SABAH INFO


Kami adalah
Social Media Influencer

Team Sabah Info

Sabah Info adalah sebuah pasukan kreatif yang berpangkalan di Kota Kinabalu. Memfokuskan konten digital versi Sabahan melalui platform media sosial yang paling kukuh di Negeri Sabah! Sabah Info juga menawarkan servis pengiklanan dengan pakej yang berpatutan dengan hasil yang sangat memberangsangkan! Kami sedia menjadi rakan strategik anda!

  • Kota Kinabalu, Sabah
  • sabahinfo.my@gmail.com
  • www.sabahinfo.com.my
Me

Kelebihan Kami

Platform kami adalah yang terbesar di negeri bawah bayu. Meliputi Facebook, Instagram, Tiktok dan Telegram


Facebook 621 Ribu Followers
Tiktok 487 Ribu Followers
Instagram 153 Ribu Followers
Telegram 45 Ribu Followers

Awesome features

Aliquam commodo arcu vel ante volutpat tempus. Praesent pulvinar velit at posuere mollis. Quisque libero sapien.

Animated elements

Lorem ipsum dolor sit amet, consectetur adipiscing elit. Sed tempus cursus lectus vel pellentesque. Etiam tincidunt.

Responsive Design

Pellentesque ultricies ligula a libero porta, ut venenatis orci molestie. Vivamus vitae aliquet tellus, sed mollis libero.

Modern design

Duis ut ultricies nisi. Nulla risus odio, dictum vitae purus malesuada, cursus convallis justo. Sed a mi massa dolor.

Retina ready

Vivamus quis tempor purus, a eleifend purus. Ut sodales vel tellus vel vulputate. Fusce rhoncus semper magna.

Fast support

Suspendisse convallis sem eu ligula porta gravida. Suspendisse potenti. Lorem ipsum dolor sit amet, duis omis unde elit.

0
completed project
0
design award
0
facebook like
0
current projects
  • Ketua Menteri Sabah Sah Positif COVID-19

    Ketua Menteri Sabah Sah Positif COVID-19



    KOTA KINABALU: Ketua Menteri Sabah, YAB Datuk Seri Panglima Hajiji Mohd Noor disahkan positif COVID-19.

    Menurut Setiausaha Perhubungan Awam kepada Ketua Menteri, Effendi Mohamed Sunoh, Hajiji yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sulaman itu kini menjalani kuarantin wajib di Hospital Queen Elizabeth Kota Kinabalu.

    "Semasa dalam kuarantin kendiri tersebut, beliau menjalani ujian COVID-19 sekali lagi. Hasil ujian terbaru mengesahkan beliau didapati positif.

    "Hajiji kini menjalani rawatan di Queen Elizabeth Hospital (QEH) bagi rawatan seterusnyn dan kesihatannya baik serta stabil," katanya dalam kenyataan lewat malam Jumaat.

    Tambah Effendi, walaupun sedang menjalani rawatan, Hajiji masih menjalankan tugas dan tanggungjawabnya di tempat rawatan, menerusi panggilan telefon dan sidang video selain pentadbiran Kerajaan Negeri berfungsi seperti biasa.

    Sehubungan itu, Hajiji turut mengajak seluruh rakyat Sabah agar bertenang dan bersama-sama berdoa agar Sabah dan Malaysia selamat daripada COVID-19.

    Semalam, Setiausaha Kerajaan Negeri, YB Datuk Safar Untong dalam satu kenyataan memaklumkan Hajiji menjalani kuarantin kendiri selama dua minggu.

    Kata Safar, langkah itu dibuat secara sukarela oleh Hajiji setelah beliau terdedah kepada individu positif COVID-19.

    Safar turut memaklumkan kerajaan negeri berfungsi seperti biasa dan sebarang mesyuarat akan dilakukan melalui sidang video.

    Sumber - Astro Awani

  • COVID-19: 11 kes Baharu Di Sabah Babitkan Petugas Kesihatan

    COVID-19: 11 kes Baharu Di Sabah Babitkan Petugas Kesihatan


     KOTA KINABALU: Sebanyak 11 kes baharu positif COVID-19 di negeri ini dikesan semalam membabitkan petugas kesihatan di enam daerah.

    Pengarah Kesihatan Sabah, Datuk Dr Christina Rundi, berkata semua petugas terbabit masing-masing bertugas di Tawau (empat kes), Semporna (tiga) dan masing-masing satu kes di Lahad Datu, Kota Kinabalu, Papar dan Beluran.

