SABAH INFO


Kami adalah
Social Media Influencer

Team Sabah Info

Sabah Info adalah sebuah pasukan kreatif yang berpangkalan di Kota Kinabalu. Memfokuskan konten digital versi Sabahan melalui platform media sosial yang paling kukuh di Negeri Sabah! Sabah Info juga menawarkan servis pengiklanan dengan pakej yang berpatutan dengan hasil yang sangat memberangsangkan! Kami sedia menjadi rakan strategik anda!

  • Kota Kinabalu, Sabah
  • sabahinfo.my@gmail.com
  • www.sabahinfo.com.my
Me

Kelebihan Kami

Platform kami adalah yang terbesar di negeri bawah bayu. Meliputi Facebook, Instagram, Tiktok dan Telegram


Facebook 621 Ribu Followers
Tiktok 487 Ribu Followers
Instagram 153 Ribu Followers
Telegram 45 Ribu Followers

Awesome features

Aliquam commodo arcu vel ante volutpat tempus. Praesent pulvinar velit at posuere mollis. Quisque libero sapien.

Animated elements

Lorem ipsum dolor sit amet, consectetur adipiscing elit. Sed tempus cursus lectus vel pellentesque. Etiam tincidunt.

Responsive Design

Pellentesque ultricies ligula a libero porta, ut venenatis orci molestie. Vivamus vitae aliquet tellus, sed mollis libero.

Modern design

Duis ut ultricies nisi. Nulla risus odio, dictum vitae purus malesuada, cursus convallis justo. Sed a mi massa dolor.

Retina ready

Vivamus quis tempor purus, a eleifend purus. Ut sodales vel tellus vel vulputate. Fusce rhoncus semper magna.

Fast support

Suspendisse convallis sem eu ligula porta gravida. Suspendisse potenti. Lorem ipsum dolor sit amet, duis omis unde elit.

0
completed project
0
design award
0
facebook like
0
current projects
  • Semua Pesakit Covid-19 Di Sandakan Sembuh

    Semua Pesakit Covid-19 Di Sandakan Sembuh


    Sandakan: Dua pesakit terakhir yang dirawat di Daerah Sandakan dilaporkan sembuh hari ini. Mengikut data yang dikeluarkan oleh Kementerian Kesihatan dan Kesejahteraan Rakyat Sabah, Sandakan merekodkan seramai 21 kes Positif Covid-19.

    Setakat 30 April 2020, tiada peningkatan kes positif  menjadikan jumlah kes positif Covid-19 kekal seramai 315 orang. Untuk pesakit sembuh pula, peningkatan sebanyak 13 kes sembuh menjadikan jumlah kes sembuh seramai 241 orang.

    Selain Sandakan, 5 daerah lain yang merekodkan tiada kes aktif Covid-19 adalah Daerah Kunak, Papar, Tambunan, Sipitang dan Semporna. Sehingga kini, bilangan pesakit yang masih dirawat adalah seramai 70 orang. - Sabah Info



  • Papar dan Kunak Daerah Baru Tiada Kes Positif Covid-19

    Papar dan Kunak Daerah Baru Tiada Kes Positif Covid-19


    Kota Kinabalu: Papar dan Kunak kini direkodkan sebagai daerah baru yang mencatatkan semua pesakit sembuh. Dua daerah tersebut sebelum ini masing-masing mempunyai empat kes di Papar dan lapan kes di Kunak.

    Mengikut data yang dikeluarkan Kementerian Kesihatan dan Kesejahteraan Rakyat Sabah, pesakit terakhir yang dirawat di Daerah Papar dilaporkan sembuh hari ini manakala 2 pesakit di Daerah Kunak dilaporkan sembuh pada 3 hari lepas.

    Selain Kunak dan Papar, 3 daerah lain yang merekodkan semua pesakit sembuh Covid-19 adalah Daerah Tambunan, Sipitang dan Semporna.

    Setakat 28 April 2020,  Bilangan kes Covid-19 yang dirawat di seluruh Sabah kini telah berkurang kepada dua angka iaitu sebanyak 92 kes.

