaan, Data JPM perlu terperinci

    Kemajuan di Tongod dalam proses pelaksanaan, Data JPM perlu terperinci









    MASIUNG


    KOTA KINABALU: Jabatan Perangkaan Malaysia (JPM) diminta memberi penjelasan berhubung indek kemiskinan yang mengklasifikasikan lapan daerah di Sabah disenaraikan sebagai daerah termiskin di Malaysia.

    Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kuamut Datuk Masiung Banah berkata, beliau mempersoalkan sama ada daerah yang dilabel termiskin dinilai dari segi statistik data e-Kasih penduduk atau berpandukan indek pembangunan di daerah terbabit.

    "Saya keliru dengan kajian yang dijalankan oleh JPM, sebagai ADUN, saya menyedari purata memiskinan isi rumah di daerah Tongod agak terpencil.

    "Kadar kemiskinan dilapan daerah dilabel termiskin di Sabah harus diukur menggunakan kaedah betul bagi memastikan kajian tepat dan terperinci," katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

    Beliau berkata, mengambil contoh, indek kemiskinan di Tongod jauh lebih kecil iaitu 2,596 berbanding lebih 5,000 data e-Kasih di Semporna, tetapi daerah pantai timur itu tidak tersenarai sebagai daerah termiskin.

    Masiung yang juga Pengerusi Lembaga Pembangunan Perumahan dan Bandar (LPPB) berkata, beliau mengakui jika sekiranya penilaian JPM berdasarkan pada indek pembangunan awam, tentunya kemajuan di Tongod masih dalam program pelaksanaan.

    "Untuk rekod, Tongod terletak dalam kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuamut dan Parlimen Kinabatangan merupakan daerah paling luas di Sabah, di mana saiznya lebih besar berbanding Kedah.

    "Tongod dengan keluasan 10.051 kilometer persegi, sudah tentu mengambil masa bagi kerajaan mewujudkan lebih banyak pembangunan asas," katanya.

    Menurutnya, selain Tongod, tujuh lagi daerah dikategorikan termiskin di Sabah ialah Pitas, Telupid, Beluran, Kota Merudu, Kota Belud dan Nabawan.

    Mengulas lanjut perkara itu, Masiung menjelaskan populasi di Tongod adalah melebihi 43,000 penduduk, data e-Kasih cuma merekodkan 2,596 penduduk yang diklasifikasikan miskin dan miskin tegar.

    Namun kini katanya, jumlah e-Kasih itu telah berkurangan apabila 674 isi rumah sudah terkeluar dari garis kemiskinan dalam tempoh enam bulan pertama tahun ini, sekali gus Tongod turun menduduki tangga ke-15 di seluruh Sabah.

    Menurutnya, Pejabat Daerah Tongod kini dalam rangka melakukan pemeriksaan kepada penduduk dan dijangka lebih 400 lagi pemegang e-Kasih akan terkeluar dari garis kemiskinan pada hujung tahun ini.

    Beliau berkata, sejumlah besar isi rumah di Tongod sudah memiliki hak milik tanah sendiri melalui agihan lot-lot kerajaan secara bersasar.

    Menurutnya, penduduk telah mengusahakan tapak tanah yang diagihkan melalui bantuan Lembaga Minyak Sawit Malaysia (MPOB) dan Pihak Berkuasa Kemajuan Pekebun Kecil Perusahaan Getah (RISDA), dan ia sesuai dengan misi pembangunan Tongod sebagai jelapang pertanian.


    Sumber : Utusan Borneo
  • Pejalan Kaki Maut Dilanggar, Kepala Berlumuran Darah

    Pejalan Kaki Maut Dilanggar, Kepala Berlumuran Darah



    MAUT: Mayat mangsa ditemukan dalam keadaan berlumuran darah di
    kepala disyaki dilanggar oleh sebuah kenderaan -(Utusan Borneo)

    KOTA KINABALU:
    Seorang lelaki pejalan kaki ditemukan maut dipercayai dilanggar kenderaan dalam kejadian di Sinsuran Jalan Tun Razak di sini awal pagi kelmarin.

    Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu Asisten Komisioner Mohd Zaidi Abdullah berkata, mangsa yang berumur 41 tahun dan beralamat di Putatan itu ditemukan dalam keadaan berlumuran darah di bahagian kepala kira-kira jam 1.20 pagi.

    Katanya, seorang penunggang motosikal yang melalui jalan berkenaan mendapati mangsa terbaring di lorong kiri jalan dalam keadaan tidak sedarkan diri dan berlumuran darah.

    Menurutnya, berdasarkan pemeriksaan, mangsa disyaki dilanggar oleh sebuah kenderaan yang tidak diketahui jenis dan nombor pendaftaran kenderaan terbabit.

    "Mangsa mengalami kecederaan parah di kepala berkemungkinan akibat kesan hentakan objek keras di bahagian muka dan kepala.

    "Terdapat kesan lurus di atas jalan raya pada lorong sebelah kiri disyaki kesan brek sebuah kenderaan," katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

    Beliau berkata, kemalangan terbabit disyaki berpunca semasa mangsa cuba melintas jalan. Bagaimanapun, siasatan akan diteruskan bagi mengesan kenderaan yang terlibat.

    Menurutnya, kes berkenaan disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987 menyebabkan kematian kerana memandu dengan melulu atau membahayakan.

    Pihaknya meminta orang ramai yang mempunyai maklumat berhubung kejadian terbabit supaya menghubungi pihak polis.