    "Semua kes ini antara 219 kes positif baharu yang dilaporkan di Sabah setakat semalam dengan 61 dicatatkan Semporna dan 42 di Kota Kinabalu.

    "Ia diikuti Sandakan (33), Tawau (28), Papar (18), Ranau (tujuh), Putatan (lima), Tambunan (empat) dan Penampang (tiga)," katanya menerusi kenyataan media, hari ini.

    Dr Christina berkata, Tuaran, Kota Belud, Kudat, Pitas dan Beluran masing-masing merekodkan dua kes, manakala satu kes baharu dilaporkan di Beaufort dan Kinabatangan.

    Katanya, pertambahan kes di Papar dan Sandakan menjadikan kedua-dua daerah berkenaan berada dalam zon merah sejak 5 Oktober sekali gus jumlah zon merah di Sabah meningkat kepada tujuh daerah.

    Terdahulu, lima daerah lain yang dikategorikan sebagai zon merah adalah Tawau, Lahad Datu, Kunak, Semporna dan Kota Kinabalu sejak peningkatan kes berlaku bermula hujung September lalu.

    Setakat ini, bilangan kumulatif kes di Sabah kini adalah sebanyak 2,737 kes dengan 1,430 kes aktif dan sebanyak 1,290 kes pulih dengan tiga kematian direkodkan semalam termasuk kematian seorang bayi berusia setahun di Semporna.-BH

  • Shahelmey Yahya Janji Akan Tunaikan Tanggungjawab Sebaik Mungkin

    Shahelmey Yahya Janji Akan Tunaikan Tanggungjawab Sebaik Mungkin

     

    PELANTIKAN: Shahelmey menerima watikah pelantikan daripada Tun Juhar.

    KOTA KINABALU: Menteri Pembangunan Masyarakat dan Kesejahteraan Rakyat Sabah, Ir Shahelmey Yahya berjanji akan menunaikan tanggungjawab sebaik mungkin bagi menangani senario semasa terutamanya ketika pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) di negeri ini.

    Beliau berkata, pihaknya akan menghadiri sesi taklimat dengan pihak pentadbiran kementerian pada pagi esok untuk meneliti sepenuhnya penugasan dalam menyampaikan perkhidmatan kepada rakyat.

    "Esok pagi kita akan mendengar taklimat daripada pihak kementerian bagi penelitian tugasan.

    "Kita melihat bagaimana untuk menghadapi keperihatinan masalah yang menghadapi PKP, PKPB dan Covid-19 ini," katanya.

    Jelasnya, sebaik sahaja selesai sesi taklimat pentadbiran, pihaknya dijangka akan mengadakan satu sidang media bagi memberikan penerangan secara terperinci mengenai perkembangan terkini dan skop kementerian.


    TANDATANGAN: Shahelmey bersama penerima yang lain menandatangani surat watikah pelantikan.


    Terdahulu, Shahelmey bersama empat lagi menteri penuh mengangkat sumpah di Istana Negeri Sabah pada pagi tadi.

    Antara yang dilantik menteri penuh adalah Datuk Ariffin Arif (Menteri Tugas-Tugas Khas), Datuk Jafry Arrifin (Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar), Datuk Yakub Khan (Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi) serta Datuk Ellron Angin (Menteri Belia dan Sukan).

  • 146 Polis Diarahkan Menjalani Kuarantin Kendiri

    146 Polis Diarahkan Menjalani Kuarantin Kendiri

     

    HABIBI MAJINJI

    KOTA KINABALU: Seramai 146 pegawai serta anggota polis diarahkan untuk menjalani kuarantin kendiri di rumah masing-masing.

    Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu Asisten Komisioner Habibi Majinji berkata kesemua mereka yang dikuarantin itu termasuklah tujuh pegawai dan 136 anggota serta tiga kakitangan awam.

    “Mereka diarahkan untuk menjalani kuarantin di rumah masing-masing sejak seminggu lalu secara berperingkat berikutan ada dalam kalangan ahli keluarga anggota yang disahkan positif COVID-19.

    “Kesemua anggota yang diarahkan untuk menjalani kuarantin kendiri itu bagaimanapun dalam keadaan baik dan akan diarahkan untuk bekerja semula sebaik tamat tempoh kuarantin,” katanya.