    Walaubagaimanapun, Kementerian Kesihatan Malaysia menasihati rakyat Malaysia untuk tidak alpa dengan perkembangan terkini dan terus patuh kepada PKP memandangkan pendekatan itu penting dalam memutuskan rantaian penularan jangkitan Covid-19. -Sabah Info


  • Tiada Kes Baharu Positif Covid-19 Di Sabah 2 Hari Berturut-turut

    Tiada Kes Baharu Positif Covid-19 Di Sabah 2 Hari Berturut-turut


    KOTA KINABALU: Tiada kes baru positif COVID-19 direkodkan di negeri Sabah untuk dua hari berturut-turut dengan jumlah terkumpul sebanyak 308 kes.

    Jumlah kes kematian di negeri ini juga masih kekal dengan empat kes tanpa sebarang pertambahan setakat ini.

    Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr. Noor Hisham Abdullah dalam kenyataannya berkata, sehingga 22 April 2020, sebanyak 50 kes baharu direkodkan dengan jumlah terkumpul positif COVID-19 di Malaysia adalah sebanyak 5,532 kes. - SABAH INFO

    Sumber: KKM

  • 249 Kes Positif Covid-19 di Sabah Tiada Gejala Awal

    249 Kes Positif Covid-19 di Sabah Tiada Gejala Awal


    SEBANYAK 249 kes positif Covid-19 di Sabah tidak mempunyai gejala pada peringkat awal.

    Pengarah Kesihatan Negeri Datuk Dr Christina Rundi berkata, jumlah berkenaan adalah sebahagian daripada 293 kes yang sudah dianalisa.

    “Situasi berkenaan amat membimbangkan kerana individu ini berpotensi untuk menjangkiti kontak rapat tanpa disedari.

    “Oleh itu, Jabatan Kesihatan Negeri Sabah (JKNS) sentiasa menekankan kepentingan kuarantin bagi individu yang mempunyai sejarah perjalanan ke luar atau dalam negara dalam usaha membendung penularan Covid-19.

    “Langkah ini dapat memutuskan rantaian jangkitan agar virus tidak merebak dan menjangkiti orang lain,” katanya dalam kenyataan media, hari ini.

    Dalam perkembangan lain, Christina berkata, pihaknya masih mengesan kes Covid-19 dalam kalangan individu yang mempunyai sejarah pergerakan ke luar negara seperti Thailand, Indonesia dan United Kingdom selain masih wujud kes penularan wabak sama yang dilaporkan menerusi sejarah perjalanan ke Semenanjung. - HMetro
  • 737,797 Rakyat Sabah Lulus Terima Bantuan BPN

    737,797 Rakyat Sabah Lulus Terima Bantuan BPN



    KOTA KINABALU: Seramai 737,797 orang rakyat di Sabah telah mendapat kelulusan Bantuan Prihatin Nasional (BPN). Jumlah itu adalah daripada 6.5 juta penerima layak di seluruh negara.

    Timbalan Menteri Kewangan 1, Datuk Abdul Rahim Bakri dalam satu kenyataan media yang dikeluarkan hari ini, berkata jumlah terbabit tidak termasuk individu yang baru mendaftar.

    “Pendaftar baharu akan ditapis kelayakan mereka dan ditentukan selepas tempoh pendaftaran berakhir pada 30 April ini,” katanya.

    Beliau mengeluarkan kenyataan terbabit selepas mendapat taklimat ringkas dari Pengarah Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) Sabah, Datuk Hajam Lajah Alam, di sini, hari ini.

    Beliau berkata, pembayaran BPN untuk rakyat Sabah membabitkan golongan yang disasarkan.

    “Setakat ini pembayaran BPN di Sabah dijangka akan membabitkan seramai 341,229 orang ketua isi rumah B40 ( pendapatan RM4000 ke bawah ) dengan bayaran RM1600 setahun dan anggaran jumlah sebanyak RM545,966,400.

    “Bagi individu bujang B40 (pendapatan RM2000 ke bawah) pula adalah seramai 314,451 orang yang akan menerima RM800 seorang setahun berjumlah sebanyak RM251,560,800.

