SABAH INFO


Kami adalah
Social Media Influencer

Team Sabah Info

Sabah Info adalah sebuah pasukan kreatif yang berpangkalan di Kota Kinabalu. Memfokuskan konten digital versi Sabahan melalui platform media sosial yang paling kukuh di Negeri Sabah! Sabah Info juga menawarkan servis pengiklanan dengan pakej yang berpatutan dengan hasil yang sangat memberangsangkan! Kami sedia menjadi rakan strategik anda!

  • Kota Kinabalu, Sabah
  • sabahinfo.my@gmail.com
  • www.sabahinfo.com.my
Me

Kelebihan Kami

Platform kami adalah yang terbesar di negeri bawah bayu. Meliputi Facebook, Instagram, Tiktok dan Telegram


Facebook 621 Ribu Followers
Tiktok 487 Ribu Followers
Instagram 153 Ribu Followers
Telegram 45 Ribu Followers

Awesome features

Aliquam commodo arcu vel ante volutpat tempus. Praesent pulvinar velit at posuere mollis. Quisque libero sapien.

Animated elements

Lorem ipsum dolor sit amet, consectetur adipiscing elit. Sed tempus cursus lectus vel pellentesque. Etiam tincidunt.

Responsive Design

Pellentesque ultricies ligula a libero porta, ut venenatis orci molestie. Vivamus vitae aliquet tellus, sed mollis libero.

Modern design

Duis ut ultricies nisi. Nulla risus odio, dictum vitae purus malesuada, cursus convallis justo. Sed a mi massa dolor.

Retina ready

Vivamus quis tempor purus, a eleifend purus. Ut sodales vel tellus vel vulputate. Fusce rhoncus semper magna.

Fast support

Suspendisse convallis sem eu ligula porta gravida. Suspendisse potenti. Lorem ipsum dolor sit amet, duis omis unde elit.

0
completed project
0
design award
0
facebook like
0
current projects
  • Pesta Bundle & Karnival Sukan di Sandakan meriah

    Pesta Bundle & Karnival Sukan di Sandakan meriah


    SANDAKAN: Pesta Bundle & Karnival Sukan @ Kompleks Sukan Sandakan yang berlangsung buat julung kalinya menerima sambutan amat menggalakkan daripada penduduk di daerah tersebut.

    Program tersebut berjaya mengumpulkan pelbagai agensi kerajaan, persatuan sukan dan kelab-kelab yang mengadakan pelbagai aktiviti sukan dan pemeran di samping peniaga-peniaga bundle di sekitar Sandakan yang memenuhi tapak gerai jualan di kompleks itu.

    Program itu telah dirasmikan Pembantu Menteri Belia dan Sukan Sabah, YB Andi Muhammad Suryady bin Bandy. Terdahulu dalam ucapan perasmian, beliau mengatakan pihak Kementerian Belia dan Sukan Sabah (KBSS) amat menyokong usaha pelaksanaan program sebegini kerana ianya melibatkan pelbagai peringkat umur terutama golongan belia.

    "Program seumpama ini adalah salah satu program yang sangat baik. Ianya mampu memberikan peluang menjana pendapatan di pelbagai peringkat lapisan masyarakat khasnya di daerah Sandakan." Katanya.

    "Selain daripada tujuan meningkatkan taraf ekonomi masyarakat, program ini akan menggalakkan masyarakat berkecimpung dan bergiat aktif dalam aktiviti perniagaan secara kecil-kecilan." Tambahnya lagi.

    Pertandingan Tarik Tali disertai penduduk di daerah Sandakan


    Pertandingan Offline FIFA22 dan PES2021 berjaya mengumpulkan belia Sandakan

    Beliau turut mencadangkan agar lebih banyak aktiviti diadakan pada edisi akan datang sebagai contoh pameran permotoran seperti pacuan empat roda dan aktiviti drag car untuk menarik lebih ramai pengunjung datang ke pesta ini disamping aktiviti sukan yang lain.

    Program yang berlangsung selama 3 hari itu dipenuhi dengan pelbagai aktiviti sukan seperti Pertandingan Bola Sepak 9 sebelah, Badminton, Zumba, Kayak, Boling Padang, Sepak Takraw, Sukan Rakyat, Gusti lengan,dan Permainan Konsol PES & FIFA. Selain itu, persembahan buskers dan pertandingan Bintang Karaoke oleh SandakanFM turut memeriahkan suasana.




  • Disambar Buaya Ketika Memancing

    Disambar Buaya Ketika Memancing


    KINABATANGAN
    : Jasad seorang wanita yang  dilaporkan hilang selepas dipercayai disambar buaya di Kampung Tanjung Bulat, di sini semalam, sudah ditemui hari ini .

    Dalam kejadian kira-kira jam 3.40 petang itu, mangsa Norsila Sayong, 32, sedang memancing di tebing anak sungai yang bersambung dengan Sungai Kinabatangan.

    Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kinabatangan, Nurul Azlan Shah Jamaluddin berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan pada jam 3.42 petang.

    Katanya, lima anggota dan pegawai digerakkan ke lokasi kejadian sebaik menerima panggilan kecemasan berkenaan, bagi operasi menyelamat.

    “Mangsa dilaporkan memancing bersama keluarganya di tebing sungai di kampung berkenaan ketika kejadian.

    “Mangsa kemudiannya disambar dan ditarik ke dalam air sebelum dilaporkan hilang,” katanya dalam kenyataan media, di sini semalam.

    Mangsa, Norsila Sayong, 32, ditemui penduduk kampung bersama pasukan mencari dan menyelamat (SAR), 6.35 pagi tadi.

    Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kinabatangan, Nurul Azlan Shah Jamaluddin berkata, pada awal pagi tadi penduduk kampung yang turut menyertai SAR terdengar pergerakan reptilia tersebut sebelum memaklumkan bomba.

    "Pasukan Sar Kemudiannya bergerak ke lokasi dilaporkan sebelum menemui  tubuh mangsa dalam keadaan kurang sempurna.
     
    "Lokasi penemuan kira-kira 800 meter dari tempat mangsa dilaporkan disambar buaya.

    "Mayat mangsa kemudiannya dibawa ke darat sebelum diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut," katanya ketika dihubungi,hari ini.

    Difahamkan, mangsa cuba menyelamatkan ibunya daripada disambar buaya.

  • COVID-19 : Kes COVID-19 Di Sabah Menurun Hanya 251 Kes Baharu

    COVID-19 : Kes COVID-19 Di Sabah Menurun Hanya 251 Kes Baharu



    KOTA KINABALU: Sabah merekodkan 251 kes baharu COVID-19 hari ini dengan penurunan sebanyak 41 kes berbanding hari sebelumnya.

    Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Datuk Seri Panglima Masidi Manjun berkata, jumlah daerah yang mencatatkan peningkatan dan penurunan kes adalah sama.

    "Bagaimanapun jumlah keseluruhan kes baharu bagi Sabah menyusut kepada 251 kes kerana beberapa daerah mencatatkan angka penurunan yang banyak.

    "Jumlah sampel ujian hari ini juga lebih rendah, iaitu 2,513 dengan kadar positiviti sekitar 11 peratus berbanding 2,919 dengan kadar positiviti 12 peratus pada hari sebelumnya," katanya dalam satu kenyataan di sini, hari ini.

    Beliau berkata, antara daerah yang mencatatkan penurunan signifikan ialah Beaufort yang kembali ‘bersih’ daripada jangkitan (-22), Kota Kinabalu 95 kes (-20), Lahad Datu 3 kes (-10), Papar 16 kes (-6) dan Nabawan tiada kes (-5).

    Katanya, Penampang mencatat 36 kes baharu (+12), Tuaran 30 kes (+9) dan Sandakan 28 kes (-3).

    "Jumlah daerah yang ‘bersih’ daripada sebarang jangkitan sepanjang 24 jam yang lalu bertambah kepada 10 daerah hari ini.

    "Sebanyak 12 daerah mencatatkan jangkitan baharu satu angka dan lima daerah merekodkan kes baharu dua angka," katanya.

    Menurutnya, sebanyak 250 daripada 251 kes yang direkodkan hari ini adalah dalam Kategori 1 dan Kategori 2, serta satu kes dalam Kategori 4.




    Sumber : --UTUSAN BORNEO

  • 11 Syarikat CSI ,20 Syarikat Kecil Beri Peluang Pekerjaan Kepada Banduan

    11 Syarikat CSI ,20 Syarikat Kecil Beri Peluang Pekerjaan Kepada Banduan



    Gambar: FB PEJABAT PAROL 


    KOTA KINABALU: Sebanyak 11 syarikat Corporate Smart Internship (CSI) dan 20 syarikat kecil menyediakan peluang pekerjaan kepada penghuni yang sedang menjalani sistem parol.

    Timbalan Ketua Menteri, Datuk Dr. Joachim Gunsalam berkata, usaha sebegitu akan menyokong program pemulihan di luar tembok sebagai langkah permulaan untuk penghuni memulakan kehidupan baharu.

    Beliau berkata, progam usahasama sebegitu telah menampakkan hasil sekali gus mengurangkan stigma masyarakat bahawa bekas penghuni penjara tidak mampu berubah

    “Kita berharap agar lebih ramai lagi bekas banduan yang berjaya pada masa akan datang.

    “Malah, kerajaan melalui Kementerian Pembangunan Perindustrian sentiasa bersedia membantu dari segi khidmat bimbingan kepada bekas penghuni untuk memulakan perniagaan sebagai usahawan,” katanya semasa merasmikan Program Outreach KJP bersama CSI dan majikan di sini kelmarin.
  • COVID-19 : Kes Jangkitan Harian Sabah Cecah 300

    COVID-19 : Kes Jangkitan Harian Sabah Cecah 300




     Kota Kinabalu: Seperti yang sudah dijangka,kes jangitan covid-19 di Sabah terus meningkat dengan menghampiri angka 300  menurut statistik yang diterima semenjak semalam.

    Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan, Datuk Seri Masidi Manjun berkata Sabah merekodkan 292 kes positif baharu Covid-19 semalam, pertambahan 43 kes berbanding 249 kes sebelumnya.

    Masidi yang juga jurucakap perkembangan  harian covid-19 Sabah berkata bilangan daerah yang mencatatkan peningkatan dan penurunan kes adalah sama, iaitu masing-masing 11 daerah.