    Sementara itu Habibi juga menasihatkan orang ramai untuk tidak panik dengan senarai lokaliti COVID-19 yang ditularkan sejak semalam berikutan tiada rekod yang serius di kawasan berkenaan.

    “Kesemua kawasan yang disenaraikan itu dipilih agar pihak polis boleh perketatkan lagi penugasan berikutan terdapat beberapa individu yang dikesan positif COVID-19 di lokasi berkenaan.

    “Tiga kawasan utama termasuk Bandar Sierra, Kampung Kembirian serta Skim Penempatan Telipok dikesan sebagai tempat tumpuan orang ramai dan kita akan menjalankan penugasan serta kawalan pergerakan yang lebih ketat di sana,” katanya.-Vivi Olviana Najurus

  • Abang Ipar Rogol Kanak-kanak Perempuan 11 Tahun Diburu Polis

    Abang Ipar Rogol Kanak-kanak Perempuan 11 Tahun Diburu Polis

    GAMBAR HIASAN

     KOTA MARUDU: Polis kini giat memburu seorang lelaki yang dipercayai merogol kanak-kanak perempuan berumur 11 tahun di sebuah kampung di Pitas penghujung September lalu.

    Ketua Polis Daerah Kota Marudu Superintendan Mohd Izaan Abdullah berkata pihaknya memburu salah seorang daripada dua suspek yang menjalankan perbuatan terkutuk itu pada 5 petang 30 September lalu.

    “Hasil siasatan mendapati mangsa pergi ke rumah kakaknya untuk menjaga tiga orang anak buahnya berikutan kakaknya mahu ke klinik untuk menjalani pemeriksaan kesihatan.

    “Sebaik kakak mangsa balik, mangsa kemudian mengadu ‘diganggu’ (dirogol) oleh dua suspek iaitu abang ipar serta bapa saudaranya di bilik tidur,” katanya.

    Katanya kakak mangsa kemudian membuat laporan polis sebelum bapa saudara mangsa berumur 40 tahun ditahan pada hari sama.

    “Polis kini giat memburu seorang lagi suspek yang juga abang ipar mangsa atau suami kepada kakaknya berumur 31 tahun yang dipercayai melarikan diri selepas mengetahui isterinya membuat laporan polis,” katanya.

    Beliau juga meminta kerjasama penduduk kampung serta kawasan sekitar untuk menghubungi pihak polis dengan kadar segera jika mempunyai maklumat suspek agar penahanan boleh dibuat.

    Tambahnya kes disiasat mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan.

  • -Vivi Olviana Najurus
  • 75 Peratus Penggunaan Katil Pesakit COVID-19 Di Sabah

    75 Peratus Penggunaan Katil Pesakit COVID-19 Di Sabah

    NOOR HISHAM

     KOTA KINABALU: Sebanyak 75 peratus kadar penggunaan kapasiti katil direkodkan di enam hospital berpakar yang merawat pesakit COVID-19 di negeri setakat 6 Oktober 2020.

    Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Noor Hisham Abdullah dalam kenyataannya berkata, sebanyak 710 katil disediakan di hospital berkenaan dan 1,886 katil lagi di 10 Pusat Kuarantin dan Rawatan COVID-19 Berisiko Rendah (PKRC).

    Katanya, kadar penggunaan katil di PKRC setakat 6 Oktober adalah sebanyak 35 peratus manakala bagi perkhidmatan rawatan rapi, Sabah mempunyai 72 katil yang dikhususkan bagi merawat pesakit COVID-19 yang kritikal dan kadar penggunaan adalah sebanyak 38 peratus.

    "Bagi menampung peningkatan kes COVID-19, wad-wad tambahan turut dibuka di enam hospital berpakar di Sabah termasuk bangunan Kompleks Sukan Likas bagi Hospital Queen Elizabeth (HQE) dan Kompleks Sukan Tawau bagi Hospital Tawau.

    "Wad tambahan lain yang dibuka termasuklah Dewan Arena Tawau Kompleks Penjara Tawau dan Bangunan Institut Latihan Kementerian Kesihatan Malaysia (ILKKM); Dewan Tun Haji Mustapha bagi Hospital Lahad Datu dan Dewan Rafflesia ILKKM PPR Batu Putih bagi Hospital Duchess of Kent (HDOK) Sandakan.