    “Sementara itu, ketua isi rumah M40 (pendapatan RM4001 sehingga RM8000) dengan bayaran RM1000 setahun adalah berjumlah 51,026 orang dengan peruntukan sebanyak RM51,026,000

    “Individu bujang M40 (pendapatan RM2,001 sehingga RM4,000) jumlah yang telah diluluskan ialah 31,091 dengan jumlah bayaran RM500 dengan jumlah peruntukan RM15,545, 500,” katanya.

    Abdul Rahim turut memberitahu, kerajaan persekutuan telah memperuntukkan dana sebanyak RM864,098,700 juta BPN bagi sejumlah 737,797 orang yang layak di Sabah.

    “Bantuan ini adalah tanda keprihatinan kerajaan PN pimpinan Tan Sri Muhyiddin Yassin kepada rakyat Malaysia termasuk Sabah yang terjejas oleh PKP, ” katanya. - BH Online
  • Sampel Susulan Pesakit Sembuh Didapati Positif di Sandakan & Kinabatangan

    Sampel Susulan Pesakit Sembuh Didapati Positif di Sandakan & Kinabatangan


    Sandakan: Terdapat pesakit Covid-19 di Daerah Sandakan dan Kinabatangan yang telah tamat rawatan dan dilaporkan sebagai sembuh apabila dua sampel mereka yang diambil sudah negatif.

    Walaubagaimanapun, sampel susulan pesakit itu didapati positif menyebabkan mereka perlu menjalani rawatan lanjut bagi memastikan pesakit sembuh sepenuhnya.

    Pengarah Kesihatan Negeri Sabah, Datuk Dr. Christina Rundi dalam kenyataannya menjelaskan kekeliruan yang berlaku apabila data bilangan sembuh di kedua daerah itu menunjukkan pengurangan pesakit sembuh.

    "Bagi Daerah Tambunan, kedua-dua kes telah sembuh pada 19 April 2020 tetapi laporan hanya dikemaskini pada hari berikutnya" Tambahnya lagi.

    - Sumber: Kenyataan Media PKN Sabah 20/04/2020

  • Gleneagles KK Lapor Kes Pertama Pesakit Covid-19

    Gleneagles KK Lapor Kes Pertama Pesakit Covid-19


    Kota Kinabalu: Hospital Gleneagles Kota Kinabalu melaporkan kes pertama pesakit Covid-19 iaitu seorang wanita tempatan berusia 55 tahun.

    Pesakit wanita itu telah dimasukkan ke Gleneagles KK bagi menjalani pembedahan. Ujian Covid-19 telah dibuat bagi pesakit tersebut sebelum meneruskan rawatan lanjut. Mengikut protokol, Hospital Gleneagles KK mewajibkan ujian Covid-19 bagi semua pesakit yang menjalankan prosedur rawatan di hospital tersebut.

    Oleh kerana rawatan yang mendesak bagi pesakit itu, pihak hospital meneruskan rawatan dan mengkategorikan pesakit tersebut sebagai kes yang disyaki sementara menunggu keputusan ujian Covid-19.

    Keputusan ujian Covid-19 pesakit tersebut didapati positif pada 17 April 2020 dan telah dipindahkan ke Hospital Queen Elizabeth 1 untuk pengesahan dan rawatan selanjutnya.

    Menurut pihak Hospital Gleneagles Kota Kinabalu, mereka mematuhi polisi dan proses pengendalian jangkitan Covid-19 dan mengamalkan langkah pencegahan bagi memastikan keselamatan kakitangan dan pesakitnya.

    Semua kawasan yang terjejas telah ditutup untuk pembasmian kuman mengikut panduan kawalan jangkitan. Semua staf yang didapati mempunyai kontak dengan pesakit tersebut telah dikesan dan dikuarantin sebagai tindakan pencegahan sesuai dengan panduan oleh Jabatan Kesihatan Negeri Sabah, sementara menunggu keputusan ujian Covid-19.

    - Sumber: Kenyataan Media Gleneagles Hospital Kota Kinabalu (20/04/2020)
  • Penduduk Penampang Tidak Boleh Lagi Berbelanja Di Kota Kinabalu

    Penduduk Penampang Tidak Boleh Lagi Berbelanja Di Kota Kinabalu



    Penampang:
    Penduduk yang tinggal di Daerah Penampang kini tidak boleh lagi berbelanja barang keperluan di Daerah Kota Kinabalu melainkan urusan mendesak, menurut Ketua Polis Penampang DSP Mohd Haris Ibrahim.