    Masidi berkata Kota Kinabalu merekodkan kes tertinggi dengan 115 kes, Sandakan 31 kes, Penampang 24 kes, Beufort dan Papar masing-masing 22 kes, Tuaran 21 kes dan Lahad Datu 13 kes.

    Manakala hanya 7 daerah yang tidak mencatatkan sebarang kes baharu dalam tempoh 24 jam yang lalu.

    "Jumlah sampel ujian semalam ialah 2,919 berbanding 3,118 sebelum ini. Pada kadar positiviti yang sama, jumlah jangkitan sepatutnya lebih rendah daripada sebelum ini.

    Belaiu berkata, kadar positiviti mencatatkan 12.02% iaitu lebih tinggi berbanding sebelumnya 11.14%. Kadar positiviti yang semakin meningkat adalah satu petanda angka jangkitan harian akan terus meningkat kerana kadar penularan virus semakin cepat.

    Menurutnya, 289 daripada 292 kes yang direkodkan ini bersamaan 98.97 peratus adalah dalam kategori 1 dan 2, iaitu tidak mempunyai gejala dan bergejala ringan.

    1 kes dalam kategori 3 (jangkitan atau radang paru-paru tetapi tidak memerlukan bantuan oksigen), 1 kes dalam kategori 4 (jangkitan atau radang paru-paru dan memerlukan bangtuan oksigen), manakala 1 kes dalam kategori 5 (pesakit kritikal dan memerlukan bantuan alat pernafasan).


    Sumber : --BORNEO TODAY

  • Sebuah Masjid Musnah Dalam Kebakaran Awal Pagi Tadi

    Sebuah Masjid Musnah Dalam Kebakaran Awal Pagi Tadi



    Semporna
    : Sebuah masjid di Kampung Pulau Larapan Hujung, disni, dilaporkan musnah terbakar, awal pagi tadi.

    Dalam kejadian kira-kira jam 5 pagi itu,masjid jenis separuh kekal berkeluasan 185 meter persegi berkenaan terbakar hampir 90 peratus keseluruhan strukturnya.

    Jurucakap Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sabah berkata,pihaknya menerima panggilan kecemasan pada jam 5.06 pagi.

    Menurutnya, seramai lima pegawai dan anggota bersama bot kevlar terus dikerahkan ke lokasi kejadian.

    "Sebaik tiba di lokasi, operasi pemadaman terus dijalankan menggumakan dua aliran sepanjang 60 meter dengan dua pancutan.

    "Operasi pemadaman yang menggunakan sumber air dari laut terbuka berkenaan akhirnya berjaya mengawal api kebakaran pada jam 5.50 pagi," katanya dalam kenyataan media yang dikeluarkan,hari ini.

    Menurutnya, tiada sebarang kemalangan jiwa atau kecederaan yang dilaporkan dan operasi tamat sepenuhnya pada jam6.04 pagi.

    Katanya, siasatan lanjut berhubung punca kejadian serta jumlah kerugian masih sedang giat dijalankan pasukan forensik JBPM.

    Sumber: --DEASOKA

  • Tiada Jambatan Sanggup Titi Batang Paip

    Tiada Jambatan Sanggup Titi Batang Paip



    Keningau
    : Sejak semalam tular video menunjukkan pelajar sekolah terpaksa meniti batang paip untuk menyeberangi sungai berikutan ketiadaan jambatan, dipercayai berlaku di Kampung Mansiang Baru, di sini.

    Apa yang merisaukan,keadaan air sungai yang dalam dan mengalir dengan deras boleh mengundang kecelakaan jika ada yang tergelincir ketika meniti batang paip terbabit.

    Videoa berdurasi 92 saat itu menunjukkan aliran air sungai yang deras disebabkan hujan lebat ketika beberapa pelajar sekolah yang sedang meniti batang paip untuk menyeberangi Sungai Mansiang.

    Kampung berkenaan terletak di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Tulid, dalam Parlimen Pensiangan yang diwakili Timbalan Menteri Kerja Raya,Datu Arthur Joseph Kurup.

    Difahamkan, penduduk kampung ada membuat permohonan untuk membina jambatan gantung supaya tidak berdepan kesukaran dan bahaya ketika menyeberangi sungai tetapi mendakwa tiada perkembangan lanjut.

    Menurut Ahli Dewan Undangan negeri (ADUN) Tulid, Flovia Ng, menerusi kenyataannya semalam,beliau berkata peruntukan untuk membina jambatan kampung itu baru saja diperoleh pada jun lalu.

    Katanya, peruntukan itu diperoleh melalui Kementerian Pembangunan Luar Bandar pada 23 Jun lalu dan kini sedang dalam proses dokumentasi untuk cabutan tender.

    Flovia yang juga Pembantu Menteri Pembangunan Masyarakat dan Kesejahteraan Rakyat Sabah, berkata situasi itu hanya berlaku ketika air sungai melimpah disebabkan hujan lebat,namun cetek paras normal.

    "Ada Low River Crossing dibina merentasi Sungai Mansiang sebagai laluan penduduk untuk menyeberangi sungai yang airnya cetek ketika normal tetapi tidak dapat dilalui ketika banjir," katanya.

    Beliau berkata, pembinaan jambatan di kammpung berkenaan menjadi keutamaannya dan beliau berusaha mendapatkan peruntukan sehinggalah diluluskan Kementeriaan Pembangunan Luar Bandar.

    Sebelum ini, isu hampir sama berlaku di Nangkawangan, Nabawan yang mana murid sekolah terpaksa menggunakan rakit dan kaedah 'zip line' untuk menyeberangi sungai selepas jambatan gantung dihanyutkan arus ketika banjir awal tahun ini.


    Sumber: --DEASOKA

  • Polis Tolak Dakwaan Waris Sulu Rekrut Ahli Di Sabah

    Polis Tolak Dakwaan Waris Sulu Rekrut Ahli Di Sabah

     




    KOTA KINABALU : Polis Sabah menafikan dakwaan terdapat waris Sulu yang sedang aktif merekrut warga Filipina berketurunan Sulu di negeri itu.

    Bagaimanapun, Pesuruhjaya Polis Sabah Idris Abdullah, berkata pihaknya sedang menyiasat kumpulan yang mengeluarkan dokumen diri Sulu Sultaniyah Darul Islam (SSDI) dengan mengenakan bayaran tertentu.

    “Polis Sabah memandang serius isu yang tular di media sosial mengenai dakwaan waris Sulu sedang aktif rekrut rakyat di Lahad Datu. Siasatan dan risikan polis mengesahkan tidak wujud kumpulan merekrut rakyat warganegara Filipina berketurunan Sulu di Sabah.

    “Bagaimanapun, pihak polis sedang menjalankan siasatan berkaitan kumpulan yang mengeluarkan dokumen diri SSDI dipercayai merupakan orang perseorangan yang bertindak mengambil kesempatan atas tujuan keuntungan peribadi,” katanya dalam kenyataan.

    Idris memberi amaran supaya tidak menyebarkan sebarang berita atau maklumat tidak sahih yang boleh menimbulkan kegusaran awam.

    Terdahulu, Pertubuhan Kemanusian Masyarakat Antarabangsa Malaysia (MHO) mendakwa terdapat kegiatan aktif yang dilakukan oleh pihak-pihak tertentu untuk merekrut warga tempatan, di Lahad Datu.

    Setiausaha MHO, Hishamuddin Hashim, sukarelawan MHO di Sabah dimaklumkan berhubung proses rekrut itu menerusi aplikasi WhatsApp.

    “Gerakan berkenaan memberikan dokumen-dokumen pengenalan diri yang dipercayai bagi Kesultanan Sulu dan juga perakuan taat setia individu-individu penduduk Sabah kepada Kesultanan Sulu.

    “Hantaran WhatsApp itu turut mengandungi gambar-gambar yang berbentuk seakan dokumen identiti diri bagi Kesultanan Sulu dan juga perakuan taat setia individu-individu penduduk Sabah kepada Kesultanan Sulu,” katanya.


    Sumber: Sabah Post

  • Cadang Gantung Satu penggal Untuk Wakil Rakyat Lompat Parti - Shafie

    Cadang Gantung Satu penggal Untuk Wakil Rakyat Lompat Parti - Shafie



    KOTA KINABALU
    : Ahli Parlimen Semporna, Datuk Seri Panglima Mohd Shafie Apdal mencadangkan agar wakil rakyat yang melompat parti digantung satu penggal supaya tidak boleh bertanding pada pilihan raya berikutnya.

    Presiden Parti Warisan (Warisan) itu berkata, perkara sebegitu perlu dimasukkan dalam Undang-Undang Anti Lompat Parti bagi mengawal individu agar tidak melompat parti.

    Beliau berkata, dalam Rang Undang-Undang (RUU) Anti Lompat Parti tidak disebutkan tindakan terhadap wakil rakyat yang bertanding dan menang dibawah payung satu parti kemudian bertindak melompat.

    “Apa yang kita bahaskan di mahkamah bukan kebebasan dia melompat, kita mahu memberitahu bahawa kontrak yang dilakukan adalah dengan partinya. Misalnya, parti mendapatkan duit RM100,000 untuknya maka, dia perlu bayar balik kepada parti, dia perlu pulangkan semula.

    “Ini bukan persoalan duit tapi ia mengenai kerangka undang-undang yang komprehensif bagi membolehkan RUU ini dapat dilaksanakan sebaik mungkin, demi kepentingan negara,” katanya semasa perbahasan RUU Anti Lompat Parti di Dewan Rakyat hari ini.

    Menurut beliau, perlu ada pendekatan yang jelas agar RUU ini boleh menjadi titik permulaan bagi membendung krisis politik negara yang sudah tercemar.

    Dalam RUU yang ada, perlu ada tindakan yang berat bagi mengawal tindakan seorang individu yang melompat parti.

    “Di Sabah, ada yang bertanding terkadang ada menerima imbuhan RM5 juta dan apabila bubar Dewan, ia dijadikan deposit tetap. Ia seperti satu perniagaan. Maka, saya cadangkan agar satu penggal YB yang melompat tidak boleg bertanding.

    “Kita tidak mahu nanti, ada yang seperti YB Keningau yang sudah melompat macam-macam parti, sudah masuk tujuh parti. Kemana hala tuju kita,” ujarnya.

    Mohd Shafie berkata, setiap negeri juga perlu melaksanakan RUU ini secepat mungkin untuk membolehkan negara mempunyai politik yang lebih stabil.