    Sumber : Utusan Borneo



  • UMNO Kalabakan Sokong Tambah Kerusi Parlimen Bagi Sabah, Sarawak

    UMNO Kalabakan Sokong Tambah Kerusi Parlimen Bagi Sabah, Sarawak




    SURYADY

    TAWAU
    : UMNO Kalabakan menyokong supaya kerusi Parlimen bagi negeri Sabah dan Sarawak ditambah kepada 35 peratus sebelum Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15) akan datang.

    Ketuanya, Andi Muhammad Suryady Bandy berkata perkara itu wajar disokong kerana Sabah dan Sarawak adalah komposisi penting dalam pembentukan Malaysia.

    Katanya, daripada 222 kerusi Parlimen di seluruh negara, sebanyak 166 kerusi adalah di semenanjung, hanya 56 kerusi sahaja untuk Sabah dan Sarawak.

    “Sabah dan Sarawak memerlukan sekurang-kurangnya 10 peratus lagi iaitu 22 kerusi tambahan supaya kita dapat suara yang sama dalam Parlimen.

    “Selaku wakil rakyat daripada Sabah, melihat pembahagian kuota 35 peratus itu perlu disetujui oleh semua pemimpin,” katanya ketika ditemui media, di sini hari ini.

    Menurutnya, perkara tersebut sudah disuarakan oleh kebanyakkan pemimpin daripada Sabah dan Sarawak ketika ini kerana melihat perlunya ada kesaksamaan dalam kepimpinan negara.

    Suryady berkata dia tidak melihat dalam konteks di kawasan Pantai Timur Sabah kerana secara keseluruhannya perlu dilihat kepada keseluruhan kawasan di negeri ini.

    “Secara peribadi, saya berharap cadangan untuk menambah kuota kerusi Parlimen di Sabah dan Sarawak dapat dipersetujui serta diputuskan secepatnya,” katanya.

    Terdahulu, Menteri Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Sabah dan Sarwak) Datuk Seri Dr Maximum Ongkili menjelaskan cadangan itu telah diperakui oleh Jawatankuasa Pilihan Khas Parlimen pada 2012.

    Beliau juga mencadangkan supaya tuntutan ini dibuat secara terbuka dan keputusan diambil bersama Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) untuk tindakan lanjut.

    Sumber : Utusan Borneo

  • Pertandingan Memancing Dianjurkan UPPM Sebatik Berjaya Dapat Sambutan

    Pertandingan Memancing Dianjurkan UPPM Sebatik Berjaya Dapat Sambutan



    PESERTA: Para peserta membanjiri di sepanjang kawasan persisiran Traulsen.

    TAWAU
    : Pertandingan memancing yang dianjurkan oleh Unit Pemimpin Pembangunan Masyarakat (UPPM) Sebatik mampu menjadi perintis kepada program berskala besar pada masa akan datang di daerah ini.

    Pemimpin Pembangunan Masyarakat (PPM) Sebatik, Hady Syam Nureddin berkata pertandingan ini dilihat bukan sahaja berjaya menarik penyertaan dari dalam negeri, malah luar negara.

    Katanya, seramai hampir 700 orang telah menyertai pertandingan ini termasuklah dari Sarawak dan negara jiran Indonesia.

    “Penganjuran ini diadakan bersempena dengan sambutan Hari Malaysia dan ia adalah signifikan untuk menggalakkan masyarakat beridah serta mengeratkan silaturahim.

    “Kita ingin membawa mesej perpaduan dan kebersamaan rakyat Sabah khususnya di daerah ini, sekali gus mendukung aspirasi ‘Keluarga Malaysia’,” katanya.

    Beliau berkata demikian ketika memulakan dan merasmikan Pertandingan Memancing sempena Hari Malaysia, di sini hari ini.

    Menurutnya, UPPM Sebatik komited dan bersungguh-sungguh dalam memainkan peranan membentuk masyarakat supaya mempunyai semangat patriotisme.

    Selain itu, katanya, anjuran ini dapat membantu meningkatkan sektor pelancongan di negeri ini, melalui kehadiran peminat aktiviti memancing dari luar dan dalam negara.

    Hady Sham berkata, pihaknya ingin memperkenalkan daerah ini, bukan sahaja lokasi pelancongannya ataupun syurga makanan, tetapi sebagai tumpuan aktiviti rekreasi.

    “Saya difahamkan, Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar Sabah, Datuk Jafry Ariffin menyokong usaha komuniti di daerah ini dalam membangunkan sektor pelancongan berasaskan rekreasi.

    “Kita juga sudah berbincang dengan kementerian pelancongan supaya pertandingan ini dijadikan sebagai acara tahunan dan dimasukkan dalam kalender pelancongan negeri,” katanya.

    Terdahulu, pertandingan yang diadakan di sepanjang persisiran Traulsen itu menawarkan hadiah utama sebanyak RM10,000 dan pelbagai lagi hadiah yang menanti para peserta, selain cabutan bertuah.



  • GET A FREE QUOTE NOW

    Lorem ipsum dolor sit amet, consectetuer adipiscing elit, sed diam nonummy nibh euismod tincidunt ut laoreet dolore magna aliquam erat volutpat.

    Search This Blog

    Powered by Blogger.

    Contributors

    ADDRESS

    4759, NY 10011 Abia Martin Drive, Huston

    EMAIL

    contact-support@mail.com
    another@mail.com

    TELEPHONE

    +201 478 9800
    +501 478 9800

    MOBILE

    0177 7536213 44,
    017 775362 13