    Keputusan itu diambil berikutan penguatkuasaan yang lebih ketat  dalam Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) Fasa 3 bagi membendung penularan Covid-19.

    Setakat ini, 12 Kes Positif Covid-19 telah direkodkan di Daerah Penampang.

    Ketika membuat pemeriksaan sepanjang Jalan Penampang di sini, Ahad, Haris mendapati terdapat pengguna jalan raya yang ingin membeli barang keperluan makanan di Lido yang terletak dalam kawasan Daerah Kota Kinabalu.

    "Kami mengarahkan mereka untuk berpatah balik dan membeli barang keperluan di kawasan Penampang, kami tidak membenarkan penduduk untuk melintasi sempadan daerah hanya untuk membeli barang keperluan di Kota Kinabalu" katanya.

    Larangan tersebut turut terpakai kepada penduduk yang tinggal di kawasan Lido.

    "Kami juga tidak membenarkan mereka (penduduk Lido) membeli barang keperluan di Penampang. Terdapat pasaraya dan kedai serbaneka yang mencukupi disana"

    "Tidak perlu melintasi sempadan Penampang-Kota Kinabalu semata-mata untuk membeli barang keperluan. Mereka yang didapati melakukan perkara itu akan diarahkan berpatah balik dan berbelanja di kawasan masing-masing" katanya.

    Sehingga Ahad, Polis Penampang telah membuka 30 kertas siasatan melibatkan 54 tangkapan berkaitan pelanggaran Perintah Kawalan Pergerakan.

    - Sabah Info (Sumber - Keratan Akhbar Daily Express 20/04/2020)
  • Ingkar PKP, 9 premis diarah tutup di Sandakan

    Ingkar PKP, 9 premis diarah tutup di Sandakan


    KOTA KINABALU, 20 April -- Sebanyak sembilan premis di Sandakan diarahkan tutup kerana ingkar arahan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), kata Pengarah Jabatan Kesihatan Negeri Sabah (JKNS) Datuk Dr Christina Rundi.

    Beliau berkata kesemua premis berkenaan adalah antara 946 premis yang diperiksa dalam operasi bersepadu diketuai oleh Unit Inspektorat dan Perundangan (UIP) JKNS di seluruh negeri Sabah.

    “Premis berkenaan adalah tiga kedai serbaneka, tiga kedai runcit dan masing-masing satu kilang, bengkel, serta kedai makan. Arahan penutupan premis berkenaan telah dikeluarkan oleh Majlis Perbandaran Sandakan.

    “Pihak JKNS telah mengeluarkan amaran sebanyak dua kali tetapi premis berkenaan masih tidak mematuhi arahan yang dikeluarkan, sebelum diarahkan tutup,” katanya dalam satu kenyataan di sini, hari ini.

    Beliau berkata antara yang turut serta dalam operasi bersepadu itu adalah polis, tentera dan pihak berkuasa tempatan dengan kekuatan seramai 165 anggota di seluruh Sabah.

    -- BERNAMA
  • Majoriti Pesakit Covid-19 Di Sabah Adalah Lelaki - JKNS

    Majoriti Pesakit Covid-19 Di Sabah Adalah Lelaki - JKNS

    Sumber- JKNS
    Kota Kinabalu: Hasil analisis Jabatan Kesihatan Negeri Sabah setakat 19 April 2020 mendapati pecahan sebanyak 64% daripada 306 jumlah kes Positif Covid-19 di Negeri Sabah adalah lelaki yang berumur dalam lingkungan 1 tahun sehingga 80 tahun.

    Kenyataan Media yang dikeluarkan oleh Pengarah Kesihatan Sabah, Datuk Dr. Christina Rundi hari ini turut menjelaskan kesemua kesemua kes yang direkodkan di Daerah Kinabatangan iaitu seramai 22 kes adalah daripada Kluster Tabligh Seri Petaling. - SABAH INFO


    22 Kes di Kinabatangan

  • Semua Pesakit sembuh, 4 Daerah kini tiada kes aktif Covid-19

    Semua Pesakit sembuh, 4 Daerah kini tiada kes aktif Covid-19



    Kota Kinabalu
    : Kesemua pesakit di empat daerah di Negeri Sabah kini dilaporkan sembuh Kes Covid-19. Empat daerah tersebut sebelum ini masing-masing mencatatkan 4 kes di Sipitang, 2 kes di Ranau, 2 kes di Semporna, dan 5 kes di Kota Belud.