    Katanya, kerjasama untuk melaksana RUU ini di peringkat negeri perlu agar RUU sebegini boleh dibentangkan dan diluluskan di peringkat Dewan Undangan Negeri (DUN).

    Ini bukan semata-mata tentang Ahli Parlimen tetapi juga perlu dikuatkuasakan terhadap Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN). – BorneoToday



  • Tidak Cukup Peruntukan Diesel,18 kampung Terjejas Bekalan Air Ditutup Seminggu

    Tidak Cukup Peruntukan Diesel,18 kampung Terjejas Bekalan Air Ditutup Seminggu


    TONGOD: Tidak cukup peruntukan membeli diesel untuk operasi mesin pam air menyebabkan 18 kampung di daerah ini terjejas tiada bekalan air selama seminggu.

    Tindakan Jabatan Air Negeri Sabah (JANS) yang dilihat tidak cekap menguruskan peruntukan kecemasan mengakibatkan lebih 10,000 penduduk di kawasan terlibat berhadapan kesukaran menjalani kehidupan seharian tanpa bekalan air.

    Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kuamut, Datuk Masiung Banah berkata, alasan tidak cukup bajet untuk operasi mesin pam air merupakan satu alasan yang tidak munasabah.

    “Sikap sambil lewa Jabatan Air yang memberi alasan kurang matang menyebabkan ribuan penduduk di sekitar Tongod dan Penangah berhadapan kesukaran akibat tiada bekalan air.

    “Saya menerima panggilan telefon dan hantaran Whatsapp daripada penduduk terlibat yang mengadu tentang masalah bekalan air.

    “Saya beranggapan Jabatan Air Daerah tidak mengemukakan bajet kecemasan tahunan untuk keadaan luar jangka kepada ibu pejabat hingga mengakibatkan situasi tiada peruntukan membeli diesel boleh berlaku,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

    Pengerusi Lembaga Pembangunan Perumahan dan Bandar (LPPB) Sabah itu berkata, tindakan tidak cekap Jabatan Air tidak harus dibiarkan berulang kerana ia menyusahkan rakyat di kawasan yang terjejas.

    Menurut beliau, kejadian kebakaran di asrama lelaki di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Tongod pada 17 Julai lalu turut mengalami kesukaran bagi memadamkan api susulan penutupan bekalan air yang berlaku di daerah tersebut.

    “Jangan tunggu sehingga timbul masalah yang lebih serius baru Jabatan Air mahu mengambil tindakan,” katanya.

    Jelas Masiung, penduduk di kawasan terjejas sudah mula merungut kerana terputus bekalan air selama seminggu tanpa ada sebarang usaha menghantar bekalan air ke kawasan terjejas.

    Justeru, beliau mahu semua ketua-ketua jabatan agensi kerajaan di daerah itu lebih peka kepada tugas masing-masing agar masalah dihadapi masyarakat setempat dapat diselesaikan dengan kadar segera.

    Sumber:--BORNEO TODAY

  • Dua Maut Dalam kejadian Tanah Runtuh Di Jalan Bukit Nenas

    Dua Maut Dalam kejadian Tanah Runtuh Di Jalan Bukit Nenas

     



    KOTA KINABALU : Dua kanak-kanak maut manakala dua lagi cedera akibat tertimbus dalam kejadian tanah runtuh di Jalan Bukit Nenas, di sini, malam tadi.

    Mangsa Isa Sabri, 2 dan Norain Jaziz, 11, disahkan meninggal dunia di Hospital Queen Elizabeth (HQE).

    Jurucakap Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sabah berkata, mangsa yang cedera ialah Siti Nur, 28, patah tangan dan suaminya Sabri Botong, 28, cedera ringan di kaki dan turut menerima rawatan di HQE.

    Beliau berkata, pihaknya menerima panggilan mengenai kejadian itu jam 8.26 malam tadi.

    Katanya, seramai 24 pegawai dan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Lintas dan Kota Kinabalu bersama jentera serta Unit Bantuan Perkhidmatan Kecemasan (EMRS) dikerah ke lokasi kejadian.

    “Setibanya di lokasi kejadian didapati tanah runtuh menghempap sebuah rumah yang didiami sembilan sekeluarga.

    “Terdapat empat mangsa terbabit iaitu satu cedera di bahagian kaki manakala tiga lagi tertimbus,” katanya dalam kenyataan media, hari ini.

    Menurutnya, seorang mangsa kanak-kanak lelaki berusia dua tahun dihantar ke hospital sebelum pasukan bomba tiba di lokasi.

    “Dua lagi mangsa perempuan termasuk seorang kanak-kanak yang tertimbus berjaya dikeluarkan oleh pasukan bomba dan orang awam.

    “Mangsa kemudian diberi rawatan awal oleh pasukan EMRS dan seterusnya dihantar ke hospital menggunakan EMRS dan ambulans.

    “Dua kanak-kanak disahkan meninggal dunia di hospital manakala dua lagi mangsa yang cedera kini menerima rawatan,” katanya.

    Katanya lagi, selepas memastikan tiada lagi bahaya lain terbabit operasi ditamatkan kira-kira jam 10 malam tadi. – BH Online

  • MHO Dakwa Wujud Kegiatan Aktif Merekrut Warga Lahad Datu Sertai Kesultanan Sulu

    MHO Dakwa Wujud Kegiatan Aktif Merekrut Warga Lahad Datu Sertai Kesultanan Sulu


     Kota Kinabalu
    : Pertubuhan Kemanusiaaan Masyarakat Antarabangsa Malaysia (MHO) mendakwa terdapat kegiatan aktif yang dilakukan oleh pihak-pihak tertentu untuk merekrut warga tempatan Lahad Datu dengan memberikan dokumen pengenalan diri dikaitkan dengan Kesultanan Sulu.

    Datuk Hishamuddin Hashim selaku setiausaha MHO berkata, sukarelawan MHO di Sabah pada isnin lalu dimaklumkan melalui WhatsApp berhubung kegiatan itu.

    "Dimaklumkan bahawa terdapat kegiatan aktif yang dilakukan oleh pihak-pihak tertentu dalam merekrut warga tempatan di Sabah khususnya di Lahad Datu dengan memberikan dokumen-dokumen pengenalan diri yang dipercayai ada kaitan dengan Kesultanan Sulu dan juga perakuan taat setia individu-individu penduduk Sabah kepada Kesultanan Sulu.

    "Hantaran WhatsApp itu turut mengandungi gambar-gambar yang berbentuk seakan dokumen diri bagi Kesultanan Sulu dan juga perakuan taat setia individu-individu penduduk Sabah kepada Kesultanan Sulu," katanya dalam satu kenyataan.

    Beliau berkata, umum mengetahui bahawa  Kesultanan Sulu adalah pihak yang berkaitan dan bertangungjawab terhadap serangan pengganas Sulu di Lahad Datu yang mana ia jelas adalah suatu tindakan berbentuk kesalahan keganasan dan melancarkan perang terhadap Yang di-Pertuan Agong.

    "Serangan berdarah pengganas Sulu di Lahad Datu itu terjadi pada 2013 dan telah mengorbankan 12 wira negara yang merupakan anggota keselamatan negara.

    "Kegiatan mana-mana pihak atau individu yang merekrut rakyat tempatan di negeri ini untuk mengiktirafkan taat setia kepada Kesultanan Sulu dan juga memberikan dokumen pengenalan diri yang dikaitkan dengan Kesultanan Sulu kepada rakyat tempatan di Sabah adalah jelas suatu kesalahan menderhaka di bawah Kanun Keseksaan kepada Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong dan juga Yang di-Pertua Negeri Sabah," katanya.

    Hishamuddin berkata, MHO mengecam segala usaha dan kegiatan yang dilakukan oleh mana-mana pihak dalam merekrut kumpulan untuk memberikan taat setia kepada anasir asing khususnya Kesultanan Sulu.

    "Semua pihak juga diseru menyalurkan maklumat kepada pihak berkuasa berkenaan kegiatan mana-mana individu, gerakan atau kumpulan yang cuba merekrut atau pihak yang cuba menceroboh dan mencemarkan kedaulatan negara," katanya.

    Sehubungan dengan itu, katanya pihak MHO akan mengerahkan sukarelawannya  khususnya yang berada di Sabah untuk membuat laporan polis berkenaan hantaran WhatsApp tersebut dan menyeru pihak polis untuk menyiasat gambar-gambar yang berbentuk seakan dokumen identiti diri yang dikaitkan dengan Kesultanan Sulu dan juga perakuan taat setia individu penduduk Sabah kepada Kesultanan Sulu itu.


    Sumber :--DEASOKA

  • Sabah FC Bawa Pulang Tiga Mata Di Tempat Lawan

    Sabah FC Bawa Pulang Tiga Mata Di Tempat Lawan


    PETALING JAYA: Sabah terus mengukuhkan kedudukan ditangga kedua Liga Super apabila bangkit melakar kemenangan 2-1 ke atas Petaling Jaya City (PJ City) di Stadium Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ), sebentar tadi.

    Penyerang negara, Darren Lock membuka tirai jaringan pada minit ke-34 apabila bijak menanduk bola sepakan sudut yang diambil V.Ruventhiran.

    Tersentak dengan jaringan itu, Sabah cuba mencari gol penyamaan namun gagal menembusi benteng pertahanan tuan rumah menyaksikan kedudukan 1-0 kekal sehingga berakhir babak pertama.

    Memasuki babak kedua, Sabah hanya memerlukan tiga minit untuk menyamakan kedudukan menerusi rembatan penyerang import dari Jepun, Taiki Kagayama.

    Jaringan itu nyata menyuntik semangat skuad The Rhinos untuk terus menekan pertahanan tuan rumah ketika PJ City dilihat masih tercari-cari rentak permainan ‘garang’ yang ditunjukkan mereka pada babak pertama.

    Amri Yahyah berpeluang meletakkan Sabah mendahului pada minit ke-56 namun rembatan volinya berjaya dinafikan penjaga gol PJ City, Kalamullah Al-Hafiz Mat Rowi.

    Skuad kendalian P.Maniam tidak hanya mendiamkan diri apabila turut melancar dua percubaan berbahaya menerusi percubaan S.Kumaahran dan R.Kogileswaran tetapi gagal menewaskan penjaga gol Sabah, Khairul Fahmi Che Mat.