    "PPR Bubul Ria juga dibuka bagi menempatkan kes-kes COVID-19 di daerah Semporna dan Asrama Sekolah Menengah Agama (SMA) untuk kes-kes daerah Kunak," jelasnya.

    Menurutnya, KKM turut mengatur pasukan bantuan yang terdiri daripada pakar perubatan, pegawai perubatan, penolong pegawai perubatan, serta jururawat terlatih untuk membantu petugas kesihatan Jabatan Kesihatan Negeri Sabah (JKNS) mengendalikan wad-wad tambahan berkenaan.

    Pada masa sama katanya, KKM juga menghantar aset perubatan tambahan untuk kegunaan hospital-hospital di negeri Sabah.-Siti Aisyah Narudin

  • Lelaki Langgar PKPP Dikompaun

    Lelaki Langgar PKPP Dikompaun

     

    BERSALAH: Penjaga premis yang dikompuan akibat gagal
     mematuhi peraturan PKPP.

    BEAUFORT: Sorang lelaki penjaga sebuah premis perniagaan di pekan lama Membakut dikenakan kompaun selepas didapati melanggar Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP).

    Ketua Polis Daerah Beaufort Deputi Superintendan Azmir Abd Razak berkata, lelaki terbabit didapati gagal memastikan pengunjung membuat rekod yang sepatutnya disediakan di premisnya dalam kira-kira jam 4.10 petang pada 6 Oktober lepas.

    Katanya, lelaki berumur 34 tahun itu didapati melakukan kesalahan terbabit semasa pasukan pemantauan penguatkuasaan COVID-19 Ibu Pejabat Daerah (IPD) Beaufort menjalankan pemeriksaan di premis itu.

    "Hasil pemeriksaan mendapati penjaga premis gagal memastikan pengunjung membuat catatan di dalam buku yang disediakan di premisnya," katanya dalam kenyataan di sini semalam.

    Beliau berkata, penjaga premis itu kemudiannya dibawa ke IPD Beaufort untuk dikompaun.

    Menurutnya, kompaun yang dikenakan mengikut kesalahan di bawah Per.11(2) Peraturan-Peraturan Pencegahan Penyakit Berjangkit (Langkah-Langkah di dalam Kawasan Jangkitan Tempatan) No.8 Tahun 2020.

  •  
  • Bayi 1 Tahun Antara Tiga Kes Kematian COVID-19 Di Sabah

    Bayi 1 Tahun Antara Tiga Kes Kematian COVID-19 Di Sabah




    Semporna: Seorang bayi perempuan berusia 1 tahun antara tiga kes kematian akibat COVID-19 yang direkodkan hari ini di Sabah.

    Menurut Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah, bayi warganegara tersebut merupakan kes kematian ke 140 dan dibawa mendapatkan rawatan ke Jabatan Kecemasan dan Trauma, Hospital Semporna pada 1 Oktober 2020.

    Keadaan kesihatan bayi itu merosot dan memerlukan bantuan pernafasan, saringan COVID-19 didapati positif pada 5 Oktober 2020 dan bayi tersebut meninggal pada hari yang sama iaitu pada jam 4.25 petang.

    Manakala, dua kematian lagi melibatkan seorang lelaki warganegara berumur 60 tahun di Sandakan dan seorang lelaki warganegara yang juga berumur 60 tahun di Semporna.

    Pada hari ini, seramai 219 kes positif direkodkan di Negeri Sabah, tiga kematian dan satu kluster baharu iaitu Kluster Ramai-Ramai di Sandakan, Sabah. - Sabah Info




  • Guru Meninggal Dunia Akibat COVID-19 di Semporna

    Guru Meninggal Dunia Akibat COVID-19 di Semporna



    KOTA KINABALU: Semua sekolah di Sabah berkemungkinan akan ditutup selama dua minggu selepas seorang guru meninggal dunia akibat COVID-19, memetik sumber, laporan Portal The Star.

    Sementara itu, Pengarah Jabatan Pendidikan Negeri Sabah, Dr. Mistrine Radin mengatakan bahawa maklumat mengenai guru berkenaan tidak boleh didedahkan. Melalui pemeriksaan di Hospital Semporna mendapati guru tersebut meninggal dunia di situ.

    Seorang pegawai hospital berkata, pengarah hospital sedang berbincang dengan kementerian untuk mengeluarkan satu kenyataan.

    Dr. Mistrine bagaimanapun mengesahkan seorang guru lelaki maut akibat COVID-19, namun enggan mengulas lebih lanjut.