    Walaupun peningkatan kes Covid-19 masih berlaku di Negeri Sabah, namun trend pesakit sembuh setiap hari mengatasi jumlah pesakit yang disahkan positif.

    Susulan perkembangan dalam penurunan kes ini amat positif di seluruh Malaysia, KKM kekal menasihatkan Rakyat Malaysia agar terus patuh kepada Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dan mengamalkan penjarakkan sosial serta kebersihan diri. - Sabah Info

    Update Semasa Covid-19 Negeri Sabah 19 April 2020

  • Sabah rekod empat lagi kes sporadik: 1 Sandakan, 3 Lahad Datu

    Sabah rekod empat lagi kes sporadik: 1 Sandakan, 3 Lahad Datu



    KOTA KINABALU: Tiga kes baharu positif COVID-19 dilaporkan di Lahad Datu semalam adalah membabitkan kes sporadik.

    Pengarah Kesihatan Negeri, Datuk Dr Christina Rundi, berkata semua kes berkenaan dikesan melalui aktiviti saringan bersasar yang dilaksanakan pada 12 April lalu.

    “Selain itu, satu kes baharu di daerah Sandakan turut dikenalpasti sebagai kes sporadik manakala tiga kes baharu lain yang dilaporkan ialah membabitkan kontak generasi pertama kluster golongan kesihatan di daerah Tuaran, Penampang dan Kota Kinabalu.

    “Dua kes baharu direkodkan di daerah Tawau pula terdiri daripada satu kes daripada kluster tabligh lain-lain dan seorang lagi adalah generasi pertama kluster tabligh Sri Petaling, selain satu kes di daerah Beaufort melalui kluster tabligh yang telah menghadiri perhimpunan di Makassar, Indonesia.

    “Secara keseluruhannya, Jabatan Kesihatan Negeri Sabah (JKNS) mencatatkan 10 kes COVID-19 terkini setakat semalam,” katanya pada kenyataan media di Kota Kinabalu.

    Sementara itu, Christina menyatakan pihaknya kini turut menghantar sejumlah sampel ke makmal di luar Sabah bagi melalui ujian saringan selain proses sama dilakukan di Makmal Kesihatan Awam Kota Kinabalu dan Makmal Hospital Queen Elizabeth.

    Beliau berkata, pendekatan seumpama itu dilihat mampu menangani isu sampel tertunggak.

    “Makmal negeri ini akan menerima sampel yang semakin banyak sekiranya terdapat kes positif COVID-19 baharu, kes PUI atau pesakit SARI (Severe Acute Respiratory Illness) serta aktiviti saringan bersasar.

    “Situasi ini akan menyebabkan keputusan tidak dapat dikeluarkan dalam tempoh masa 48 hingga 72 jam seperti yang dijadualkan,” katanya. - BH Online
  • PKP: Jambatan Lama Tamparuli Ditutup

    PKP: Jambatan Lama Tamparuli Ditutup



    TAMPARULI: Laluan Jambatan Lama Tamparuli di sini, ditutup sejak kelmarin memudahkan pemeriksaan kenderaan ketika fasa ketiga Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) sehingga 28 April ini.

    Ketua Polis Daerah Tuaran, Deputi Superintendan Hamizi Halim berkata, pihaknya dengan kerjasama Jabatan Sukarelawan Malaysia (RELA) terpaksa menutup laluan itu.

    Katanya, hanya satu laluan dibuka bagi memasuki Pekan Tamparuli.

    “Penutupan jambatan terbabit memudahkan pemeriksaan kenderaan yang masuk dan keluar di laluan berhampiran Kampung Bontoi.

    “Selain itu, rondaan juga dijalankan di sekitar pekan termasuk kawasan premis dan bank bagi memastikan penduduk mematuhi PKP,” katanya.

    Tinjauan di lokasi sebelum ini mendapati ramai penduduk berkumpul tanpa mengamalkan penjarakan sosial.