    Percaturan Datuk Ong Kim Swee memasukan Irfan Fazail nyata membuahkan hasil apabila pemain tengah itu berjaya mencetak gol pada minit ke-75 selepas bijak menyambar bola hantaran lintang rakan sepasukannya, Maxsius Musa.

    Lima minit terakhir perlawanan, tuan rumah melancarkan serangan bertali arus ke gawang pelawat yang dilihat lebih banyak bertahan namun Khairul Fahmi atau lebih mesra dengan panggilan Apek memperagakan aksi cemerlang untuk memastikan Sabah membawa pulang tiga mata berharga. – Utusan

  • Tabika KEMAS jadi platfom realisasikan negara berdaya maju

    Tabika KEMAS jadi platfom realisasikan negara berdaya maju



    KALABAKAN: Ibu bapa dan penjaga diseru agar bersama-sama menjadikan Tabika KEMAS sebagai satu platform yang boleh menjadi pemangkin ke arah negara yang berdaya maju dan sejahtera.

    Pembantu Menteri Belia dan Sukan Sabah, YB Andi Muhammad Suryady Bandi berkata sedemikian ketika merasmikan Hari Potensi KEMAS peringkat Parlimen Kalabakan, di sini, hari ini.

    “Hari Potensi ini bukan sekadar satu temasya bagi mengukur kemampuan anak-anak kita bertanding dalam acara-acara sukan tetapi sebenarnya membina keyakinan diri serta suntikan kreativiti dan inovasi dalam kalangan kanak-kanak.” katanya.

    “Elemen ini sangat penting bagi mengiktiraf kebolehan, mampuan berfikir dalam menjana kemenjadian kanak-kanak yang cemerlang dan bersahsiah mulia” tambahnya lagi.

    Suryady bertegur sapa dengan si cilik dari Tabika KEMAS Felda Umas 4, Kalabakan

    Suryady turut berharap agar lebih ramai kanak-kanak di parlimen tersebut berjaya ke peringkat seterusnya.

    “Pencapaian anak-anak TABIKA KEMAS kita di Parlimen Kalabakan ini amat memberansangkan, contohnya sebelum ini kita Berjaya mewakili dan Negeri Sabah serta meraih pingat-pingat di Hari Potensi Kanak-Kanak TABIKA KEMAS di Peringkat Kebangsaan.”

    “Justeru, marilah kita sama-sama berusaha pada tahun ini anak-anak kita dapat mewakili dan berjaya ke peringkat seterusnya.” katanya lagi.

    Terdahulu, seramai 1,050 murid daripada 54 buah Tabika KEMAS di parlimen Kalabakan menyertai Hari Potensi KEMAS membabitkan enam acara sukan di Kompleks Sukan Tawau.

    Acara sukan dijadikan tema Hari Potensi KEMAS pada tahun ini. Turut hadir, Timbalan Pengarah (Pendidikan Awal Kanak-Kanak) KEMAS Sabah, Ruran Banlang dan Pegawai KEMAS Tawau, Mohamad Yusli Nassir.

    -Sabah Info


  • MOSAR Selamatkan Pendaki Terseliuh

    MOSAR Selamatkan Pendaki Terseliuh



    Ranau
    : Seorang pendaki ang terseliuh ketika menuruni Gunung Kinabalu di kilometer 5.8, di sini, diselamatkan Pasukan Mencari dan Menyelamat Gunung Kinabalu, semalam.

    Dalam kejadian kira-kira  jam 9 pagi itu, lelaki warga tempatan berusia 27 tahun terbabit dilaporkan terseliuh buku lali kaki kirinya ketika turun dari Panalaban ke Timpohon.

    Jurucakap Pusat Gerakan Operasi (PGO) jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sabah berkata,pihknya menerima panggilan kecamasan pada jam 9.47 pagi.

    Katanya, susulan laporan itu,  sepasukan 18 anggota dan pegawai termasuk MOSAR serta malim gunung dan  anggota  Taman-Taman Sabah (TTS) dikerah ke lokasi kejadian.

    "Sebaik tiba dia lokasi mangsa, pasukan MOSAR terus memberikan rawatan awal bagi memastikan mangsa dalam keadaan stabil dan selamat.

    "Mangsa kemudiannya dibawa turun ke 'Timpohon Gate' menggunakan Robinson Strecher oleh pasukan penyelamat" katanya dalam kenyataan media yang dikeluarkan,hari ini.

    Menurutnya, mangsa kemudiannya diberikan rawatan awal oleh pasukan EMRS sebelum dihantar ke Hospital Ranau  untuk mendapatkan rawatan lanjut.

    katanya, pasukan operasi kemudiannya menjalankan pemeriksaan lanjut bagi memastikan tiada bagi memastikan tiada lagi bahaya lain sebelum operasi ditamatkan pada jam 3.10 petang.


    Sumber: --DEASOKA

  • Polis Semporna Berjaya Rampas 1,125 Liter Petrol

    Polis Semporna Berjaya Rampas 1,125 Liter Petrol



    Semporna: Sebanyak 1,125 liter petrol berjaya di rampas pihak Polis yang dipercayai cuba diseludup ke negara jiran dalam serbuan rumah atas air di Kampung Batu, di sini , semalam.

    Sepasukan anggota polis dari Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Semporna melakukan rampasan bersama pasukan Polis Marin (PPM) pada kira-kira jam 9.30 malam.

    Ketua Polis Daerah Semporna, Superitendan Mohd Farhan Lee Abdullah berkata sebelum itu, pihaknya menerima maklumat awam berhubung aktiviti penyeludupan di kawasan itu.

    Berikutan itu,katanya sepasukan anggota polis digerakkan ke lokasi bagi menjalankan intipan dan pemeriksaan ke atas bot kayu yang dalam keadaan mencurigakan di bawah rumah atas air terbabit.

    "Hasil pemeriksaan lanjut turut ditemui sebanyak 30 gelen berisi penuh minyak petrol di dalam bot terbabit.

    "Pemeriksaan lanjut turut menemukan 15 gelen lagi minyak petrol yang diikat pada tiang rumah dalam keadaan terapung,'' katanya dalam kenyataan.

    Katanya,semua minyak petrol itu dipercayai diletakkan di kawasan rumah berkenaan sebelum cuba diseludup ke negara jiran.

    Beliau berkata,ketika pemeriksaan menyeluruh di kawasan itu,pihaknya mendapati beberapa buah bot bertindak memecut laju dipercayai cuba melarikan diri setelah menyedari kehadiran polis.

    "Pasukan serbuan turut erampas dua buah bot jenis kayu bersama sebuah enjin dipercayai milik penyeludup terbabit.

    Keseluruhan barang rampasan dianggarkan bernilai RM15,276 itu diserahkan kepada pihak Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) untuk tindakan lanjut," katanya.

    Orang Ramai dinasihatkan agar melaporkan sebarang aktiviti penyeludupan kepada pihak polis atau KPDNHEP sekiranya mempunyai maklumat.

    IPD Semporna mengucapkan terima kasih atas maklumat yang disalurkan oleh orang awam sehingga berjaya menggagalkan aktiviti penyeludupan minyak petrol terbabit.




    Sumber : --DEASOKA

  • Konsep EVC Mampu Tingkat Produktiviti Industri Kayu Di Sabah

    Konsep EVC Mampu Tingkat Produktiviti Industri Kayu Di Sabah


    Nabawan : Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Noor menggesa semua pemain industri perkayuan di negeri ini supaya mentranformasikan industri itu dengan mengguna pakai konsep Rantaian Nilai Ekonomi (EVC) yang mengintegrasikan sektor pengeluaran huluan dan hiliran.

    Beliau berkata pemprosesan perhutanan huluan dan hiliran merupakan sektor yang berdiri sendiri selama ini yang bermakna produk huluan tidak sepadan sepenuhnya dengan permintaan hiliran.

    "Melalui konsep EVC, barisan pengeluaran ini akan bersepadu dan akan meningkatkan produktiviti pada skala yang lebih besar," katanya ketika berucap semasa mengadakan lawatan kerja ke Jawala Plantation Industries Sdn Bhd di Sapulut dekat sini hari ini.

    Hajiji berkata lawatan kerja yang pertama baginya kawasan Konsesi Perjanjian Pengurusan Hutan Mampan (SFMLA) sejak beliau memegang jawatan itu untuk melihat kemajuan fizikal inisiatif Sabah Maju Jaya (SMJ) dalam sektor perhutanan iaitu Transformasi Ladang Hutan melalui Pelan Tindakan Pembangunan Ladang Hutan (2022-2036) yang dilancarkan pada 22 Mac lepas.

    Katanya melalui pelan tindakan itu, Kerajaan Negeri menyasarkan untuk membangunkan 400,000 hektar ladang hutan dalam Kawasan Hutan Simpan Komersial menjelang 2036.

    "Strategi pembangunan ladang hutan ini adalah untuk mengurangkan kebergantungan sektor industri perkayuan hiliran daripada sumber bekalan bahan mentah keluaran hutan asli dan dalam masa sama mengekalkan daya saing sektor ini pada masa hadapan.

    "Antara enam hingga lapan juta meter padu bekalan balak dijangka dihasilkan melalui penuaian 40,000 hektar ladang hutan setiap tahun.

    "Ini akan memastikan bekalan bahan mentah yang mencukupi dan mampan kepada industri perkayuan dan berpotensi menyumbang kira-kira RM11.5 bilion kepada  Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) Sabah, menyediakan 40,000 pekerjaan, dan mengembangkan lagi sektor pemprosesan kayu," katanya.

    Katanya statistik Jabatan Perhutanan Sabah  menunjukkan bahawa sejumlah 165,198 hektar ladang hutan telah dibangunkan oleh pemegang konsesi SFMLA di Hutan Simpan Komersial.

    Beliau berkata ini menunjukkan kemajuan 41.3 peratus daripada sasaran 400,000 hektar di bawah Pelan Penghijauan Malaysia  melalui kempen penanaman 100 juta pokok dengan Sabah menyasarkan untuk menanam 40 juta pokok menjelang 2025.

    "Sehingga kini,7.5 juta pokok telah di tanam di seluruh negeri dengan penglibatan syarikat konsesi SFMLA, agensi kerajaan, sektor swasta, murid sekolah dan orang ramai," katanya.