    Tambah beliau lagi, ketika ini semua 50 sekolah di daerah tersebut telah ditutup sehingga 12 Oktober 2020.

    Daerah Semporna merupakan salah satu daerah Zon Merah akibat COVID-19 selain Tawau, Lahad Datu dan Kunak. Setakat ini, 388 kes COVID-19 dicatatkan di daerah itu. 
    .

  • Kerjasama Rakyat Bendung Penularan COVID-19

    Kerjasama Rakyat Bendung Penularan COVID-19

    JONATHAN

     RANAU: Timbalan Menteri Dalam Negeri II Jonathan Yasin sekali lagi menyeru rakyat negeri ini khususnya penduduk Ranau dan Kundasang supaya sentiasa mengikuti dan mematuhi arahan kerajaan bagi mengekang jangkitan COVID-19 yang kini masih menjadi wabak seluruh dunia.

    Jonathan yang juga Ahli Parlimen Ranau berkata, keadaan ini  membimbangkan khususnya di Sabah yang menunjukkan peningkatan
    kes COVID-19, memerlukan kerjasama semua lapisan masyarakat akar umbi agar sama-sama menjadi barisan hadapan membendung penularan   wabak berkenaan.

    Beliau menegaskan, meskipun keadaan kes itu terkawal di Sabah namun, rakyat harus sedar peranan mereka berwaspada dengan sentiasa mengamalkan serta mematuhi arahan yang dikuatkuasakan termasuklah mengamalkan penjarakan fizikal, memakai pelitup muka, kerap membasuh tangan, tidak mengunjungi kawasan sesak (ramai orang) dan banyak lagi.

    "Kepada mereka yang sedang dikuarantin pula harus bersabar dan mematuhi segala arahan demi keselamatan diri sendiri keluarga dan masyarakat seluruhnya," katanya.

  • Tujuh bulan penjara kerana miliki Mykad orang lain

    Tujuh bulan penjara kerana miliki Mykad orang lain


    GAMBAR SEKADAR HIASAN

     KOTA KINABALU: Seorang lelaki berusia lingkungan 30-an dijatuhi hukuman tujuh bulan penjara oleh Mahkamah Majistret di sini kerana memiliki kad pengenalan orang lain.

    Majistret Lovely Natasha Charles menjatuhkan hukuman itu ke atas Arfin Ariansyah selepas tertuduh mengaku bersalah terhadap pertuduhan yang dibacakan kepadanya.
     
    Arfin memiliki sekeping MyKad milik orang lain pada 6 September sekitar jam 11 pagi, di jalan raya tepi jalan Jalan Mat Salleh di Tanjung Aru, di sini.

    Semasa disoal siasat, Arfin pada mulanya mendakwa bahawa MyKad berkenaan adalah miliknya, tetapi akhirnya mengakui bahawa dia telah menjumpainya didalam sebuah dompet yang tercicir di atas jalan.

    Dia juga mengakui bahawa tidak mempunyai dokumen pengenalan diri.

    Kesalahan itu adalah di bawah Peraturan 25 (1) (o) Peraturan Pendaftaran Negara 1990 yang membawa hukuman penjara hingga tiga tahun dan denda maksimum RM20,000, atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.

    endakwaan dikendalikan oleh Pegawai Pendakwa Inspektor Kelvan Elson Maik.- Safrah Mat Salleh

  • Bapa Kandung Kanak-kanak Lelaki Diminta Tampil Bantu Urusan Penjagaan

    Bapa Kandung Kanak-kanak Lelaki Diminta Tampil Bantu Urusan Penjagaan

     

    DI MANA BAPA: Alvin kini dalam jagaan ibu saudara dan neneknya

    TUARAN: Pejabat Perkhidmatan Kebajikan Am Tuaran mengesan ibu bapa kepada seorang kanak-kanak lelaki berumur 11 tahun untuk urusan penjagaan.

    Pelindung Ruhani Kiah berkata, kanak-kanak bernama Alvin Neo Lotius dirujuk kepada pihaknya oleh ibu saudara iaitu Rose Muhin yang merupakan adik kandung kepada bapa kanak-kanak itu.

    Menurutnya, bapa kandung bernama Lotius Muhin berbangsa Dusun berasal dari Kampung Raganan Kiulu telah keluar bekerja ke Semenanjung Malaysia pada penghujung tahun 1990, manakala ibu kandung bernama Susiani dipercayai warga Indonesia tidak dapat dikesan sehingga ke hari ini.