    Pekerja penghantaran makanan, Helmi Morisin, 27, berkata, orang ramai yang membeli keperluan di premis tidak mengamalkan penjarakan sosial.

    “Malah banyak kenderaan membawa lebih dua penumpang,” katanya.

    Selepas satu daripada dua laluan utama ditutup sejak semalam, hanya pekerja syarikat dibenarkan beroperasi serta individu terdesak atau seorang pengguna kenderaan dibenarkan melepasi sekatan.- HMetro
  • Guru, kakitangan PPD Tawau diarahkan jalani saringan Covid-19

    Guru, kakitangan PPD Tawau diarahkan jalani saringan Covid-19



    SEMUA guru dan kakitangan Pajabat Pendidikan Daerah (PPD) Tawau yang terbabit dengan Majlis Mahrajan Al-Quran Sekolah-Sekolah (MQSS) pada 10 hingga 11 Mac lalu diarah untuk menjalani ujian saringan Covid-19.

    Pegawai Kesihatan Kawasan, Dr G Navindran berkata arahan itu dikeluarkan berikutan terdapat seorang guru yang mengendalikan majlis itu disahkan positif Covid-19 selepas menjalani ujian saringan di Klinik Kesihatan (KK) Tawau.

    “Sehubungan itu, pihak kami sudah mengeluarkan surat bertarikh 17 April kepada PPD Tawau bagi mengarahkan semua kakitangannya yang terbabit dalam majlis berkenaan untuk segera tampil menjalani ujian pengesahan Covid-19” katanya ketika dihubungi hari ini.

    Beliau menjelaskan, seramai 76 orang dipercayai terbabit ketika menjayakan acara itu dikehendaki tampil membuat saringan di KK Tawau bermula hari ini.

    Sementara itu, Pegawai PPD Tawau, Zamri Pehakan ketika dihubungi mengesahkan semua guru dan kakitangan itu sudah dimaklumkan melalui Pengetua dan Guru Besar masing-masing.

    “Kita sudah menghantar surat arahan kepada semua sekolah itu seperti yang diarahkan oleh pihak PKK Tawau,” katanya

    Mengenai status pelajar yang menyertai majlis itu pula, beliau berkata setakat ini hanya guru dan kakitangan pendidikan sahaja diarahkan menjalani ujian saringan berkenaan.

    “Bagaimanapun, pihak kami dari semasa ke semasa akan sentiasa patuh dan mengikuti setiap pandangan serta nasihat daripada PKK Tawau,” katanya.
  • Maut selepas sesak nafas ketika memadam kebakaran hutan

    Maut selepas sesak nafas ketika memadam kebakaran hutan

    Pasukan penyelamat menyeberangi Sungai Gading dan berjalan kaki sejauh satu kilometer ke lokasi Justin Dangeh dari Kampung Lingkubang mengalami sesak nafas.


    KOTA BELUD: Seorang kakitangan Jabatan Perhutanan Sabah maut dipercayai mengalami sesak nafas ketika operasi memadamkan kebakaran di hutan simpan berhampiran Sungai Gading, Kampung Pituru Darat di sini, semalam.

    Dalam kejadian kira-kira jam 6 petang itu, mangsa, Justin Dangeh, 53, dari Kampung Lingkubang ditemui dalam keadaan tidak sedarkan diri selepas terpisah daripada kumpulan rakannya yang bersama-sama memadamkan api.

    Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Daerah Kota Belud, Muhammad Syazwan Latun, berkata selepas menerima panggilan kecemasan jam 6.06 petang, seramai 10 anggota bergegas ke lokasi berserta sebuah jentera dan kenderaan utiliti Unit Bantuan Perkhidmatan Kecemasan (EMRS).

    Katanya, operasi turut disertai pegawai Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), pihak perubatan hospital Kota Belud serta Polis Diraja Malaysia (PDRM).

    “Disebabkan jalan ke lokasi terlalu curam, kami menukar laluan di Kampung Song-Song dan memakai pakaian perlindungan peribadi (PPE) sebelum berjalan kaki memasuki hutan sejauh satu kilometer termasuk menyeberangi Sungai Gading menggunakan empat bot milik penduduk kampung.