    Sumber: --BERNAMA


  • Perintah Berkurung Dilanjutkan Sehingga 8 Ogos Di ESSZone

    Perintah Berkurung Dilanjutkan Sehingga 8 Ogos Di ESSZone


    LAHAD DATU : Perintah berkurung membabitkan perairan tujuh daerah di Zon Selamat Timur Sabah (ESSZone) yang berakhir esok dilanjutkan sehingga 8 Ogos ini.

    Pesuruhjaya Polis Sabah Datuk Idris Abdullah berkata perintah berkurung dari 6 petang hingga 6 pagi itu melibatkan perairan Beluran, Sandakan, Kinabatangan, Lahad Datu, Kunak, Semporna dan Tawau.

    “Penduduk yang tinggal di kawasan terlibat dikehendaki berada di rumah manakala orang luar tidak dibenarkan memasuki (atau berada) di kawasan tersebut dalam tempoh berkenaan,” menurutnya dalam kenyataan hari ini.

    Beliau berkata perintah itu diteruskan bagi memastikan kawasan perairan terlibat tidak diceroboh pengganas sekali gus mengancam keselamatan penduduk termasuk penyelidik antarabangsa yang menjalankan penyelidikan dan pelancong asing yang melawat pulau peranginan.

    “Maklumat mendapati kumpulan yang menjalankan kegiatan penculikan untuk dapatkan tebusan dan kumpulan Abu Sayyaf masih cuba menceroboh ke kawasan ini untuk melakukan penculikan serta jenayah rentas sempadan lain,” katanya.

    Idris berkata perintah itu juga akan memudahkan penguatkuasaan serta pemantauan terhadap pergerakan bot selain menimbulkan rasa selamat dan yakin penduduk dengan kehadiran pasukan keselamatan.

    Beliau juga berkata semua Ketua Polis Daerah di ESSZone diberi kuasa mengeluarkan permit kepada pemohon yang layak bagi aktiviti perikanan atau keperluan mendesak lain untuk melalui kawasan itu. – BERNAMA
  • Kursus Kemahiran KEMAS mampu tingkatkan pendapatan masyarakat luar bandar

    Kursus Kemahiran KEMAS mampu tingkatkan pendapatan masyarakat luar bandar


    Kreatif - Suryady melihat hasil kemahiran peserta Kursus Kemahiran Jangka Pendek (KKJP).

    TAWAU: Kursus Kemahiran Jangka Pendek (KKJP) dan Sijil Kemahiran Modular KEMAS (SKMK) Jahitan dilihat dapat memberikan peluang kepala beliawanis dan wanita untuk menambah kemahiran disamping mampu meningkatkan pendapatan keluarga terutama bagi masyarakat di luar bandar.

    Pembantu Menteri Belia dan Sukan Sabah, Andi Muhammad Suryady Bandy berkata sedemikian ketika merasmikan penututpan kursus tersebut di SKMK Parlimen Kalabakan, di sini semalam.

    “Kita percaya kemahiran ini dapat membantu membentuk kualiti hidup masyarakat terutamanya di luar bandar dan memupuk budaya niaga dan turut menjadi medan untuk membina keyakinan diri setiap peserta" katanya

    Beliau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tanjung Batu berkata pembangunan masyarakat luar bandar adalah sejajar dengan misi penubuhan KEMAS di negara ini.

    “KEMAS mahu supaya masyarakat luar bandar ini berpengetahuan, berkemahiran dan menguasai teknologi kemahiran terkini agar bijak menggunakan sumber yang ada secara optimum" katanya

    Suryady bergambar kenangan bersama pegawai KEMAS dan peserta kursus.

    “Dengan peningkatan pengetahuan dalam bidang kemahiran ini secara tidak langsung akan melahirkan modal insan yang berdaya maju dan impaknya perserta kelak dapat bersaing dalam pasaran semasa, insyaAllah" tambahnya lagi.

    Suryady berkata beliau dimaklumkan latihan-latihan kemahiran di bawah Unit Pendidikan Kemahiran (PKEM) di Parlimen Kalabakan sentiasa mendapat sambutan yang menggalakkan terutama di kawasan Merotai.

    “Tahniah dan Syabas kepada penganjur kerana tidak jemu-jemu bersama masyarakat di sini dan tahniah juga kepada semua peserta yang berjaya menghabiskan kursus selama tiga hari ini."

    “Saya menyeru kepada semua supaya kerjasama sebegini sentiasa diteruskan dan kita jadikan kelas-kelas kemahiran KEMAS sebagai platform untuk memangkin ke arah merealisasikan sebuah negara yang berdaya maju dan sejahtera” katanya.

    Majlis penutupan tersebut turut dihadiri Pegawai KEMAS Tawau, Mohamad Yusli Nassir. Pemimpin Pembangunan Masyarakat (PPM) Merotai, Mohamad Jalani Chacu dan PPM Tanjung Batu, Saharudin Salleh.




  • Filipina Boleh Bincang Terbuka, Mengapa Kita Perlu Takut Bincang Isu Tuntutan Sulu?

    Filipina Boleh Bincang Terbuka, Mengapa Kita Perlu Takut Bincang Isu Tuntutan Sulu?



    KANGAR: Isu keselamatan dan kedaulatan negara khususnya berkaitan tuntutan kumpulan Sulu adalah perkara serius yang perlu dibincang dan dibahas di Parlimen.

    Presiden Parti Warisan Sabah (Warisan), Datuk Seri Mohd. Shafie Apdal berkata, sesi taklimat tertutup yang diadakan kepada anggota Parlimen berhubung isu itu tidak cukup membantu yang dilihat lebih kepada sejarah, rentetan atau kronologi peristiwa tersebut.

    Katanya, sejarah dan rentetan berhubung perkara itu semua orang tahu yang maklumatnya boleh dicari dalam media sosial seperti Youtube atau Google.

    Soalnya, mengapa Parlimen tidak dibenarkan berbahas isu berkenaan sedangkan Filipina boleh sahaja berbuat demikian di kongres atau forum-forum secara terbuka.

    “Kita berharap persoalan mengenai isu keselamatan dan kedaulatan negara ini dapat dibincangkan di Parlimen. Bayangkan kita ada 222 ahli Parlimen boleh bersuara, berbahas dalam isu berkenaan dan menyokong bahawa kita adalah negara yang berdaulat.

    “Filipina boleh bincang di kongres dia, merata tempat forum, takkan kita tak boleh bincang di Malaysia, takut apa.

    “Perbincangan dan perbahasan itu penting untuk kita dengar daripada kerajaan apa langkah untuk mengatasi masalah ini dalam keadaan rakyat juga tak tahu menahu. Soal keselamatan ini jangan ambil ringan,” katanya ketika ditemui selepas pelancaran Warisan peringkat negeri ini di salah sebuah hotel di sini hari ini.

    Semalam Utusan Malaysia melaporkan, Ahli Parlimen dari Sabah tetap mahu isu tuntutan kumpulan Sulu terhadap aset negara ini dibahaskan di Parlimen walaupun Peguam Negara, Tan Sri Idrus Harun telah memberi penjelasan dalam pertemuan tertutup kelmarin.

    Ahli-ahli Parlimen Warisan juga melahirkan rasa tidak puas hati dengan taklimat tertutup tersebut yang disifatkan tidak menyeluruh.

    Kelmarin, satu sesi taklimat tertutup diadakan kepada anggota Parlimen berkaitan isu tuntutan kumpulan Sulu dan turut dihadiri Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Sabah dan Sarawak), Datuk Seri Dr. Maximus Ongkili; Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-undang), Datuk Seri Dr. Wan Junaidi Tuanku Jaafar serta ahli-ahli Parlimen.

    Mohd. Shafie yang juga Ahli Parlimen Semporna berkata, isu tersebut melibatkan tuntutan individu terhadap negara bukannya tuntutan negara dengan negara yang boleh dibawa ke Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ).



    “Dalam isu tuntutan Indonesia terhadap Sipadan Ligitan sebelum ini, kita bawa ke ICJ yang kemudian mahkamah berkenaan memutuskan pulau berkenaan milik Malaysia. Kalau pulau berkenaan kita boleh pertahan, takkan tuntutan (individu) kita tak boleh pertahan,” katanya. – UTUSAN

  • Warga Filipina Dihukum Penjara Setahun,Denda RM50,000 miliki 1,769 Biji Telur Penyu

    Warga Filipina Dihukum Penjara Setahun,Denda RM50,000 miliki 1,769 Biji Telur Penyu



    Sandakan: Mahkamah Sesyen di sini kelmarin telah menjatuhkan hukuman penjara setahun dan denda RM50,000 terhadap seorang lelaki warga Filipina atas kesalahan memiliki 1,769 biji telur penyu hijau tanpa izin di Karamunting,di sini ,minggu lalu.

    Hakim Darmafikri Abu Adam menjatuhkan hukuman itu ke atas Abdu Rasah Amin,57,selepas tertuduh mengaku bersalah mengikut Seksyen 41(1) Enakmen Pemuliharaan Hidupan Liar 197 dan dibaca bersama Seksyen 41(4)(a) enakmen sama.

    Darmafikri tururt emerintahkan tertuduh dipenjara tiga bulan jika gagal membayar denda tersebut.

    Mengikut kertas pertuduhan,tertuduh didakwa melakukan kesalahan itu di sebuah rumah di kampung Bokara,Karamunting ,jam 11.50  pagi,15 julai lalu.

    Enakmen tersebut memperuntukkan hukuman denda maksimum RM250,000 selain penjara tidak lebih lima tahun,jika sabit kesalahan.

    Pegawai Pendakwa Jabatan Hidupan Liar,Abdul Karim Dakog berkata,spesis penyu hijau atau nama saintifik ,'chelonia  mydas',dilindungi sepenuhnya di bawah Enakmen Pemuliharaan Hidupan Liar 1997.

    Mahkamah turut mengarahkan telur penyu dirampas itu diserahkan kepada pihak pendakwaan untul tindakan lanjut manakala tertuduh ,yang tidak diwakili peguam,dirujuk kepada Jabatan Imigresen selepas menjalani hukuman.


    Sumber: --BERNAMA 

  • Laluan KK SkyBridge - Centre Point Sabah Dijangka Siap November Ini

    Laluan KK SkyBridge - Centre Point Sabah Dijangka Siap November Ini

     





    Kota Kinabalu
    : Penyambungan laluan Kota Kinabalu (KK) SkyBridge ke Centre Point Sabah (CPS) sedang dimulakan pembinaannya dan dijadualkan siap pada penghujung bulan November ini.