    Kanak-kanak ini ditinggalkan oleh bapanya dalam jagaan nenek iaitu Jeini Gitik, tanpa sijil lahir. Ibu saudara (Rose) membantu nenek menjaga kanak-kanak itu sehingga ke hari ini.

    Bapa kandung pula tidak pernah menjenguk anaknya dan ibu saudara berhasrat untuk mengambil kanak-kanak itu sebagai anak angkat. Bagaimanapun, ibu saudara masih mahu mengesan bapa kandung terbabit.

    Sehubungan itu, bapa kandung atau mana-mana sumber yang dapat mengesan bapa kandung diminta tampil agar urusan pengangkatan ke atas kanak-kanak dapat diambil tindakan sewajarnya.

    Sebarang maklumat dan pertanyaan, boleh menghubungi Ruhani di talian 088-788630 atau datang terus ke pejabatnya di bangunan Majlis Daerah Tuaran.

  • Sekeluarga Hilang Tempat Tinggal, Rumah Terbakar

    Sekeluarga Hilang Tempat Tinggal, Rumah Terbakar

     

    PADAM: Anggota bomba BBP Kota Marudu semasa menjalankan operasi pemadaman di lokasi kejadian menggunakan sumber air daripada jentera

    KOTA MARUDU: Satu keluarga kehilangan tempat tinggal selepas rumah didiami musnah terbakar di Kampung Sumbilingon di sini semalam.

    Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kota Marudu Rony Sikawan berkata, kejadian berlaku jam 9.19 pagi membabitkan sebuah rumah tidak kekal.

    "Bertindak dengan kejadian kita menggegaskan sepasukan anggota dari BBP Kota Marudu dengan dibantu Pegawai Zon 3 Sabah (Kudat) ke lokasi bagi melaksanakan operasi pemadaman dengan menggunakan teknik 'Offensive firefighting' daripada jentera tangki 'Prime Mover'.

    "Kebakaran memusanahkan rumah seluas 15x20 kaki persegi dan kebakaran berjaya dikawal jam 9.35 pagi dari merebak ke kawasan lebih luas," katanya.

    Menurutnya, tiada kecederaan atau kemalangan jiwa dilaporkan dalam kes ini dan punca kejadian serta jumlah kerugian masih dalam siasatan pihak Bahagian Penyiasatan Kebakaran Zon 3 Sabah (Kudat).

    Katanya, operasi keseluruhan ditamatkan jam 9.44 pagi.- Vivi Olviana Najurus

  • COVID-19: Berita 'Lockdown' Negeri Sabah Palsu

    COVID-19: Berita 'Lockdown' Negeri Sabah Palsu

     


    KOTA KINABALU: Penduduk di Sabah dinasihatkan agar tidak percaya berita palsu yang tersebar, kononnya tindakan 'lockdown' akan dikenakan di seluruh negeri Jumaat ini.

    Majlis Keselamatan Negara (MKN) Negeri Sabah menerusi kenyataan dalam laman Facebooknya memaklumkan setakat ini hanya empat daerah dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan Bersasar (PKPDB) iaitu Semporna, Lahad Datu, Tawau dan Kunak.

    "Daerah lain hanyalah masih di peringkat cadangan sahaja," kata MKN Sabah hari ini. 

    Baru-baru ini tersebar berita palsu di media sosial terutama di Facebook berbunyi: "Mungkin hari Jumaat ini akan Lockdown seluruh Sabah, sila sedia semua,".

    Isnin lepas Menteri Kanan (Kluster Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dilaporkan berkata PKPDB dilaksanakan di empat daerah itu bermula 12.01 tengah malam 29 Sept hingga 12 Okt melibatkan 962,661 penduduk. - Bernama

  • GET A FREE QUOTE NOW

    Lorem ipsum dolor sit amet, consectetuer adipiscing elit, sed diam nonummy nibh euismod tincidunt ut laoreet dolore magna aliquam erat volutpat.

    Search This Blog

    Powered by Blogger.

    Contributors

    ADDRESS

    4759, NY 10011 Abia Martin Drive, Huston

    EMAIL

    contact-support@mail.com
    another@mail.com

    TELEPHONE

    +201 478 9800
    +501 478 9800

    MOBILE

    0177 7536213 44,
    017 775362 13