    “Sebaik tiba, pihak paramedik mengesahkan mangsa meninggal dunia sebelum diusung keluar dari kawasan hutan, jam 2.50 pagi tadi dan diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut,” katanya dihubungi hari ini.

    Beliau berkata, mayat mangsa dihantar ke hospital Kota Belud manakala semua pihak terbabit operasi diarahkan membuat nyah cemar.

    “Punca kejadian masih dalam siasatan sebelum operasi ditamatkan jam 3.10 pagi,” katanya. – BH Online
  • Ingkar PKP, Tiga Pasangan Suami Isteri Ditahan Di Sandakan

    Ingkar PKP, Tiga Pasangan Suami Isteri Ditahan Di Sandakan



    SANDAKAN: Tiga pasangan suami isteri yang keluar untuk membeli barang keperluan, di sini, ditahan kerana ingkar arahan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

    Ketiga-tiga pasangan itu ditahan menerusi Ops Covid-19 yang dilaksanakan di sekitar Pasar Umum Sandakan, di sini.

    Difahamkan, mereka ditahan selepas pemeriksaan ke atas setiap kenderaan dinaiki pasangan itu lebih daripada satu individu.

    Ketua Polis Daerah Sandakan, Asisten Komisioner Mohd Azhar Hamin, berkata tindakan itu adalah satu kesalahan kerana sepanjang tempoh PKP, hanya seorang wakil keluarga saja dibenarkan keluar menaiki kenderaan untuk tujuan membeli barang keperluan.

    Katanya, semua pasangan suami isteri itu dibawa ke balai untuk siasatan di bawah Seksyen 269 Kanun Keseksaan dan Peraturan 11(1) Peraturan-peraturan Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 2020.

    Dalam kes berasingan, polis turut menahan seorang lelaki berusia 26 tahun yang bukan saja ingkar arahan PKP, malah disyaki melakukan judi loteri awam tanpa lesen di Batu 7, di sini ditahan.

    Turut dirampas pelbagai peralatan dipercayai digunakan untuk menjual loteri haram dan suspek turut disiasat mengikut Seksyen 4(1) Akta Rumah Judi Terbuka 1953./Berita Sabah
  • Keluar, Masuk Di Felda Lahad Datu Tidak Dibenarkan

    Keluar, Masuk Di Felda Lahad Datu Tidak Dibenarkan


    LAHAD DATU: Penguatkuasaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) bagi kawasan Felda, dekat Lahad Datu, dipergiatkan bermula 12 tengah malam ini dan pergerakan keluar atau masuk ke kawasan terbabit tidak dibenarkan.

    Ia susulan pengisytiharan daerah Lahad Datu sebagai kawasan Zon Merah jangkitan koronavirus baharu (Covid-19) dengan 42 kes dan kawasan Felda mencatatkan 11 kes.

    Ketua Polis Daerah Lahad Datu, Asisten Komisioner Nasri Mansor berkata, hasil keputusan Jawatan Kuasa Bencana Daerah hari ini, keputusan untuk mempertingkatkan lagi penguatkuasaan di kawasan berkenaan perlu diambil.

    Menurutnya, tiada sebarang pergerakan keluar dan masuk ke kawasan terbabit sehingga proses saringan dan nyah kuman selesai dijalankan.

    “Langkah itu diambil kerana pada hari ini seramai tiga individu dilaporkan positif Covid-19 di daerah ini adalah penduduk di kawasan peneroka Felda.

    “Kita juga percaya mereka ini atau kontak rapat mereka ada membuat pergerakan ke kawasan sekitar Felda seperti di Cenderawasih,” katanya dalam kenyataan media, malam ini.

    Nasri berkata, semua aktiviti ladang juga akan dihentikan sementara dan operasi pasar raya, kedai makan, pasar awam juga akan dihadkan.

    “Dalam pada itu, satu sistem penggiliran akan diwujudkan semasa pembelian dan penghantaran barang-barang ke kawasan Felda.

    “Sehubungan itu, semua masyarakat Felda dinasihatkan terus berada di rumah sepanjang tempoh ini,” katanya.