    Menurut kenyataan pusat beli belah CPS,jejantas SkyBridge sepanjang 400 meter itu berfungsi sebagai laluan penghujung untuk pusat membeli-belah dan pelbagai hab komersial seperti Pusat Komersial Api-Api,Pusat Komemersial Warisan Square,Oceanus Waterfront Mall dan Asia City.

    "Kini,kita suda di fasa endemik kebanyakan prosuder operasi standard (SOP)  peraturan Covid-19 pun telah ditarik balik dan ramai pelancong luar negara dijangka akan datang melawat Sabah.

    "Pengurusan pusat beli-belah CPS percaya ini merupakan peluang yang baik untuk melengkapkan penyambungan KK SkyBridge yang mampu menyumbangkan peningkatan pembangunan pelancongan di negeri ini"kata kenyataan itu.

    Kenyataan itu turut memaklumkan tempat simpanan pembinaan sementara telah diletakkan berhampiran kawasan pembinaan di ruang pemunggahan Servay Premier.

    "Pihak Pengurusan Mall ingin memohon maaf atas sebarang kesesakan lalu lintas dan kesulitan ketika pembinaan tersebut sedang dijalankan.

    "Selain itu,pengurusan pusat beli-belah menggesa semua pemandu e-hailing dan orang ramai untuk tidak meletak kenderaan di kawasan pembinaan terutama pada waktu puncak bagi mengurangkan kesesakan lalu lintas di sekitar pusat beli-belah,"katanya.

    Pengurusan pusat beli-belah juga percaya ahawa penyambungan KK SkyBridge itu akan menyediakan laluan yang mudah dan selamat untuk orang awam memasuki pusat membeli-belah serta dapat dilindungi daripada cahaya matahari dan hujan ketika berjalan ke pusat beli-bela dari hab Komersial lain.

    "selain itu,penyambungan KK SkyBridge juga boleh memberi impak yang positif untuk data kemasukan pelanggan ke CPS ,tambahan lagi pusat beli-belah itu terletak di tengah-tengah perhubungan antara hab-hab komersial yang lain,"katanya.

    Dalam kenyataan itu juga ,pihak pengurusan pusat membeli-belah menyatakan bahawa projek KK SkyBridge adalah sebahagian daripada Projek rangkaian Pejalan kaki dan Penambahbaikan Trafik SkyBridge kerajaan dan mereka sentiasa menyokong usaha kerajaan demi kesejahteraan dan keselamatan masyarakat.

    Sehubungan itu,pihak pengurusan CPS telah membelanjakan kira-kira RM19,000 untuk perancangan awal dan yuran perundingan oleh Jurutera Perunding CPS untuk projek pembinaan sambungan SkyBridge.

    Terdahulu,KK SkyBridge yang dirasmikan oleh Ketua Menteri Sabah,Datuk Seri Hajiji Noor telah dilengkapi dengan eskalator,lif untuk orang kurang upaya (OKU) dan 20 kiosk runcit berhawa dingin.

    Projek KK SkyBridge bertujuan untuk menyediakan kemuudahan yang selamat untuk orang ramai dan juga untuk orang kurang upaya mudah bergerak kerana ia dapat menghubungkan pusat beli-belah Oceanus,Api-Api centre dan Asia City.


    Sumber:--DEASOKA

  • Gaji ADUN Sabah AntaraTerendah Di Malaysia,Wajar Naik-Jeffrey kitingan

    Gaji ADUN Sabah AntaraTerendah Di Malaysia,Wajar Naik-Jeffrey kitingan



    Kenaikan gaji Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sabah disifatkan wajar susulan ia merupakan antara yang terendah di Malaysia.

    KOTA KINABALU: Kenaikan gaji Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sabah disifatkan wajar susulan ia merupakan antara yang terendah di Malaysia.

    Timbalan Ketua Menteri Sabah, Datuk Jeffrey Kitingan berkata, kenaikan kepada RM11,000 bagi setiap ADUN itu juga dilihat masih rendah berbanding negeri jiran Sarawak yang menetapkan RM15,000.

    “Kita sudah ketinggalan, kita antara yang terendah dalam Malaysia. ADUN-ADUN kita pun kasihan juga macam mana mahu beroperasi kalau gaji RM7,000 sahaja.

    “Sarawak sudah RM15,000, kita hanya setengah, jadi kita naik hanya RM11,000 sahaja. Syukurlah ada kenaikan sikit dan hanya menelan belanja RM5.6 juta,” jelasnya.

    Beliau berkata demikian pada sidang media selepas merasmikan Majlis Pelancaran Buku Pelan Strategik Organisasi Jabatan Pengairan dan Saliran di Kota Kinabalu.

    Mengulas lanjut, beliau yang juga Menteri Pertanian dan Perikanan berkata, PSO oleh Jabatan Pengairan dan Saliran Sabah kini boleh membantu pelaksanaan dan tanggungjawab yang diamanahkan dengan lebih kemas terutama dalam menguruskan sumber air Negeri Sabah.

    Inisiatif PSO bagi tempoh 2021 hingga 2025 ini adalah yang pertama di Sabah dan ia juga menunjukkan JPS mempunyai perancangan jangka panjang dalam memastikan hala tuju Jabatan dapat tercapai seperti yang dirancang.

    Menurutnya, Pengarah JPS yang juga dilantik sebagai Pengarah Sumber Air Sabah berfungsi dalam pengurusan kawasan tadahan air, pengurusan badan air serta pengurusan aktiviti-aktiviti air.

    “JPS berjaya membangunkan tiga Pelan Pengurusan Tadahan Bersepadu bagi sungai Moyog, sungai Bandau, sungai Bongon dan sungai Kinabatangan. JPS turut menguatkuasakan peruntukan pengurusan rizab sungai, seperti sungai, tasik, perairan pantai, paya dan akuifer,” katanya.

    Tambah beliau, JPS juga sedang membangunkan mekanisme untuk menguatkuasakan peruntukan dalam Enakmen Sumber Air berkaitan kebenaran pengambilan air daripada badan air yang mana sekiranya dilaksanakan, kerajaan negeri akan mengutip hasil sebanyak RM17 juta setahun.

    “Saya yakin perkara ini telah diambil perhatian dalam Pelan Strategik Organisasi JPS Sabah bagi tempoh 2021 hingga 2025 untuk memastikan tindakan perlu diambil untuk mengatasi sebarang masalah berlaku,” katanya. – AWANI
  • Hormat Keputusan Speaker,Tidak Perlu Lantang Bersuara Mengenai Tuntutan Sulu -Ongkili

    Hormat Keputusan Speaker,Tidak Perlu Lantang Bersuara Mengenai Tuntutan Sulu -Ongkili

    Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Sabah dan Sarawak) Maximus Ongkili, berkata keputusan
     speaker Dewan Rakyat untuk tidak membenarkan perbahasan berhubung tuntutan Sulu perlu dihormati.

    KOTA KINABALU: Keputusan Speaker Dewan Rakyat Azhar Harun menolak usul membahaskan tuntutan Kumpulan Sulu terhadap Sabah dan aset Petronas perlu dihormati, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Sabah dan Sarawak) Maximus Ongkili.

    Sambil menegaskan bahawa terdapat undang-undang di Parlimen, Ahli Parlimen Kota Marudu itu, berkata tiada gunanya pembangkang ‘lantang bersuara’ dalam isu itu hanya untuk meraih perhatian umum kerana speaker sudah membuat keputusan.

    Beliau berkata, speaker telah menegaskan bahawa tiada keperluan untuk membahaskan tindakan undang-undang difailkan oleh Kumpulan Sulu di Mahkamah Timbang Tara Paris di Perancis secara terbuka di Parlimen negara ini kerana ia akan menjurus kepada subjudis.

    “Sudah tentu kita prihatin dengan kes ini dan kesannya terhadap keselamatan Sabah. Seperti biasa, speaker membuat keputusan itu dengan berpandukan analisis mendalam mengenai Peraturan Mesyuarat berkaitan dan merujuk kepada nasihat perundangan daripada pakar di Parlimen,” menurutnya dalam kenyataan.

    Semalam, Azhar berkata, perbahasan mengenai tuntutan Kumpulan Sulu ke atas Sabah di Dewan Rakyat mungkin menjejaskan kepentingan Malaysia dalam prosiding litigasi kes itu.

    Malah, speaker Dewan Rakyat itu, berkata perbahasan itu mungkin mendedahkan strategi kerajaan dalam menangani kes itu, sekali gus memberikan kelebihan kepada pihak lain yang terlibat.

    Ongkili juga berkata, kerajaan persekutuan telah menubuhkan pasukan petugas khas diketuai Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-Undang) Wan Junaidi Tuanku Jaafar dan panel peguam terkenal termasuk peguam negara berhubung perkara itu.

    Beliau berkata, pasukan itu akan memantau perkembangan tindakan undang-undang yang diambil oleh Kumpulan Sulu di Perancis serta menasihati kerajaan persekutuan dari segi strategi berhubung perlindungan aset-aset Malaysia di luar negara.

    “Sebagai Ahli Parlimen yang bertanggungjawab, saya percaya adalah penting agar tindakan kita perlu mengikut lunas undang-undang di Parlimen dan keutamaan keselamatan negara,” katanya. – BERNAMA

  • Persidangan DUN Sabah: Kenaikan lebih 40% Harga Makanan Haiwan,Baja Tanaman,Racun

    Persidangan DUN Sabah: Kenaikan lebih 40% Harga Makanan Haiwan,Baja Tanaman,Racun

    Kredit Photo: FB Koperasi Penternak Kambing Negeri sabah


    Kota Kinabalu
    : Harga bahan makanan haiwan,baja tanaman dan racun serangga di negeri ini meningkat melebihi 40 peratus,kata Pembantu Menteri Pertanian dan Perikanan Sabah,Hendrus Anding.

    Beliau berkata,peningkatan itu adalah disebabkan kos logistik ,kekurangan bahan akibat kemarau khususnya jagung dari Argentina ,pandemik covid-19 dan juga penurunan nilai Ringgit Malaysia serta perang Rusia-Ukraine juga penyebab peningkatan harga bahan berkenaan.

    "Selain itu,perubahan dasar luar negara serantau juga mempengaruhi harga dan bekalan.Ketika ini,fenomena kenaikan harga ini menunjukkan trend yang meningkat.

    "Kementerian saya melalui Jabatan Pertanian Sabah menggalakkan industri pengeluaran baja tempatan dan mengurangkan penggunaan racun kimia melalui pelbagai langkah,"katanya dalam sidang DUN sabah di sini,hari ini.

    Beliau berkata demikian bagi menjawab Tan Lee Fatt (Likas -DAP) berhubung rancangan kerajaan dalam mengurangkan kebergantungan import makanan haiwan,baja tanaman dan racun serangga.

    Katanya lagi,antara langkah yang dilakukan termasuk menggalakkan petani engamalkan Pengurusan Perosak Bersepadu bagi mengurangkan kebergantungan terhadap racun kimia  melalui kawalan secara kultura (semua kerja-kerja mekanikal penjagaan rumput yang tidak melibatkan baja atau bahan kimia),kawalan fizikal dan kawalan biologi.

    "Selain itu,menggalakkan dan mempromosi penggunaan input pertanian berasaskan mikrooganisma berfaedah sepertu Plant Booster,Growth Enhancer dan Bokashi (baja kompos yang dihasilkan melalui proses fermentasi atau peragian bahan organik dengan Effective Microorganisms).

    "Menggalakkan  penggunaan bahan sisatan aman seperti jerami padi untuk dijadikan baja kompos dan menjalankan aktiviti pengembangan bagi mendidik para petani untuk menggunakan baja dan racun perosak mengikut keperluan serta sukatan yang tepat dengan teknik-teknik yang betul supaya penggunaan input adalah secara berhema dan berkesan."katanya.


    Sumber: --DEASOKA

  • TM Percepat Pemasangan Gentian Optik Sabah,Sasar 58% Menjelang 2025

    TM Percepat Pemasangan Gentian Optik Sabah,Sasar 58% Menjelang 2025


    KOTA KINABALU, 21 Julai : Telekom Malaysia Berhad (TM) menyasarkan untuk mencapai 58 peratus liputan gentian optik di Sabah menjelang 2025, kata Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan TM Imri Mokhtar.

    Beliau berkata TM akan memasang gentian optik sekurang-kurangnya di 145,000 premis di Sabah dalam tempoh tiga tahun mulai tahun ini bagi mencapai sasaran itu.

    Imri berkata sasaran itu telah dikongsikan oleh delegasi kepimpinan TM diketuainya ketika mengadakan kunjungan hormat ke atas Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Hajiji Noor, hari ini.

    “TM juga akan mempercepat kadar pemasangan gentian optik di Sabah dalam usaha menyokong aspirasi Sabah Maju Jaya,” katanya dalam kenyataan, di sini.

    Mengulas mengenai kunjungan hormat itu, Imri berkata delegasi TM antara lain turut berkongsi maklumat terkini aktiviti agensi berkenaan di Sabah; usaha membawa akses kesalinghubungan serta penyelesaian digital kepada rakyat; komuniti perniagaan; industri dan sektor awam.

    Imri berkata TM telah melabur lebih RM1.1 bilion untuk CAPEX di Sabah sejak 2012 bagi meningkatkan kesalinghubungan dan gentian di negeri berkenaan.

    Beliau berkata TM juga telah menghubungkan hampir 282,000 premis di Sabah; dengan sejumlah 32,000km kabel gentian optik di seluruh negeri, disamping 59 tapak sambungan gentian optik disediakan di sekolah-sekolah yang berfungsi sebagai Point Of Presence (POP).

    Secara keseluruhan, TM menggunakan lebih 600,000km kabel gentian optik di seluruh negara, dan usaha itu akan terus diperhebat selaras dengan pelaksanaan Jalinan Digital Negara (JENDELA), katanya.

    Imri berkata TM turut memasang nod pertukaran internet TM (TMiX) di Kota Kinabalu dan Penampang, selain Inanam, Kinarut, Manggatal serta Putatan yang dijangka siap pada hujung tahun ini, bagi membolehkan muat turun kandungan dengan lebih pantas dan mengurangkan kadar latensi.

    Katanya, TM juga akan membolehkan lokalisasi kandungan, dengan pemain OTT boleh menempatkan pelayan kandungan di Penampang; menempatkan nod Rangkaian Penghantaran Kandungan (CDN); dan melaksanakan Gerbang Antarabangsa (IGW) di daerah itu menjelang suku pertama 2023.

    “Sebagai sebuah syarikat berteraskan insan, TM bersedia memainkan peranan bagi merealisasi agenda digital Sabah dalam pelbagai cara termasuk membangunkan modal insan berdaya saing menerusi biasiswa, kerjasama pendidikan bersama Universiti Multimedia serta peluang-peluang pekerjaan,” kata Imri.

    TM juga sedia berkerjasama dalam menawarkan penyelesaian digital komprehensif antara lain kepada sektor awam dan perniagaan di Sabah dengan Kerajaan Digital, Pasaran Digital; tawaran perhidmatan Awan; Pusat Data dan Keselamatan Siber komprehensif; serta rangkaian penyelesaian Bandar Pintar, katanya. – BERNAMA
  • Speakar Tolak Bahas Usul Sulu,Boleh Dedah Strategi Negara

    Speakar Tolak Bahas Usul Sulu,Boleh Dedah Strategi Negara



    Speaker Dewan Rakyat Azhar Harun tidak membenarkan usul berkait isu Sulu dibahaskan di Parlimen.

    KUALA LUMPUR
    : Speaker Dewan Rakyat Azhar Harun sekali lagi menolak usul isu berkaitan kesultanan Sulu dan Petronas dibahaskan Ahli Parlimen.

    Azhar berkata, membahaskan usul itu boleh mendedahkan strategi pasukan perundangan kerajaan kepada pihak musuh.

    “Adakah kita mahu semasa kita membahaskan perkara ini, saya tidak tahu apa yang akan diperkatakan, strategi kerajaan didedahkan dan ada kritikan mengenainya.

    “Maka satu pihak lagi boleh membacanya. Apakah itu tidak merosakkan kepentingan kerajaan dalam prosiding itu. Mahu ke kita tunjuk strategi kita pada dunia.

    “Peraturan litigasi pertama ialah unsur kejutan, begitu juga peraturan pertama perang,” katanya di Dewan Rakyat.

    Beliau berkata, menjadi tanggungjawabnya tidak membenarkan perkara itu berlaku.

    Isnin lalu, Isnaraissah Munirah Majilis (Warisan-Kota Belud) digantung dua hari daripada menghadiri persidangan Parlimen selepas diarah keluar Dewan Rakyat oleh Timbalan Speaker, Rashid Hasnon.

    Perintah dikeluarkan Rashid selepas Isnaraissah meminta Azhar menjelaskan tindakan menolak usul dikemukakannya berhubung isu tuntutan waris kesultanan Sulu.

    Isnaraissah berkata, sudah tiga kali usulnya mengenai isu berkenaan ditolak. – FMT
  • DUN Sabah Lulus Kenaikan Gaji Ketua Menteri,ADUN Dan Anggota Pentadbiran

    DUN Sabah Lulus Kenaikan Gaji Ketua Menteri,ADUN Dan Anggota Pentadbiran

     


    KOTA KINABALU : Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah hari ini meluluskan usul untuk menaikkan saraan Ketua Menteri, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) dan anggota pentadbiran negeri yang lain.

    Usul untuk Rang Undang-Undang Anggota Pentadbiran dan Ahli Dewan Undangan (Saraan) (Pindaan) 2022 dicadangkan Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Noor itu telah diluluskan dengan suara terbanyak.

    Dengan kelulusan itu, saraan Ketua Menteri yang sebelum ini RM23,595 sebulan dinaikkan kepada RM33,033; Timbalan Ketua Menteri RM20,872.50 (RM29,221.50); Menteri RM16,335 (RM22,869); Speaker DUN RM16,335 (RM22,869); Pembantu Menteri RM12,705 (RM17,787); Timbalan Speaker DUN RM12,705 (RM17,787); ADUN RM7,950 (RM11,130); dan Setiausaha Politik RM5,445 (RM7,623).

    Dalam sesi perbahasan usul itu, Datuk Dr Yusof Yacob (BN-Sindumin) berkata kenaikan saraan itu perlu selaras dengan kenaikan pendapatan Sabah, justeru syarikat berkaitan kerajaan negeri perlu berdaya saing untuk membawa lebih banyak pendapatan selain menarik lebih ramai pelabur.

    “Kita sebagai wakil rakyat ini bagai sebuah ATM (mesin juruwang automatik) untuk rakyat dapatkan bantuan, saya sendiri macam-macam daripada bapa tinggal jauh lawat anak di hospital pun minta bantuan wang, jadi kenaikan ini sebenarnya kita salurkan balik kepada rakyat,” katanya.

    Assaffal P Alian (Warisan-Tungku) pula mahu penerangan jelas diberikan tentang kenaikan itu bagi memastikan langkah peningkatan saraan itu tidak dipandang negatif terutama rakyat yang pada masa ini terbeban dengan kenaikan harga barang dan kos sara hidup.

    Hajiji yang juga Menteri Kewangan negeri ketika menggulung usul itu berkata implikasi kewangan kerajaan negeri untuk pelaksanaan kenaikan saraan itu dilihat tidak terlalu berat dan hanya melibatkan jumlah RM5.6 juta setahun.

    Katanya, kenaikan itu telah dikaji dengan teliti jawatankuasa diketuai Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam Sabah Datuk Datu Rosmadi Datu Sulai dan kenaikan itu diharap mampu meringankan beban yang ditanggung wakil rakyat serta anggota pentadbiran kerajaan untuk memberi bantuan kepada rakyat.

    “Kita faham rakyat akan bercakap kenapa (naikkan saraan) dalam keadaan sekarang masanya tetapi asas utama ialah untuk wakil rakyat dan anggota kerajaan beri khidmat lebih baik untuk rakyat, kerajaan punya dasar baik supaya taraf hidup rakyat ditingkatkan,” katanya.

    Sementara itu, persidangan DUN Sabah hari ini turut meluluskan usul Rang Undang-Undang Peruntukan Diraja (Pindaan) 2022 yang menaikkan Saraan Peribadi, Elaun Keraian dan Elaun Wilayah untuk Yang Dipertua Negeri Sabah.

    Usul yang dibawa Hajiji itu juga diluluskan dengan suara terbanyak, dan menaikkan Saraan Peribadi daripada RM215,280 setahun kepada RM301,392; Elaun Keraian RM152,490 (RM213,486); dan Elaun Wilayah RM44,850 (RM62,790).