    Katanya, pihaknya juga menafikan sekeras-kerasnya mesej tular kononnya kawasan Felda bakal dikenakan Perintah Berkurung. – HMetro
  • 'Pegawai kastam' mabuk ditahan

    'Pegawai kastam' mabuk ditahan



    KOTA KINABALU: Seorang pemandu lori ditahan bukan sahaja ingkar Perintah Kawalan Pergerakan malah memandu dalam keadaan mabuk dan mengeluarkan kata-kata kesat kepada petugas Op Covid-19 di Jalan Tuaran Bypass, Kota Kinabalu, semalam.

    Dalam kejadian jam 12.30 tengah malam itu, suspek berusia 34 tahun dikatakan memandu kereta jenis Perodua Bezza seorang diri ditahan petugas yang sedang menjalankan sekatan jalan raya Op Covid-19.

    Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu, Asisten Komisioner Habibi Majinji berkata, hasil pemeriksaan mendapati suspek dipercayai berada dalam keadaan mabuk dan memberi alasan tidak munasabah.

    “Suspek mengatakan hendak membeli minuman keras di sebuah kedai di Tebobon, Manggatal. Memandangkan suspek ingkar PKP yang berkuatkuasa dan memandu dalam keadaan mabuk lalu polis bertugas bertindak menahan suspek.

    “Bagaimanapun suspek bertindak agresif dengan mengeluarkan kata-kata kesat kepada pegawai polis yang bertugas dan mengaku dirinya sebagai pegawai kanan Jabatan Kastam,” katanya ketika dihubungi, hari ini.

    Habibi berkata, suspek kemudian ditahan dan dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kota Kinabalu untuk siasatan lanjut.

    “Siasatan mendapati suspek bukanlah pegawai kanan Kastam dan ketika dibawa ke lokap, suspek sekali lagi bertindak agresif menyebabkan anggota polis menggunakan kekerasan minima untuk mengawal keadaan.

    “Suspek direman selama empat hari bermula semalam dan siasatan masih dijalankan,” katanya.

    Kes disiasat mengikut seksyen 186 Kanun Keseksaan kerana menghalang penjawat awam menjalankan tugas dan Seksyen 269 Kanun Keseksaan dan Peraturan 11(1) Peraturan-Peraturan Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (Langkah-Langkah di Dalam Kawasan Tempatan Jangkitan) 2020. – HMetro

  • Sudah ditahan

    Sudah ditahan



    LAHAD DATU: Lelaki yang melarikan diri selepas diarah menjalani kuarantin di Pusat Kuarantin Felda Residence Sahabat 16, Lahad Datu, semalam, sudah berjaya dikesan.

    Ketua Polis Daerah Lahad Datu, Asisten Komisioner Nasri Mansor berkata, pada 12 tengah hari ini, anggota polis Balai Polis Desa Kencana dihubungi pengurus ladang tempat lelaki itu bekerja.

    Menurutnya, pengurus ladang berkenaan kemudian memaklumkan keluarga lelaki itu akan menghantarnya ke pusat kuarantin terbabit.

    “Pada 1.30 tengah hari, lelaki itu dihantar ke Pusat Kuarantin Felda Residence Sahabat 16.

    “Dia akan menjalani kuarantin seperti diarahkan dan selepas ini siasatan tetap dijalankan seperti biasa,” katanya dalam kenyataan ringkas, hari ini.

    Katanya, kes disiasat mengikut Seksyen 270 Kanun Keseksaan dan Seksyen 14 Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 (AKTA 342).

    Hari ini, portal Harian Metro melaporkan lelaki warga Filipina berusia lingkungan 30-an itu diburu polis selepas melarikan diri daripada arahan kuarantin selepas melakukan saringan Covid-19 di Klinik Kesihatan Felda Sahabat, semalam. – HMetro
  • GET A FREE QUOTE NOW

    Lorem ipsum dolor sit amet, consectetuer adipiscing elit, sed diam nonummy nibh euismod tincidunt ut laoreet dolore magna aliquam erat volutpat.

    Search This Blog

    Powered by Blogger.

    Contributors

    ADDRESS

    4759, NY 10011 Abia Martin Drive, Huston

    EMAIL

    contact-support@mail.com
    another@mail.com

    TELEPHONE

    +201 478 9800
    +501 478 9800

    MOBILE

    0177 7536213 44,
    017 775362 13