    Sumber: --BERNAMA

  • Jaringan Park Tae-Su Julang Kemenangan Sabah FC Semalam

    Jaringan Park Tae-Su Julang Kemenangan Sabah FC Semalam


     Kota Kinabalu
    : Sabah FC kembali bangkit mengutip tiga mata setelah menewaskan Terengganu FC (TFC) 2-1 dalam aksi Liga Super di Stadium Likas,semalam.

    Kemenangan itu sedikit sebanyak mengubati kekecewaan penyokong Sabah berikutan kekalahan 2-1 skuad Sang Badak di tangan Johor Darul Ta'zim (JDT) di gelanggang sama,jumaat lalu.

    kedua-dua gol Sabah semalam di jaringkan pemain import dari Korea Selatan,Park Taesu menerusi tandukan tajam minit ke 71 dan ke-72.

    TFC sebelum itu mendahului dengan 1-0 menerusi jaringan Manuel Gelito Ott ang mendapat hantaran bola ketika keadaan kelam kabutdi hadapan gawang Sabah pada masa tambahan separuh masa pertama.

    Ott mula menolak bola kearah gawang Sabah tanpa dapat dihalang penjaga gol,Khairul Fahmi Che Mat sekaligus menaikkan semangat TFC untuk beraksi lebih agresif sejurus bersambung babak kedua.

    Sabah bagaimanapun tetap cuba bertahan dan mencuri peluang melakukan serangan sebelum akhirnya menyamakan kedudukan pada minit ke-71 menerusi tandukan tajam Park yang menyambut bola dari sepakan sudut dilakukan kapten pasukan,Baddrol Bakhtiar.

    Park sekali lagi membuktikan tandukannya sukar dihalang penjaga gol TFC apabila mendapat peluang menanduk bola hasil sepakan percuma Baddrol pada minit ke-78 sekaligus membolehkan Sabah di depan dengan 2-1.


    Sumber :--DEASOKA

  • Speaker DUN Sabah Enggan Terima Memorandum NGO Bahas Isu Tuntutan sultan Sulu

    Speaker DUN Sabah Enggan Terima Memorandum NGO Bahas Isu Tuntutan sultan Sulu


    Kredit Photo:FB Lan Monza

    KOTA KINABALU: Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah, Datuk Kadzim M. Yahya enggan menerima memorandum bagi menggesa DUN membenarkan usul tuntutan waris Sultan Sulu dibahaskan.

    Memorandum yang ingin disampaikan oleh sekumpulan pertubuhan bukan kerajaan (NGO), Solidariti Anak Sabah (SAS) itu disertai kira-kira 60 orang peserta yang berarak sehingga di luar pekarangan DUN Sabah.

    Jurucakap SAS, Mohd. Ismail Ayob melahirkan kekecewaan apabila usaha menyampaikan suara rakyat Malaysia yang berada di Sabah itu tidak diterima oleh Speaker.

    Kredit Photo :FB Suarman Idola

    Beliau berkata, mereka diminta untuk menghantar memorandum itu pada minggu hadapan namun tiada ertinya kerana persidangan DUN akan berakhir Khamis ini.

    “Maka, kita menggesa Speaker untuk menerima memorandum ini bagi membenarkan isu tuntutan Sultan Sulu dibahas di DUN Sabah pada Khamis, iaitu hari terakhir persidangan.

    Mohd. Ismail meminta rakyat Sabah untuk membuka mata kerana memorandum yang dihantar itu mewakili suara rakyat kerana isu tuntutan tersebut berkaitan dengan kedaulatan negeri Sabah.

    “Kita khuatir, jika aset Petronas yang berada di luar negara boleh dirampas waris Sultan Sulu, bagaimana kerajaan Persekutuan memberi jaminan untuk menjaga kedaultan negeri Sabah daripada dirampas oleh Sultan Sulu,” katanya dalam sidang akhbar hari ini.

    Timbalan Ketua Wira Parti Warisan (Warisan) itu berkata, Sabah sudah merdeka hampir 59 tahun namun, isu tuntutan ini masih berterusan tanpa ada penghujungnya.

    “Sebaga sebuah negeri berdaulat adalah wajar untuk DUN Sabah mengangkat suara rakyat Sabah bagi mencari penyelesaian tuntas terhadap isu tuntutan ini.

    “Jangan hadkan suara orang Sabah hanya kerana isu keselamatan berada di bawah bidang kuasa Persekutuan. Sabah memerlukan suara DUN untuk mempertahankan suara orang Sabah.

    “Isu kedaulatan dan keselamatan negeri Sabah, khususnya negara Malaysia harus diangkat melebihi segalanya tanpa sebarang kompromi,” katanya.

    Jelas beliau, SAS sekali lagi menggesa DUN Sabah dan 73 ADUN membahaskan isu tuntutan waris Sultan Sulu seboleh-bolehnya Khamis ini.

    Semalam, DUN Sabah menolak usul dikemukakan Ketua Pembangkang Datuk Seri Mohd. Shafie Apdal bagi membahaskan isu tuntutan waris Sultan Sulu. – UTUSAN






  • Tiket Sabah FC Menentang Terengganu FC Hanya Dijual Atas Talian

    Tiket Sabah FC Menentang Terengganu FC Hanya Dijual Atas Talian






    KOTA KINABALU: Tiket perlawanan Liga Super membabitkan Sabah FC menentang Terengganu FC, malam ini hanya dijual secara atas talian.

    Ketua Penyelaras Venue Sabah FC, Shamsuddin Mohd Shah berkata, tiada sebarang tiket fizikal yang akan dijual bagi perlawanan berkenaan dan peminat boleh membeli tiket masing-masing di https://ticket.tickethotline.com.my/home

    Katanya, perlawanan dijadualkan bermula jam 8.15 malam dan penonton digalakkan supaya masuk seawal jam 6 petang bagi mengelakkan kesesakan.

    "Tiada sebarang perubahan harga untuk tiket dijual dan kita amat menggalakkan peminat dan penonton untuk membanjiri Stadium Likas bagi memberi sokongan padu kepada pasukan Sabah FC.

    "Manakala bagi perlawanan suku akhir Piala FA antara Sabah FC dan Selangor FC, Sabtu ini, dijadualkan bermula jam 7.30 malam dan penonton boleh masuk ke stadium bermula jam 5 petang," katanya ketika dihubungi, hari ini.

    Shamsuddin berkata, pihaknya turut berharap penyokong supaya sentiasa mematuhi peraturan ditetapkan termasuk tidak sesekali membaling botol atau sampah masuk ke dalam kawasan padang.

    Sehubungan itu, Shamsuddin berkata, pihak SAFA juga memandang serius terhadap pematuhan keselamatan termasuk pencegahan penularan COVID-19.

    "Kita sekali lagi menggalakkan penonton yang hadir supaya memakai pelitup muka sepanjang perlawanan.

    "Penonton juga tidak dibenarkan membawa botol minuman, payung dan topi keledar masuk ke dalam stadium," katanya.

    Sumber: BH

  • Peruntukan RM149.52 Juta Untuk Sabah Di Luluskan

    Peruntukan RM149.52 Juta Untuk Sabah Di Luluskan

     




    KOTA KINABALU
     : Sebanyak RM149.52 juta diperuntuk bagi membaik pulih infrastruktur dan membantu rakyat yang terkesan akibat bencana menerusi Rang Undang-Undang Perbekalan Tambahan Pertama 2022 diluluskan oleh persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah hari ini.

    Menteri Kewangan Kedua Sabah Datuk Seri Masidi Manjun berkata jumlah itu merupakan 21.72 peratus daripada peruntukan keseluruhan sebanyak RM688.34 juta.

    “Hujan lebat diikuti bencana banjir semakin kerap berlaku di beberapa daerah di negeri ini telah menyebabkan kerosakan infrastruktur seperti jalan raya, jambatan dan runtuhan cerun. Banjir juga menyebabkan runtuhan tebing sungai dan kehilangan serta kerosakan harta benda.

    “Kerajaan prihatin dan memandang serius masalah yang berlaku ini dan memberikan tumpuan untuk membaik pulih serta membantu rakyat yang terkesan akibat bencana itu,” katanya ketika membentangkan usul itu yang kemudian diluluskan dengan undian terbanyak.

    Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan negeri itu juga berkata sebanyak RM261.78 disalurkan kepada Kementerian Kewangan negeri sebagai tambahan kepada Kumpulan Wang berkanun antara lain bagi mengurangkan defisit pembangunan serta caruman kepada Kumpulan Wang Amanah.

    Masidi berkata RM65.28 juta diperuntuk bagi keperluan bekalan air negeri; RM58.92 juta untuk pentadbiran, pengurusan dan penyelenggaraan bangunan kerajaan manakala selebihnya diagih bagi kegunaan kementerian serta jabatan negeri ini.

    Speaker DUN Sabah Datuk Kadzim M Yahya pula meminta semua Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) memberikan gambaran sebenar sebab soalan atau usul mereka ditolak.

    Beliau berkata ini kerana ada ADUN yang menggunakan media sosial untuk memaklumkan orang ramai mengenai penolakan itu namun tidak menjelaskan sebab sebenar kenapa ia ditolak.

    “Yang Berhormat tidak hebahkan mengapa soalan atau usul itu ditolak sedangkan sebab penolakan adalah kerana soalan atau usul gagal memenuhi proses Peraturan Tetap. Kalaupun hendak dihebahkan, hebahkan keseluruhan kebenaran bukan separuh benar atau tidak benar sama sekali,” katanya.

    Kadzim turut mengingatkan ADUN Sabah agar tidak membawa sebarang soalan atau usul demi kepentingan politik dan tidak menjadikan persidangan itu sebagai agenda politik untuk Pilihan Raya Umum Ke-15.

    Sumber – BERNAMA



  • GET A FREE QUOTE NOW

    Lorem ipsum dolor sit amet, consectetuer adipiscing elit, sed diam nonummy nibh euismod tincidunt ut laoreet dolore magna aliquam erat volutpat.

    Search This Blog

    Powered by Blogger.

    Contributors

    ADDRESS

    4759, NY 10011 Abia Martin Drive, Huston

    EMAIL

    contact-support@mail.com
    another@mail.com

    TELEPHONE

    +201 478 9800
    +501 478 9800

    MOBILE

    0177 7536213 44,
    017 775362 13